Archive for August, 2004

Merdeka? Merdeka? Merdeka? 2

apa yang kau pekik pekik kan?
merdeka? merdeka? merdeka?
gegar bunyi kosong erti

apa yang merdekanya?
negarakah? engkaukah?
diri mu belum merdeka sahabat
belum pun merdeka mu dekat

ukur bebas diri mu
merdekakah kau jika begitu?
tak perlu kumpul hibur hingga ke larut
tak perlu berpuak bual mengarut
tak perlu bilang 10 ke 1 menunggu minit
tak perlu kagum percikan api di langit
tak perlu tawaf sekitar kota
untuk lagak faham erti merdeka

buka hati dan celiklah sahabat
merdeka negara sudah separuh abad
jiwa kau masih dijajah kongkong
dengan idealogi hedonis yang kau agung

kesenangan yang kini kau ambil lewa
dikecap dengan tak terbilangnya nyawa
lupakah kau pada keperitan bangsa?
dan doa pada mereka yang berjasa?

bangsa makin lemah
bangsa makin goyah
mana bangsa yang kita megah?

pekiklah jika kau masih tidak merdeka
pekiklah hingga terbit rasa bangga
derhaka! derhaka! derhaka!

“masih rough benda ni, 10 minit nye work, malas nak repair, rasa mendak,” – fendy

Popularity: 6% [?]

Otak vs. Hati 1

aku jumpa post ni yang telah diletakkan di myspace pada awal ogos tahun lepas… sila baca untuk hiburan… jangan ambil serius.. post sedikit panjang, harap maaf…

jam sudah pukul 3.45 pagi. tak boleh nak lena sebab hujan lebat. aku layan juga mata berat ni. lahapnya aku untuk tidur kerana ada bahagianya tidur itu. tidur buat aku sunyi. tidur itu aman. tidak ada orang datang menggangu. cuma datanglah jesicca alba. datanglah.

sedang aku melayan tangan ku yang galak mengklik ini, aku terbaca satu artikel tentang tuah dan jebat. memang sudah dua tiga hari aku cari artikel tuah dan jebat. tak tahu kenapa. tetiba rasa minat yang mendalam pula.pesan utama aku adalah satu saja. petikan yang aku tulis ini tidak ada kena mengena dengan masalah soulmate atau apa juga masalah jiwa karat ni. minta maaf. yang lepas tu dah lepas. korang pun ada pendapat sendiri. bagi aku perkara tu dah settle waktu sister tu minta maaf bagi pihak orang lain. aku sedia buat hal aku, dan aku harap korang dah mula buat hal korang sendiri. settle?

ingat balik kisah tuah dan jebat ini, rasa macam boleh diwakilkan akal dan perasaan. tuah tindak tanduknya berlandaskan akal, dan jebat yang memberontak pula ikut hati. tergerak aku hendak menulis tentang akal dan perasaan ni. tapi aku lebih suka guna perkataan otak dari akal dan hati dari perasaan. sedap dan mudah ditaip, kan? otak vs. hati.aku tak nak tulis otak vs. hati ni dari sudut sains. takkan adanya fakta sains dalam karangan bahasa melayu tingkatan 6 atas ini pun. baik buka buku sains tingkatan 3, lebih banyak maklumat tentang otak dan hati ni.

pendapat aku, manusia dalam dunia ini ada dua jenis sahaja. yang fikir guna otak, dan yang fikir guna hati. memanglah kalau diikutkan banyak lagi kelas-kelas manusia, yang pandai, bodoh, yang berlagak pandai, berlagak bodoh, kaya, miskin, lawa, tak lawa dan sebagainya. tapi bagi aku sekarang ini, nak cerita dari sudut kemanusiaan la. beza antara manusia yang fikir guna otak dan yang fikir guna hati dalam membuat sebarang keputusan.

aku rungkaikan (bukan perkataan dalam kamus dewan) ciri-ciri otak dan hati.

otak; dibebankan dengan idealogi dan fahaman yang direkacipta oleh manusia sendiri. idealogi kadangkala melampau, dan kadangkala idealogi tidak boleh diterima oleh manusia lain. tidak boleh terima pendapat orang lain kerana sudah teguh dengan pendirian yang disuap sejap berumur 1 hari. tidak boleh fikir secara rasional kerana otak hanya mampu fikir secara logik. seperti sebuah unit komputer. kadang-kadang yang betul pun tidak boleh dikira, kerana otak hanya mampu calculate permasalahan dengan formula. bagaimana bila tak ada formula?

cth: aku mahu. aku dapat.

hati; diperkayakan dengan pengalaman dan pengajaran hidup. hati itu bukan organ manusia, tapi perasaan. perasaan buat kita fikir dua tiga kali. perasaan juga buat kita rasional, bukan logik. hati boleh berubah dengan pengalaman dan rasa suasana ketika itu. hati boleh jadikan kita manusia baik dan jahat. tidak ada manusia dilahirkan dengan naluri yang buruk dan penuh kejahatan. sejak azali lagi manusia nalurinya mahukan kebaikan dan kebahgiaan dalam hidup.

cth: aku mahu. tapi dia mahu ke? kalau dia mahu, boleh ke aku dapat?

hati melahirkan persoalan yang mengajak kita berfikir secara rasional sebarang tindak tanduk. jika kita dibesarkan dengan cara yang betul, maka setiap keputusan hati tidak akan salah. sekurang-kurangnya tidak salah bagi kita.

aku tak nak berlagak pandai atau berlagak tahu kesemuanya tentang dunia. ini pendapat aku. kalau scroll balik ke atas pun, aku dah cakap ini pendapat aku. aku tidak mahu pula nanti orang katakan aku pandai mengalahkan tuhan dan sebagainya. aku tidak mahu sentuh soal ketuhanan sebab ia isu sensitif. kadang-kadang, manusia munafik pun sentuh pasal tuhan, tetapi tuhan tidak wujud dalam imannya. jadi jangan pula cakap aku lebih tahu dari tuhan, sedangkan ini pendapat. semua orang boleh ada pendapat. aku tak terkecuali.

tapi dah terlajak berkata pasal iman, dan kalau nak sentuh soal agama sedikit, difikirkan secara kerohanian, hati adalah punca segala keputusan. dalam Islam, Iman bermaksud; “percaya dengan hati, melafazkan dengan mulut dan melakukan dengan anggota badan“. maka hati itu penting dalam sebarang kepercayaan? betul? aku bukan nak beri khutbah. tapi ada betulnya.

beza pula pada sesetengah manusia, yang nyata mengaku mati-matian tidak guna hati untuk berfikir, tapi guna otak. idealogi tinggi dan sarat melambung. peliknya, suka menunding jari pada orang yang guna hati dan suka mengajuk kata emosional dan terlalu jiwa. pelik, pelik. sedangkan orang yang mengaku tidak punya hati tapi selalu guna otak inilah manusia yang selalu duduk bersendirian di sudut sepi, sambil mengalir air mata mengenang nasib. mengaku guna otak, tapi kekadang logiknya sendiri dipersoalkan.

kadang-kadang juga, manusia yang mengaku guna otak ini lebih emosi daripada manusia yang guna hati. semenjak dua menjak ini aku jumpa banyak orang macam ini. tunding jari pada orang lain, tapi diri sendiri tak sedar. sedih, bila sering memperkotak-katikkan hati orang lain, tapi mahu hatinya difahami dan dibelai. alalalala intan payung busuk busuk. meh sini. hahaha…

pengalaman ku pergi ke rumah seorang sahabat kurang karib ini boleh dikira pakai. kalau lihat dari luaran, dan dari segi percakapan, rebel. dia ni tak layan jiwa jiwa dan kalau berkasih pun, banyak kepada lust dari love. aku tak nak label dirinya. aku cuma terkejut dengan koleksi novel-novel cinta masyuk melayu yang penuh dirak buku. bila diperli, dikata bukan dia yang punya, kekasihnya kasi pinjam. tergelak hati kecil ku. aku pun tak baca novel cinta melayu mahupun bahasa lain, walaupun aku ikut hati. pernah juga sekali ketika aku rasa down yang teramat sangat, dia perlekehkan aku kerana katanya aku terlalu emo. “emo? itu genre muzik, bai,” aku balas. selang berapa minggu lepas itu terdengar cerita awek lustnya tinggalkan dia untuk lelaki lain. pergi sekali lagi ke rumahnya. buruk rupa, macam laki mati bini. “****** kau tak sedap manis macam boyfriend baru dia punya kot,” sindir aku. emofak sungguh!!! (terma emofak ini popular setelah revolusi emo di malaysia). pernah juga seketika dia ceritakan tentang perancangan nama anak dia dan aweknya. lawok la mu nie!!!

bila aku menulis, tak kira la puisi ke, sajak ke, pantun dua kerat ke, orang cakap aku jiwa. mahupun bila aku buat grafik orang cakap aku jiwa. fikir aku tak salah kalau aku luahkan rasa hati. bukan sedap sangat tulisan tulisan ku, cuma kena dengan bahasa dan tempat. lagipun apa-apa yang keluar tulus dari hati, rasanya akan estetik hasilnya. aku tulis pun atas dasar kebuhsanan menetap di negeri puaka ni, tapi tak sangka ada orang baca. nak bangga tak baik, nak riak tak elok. aku tidak menulis kerana nak amik hati, cuma aku sudah lama tidak menulis dan dia rasanya telah inspired aku untuk menulis semula. tenkiu dia.

tapi kadang-kadang orang salah tafsir tulisan aku. orang ingat aku tulis pasal seorang guardian angel, sedangkan maksud tersiratnya itu bukanlah guardian angel, itu kias kisah malaikat maut menggoda roh yang suicidal untuk dibawanya pulang. tapi bila baca balik, memang ada sikit sikit macam sajak cinta. jiwanya aku. pandangan orang lain-lain. otak juga ada limitasi untuk berfikir. otak tak dapat tafsir benda yang dihasilkan dengan hati. agaknya.

aku tak malu jika aku katakan aku manusia yang berfikir dengan hati. keputusan yang aku buat kebanyakannya datang dari hati perasaan. gunanya hati bagi aku adalah memberi keyakinan bahawa keputusan yang aku buat selama ini adalah betul, sekurang-kurangnya pada diri aku sendiri. kalau nak diluaskan skop, keputusan dari hati aku tidak akan menjejaskan orang-orang yang dekat dengan aku. kerana aku tahu keputusan hati betul. aku yakin betul.

aku lebih suka jika orang kata aku banyak ikut hati, daripada orang cakap aku ada otak tapi tak guna.macam mana pendapat korang pula?

aku ngantuk. aku tidur. lena ke tidur ku?
oh jessica alba, datanglah…

“bukan kah di akhir hikayat tuah, jebat mati ditikam,” – fendy

and man utd won 4-1 against newcastle united and they are going to be in the finals with arsen”fucking”al…

Popularity: 7% [?]

for i am a "guardian" 0


why do you hide in dark shadows, my love
for they don’t give of what they did
why do you lost your sweet gentle smile, my love
for they don’t give of what you feel
why do you shed your precious tears, my love
for they don’t care for you at all

you wont see me flying
till you do

i will be here, my love

hold you tight with these bloody hands
for the blood washed away all my misery
so you wont feel me suffer

hold you safe beneath these broken black wings
as shelter from rains and rays
for some warmth and pleasure

hold you close next to my beating heart
so the beats comforts you
i’ll silence it if you want me too

don’t die for others, my love
as they don’t deserve a soul like you
i’ll take care of you, my love
for I am a “guardian”of yours…

“for some one preety special.” – fendy

Popularity: 5% [?]

Manusia Prahistorik Digital… 0

terpikir juga kenapa bodohnya aku nak menulis tentang manusia prahistorik digital ini. tapi kebelakangan ini, aku ada rasa belas pada seorang manusia . tapi kasihan ku sudah bertukar jadik mual, muak dan mendak.
terma manusia prahistorik digital wujud bukan atas kau seorang. wujud pada pelbagai jenis manusia. ini adalah pandangan aku tentang manusia prahistorik digital yang mana kau juga telah ada pandangan terhadap aku.
aku tak kisah jika kau mahu persoalkan kejantanan ku. aku tidak kisah jika kau mahu gembar-gemburkan kisah hidup atau butir diri ku. aku tidak kisah kalau mahu persoalkan kisah tulus atau jujur aku di kalangan sahabat kau. jadikanlah bahan ketawa atau bahan ajukan. aku tak kisah.
isu yang dipersoalkan agak kacau. angin perubahan terasa juga. perlukah sehingga ubah pendirian, sehingga membenci dan membunuh. apa yang kau pegang sebagai asas hidup tidak sama dengan aku. bagi ku, cinta tidak hanya pada kekasih. soulmet juga tidak semestinya pasangan kekasih. cinta ini tulus pada kekasih, hati ini ada kalanya perlu teman jiwa. yang boleh mendengar dan ikhlas. dunia sekarang penuh hipokrit. perlu ada seorang yang boleh mendengar, bezanya aku, kerna aku juga mendengar. kau siapa manusia prahistorik digital?
kenapa perlu bayangan kisah hidup hitam kau yang lama diperjatuhkan hukum kepada manusia yang kau tidak pernah kenal? jika kau tidak percaya akan sesuatu konsep atau terma, kenapa perlu diperlekehkan konsep itu yang mana masih ada manusia bertamadun yang percaya atasnya? mana hak kau? bila kau perlekehkan apa yang orang lain percaya, maknanya kau menganggap orang itu bodoh dan tidak setaraf kau. perlukah? tidak sekali aku percaya kata orang bahawa kita semua sama. Sekilas lihat kulit dan rupa kau fikir kau kenal apa di dalam. walau darah kita merah, warna akal dan hati kita lain. minta tolong, jangan perlekehkan mentaliti orang lain. kau siapa manusia prahistorik digital?
kenapa perlu ada rasa hak milik? adakah jika kau rasa kau kenal seseorang di dunia digital ini, dia milik kau? tanyalah diri sendiri, hak kau ke atas dia? ke atas apa saja tindak tanduknya? siapa kau untuk mempersoalkan kewibaan sebarang keputusan yang dibuat, sebarang tindak yang di ambil? kau siapa manusia prahistorik digital?
aku faham perasaan kau yang ada sedikit bersifat protective dan sedikit ownership. aku hormat. mungkin istimewanya hubungan itu pada kau. setahu akal ku yang waras, aku tidak pernah menyatakan apa apa pada dia. tidak pernah aku di ajar untuk berkurang ajar pada manusia lain. jika itu hak kau, hak kaulah. jika bukan, kenapa perlu ada sifat ownership? dia bukan barang untuk kau miliki dan kau larang orang lain untuk memiliki. hormatlah dia kerna dia tagih sesuatu yang kau sendiri tidak nampak, atau kau sendiri yang buat bodoh. kau mahu orang memahami kau tapi kau kenapa tidak mahu memahami orang lain? jangan hormat pada aku, hormat pada dia. dia pun sudah lama menghormati pendapat kau yang bijak bijak sana. kini giliran kau pula. kau siapa manusia prahistorik digital?
jangan pikir kau kenal aku, hanya atas satu paparan digital di skrin monitor kau, kau agak kau sudah kenal bagaimana orangnya aku. jangan dengan paparan itu, kau kata kau tahu apa yang membuatku berdetik. jangan mudah jatuh hukum dengan hanya mata dan fikiran kau yang sudah dibebalkan dengan konsep yang entah apa-apa. kau siapa manusia prahistorik digital?
orang yang membesarkan aku tidak pernah mengajar untuk aku menumpang kisah hidup orang lain. tidak pernah mendidik aku menjadi parasite kepada orang lain. aku hidup dan aku mati kerana Satu sahaja. tidak perlu kau persoalkan kejujuran ku yang kau tidak pernah cuba kenali atau cuba dekati. tidak perlu kau persoalkan masalah perasaan dan cara hidup ku. tidak perlu kau persoalkan siapa dia pada ku, siapa dia pada ku, dan siapa dia pada ku. malah tidak perlu kau perkatakan tentang aku langsung pada sesiapa sahaja. siapa aku pada kau dan kepentingan aku terhadap kau? atau kau rasa sedikit tercabar? kau siapa manusia prahistorik digital?
buat pengetahuan kau, aku tidak tagih simpati padanya. aku juga tidak tagih kasih padanya. aku juga tidak tagih cinta padanya. tak perlu aku menjaja perasaan aku padanya kalau aku benar-benar fikir yang dia tidak berhak menerima semua itu dari aku. kepercayaan aku kepadanya aku balas dengan persahabatan yang tidak berbelah bahagi. beza dan sama pengalaman hidup aku dan dia buat kami dekat dan rapat. tidak perlu kau persoalkan kredibiliti ku sebagai jantan. biar aku hidup cara ku sendiri dan aku sudah semestinya tak perlu ambil bahagian dalam kisah hidup kau yang kurang komplikasi tetapi dipelbagaikan dengan komplikasi. kau siapa manusia prahistorik digital?
cuba faham perasaan dan harapannya pada kau manusia prahistorik digital. aku tahu harapannya menggunung pada kau. yang peliknya, kenapa kau begitu bodoh mempersiakan hatinya. matanglah manusia prahistorik digital.
tidak perlu kau iri kepada ku. kita impikan benda yang sama. sesuatu yang bukan milik kita, tetapi miliknya. kau bertuah kerna kenalinya terlebih dahulu. jangan persia ruang yang diberi. kau kecewa satu hari atas keterbodohan dan keangkuhan kau. sedarlah ruang.
aku lebih tahu diri kau dari diri kau sendiri. kerana aku dulu manusia prahistorik digital juga.
ada akal fikir, ada hati rasa. adakala perlu fikir dengan hati, dan perlu rasa dengan akal.
“i hope that u like who u are, coz living alone in a jar, never gets u very far” JET’s SGT MAJOR
“tidak cuba memuaskan hati sesiapa, kerana aku juga tidak puas. jujur.” – fendy

Popularity: 5% [?]

hati hitam ku ini 0

12 augus 2004 1032 malam selepas bermain dengan asiff
di ruang depan rumah, berbekal pen dan sketch pad

jerut hati hitam ini
berbekal benang kasar pemberian
berserpih kaca beracun ingatan
pedih penipuan tulus ku
penuh kebenaran sial mu

jerut hati hitam ini
genggam kemas tangan khianat itu
dengan penuh hasad benci hati mu
yang selama ini kau anggap suci
yang selama ini aku benci iri

jerut hati hitam ini
biar keluar jeritan derita
tentang kejamnya dunia
kerna kebenaran tidak wujud bagi ku
walau malaikat datang mencuit bahu

jerut hati hitam ini
hitam atau merah jangan kau kisah
darah mengalir tanda ku bernyawa
kerna bencinya aku pada dunia

jerut hati hitam ini
biar mata ku tertutup rapat
kau ku tunggu dunia kiamat
kan dengar malaikat ketawa
akan gagal kita mencari cinta

jerut hati hitam ini
moga ketika itu kau rasa besar hebat
moga ketika itu derita ku buat kau lepas puas

hati hitam ku ini mati…

“moga aku tidak perlu berbohong pada asiff satu hari nanti.” – fendy

Popularity: 6% [?]

Hidup Dunia Bagi Mu 0

4 augus 2004 0915 malam selepas solat isyak
di atas katil, dengan sebatang pensel dan sehelai kertas putih dengan sedikit kesan lakaran warna

berdirilah di padang luas
apa yang dapat kau lihat?
sedarkah langit ku kelam kemat?
kenapa langit mu lebih biru?
lebih putih cahaya awan mu?
sinar cahaya di wajah mu
seolah kau rasa bahang bahagianya mentari itu
aku?

kau depa tangan mu
melempar diri ke arah angin sayu
adakah ia berlagu irama?
hiruk dan pikuk saja dari telinga si celaka
wajah mu terukir senyum
apa kau rasa dengan hati mu?
sentuhan kasih, sayang, dan cinta?
bagai satu ereksi jiwa
aku tidak merasai
malah tidak mengerti

hidupnya dunia bagi mu
cemburu ku kelu
terpinga memikir…

mengapa aku dan kau bebeza
walau pada zahirnya sama?
darah mu mengalir telus
sedangkan darah ku kemarahan pada nasib
pada takdir
pada diri

atau tuhan jadikan kita berbeza
supaya kita saling memerlu
namun tiada apa yang kau perlukan
kenapa pula kau penting bagi ku?

atau kita berbeza kerna warna hidup?
daripada pengalaman takdir dan ketentuan?
benarkah pengalaman mengajar?
atau aku yang kurang ajar?
atau aku dilahirkan
tidak sebertuah itu?

kan ku panjat doa pada tuhan
agar andai dapat
ku lihat dunia dari mata hati mu
walau buat seharikan hidupkah dunia bagi ku?

wallahhualam…

“dari mata teman jiwa ku, dunianya indah.” – fendy

Popularity: 4% [?]