Archive for June, 2005

Esok, Iras Hari Ini dan Semalam… 0

iras sahaja semalam dan hari ini, baunya, rasanya, pandangannya, iras semalam. mungkin esok, rasanya juga sama dengan hari ini dan semalam. hati rasa kecamuk, otak rasa malas. jiwa kurang tenteram. rindu pada semalam, rindu pada dia, rindu pada kami. rindu baunya, rindu kehadirannya, rindu hangat genggam tangannya. rindu senyum dan tawanya. malah rindu untuk berdiri di sebelahnya. berdiri macam dua orang asing yang tak kenal sama sendiri. asing sangat.

rindu…

bukan seperti sekarang. jiwa patah, hati sakit, otak buntu. tidak berteman, bisu memandang dinding 4 penjuru, bukannya ia faham masalahku. bila pandang ke langit, suram, kelam, sunyi dan sendiri.

esok masih begini, esok masih sendiri, esok iras hari ini dan semalam…

“esok rasa tidak mahu bangun…”- fendy

Popularity: 5% [?]

Naif… 0

ahh, naifnya aku… thinking it was all true, tapi semuanya was a big fucking lies… wargh… time like this will show your real friends, and whos just in it for the sake of laughing at you… :)

i’m back here in alor setar. aku kat sana, macam orang sakit jiwa. everythings not falling into places… not clicking, and all messed up… its hard even to get up out from bed. something missing and truely somethings isnt right….

yerla, miziey, aku ingat janji aku pada kau… ciss, jgn bisingn bising la kat budak lain, kalau tak, kena la aku lagi teruk, ari tu dah KFC dan sebarrel… tunggu aku dpt kerja la…

and one more thing, noticed tak aku dah lama tak post pic kat sini or everywhere else? thats because my digital cam rosak!!!

ahh, naif…

Popularity: 4% [?]

Esok Saja… 0

aku dah settle interview PTD. yang aku tahu, peluang untuk diterima jawatan ini, 50/50. so given chance, dan cara interview aku berakhir tadi, insyaallah kalau rezeki aku, adalah.

waktu pagi tadi, aku sampai awal ke wisma, dalam pukul 715pagi. sampai sahaja, semua calon lelaki, pakai blazer, aku seaorang sahaja yang tak ada blazer. takpe kata aku, melahirkan diversity. :) semua sekali ada 12 orang, dan aku kena giliran ke tujuh. dalam pukul 1130pagi aku dipanggil masuk. rasa macam nak pitam, tak pernah takut macam ini sekali, sebab dengar mitos yang ada calon sudah 5 tahun cuba dan masih tak dapat jawatan ini. rasa macam nak pitam bila dengar bunyi loceng, tanda calon seterusnya dipersilakan masuk.

ada tiga orang penemuduga, dari kefahaman aku, dua dari mereka adalah Dato’ dan seorang lagi Tuan. dua raipada SPA dan seorang daripada JPA dan antara mereka bertiga, seorang daripadanya, adalah pegawai JAKIM.

penemuduga yang pertama, bertanyakan aku tentang jawatan PTD itu sendiri, kenapa aku sangat berminat, dan apa yang buat aku amat tertarik dengan jawatan itu. aku ceritakanlah segala imbuhan dan peluang yang aku boleh dapat daripada jawatan PTD ni. selesai sahaja bahagian tu, dia tanya pulak tentang dasar dasar kerajaan, disuruhnya aku sebut tiga dasar kerajaan dan ellaboratekan. nasib baik aku ingat lagi dasar-dasar yang aku belajar waktu STPM dulu. aku sebut, Dasar Pensyarikatan, Dasar Penswastaan, dan Dasar Pandang Ke Timur.

lepas habis bahagian tu, diminta pula aku ulas isu semasa. yang aku boleh ingat dalam keadaan gemuruh tu, hanya isu Penubuhan Putera UMNO, kerja 5 hari seminggu bagi kakitangan kerajaan, dan isu korupsi politik waktu pilihanraya lepas. bila di tanya apa pula isu luar negara, aku jadi blank, kaku terus, jadi bodoh.

lepas tu, pasal Islam Hadhari. nasib baik aku ada dapat satu buku tentang Islam Hadhari beberapa bulan lepas, jadi aku ingat la juga beberapa fakta penting, dan rasa aku ace dalam bahagian ni.

all and all, rasanya aku dlm tahap memuaskan sahaja, tak terlalu baik, tak terlalu lemah. tgk candidate lain, siap dgn blazer dan cert folder yang tebal nak mampus, aku jadi risau, macam tak layak minta kerja PTD ni… tawakkal sahaja, rezeki daripada Allah, insyallah…

aku nak balik Kl esok pagi, barang masih tak pack, baru lepas print resume sekeping dua untuk sabtu dan ahad ni.

aku gaduh lagi hari ni dengan Dhilla. aku tak boleh tolong dia sebab aku takde duit. minta maaf, aku harap aku ada duit untuk beli apa sahaja yang dia kurang. aku sanggup buat kerja bodoh untuk bahagiakan dia.

hari ni, terfikir nak sambung belajar balik. tapi tak sampai hati nak bagi tahu abah.
so, 7 eleven lah jawabnya…

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Mellow: A Backyard To My Heart… 1

i’m back in kedah. just here for a few days, then i’m heading back to KL. when i’m here, my feelings always seems to be in mellowish mode.

there’s a few things happened in Kl that change me. there was the meetings with old long lost frens, Eriq and Lynda. there’s this few interviews i went to that change my whole perspectives on searching for jobs. and the wedding ceremony that i went to at Dhilla’s place.

life is to short to be given up. i would like to say here, for a dear girl, that i treat like a dear lil sister, dont give up so easily in life. there’s so much waiting for you out there, and you are so young and innocent. just dont take it all, try to choose, between truth and lies.

for me, mylife is full of misery. but i’ll always put a smiley face, a mask, a dear immitation of happiness. for friends, for relatives, for her. and by doing that, i could make other happy, and that would eventually sparks a lil bit of joy to me. if you have problems, please feel free to burden it on my shoulder, i’m good with it. please do…

i’m getting tired, to hell with the PTD interview…

esok saje…

“mellow; a backyard to my heart…”

Popularity: 4% [?]

Unintended – Muse 0

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I’ll always love

You could be the one who listens
To my deepest inquisitions
You could be the one I’ll always love

I’ll be there as soon as I can
But I’m busy mending broken
Pieces of the life I had before

First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I’ll always love

I’ll be there as soon as I can
But I’m busy mending broken
Pieces of the life I had before
I’ll be there as soon as I can
But I’m busy mending broken
Pieces of the life I had before

Before you

“My Unintended is you…” – fendy

Popularity: 5% [?]

Nasib… 1

kekadang, terfikir juga kenapa aku masih menganggur… kalau nak dikatakan aku memilih kerja, tidak pula. apa sahaja yang aku layak, aku apply. termasuklah kerja yang tidak ada kena mengena dengan degree atau bidang aku. aku tidak kisah, macam mana kerja pun, kita masih perlu belajar benda baru. sebab tu aku tak pernah kisah kerja apa yang aku minta.

tapi, kalau difikirkan balik, kenapa kawan-kawan seuniversiti aku, nasib mereka lebih baik. sudah ada yang bekerja, dan sudah ada yang mewah. waktu di universiti, aku tidak kurang dari diaorang, ilmu mahupun kebolehan. boleh dikatakan aku antara top 30% stuent universiti waktu tu. tapi apsal bebudak lain yang kelulusan bawah daripada aku senang sangat dapat kerja?

pasal aku takde experience? pasal aku takde skills? erm. kalau ikutkan, work ethics aku ketika masih belajar, antara yang terbaik. bukan nak angkat diri sendiri, tapi tanya la kawan kawan aku, kalau projek, sistem atau apa apa pun, aku antara yang paling awal siap. kalau kelas, aku paling awal sampai. itu ethics aku yang orang cakap skema, sedangkan aku tak suka buat kerja-kerja sambil lewa dan lepas tangan. dan hasil hasil kerja aku pulak, was amongst the best, selalu dapat pujian, dan semestinya terbaik. walaupun aku tidak ada kumpulan sebab aku ni outsiders kat situ dan selalu buat projek solo.

buat aku terfikir adakah ini kerana kabel tak kuat? aku boleh dapat kerja dengan minta tolong pada ayah aku, tapi aku tak mahu. aku taknak orang kata aku dapat kerja sebab kabel. where’s the dignity in that? kalau ikut cara tu, senang-senang aku dapat gaji engineer, starting rm2000 ke atas. tapi mana cabarannya kalau cari cara mudah. tapi dah nak masuk setahun aku grad, aku macam mula ubah persepsi untuk guna cara yang orang lain guna, guna kabel. entah ahh…

kekadang, aku macam give up untuk cari kerja ni, nak sambung belajar balik, tapi kalau aku sambung belajar, mana aku nak mula kumpul harta? sampai bila aku takde harta aku sendiri? aku pun ada keinginan nak ada rumah, nak ada family. sampai bila aku nak bujang macam ni, sampai bila aku nak gelumangkan diri dengan maksiat haram… buntu ahh… kosong…

so aku akan balik ke kedah semula ahad ni, sebab aku ada interview dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik. kenapa goverment nampak potential aku, tetapi kompeni kecil pandang aku sambil lewa. tak capable and all. tak stylish kot, or aku takde lubang macam jantina lain.

ngahahahhaa (lynn cukup benci bila aku gelak macam ni!!!).

esok saja…

Popularity: 3% [?]

Huarghhhh… Ngantuk… 1

I’m in KL again… As always, lepak kat Puchong. Got some interviews, one in Subang Jaya and the other one in Mont Kiara… Boring…

Last saturday, after arriving earlier than expected in KL, an old friend of mine that I havent seen in 10 years, planned a meeting for us to meet up. Lynn brought along another old friend of mine, Eriq. both from my x skool mate from Puchong. Brought up a lot of fun memories. Best gak, surely fun when we talked about the old days. And also talked about the progress of others, some of it, you could reflect on your own life, right? So thanx again Lynn and Eriq. It was a blast. Kita buat lagi lain kali…

Still wondering how the hell I’m gonna get to Mont Kiara on Thursday for that interview on time. Susah sangat when you dont have your own transport here, and Mont Kiara is not my backyard la…

Wish me luck…

Peace up…

Popularity: 3% [?]

Knights Of The Old Republic II : The Sith Lord 0

layan dari pagi sampai sekarang, ni masuk pun sebab cari cheats…
The dark force is stronger in this one…

/me staring at the monitor, bloody eyes…

Popularity: 4% [?]