Hello Fantastic World!!! 1
Hello.
Saya Fendy Zaidan.
Selamat berkenalan.
Lama sudah tak ke sini. Blog pun dah diseram spam. Entry pun dah berlapuk. Saya berhenti sebab terpikir bahasa saya mengundang negativiti dari positif. Rakyat Malaysia kurang kefahaman rasional. Banyak pandang negativiti dan suka lempar batu sembunyi tangan. Tak semualah. Tapi dari mengundang perkara perkara buruk, saya berhenti dan tumpu kepada perkara lain yang lebih hebat, FAMILI.
Keinginan untuk menulis tu ada, menulis isu semasa, sosial, ekonomi. Mungkin akan cuba menulis. Teringin menulis, bahasa bahasa lama tidak diguna. Tetapi uninspired. Sama macam hobi lain macam photography, or toy collecting, or others. Uninspired. Kebanyakan masa dihabiskan dengan Adrian, wifey, and my current jobs.
So doakan saya bahagia, sihat di samping keluarga, dan saya juga berdoa anda juga begitu. InsyaAllah ada masa, saya datang lagi. Thanx host sbb masih lagi sudi simpan blog saya di server. Harap arkib jadi bahan panduan.
Rindu kawan-kawan. Kawan kawan apa khabar?
Esok saja…
Popularity: 2% [?]
1 CommentAdrian Affendy: Satu Tahun Enam Bulan… 3
Ada orang kata, dia mirip tak tumpah wajahnya dengan aku. Tapi bagi aku yang lebih penting, dia adalah sebahagian dari diri aku yang paling penting, istimewa dan terhebat.
Semua perubahan dalam kehidupan adalah berputar di sekeliling dia dan wifey. Terima kasih wifey dan Adrian for the past few years.
I don’t write as often anymore, but I’ll try.
Esok saja…
Popularity: 7% [?]
3 CommentsJunk Culture… 0
Maaf sebab sudah lama tidak kemaskini blog. Agak sibuk dengan kerja, berhenti kerja, perniagaan kecil, dan hidup berkeluarga. Prioriti telah berubah dan mana yang penting didahulukan. Blog ini biarlah jadi tempat untuk orang-orang mencari ilmu, mendapatkan pandangan ketiga/pandangan orang luar. Elok dijadikan reference kepada jiwa jiwa yang mencari hala tuju masing-masing.
Walau bagaimanapun, aku akan cuba cari masa untuk menulis. Salah satu daripada Passion aku yang masih membara adalah menulis. Fhotografi sudah lama perlahan akibat jemu dan mual dengan scene sekarang. Lagipun, bila kita tak inspired, kita tidak boleh capai kreativiti.
Sekarang aku cuba sibukkan diri memulakan perniagaan kecil-kecilan di Facebook. Dulu sudah buat, tapi suka-suka sahaja mencari duit lebihan. Sekarang lebih serious sikit. Buat masa sekarang, aku hanya bawa masuk kaca mata hitam yang agak susah untuk ditemui di Malaysia di kedai-kedai cermin mata mainstream, seperti Oakley Frogskins, 9Five, Von Zipper, Electric, Spy Optics, Vans dan sebagainya. Cuba untuk pelbagaikan scene dengan item-item yang jarang kita jumpa dan terlalu dependable kepada Rayban dan Oakley.
Check it : Junk Culture
Esok saja…
Popularity: 13% [?]
CommentAdrian Affendy: Satu Tahun!!! 1
Adrian Affendy sudah cecah umur satu tahun!!!
Sudah hampir satu tahun kehadiran insan kecil ini dalam hidup kami. Adrian dah nakal sekarang. Di ulangtahun hari lahirnya, kami ke Jeram untuk makan malam, dengan famili wifey. Esoknya pula, kami gamble ke Port Dickson dan rezeki Adrian, kami dapat sewa sebuah apartment di Ilham Resort. Seronoknya Adrian di sana tak payah cerita lah. Dari takut dengan laut, dah main main dalam swimming pool, kemudian main pasir tepi pantai. Penat main sampai tidur dalam kereta on the way balik.
Anyway, the experience for the past one year was amazing. I was a young adult, and I need a precious little life to transform me into a responsible adult. Thank Adrian for the great memories. I hope I’ll get to be there on everything you do for the first time. I want to shower you with love, stuff and attention, tak berbelah bagi. I hope you grow up and be a good boy. To Abah, Mama, and others. Jangan nakal-nakal.
I’ll wait for you to grow up, and bring you to watch some football matches at the stadium or at mach view. Sbb semalam, masa Rooney scored the goal agains Manchester City, Adrian pun dah tahu celebrate and raised your arms while hearing “gol!!!”. Pandai anak abah…
Abah and Mama love you that much!!!
Oh, on the 12 February 2011, its Mama and Abah anniversary. Its been 10 years!!!
Esok saja…
p/s:- I was planning to do a collage of Adrian photo from day day 1 till month 12, but couldnt find the time, some picture from flickrs would be suffice, kot… enjoy.
Popularity: 17% [?]
1 CommentHappy 2nd Anniversary Wifey!!! 1
Lewat sikit, but what the heck.
Happy 2nd Anniversary Dilla Arman Shah!!!
Terima kasih kerana bersabar, menerima segala kekurangan saya dan mencintai saya tatkala saya menjadi semakin tua, bodoh dan boroi. Dan terima kasih juga di atas permata hati kecil saya yang nakal, si Adrian Affendy.
Saya cinta kamu berdua sepenuh hati sampai mati. Moga berkekalanlah ikatan ini sehingga akhir hayat saya. InsyaAllah…
Esok saja…
Popularity: 17% [?]
1 CommentSaya Straight, Saya OK! 9

Ada sebuah video dibuat untuk sebuah kempen seksualiti bebas di internet, di mana ada seorang lelaki Melayu (Islam atau tidak, saya tidak pasti), membuat pengakuan secara terbuka, bahawa dia telah menjumpai dirinya yang sebenar, iaitu seorang gay. Tajuknya Lelaki “SayaGaySayaOK”. Saya menulis dari aspek seorang Islam, dan Melayu. Jika anda tidak tergolong dalam salah satu kategori tersebut (Islam/Melayu), anda boleh teruskan cara hidup homoseksual anda selagi hidup.
Dalam masyarakat yang terma “SEKS BEBAS” dan “SEKS TANPA IKATAN SAH” dipandang sebagai satu perkara yang berat dan menentang keagamaan dan budaya, masih ada lagi manusia yang berbangga dengan pergi lebih jauh daripada orang lain, mengaku secara terbuka yang dirinya hidup di dalam dunia homoseksual, dia gay dan dia ok! Islam Melayu pula.
Terfikir pula, is this the right way to deal with it, by declaring it to the whole nation that you like the identical sex?. Mungkin dengan semua yang terjadi, current world events, its a high time for it to be brought forward? Tidakkah terfikir kesan dan implikasinya, terhadap ibu bapa, rakan taulan, saudara mara, masyarakat setempat? Atau sudah ditimbang tara implikasi, tetapi lebih pentingkan hasil.
Lelaki ini bukanlah calang-calang, ini orang bijak pandai yang memegang pegangan yang boleh dikatakan pluralisme, yang mana secara intipatinya, memilih hukum-hukum yang hanya sesuai digunapakai mengikut kehendak sendiri, dan yang mana menyekat kebebasan mereka hidup, mereka tolak jauh-jauh hukum tersebut. Ada sahaja yang difikir dapat menyangkal hujah agama dan budaya, terutama sekali ayat “tuhan memberi kita akal untuk berfikir dan hati untuk menjejak yang mana betul,”. Islam itu mudah. Tetapi mudahnya, bukanlah ringan semata mata. Hukum Islam bukanlah boleh dipilih pilih yang mana sesuai dan yang mana tidak. Ambil semuanya sekali, atau jangan ambil langsung. Bukan memilih nas nas yang berkaitan dan dikaitkan dengan cara hidup masing masing. Yang haram tetap haram. Dosa tetap dosa. Lebih lagi dosa-dosa besar.
Mungkin inilah titik kemajuan agama pluralisme. Inilah benih yang sudah lama ditanam dalam masyarakat kita. Mungkin dari sinilah akan muncul lagi konfesi konfesi pesong yang lain. Membuka pintu lebih banyak lagi perkara perkara dosa besar yang entah mana penghujung dan gilanya. Take what they need, throw away whats in their way…
Ada orang berkata, Lelaki “SayaGaySayaOK” ini mahu menunjuk nunjuk dan membangga diri. Bagi aku, it’s not showing off. Dia nak jadi gelombang perubahan. Nak jadi yang pertama. The barrier breaker, the trendsetter, the pioneer, the founder. A step towards accepting homosexual lifestyle, is putting it out there. Meletakkan idealogi ini sebulat bulatnya di mata masyarakat, dan menyatakan “WE ARE HERE, ACCEPT IT“. So bolehlah ahli ahli pesong lain turut keluar dari almari masing-masing.
Dan jangan dituduh ini hasil kerajaan ini dan jika itu berkuasa, lain jadinya. Sudah sudah lah nak mempolitikkan semua perkara isu sosial jagat. Tak bolehkah bersama sama cari kata sepakat dan selesaikan masalah sosial negara? Sekarang, pemimpin perlu bersuara, perlu bertindak. Langkah perlu diambil bagi menangani perkara ini. Identiti telah diketahui, jadi ambillah tindakan. Pasti ada undang undang yang mengawal perkara ini. Mana mungkin tidak…
Tapi melihatkan kes kes mencabar agama dan budaya yang lepas lepas, ianya akan ditatang seperti minyak yang penuh, dibelai dan dimanja supaya tak terguris hati atau rohani orang yang mengprovoke. Dan kes ini akan sepi mengikut masa begitu sahaja tanpa sebarang tindakan atau hukuman. Si pelaku akan menang secara prinsipnya, dan luaslah perkembangan idealogi pesong ini ke serata pelusuk Tanah Melayu…
Hari ini di suratkhabar, Lelaki “SayaGaySayaOK” takut nyawanya diancam selepas pengakuan terbuka. Well, what do you expect? A praise? Hero status? Tapi dia akan dibela nanti. Akan ada gelombang “GAY PRIDE” dan “HUMAN RIGHTS” di Tanah Melayu. Itulah tujuan provokasinya. Pintu telah diketuk. Someone will have to answer the door. And he and the rest will be let in.
Takutlah aku dengan masa depan agama dan bangsa di negara ini. Hendak diwariskan kepada anak anak di masa hadapan. Melihat statement dan komen komen generasi muda yang sebahagian agak besar menyokong dan mengangkat lelaki ini tinggi, dan secara langsung dan hidup-hidupnya menghalalkan yang haram. Menyokong dengan tanggapan ini hak kemanusiaan dan sebagainya.
Ada yang menegakkan benang yang basah, mengatakan kita tak faham perasaan lelaki tersebut dan kita takkan faham kerana kita KOLOT. Kolot? Hukum agama bukan boleh senang senang diubah ikut peredaran zaman dan ikut sesuka hati kita. Yang termaktub salah itu, tetap salah. Matlamat tak menghalalkan cara.
Dan macam mana kita nak faham perasaan dia. Kita pun tak tahu, berapa lama dia “mencari” diri dia, dan di mana yang dicari dirinya tu. Kalau aku nak sentuh soal ibadat dia, tak adil sebab aku tak tahu. Aku tak tahu cara hidup lelaki tersebut secara keseluruhannya macam mana. Dia mungkin Islam dan Melayu pada nama dan IC sahaja. Cara hidupnya, mungkin New York.
Ada juga yang cakap, kerana kita lelaki lurus, kita takkan faham lelaki bengkok. Korang rasa, lelaki lurus takde masalah ke hidupnya? Korang ingat, lelaki lurus takde konflik sosial? Sekurang-kurangnya, kami lelaki lurus, yang ada latar belakang ilmu agama walaupun tak banyak, masih buat semua dalam hidup kami, mengikut apa yang diajar dan dipegang. Islam dan Melayu. Kalau kami terpesong, moga Allah buka pintu hati kami untuk kembali ke jalan yang benar. Itu yang betulnya.
Jangan pula tegakkan benang basah dengan statement, “lelaki lurus pun bukan semuanya baik,”. Memang bukan semua lelaki lurus dalam dunia ni baik, tak semua manusia biasa itu hidup hingga matinya, tidak terpalit sedikit dosa pun. Memang ada lelaki lurus buang anak, rogol anak sendiri, rogol orang asing, buat seks bebas sampai anak orang mengandung, membunuh, curang dengan isteri, dan lain lain lagi masalah sosial, tapi bilangannya sangat minor, kecil. Itulah masalah sosial jagat yang individunya tidak dapat membendung nafsu dan akal telah terpesong. Tetapi, selebihan besarnya, masih memegang ajaran agama, masih mencuba sekurang-kurangnya, untuk tidak terpesong akidah dan budaya hidup.
Mungkin, pengakuan lelaki tersebut, merupakan satu jeritan meminta pertolongan dan panduan dari masyarakat. Mungkin dia mencari seseorang yang boleh membantunya memahami dan mengenali dirinya yang sebenar di jalan yang benar. Mungkin dari ulamak, tok guru, imam imam, supaya dia dapat memahami apa yang benar sebenarnya. Mungkin…
Semoga Allah SWT buka pintu hati Lelaki “SayaGaySayaOK” untuk mencari dan menerima kebenaranNYA yang sebenar…
Dan moga dunia yang aku akan wariskan kepada anak aku esok, tak kacau bilau dengan masalah sosial jagat seperti sekarang.
Wallahualam…
Saya straight. Saya OK!
Popularity: 19% [?]
9 CommentsAdrian Affendy: Stewie, Stitch atau Replication Abah… 0

Aku tak kerja hari ni. Kurang sihat. Cuba nak tidur all day long. Tenaga kurang. Tapi dengan kehadiran manusia kecil seorang ni, menjadikan aku lebih penat daripada seharian bekerja. Perangai nak bermanja-manja tu, menjadi jadi. Asyik nak dukung je. Takleh nak duduk diam…
Terima kasih kepada kawan-kawan yang membuat pernyataan bahawa Adrian adalah iras iras Stewie (Family Guy) dan Stitch (Disney). Memang ada nampak iras-iras sikit. Esspecially bila masa dia sengih nampak gigi. Memang iras Stitch. Dan semestinya dia ada iras iras aku, esspecially bila muka nakal dan muka dahi berkerut. Sebijik. Kadang-kadang bila nak marah pun tak jadi marah, melihat tepat pada mata bulat besar dan dahi berkerut minta simpati tersebut.
Adrian Affendy buah hati abah…
Esok saja…
————————————————
Terdapat sebuah klip video memaparkan sepasang pasangan remaja Melayu berkucup di khalayak ramai, atau lebih dikenali dengan tajuk “akuatauklcc?”. Ini press statement yang saya keluarkan…
1. Kalau tengok dari muka budak perempuan tersebut (bukan nak mengutuk ciptaan tuhan), tapi mmg stock mudah bawak dan senang tabur janji dan takde market. Budak lelaki tu pulak, pandai tabur janji walaupun muka taklah seindah Farid Kamil, tetapi persona Faizal Tahir tu ada sikit sikit.
2. Persoalan KLCC atau dia itu tidak relevan pada surfacenya. Pada dasarnya, persoalan paling nyata pada perempuan tersebut adalah, “Ada ke lelaki lain nak kat engkau kalau aku break ngan kau?”, jawapannya, “Tiada dan takut takde sampai mati, melainkan aku jual/gesel/open table pussy murah,”.
3. Dan soklan kepada budak lelaki tu pulak, “Kalau dia pilih KLCC, ko cemana?”, jawaban mamat iras faizal tahir sikit, “Aku move on, perempuan lain, lagi lawa, lagi seksi, lagi getah, lagi murah, lagi lahanat, lagi ada, lagi banyak…”
4. Saya dengan sepenuh hati menasihatkan adik adik perempuan di luar sana supaya menjagalah maruah diri, letakkan diri di tempat tinggi sikit supaya tidak dipergunakan lelaki lelaki berkepentingan suaya knobsnya dipolish apabila perlu. Peliharalah perlakuan diri kerana cinta itu tboleh disalahtafsir atau diselindungkan dengan nafsu serakah.
5. Saya dengan sekeras-kerasnya mengutuk perlakuan bodoh tahap manusia takde agama di khalayak ramai.
- fendyzaidan
Popularity: 18% [?]
CommentEntry Ini Aku Menggila Sikit Dengan Hipstamatic… 2




Muntahan Akal #7
Oklah, aku mengaku, my guilty pleasure is listening to Paramore. Sorry…
Popularity: 19% [?]
2 CommentsMuntahan Akal #4, #5 dan #6… 3

Snap this on my way back from Midvalley just now. But this is not related langsung tentang perkara bawah ni.
Mari mula secara ringkas…
#4
Kalaulah kekenyangan perut aku boleh dikira dengan peluang menyaksikan cleavage gadis melayu bawah umur, tadi aku keluar 2 jam ke Midvalley (secara comute), aku mungkin kenyang 2 bulan dan boleh buat stock hibernasi. why do u need to sell yourself cheaply? Plus, the ones that showing of extremely are those who doesnt have the face to pull them on. Yang lawa-lawa tahap dewi takde pulak pakai camtu. Pelik…
#5
Bagi gadis gadis muda yang bercintan secara murahan (this is to those that sells themself cheaply). Adakah anda rasa, balak kesayangan anda itu akan mengahwini anda? Sebab itu dengan mudah berkelakuan seperti pasangan berkahwin sah. Aku dengan isteri aku yang sah pun tak berani berkelakuan macam tu di khalayak ramai.
#6
Adakah dunia ini terlalu kecil sehinggakan adik adik comel comel ini perlu berkawan dengan lelaki lelaki hip hip kengkang ini? Tidakkah adik adik percaya dengan tuhan? Tidakkah adik adik rasa, ada lagi manusia lebih baik daripada balak-balak yang adik kepit sekarang ni?
Esok saja…
Popularity: 19% [?]
3 CommentsUniqlo Kuala Lumpur… 0
Pergi ke Fahrenheit, Kuala Lumpur lepas melepak dengan crew persetankan.com di Subway, KLSentral. A fun hang out I must say. Lama tak buat macam tu. Should do it more often. Anyway, about the Uniqlo store. Masa sampai, barisan menunggu memang menggila panjang. Nasib baik bergerak juga dengan laju que tersebut. Kalau tak, menyumpah seranahlah aku dalam menunggu tu. Wifey dah mula risau aku tarik muka. Tapi cool lah. Dapat tengok gelagat customer dan hipster.
DISEBABKAN harga jeannya yang agak murah, aku pun gantunglah dua pasang dengan CC (mind you, aku takde duit) dan beberapa helai tshirt graphic murah (RM30, harga asal, RM60). Tapi bila balik rumah, aku rasa macam tshirt dia tak berapa nak masuk ah dengan style aku, cutting wise and style wise. Mungkin akan jual balik dengan harga kos dalam sehari dua lagi bila ada masa nak amik gambar.
Anyway, a great experience. The store was OK. Normal price items pun OK gak, harga yang berpatutan, sesuai dengan bajet hipster, dan mamat mamat clubbing dan rave. Tambahan lagi, gayanya Uniqlo adalah mengikut musim di negara 4 musim. So collection kali ni banyak winter wear, tapi itupun ada jugak orang Malaysia iklim Khatulistiwa angkut jaket panas-panas tu. Crew pada hari tersebut pun ramah dan banyak membantu. Terima kasih Uniqlo, Malaysia dan segala usaha untuk memudahkan pelanggan di hari tersebut.
All photo were captured using Hipstamatic Apps for iPhone.
Esok saja…
p/s:- Di Pavilion pada petang yang sama, ada KL-International Fashion Week. Aku dengan tak sengaja dicemari pemandangan, seorang lelaki lembut (ini paling suttle aku cakap ni), berpakaian pelik macam wanita (glamrock aku boleh terima lagi), sambil mengenakan sepasang kasut tinggi perempuan dalam enam inci heelsnya. Stylo lah konon. NizamNuri pasti teruja. WTF!
Popularity: 19% [?]
Comment







































































































































































































































