Orang-Orang 0
September Dua, Dua Ribu Empat, Tujuh Sebelas Malam. Menunggu Maghrib.Orang-orang mengingatkan aku pada Scarecrow. Dipacak di sawah menakutkan burung yang mencuri padi.Jangan jump to any harsh conclusion yer… :)
Orang-orang takkan faham
Kenapa ada ruangan kosong begini
Sepi itu buat ku cari teman
Sunyi itu buat ku cari hingar
Ada hadir wujud ku di dunia
Orang-Orang takkan faham
Bila ku minta supaya tak dipeduli
Bukanlah aku tidak menghargai
Tetapi aku mahu ubah sendiri
Hidup ini perlu berdetik seorang diri
Orang-orang takkan faham
Rasa aku dibuang jauh-jauh
Pedih aku dibuat membenci
Sakit aku dijadikan tak perlu
Tak pernah aku berdendam
Hanya mampu memendam
Orang-orang takkan faham
Walau aku berseloroh menafi
Pentingnya dia hadirkan hati
Kata kata dilempar majal membenci
Walhal mereka tak pernah cuba mengerti
Orang-Orang takkan faham
Mereka ketawa diri membangga
Bila kau berputus asa
Serahkan jiwa berdulang emas
Untuk dilahap mereka puas
Orang-Orang takkan faham
Hadirku bukan untuk diriku
Tetapi untuk dirimu
Orang-orang sudah faham?
Bila cinta dan benci bersangkut
Tinggalkan aku jadi satu penakut
Orang-orang tinggalkan aku sendiri
Penakut burung di sawah sepi
“Sengal dan ngantuk,” – fendy
Popularity: 5% [?]
