minta maaf nizamnuri, takde pic untuk menemani post kali ini…
17 hari tanpa Jack Sparrow, amatlah hebat. Jack Sparrow bawa semua masalah aku pergi jauh, jauh ke tengah laut bersama krew krew lanunnya yang lain. 17 hari tanpa Jack Sparrow, maknanya tiada orang menepuk bahu, tiada orang menyekeh kepala, tiada orang yang mengingatkan aku pada realiti.
17 hari tanpa Jack Sparrow amatlah syurga…
tapi kenapa kau datang balik Jack? aku harap kau dah jumpa apa yang kau cari Jack. tapi kenapa kau tercegat depan pintu bilik pagi tadi? kenapa kau masuk tanpa cakap sepatah haram pun? apa yang dah jadi Jack?
Jack Sparrow diam membisu, dan secara tiba-tiba bangun berdiri, kaget aku…
“aku kosong beck, aku kosong,” walau Jack Sparrow petah berbahasa Melayu. aku masih tidak mengerti…
“aku kosong, faham? di sini, sini!!!” Jack Sparrow dengan nada keras dan menikam nikam dada sebelah kirinya dengan jari jemari yang tajam tajam bagai pisau fillet. aku masih terpinga-pinga…
Jack Sparrow menikam lagi dadanya beberapa kali dan semakin tikaman jari jemarinya lemah, dan kemudian dia duduk dengan pantas. menekup tangannya dengan muka atau sebaliknya.
aku jadi tidak keruan, mahu ku biar, atau mahu ku tolong…? aku pun bingung. sebab aku pun hari ini dapat perkhabaran tidak enak…
“sorry Jack, aku pun kosong, di sini, di sini dan di sini…” aku gerakkan jari ku dari tundingan di kepala, dan kemudian ke dada kiri, dan kemudian ke kocek seluar.
serious note, aku juga kecewa hari ini. the top person in my list turn out to have someone else. adoi. agaknya aku akan jadi Sakuragi Hanamichi sampai mati. mencipta rekod cintanya ditolak… ngahahahha!!!
aku capai tuala dan meninggalkan Jack Sparrow di dalam bilik, yang masih menekup mukanya dengan tapak tangan dua dua belahnya. kasihan Jack Sparrow, sudahlah hidup sendiri, dibuat orang begitu.
17 hari tanpa Jack Sparrow, tamat di sini…
esok saja…
Popularity: 3% [?]
6 Maklumbalas
suessy
December 27th, 2005 | 8:45 am
1testing jer… nk tgk keluar pic aper…? kucing tue dah tak tdo kat cni lagi…
life never runs out of option becky… keep on looking forward no matter how sucks it is. cheerio!
happiness by the kilowatts
December 27th, 2005 | 9:40 am
2i can still give comments!
cheer up.
tell jack he should lift his spirits, kosong tak semestinya sepi..dan tak semestinya miskin..kosong juga tak semestinya perlu trus kecewa..kosong mungkin hanya angka..
jasminebintighazalli
December 27th, 2005 | 3:49 pm
3jgn berduka. di atas sana ada yang tak pernah berhenti menyayangi.
nizam.nuri
December 27th, 2005 | 5:19 pm
4beritahu kat fendyzaidan… jangan berkawan dengan jack sparrow… dia hanya permainan minda…dia kawan imaginasi…dia bukti halusinasi… dia psiko…ko ada schizophrenia…. seperti kata bali…kau patut diselamatkan oleh gadis cun free hair yang menjadi idaman kau….pergi kau jack sparrow….kau telah buat beck gila…shooh…shoooh
bali
December 27th, 2005 | 5:25 pm
5bisa hantar beck ke rumah sakit.. sakitnya suda teruk..
beck
December 28th, 2005 | 9:21 am
6hoh. jack cakap korang cuba hasut dan pengaruh minda aku. dia cakap dia wujudddddd
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda
Persoalannya bukanlah siapa aku, tetapi yang lebih tepat adalah tahukah kau siapa diri kau yang sebenarnya? Keldai yang baghal, atau kambing biri-biri arus perdana?
Lagi...
Komentor Kerap
Artikel Kegemaran
Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER...?Anda Bosan Di Hujung Minggu..?Tahniah Rakyat Malaysia!!!Fhotografi: Siapa peduli...?Angkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya...Selamat Datang Ke WWW.FENDYZAIDAN.COMKamu Tidak Se"HOT" Itu...Puasa: Sebuah Kenangan Lampau...Aku Mahukan Maklumat...Jangan Peduli: Entri Sumpahan...Membaranya Kejahatan...Jilat! Jilat! Jilat!Persetankan: T-Shirt!!!Buang Tabiat : Siri 2Halal, Tidak dan Was-Was...Aku Benci MohdIsmail.Net...Vigilante Masa Depan...Sepuluh Sebab Kenapa Kamu Tidak Boleh Mencintai Seorang Lelaki Bernama Affendy Zaidan...KLian: Manusia Untuk Dibenci...Saya Kembali Dengan Dendam...
Pengunjung
Huha!
Free shoutbox @ ShoutMix
Affiliasi
beckzaidan @ [mail]
Dilindungi oleh
Creative Commons Attribution 2.5 License
2001-2008.
Hakcipta Terpelihara.
Statistik
Artikel Terkini
Komen Terkini
Pautan Pantas
Menggunakan enjin WordPress - BloggingPro thema oleh Design Disease.
Manusia Prahistorik Digital… Hakcipta Terpelihara 2007. CSS asal diedit/rip oleh BaliOmega dan Beckzaidan.