ah.. rupanya dah lebih 100 post dah kat EKSPRESI GERAK SUSUR MANUSIA PRAHISTORIK DIGITAL blog ni. hooray.. moga ada rezeki untuk tulis 100 lagi post akan datang.
ngahahaha…
baim baim. mula mula marah ngan Cik Putih. lepas tu bila nak balik, waktu tunggu lif, Cik Putih tegur Baim sekali lagi. lepas tu ntah hapa kena budak ni sekor, dia gelak ketawa sorang sorang, dari lif sampai la parking lot. aku rasa atas motor pun dia gelak. dai tak percaya kot yang Cik Putih tu tegur dia. alah Baim, kau kan jejaka yang dilengkapi dengan kuasa x-facktor. mesti anak dara penang minat kat kau dari minat kat aku. ngahahhaa…
lepas tu bila naik motor nak balik (aku naik satu motor dengan Baim, save minyak sikit), baim yang terkenal dengan sikap pemanduan perlahan macam kura-kura pergi sight seing tu, tetiba pecut laju merempit. laju giler, cilok-mencilok. ini bukan sifat Baim yang sebenar. aku tau Baim, kau sedang gembira kerana Cik Putih tegur kau bukan aku. kau hebat. ngahaha :p
penangan Cik Putih, PTD baru kat UPEN terhadap Baim amatlah kuat…
pagi tadi waktu bangun tidur pun, tetiba tanya aku, “Kita kena pergi UPEN ke?”. selama sebulan aku kerja dengan dia, tak pernah sekali pun dia tanya soal soal nak pergi UPEN nih… Baim, jejaka yang dilengkapi kuasa x-facktor. ngahahaha…
hari ni last day kerja, lepas tu cuti. sempat juga lah aku cat pintu pagar rumah, seperti mana aku janji dengan emak aku. syok la dia, anak sulung dia jadi hamba abdi dia seminggu. tak berbayar. tapi aku puas bila mak aku cakap terima kasih pada aku. rasa bangga. merasa juga raya tahun ini sebagai perantau, walaupun perantau jauh tak sampai 140km pun. dekat tu…
esok saja…
Popularity: 4% [?]