Archive for November, 2005

Doesnt Remind Me… 3

I walk the streets of Japan till I get lost
Cause it doesn’t remind me of anything
With a graveyard tan carrying a cross
Cause it doesn’t remind me of anything
I like studying faces in a parking lot
Cause it doesn’t remind me of anything
I like driving backwards in the fog
Cause it doesn’t remind me of anything

-Audioslave

Popularity: 4% [?]

Mugen… 1

703pagi, hari ahad. pusing pusing bagai gila atas katil pun tak dapat tidur. pikir pasal sesuatu…

semalam, aku nampak Jack Sparrow lagi. Jack Sparrow hilang dua tiga hari, dia pergi menjadi MONYET di dunia nyata. Dia gembira menjadi MONYET. tapi sekarang, atas sebab apa, Jack Sparrow kembali. Jack Sparrow sudah pulang.

Jack Sparrow berdiri di situ. di tempat yang sama, di laluan pedestrian itu. Dah kukatakan di tempat yang sama? Jack Sparrow memandang ke atas. sesekali dia mengeluh. Jack Sparrow menunggu hujan, dan ketika itu, awan jadi mendung dan gelap. turunlah hujan bisik hati kecilnya. Jack Sparrow menunggu hujan yang baginya rahmat tuhan yang paling afdal buat dirinya. sekali lagi…

Jack Sparrow sudah pulang…

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Awak!!! 8

sedang mengdecompress SAMURAI CHAMPLOO season one, tenkiu Aimee for the files, aku halalkanlah hutang RM10 aku tu kat kau. ahahhaa… tenkiu, Naruto is so 2004. Samurai Champloo la best… tgk oi tgk…

rupa-rupanya, aku tak perlu risau pasal hal hal orang mendengki dan mengutuk tentang apa yang aku tulis kat blog ni. Bro MuidLatif pun ada orang dengki. apa la. orang nak senang senang mengekspresikan diri kat ruang sendiri pun orang kacau. nasib baik la tagboard lama aku aku sedekahkan pada DIGITAL FHOTO JERITAN JIWA. kalau tak, habis la serangan peribadi daripada manusia anonymous datang bertandang. kalau nak cakap tak kisah, sebenarnya kisah.

manalah pulak tak kisah, kadang-kadang orang kutuk aku menjatuhkan maruah orang lelaki. encik, kalau maruah yang nak jatuh pun, maruah aku, aku tak pernah cerita pasal hal korang pun. maruah aku kat sini. aku yang jaja maruah aku. so? who the fuck are u again to say what i can and cant do here, in my own fucking space?

aku pelik, orang biasa yang takde apa apa macam aku pun orang nak dengki…

cerita lain, aku sekarang tengah tunggu seseorang di alam maya ni… adui, seksanya penantian…
mana awak ni….?

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Allah Maha Besar… 2

Sesungguhnya, walaupun kita manusia makhluk yang paling mulia di sisi Allah SWT, dikurniakan dengan segala pancaindera yang baik baik. Dan sesungguhnya, dengan pancaindera ini, walhal sebaik manapun, pasti kita tidak nampak atau terfikir apakah sebab dan musabab sesuatu kejadian atau takdir Illahi. Demi Allah, aku juga terkejut, aku juga bersedih, kerana aku juga menunggu untuk menumpang kegembiraan orang lain…

Allah maha besar. Allah maha besar.

Pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian dan peristiwa. Yang boleh kita lakukan hanya bersabar dan menerima ketentuanNya. Pasti ada, pasti ada…

Aku minta maaf sekali lagi, kerana tidak berupaya menjadi kawan yang sebaik mungkin, yang boleh membantu ketika saat begini. Seperti mana dia pernah lakukan untuk aku, mendengar keluh kesah aku, mendengar masalah mental aku. Dan selalu juga menjadi peneman kepada hidup aku yang kadang-kadang sunyi tak bertempat.

Aku minta maaf sekali lagi dan banyaklah bersabar. Kalau diperlukan apa apa, carilah aku di sini, aku sedia membantu, InsyaAllah apa yang terdaya yang termampu.

Allah maha besar. Allah maha besar.

Al Fatihah…

Popularity: 5% [?]

Dia Masih Di Situ… Episod 2 6

Aku jumpa Jack Sparrow lagi hari ini. Waktu itu hujan renyai. Tetapi kelakuan Jack Sparrow buat aku pening kepala dan terpinga-pinga. Jack Sparrow berdiri di tengah laluan pedestrian, dalam renyaian hujan. Berdiri terpaku. Memunggah apa yang ada di dalam begnya, mencari sesuatu. Jack Sparrow putus asa mencari. Dikeluarkan tangan dari beg galasnya. Jack Sparrow mendongak ke atas, memandang ke langit tidak bermatahari, kerna dilindung awan hujan renyai.

Cermin mata bingkai hitam tebalnya terkena hujan renyai. Jack Sparrow membetulkan keadaan cermin matanya. Aku tak tahu apa yang aku nampak itu air mata Jack Sparrow atau air hujan. tapi ia bergenang di pipinya. Jack Sparrow sudah basah…

Aku menghampiri Jack Sparrow.

“Hoi Jack! Gila ke apa berdiri tengah-tengah hujan ni, apa masalah engkau,” ku tepuk bahu Jack Sparrow.

Jack Sparrow toleh, terukir senyum yang entah apa-apa entah. matanya ada bayangan sesuatu. SURAM…

Jack Sparrow kembali memandang ke langit gelap itu. Dia beberapa kali mengangguk angguk. Dan aku tahu Jack Sparrow ada tersenyum sinis. Dia toleh kepada aku semula yang berdiri di belakangnya. Dengan senyum yang entah apa apa entah…

“Aku nak jadi monyet,” keluar ayat itu dari mulut Jack Sparrow. Aku terpinga-pinga. Belum sempat aku bertanyakan seterusnya, Jack Sparrow melangkah kaki, pergi.

Jack Sparrow meninggalkan aku terkebil kebil dalam hujan renyai di laluan pedestrian itu. Susuk tubuh Jack Sparrow kehilangan dalam kelompok manusia yang berteduh di kaki lima bangunan di situ.

Haram jadah kau Jack Sparrow, aku sumpah kau jadi monyet!!!

esok saja…

p/s: untung ada gf yang belikan beloved bf model starwars x wing… untung…

Popularity: 6% [?]

Dia Masih Di Situ… 15

Currently listening to LUCY IN THE LOO‘s SELAMAT JALAN

selamat jalan, semoga cerah masa hadapan..
jagalah diri, kau pasti bahagia tanpa ku di sisi
hanya satu yang ku harapkan, moga kau takkan lupakan
masa-masa silam kita, di mana kita pernah senyum bersama..


Jack Sparrow masih memikir sisa sisa hidup semalam. Tatkala Jack Sparrow berjalan berseorangan di kota besar ini, imejan memori akan kenangan bersama hawa yang pernah bersamanya. Yang sama menjadi dirinya, satu dari dua. Diri nya, yang satu lagi. Kini, kosong. Berjalanlah Jack Sparrow di kota besar ini, seorang…

Tatkala menyusur langkah longlai, terasa seperti tangannya ditarik. Refleksi kebiasaan sebenarnya. Dulu, ketika bersama dirinya yang separuh lagi, jari jemari dirangkul kemas. tangan dihayun, seakan kanak kanak riang baru pulang dari kedai gula-gula. Waktu itu, manusia keliling tidak pernah dihirau. Jack Sparrow, memikir hari semalam. Jack Sparrow, rindukan rasa hangat tangan itu, tangan dirinya yang separuh lagi…

Jack Sparrow membetulkan tali beg silang yang disandang. Jack Sparrow periksa beg itu agak bocor yang lama tidak menjadi besar. Takut takut barang berharga jatuh di jalan tanpa sedar. Walhal, tidak ada yang berharga melainkan organ-organ badan yang boleh dibuat urusan jual belinya di pasaran gelap. Pernah juga Jack Sparrow terpikir, untuk jual sahaja buah pinggang kirinya. Dapat juga sedikit duit, buat hidup yang tika ini kesempitan. Ngarut…

Jack Sparrow orak langkah lagi, menunggu tren untuk ke destinasi hari ini. Sekali lagi Jack Sparrow rindu bahang hangat kehadiran dirinya yang separuh lagi. Terasa janggal berdiri berseorangan menunggu tren. Dahulu, berdiri di sebelah dirinya yang separuh lagi. Rindu akan sandaran dirinya yang separuh lagi. Sandaran kepada Jack Sparrow, yang tinggi seperti tiang lampu. Ada gunanya juga, dari terus jadi sampah masyarakat. Jack Sparrow, rindu pada dirinya yang separuh lagi. Rindu…

Di dalam tren, Jack Sparrow berdiri di tepi pintu. Imej imej Jack Sparrow dah dirinya yang separuh lagi mula memain. Tatkala bersenda sehingga orang lain benci, ketika berborak dan ketawa sehingga gegak gempita, waktu dirinya yang separuh lagi menyisir rambutnya, masa dirinya yang separuh lagi menonyoh noyohkan topi yang dipakai Jack Sparrow. Jack Sparrow rindu ketawa dirinya yang separuh lagi. Jack Sparrow rindu senyum besar dirinya yang separuh lagi. Jack Sparrow rindu hadir dirinya yang separuh lagi. Jack Sparrow rindu…

Ketika melalui restoren makanan pantas kegemarannya sebelum naik tren tadi pun, sudah mula Jack Sparrow memikir dirinya yang separuh lagi. Di tempat itu Jack Sparrow dan dirinya yang separuh lagi berbual, juga ketawa, melihat telatah orang lain, mengutuk orang yang lalu lalang, yang terhegeh hegeh mengejar arus masa, yang melebih lebih dari norma Jack Sparrow dan dirinya yang separuh lagi. Bualan mesra dan serius antara Jack Sparrow dan dirinya yang separuh lagi. Tentang pelajaran, tentang kawan, tentang masa depan. Tentang jersi Man Utd sebagai barang hantaran. Tentang model vinil Michael Lau sebagai barang perhiasan rumah. Tentang kenapa Jack Sparrow dipaksa ambil lesen memandu kereta. Jack Sparrow boleh ingat segalanya yang pernah dibual bersama dirinya yang separuh lagi. Jack Sparrow mula hiba. Jack Sparrow mempercepatkan langkah…

Di kota besar ini, manakan orang sedar Jack Sparrow sedang bersedih. Sedang hiba. Air mata bergenangan. Tapi Jack Sparrow buat seolah pasang matanya dimasuki habuk, walhal sedang mengenakan cermin mata. Bijak alang. Dan ketika itu hujan mula turun di luar. Gelap. Mellow…

Jack Sparrow menuju ke arah sebuah kedai buku di menara itu. Dulu, Jack Sparrow suka pusing pusingkan dirinya yang separuh lagi, seperti pasangan menari WALTZ. Berkali-kali. Mereka ketawa riang. Puluhan mata memandang mereka tidak hirau langsung. Jack Sparrow tahu dirinya yang separuh lagi malu, tetapi ketawanya buat Jack Sparrow lupa. Jack Sparrow bahagia, ketika itu. Pusing, twirl, di seksyen komik, di seksyen buku-buku designing, di seksyen novel. Di seksyen ini Jack Sparrow tahu betapa dirinya yang separuh lagi cukup gemar dgn novel novel Anne Rice. Betapa dirinya yang separuh lagi minat mati akan Lestat. Mereka sering berbahas mengenai novel novel Anne Rice.

Di sini juga Jack Sparrow masih mencari buku illustrasi Brandon Boyd, yang dijanjikan untuk dijadikan hadiah buat dirinya yang separuh lagi. Gagal…

Jack Sparrow ambil nafas sebentar. Duduk di lantai kedai. Dibetulkan seluar yang sudah menampakkan boxer. Subang ditelinga kiri diperiksa. Kepala otak memikir, nasihat jutaan kawan, lupakan saja dirinya yang separuh lagi. Jack Sparrow sudah cuba, dan masih mencuba. Tapi 5 tahun bukannya sekejap. Susah untuk mengadaptasikan diri kembali kepada surrounding. Jack Sparrow masih rindu dirinya yang separuh lagi…

Dirinya yang separuh lagi, sudah jauh pergi, melangkah meninggal Jack Sparrow, yang masih ditakuk lama. Jack Sparrow masih terpinga pinga. Jack Sparrow masih tidak menerima kenyataan yang dirinya yang separuh lagi sudah pergi. Sudah angkat kaki. Sudah bahagia. Dirinya yang separuh lagi, sudah menjadi separuh diri orang lain. Tinggallah separuh dirinya kosong…

Dan kali terakhir aku periksa, Jack Sparrow masih di situ…

Dia masih di situ…

Menunggu…

esok saja…

Popularity: 4% [?]

Manusia Dahaga Kasih Sayang… 7

aku ada chat ngan sis pychosis hari ni. lama dah lost contact, darik zaman zaman awal muncul myspace sampai la sekarang. Dan sekarang, buat havoc kat dunia blog ni pulak. ceh, sampai hati tak ajak gik bandung… tahun depan ajak la oi. lepas tu tolong la carikan satu kek gue… kalau tak, aku kongsi kau ngan afro la… ahaha.. threesome… :)

sis psychosis cakap blog aku ni meriah… sini memang meriah kak… sebab diaorang ni semua…

MANUSIA DAHAGA KASIH SAYANG!!!

and tolong support band ini, kerana band ini sudah masuk list fav band aku… dan vocalistnya punya suara yang best, and also dia baik…

LUCY IN THE LOO

esok saja…

Popularity: 4% [?]

Menang Bowling Secara Taktik Tipu… 16

hoho…

merujuk kepada tajuk di atas, saya bagi pihak kami bertiga yakni baim dan aimee, ingin memohon maaf kepada penuntut politeknik dan penganjur yang terlibat dalam Tournament Terbuka Bowling Kelab Akauntasi Polimas pada siang tadi. ini adalah kerana…..

anda semua suck!!!

walhal, aku dan baim bukan student politeknik pun diaorang tak kenal. aimee apa lagi, dengar hadiah lumayan, terus call kami mlm jumaat confirm nak join ke tak. so kami dengar, OK je. dah lama tak main bowling…

so awal pagi tadi, 930 pagi to be exact. kami pun bertandang la ke pusat bowling dan orang-orang asyik pandang. yang aimee jaja cerita katanya kami ni student sijil kemahiran, baim pulak jaja cerita kata kami ni graduate politeknik. aku senyap je, taknak pecah tembelang. risau juga oi nanti kena boo, orang buang daerah ooo…

start main, teruk juga, masing masing hilang shape. tapi maintain lagi, masuk game dua, kami mcm naik gila, masuk setan. masing masing berderet strike ngan spare. ahaha, team lain asyik datang check kami punya score. yang baim ni, stock bising, bila strike je jerit jerit, aimee plak lompat lompat, aku join sekali la, nak perangat bebudak yang datang check score kami tu. malu kat orang la, bukan main taraf professional je, main taraf semua pakai houseball. ada la sorang dua baling bola hook. ahahaha. mcm haram…

later, time nak umum keputusan, terbocor keputusan cakap lane 14 menang. lane 14? eh, kami tadi main lane 14!!!! ahahhahaha… kami la menang… tapi aku yang taknak timbulkan kontroversi belah saja dan biar aimee je amik hadiah tu. tup tup, aimee ngan baim. team first prize dapat kat kami, individual first prize dapat kat baim.

yang lawaknya, bila yang no 3 dgn no 2 amik hadiah orang tepuk sorak sorak bagai gila, tapi bila time aimee ngan baim amik hadiah, senyap je, takde langsung orang nak amik gambar. bunyi cengkerik pun boleh dengan kat bowling centre tu. ahahaha… nampak sangat rahsia dah bocor.

kantoi…

yang lawaknya, baim bila penganjur minta no IC, letak tahun lahir 84!!! ahahah, kau 81 la bai, perasan tahap bangkai dubuk!!!

karam singh walia melaporkan bagi unit berita tv3…


kanak kanak riang memegang hamper


cakap lumayan oi, tipuuuuu. dapat hamper je…


baim kononnya pemalu la tu…


Hamper ini ahmad albab yang punya!!!


aku tak tahu kenapa baim dua tiga hari ni serious sangat


tgk tgklah kanak kanak terencat fius ni…

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Nothing… 6

tiada apa yang nak dikatakan kali ini. buntu. kosong.

esok saja…

Popularity: 3% [?]

Eid For Digital Fhoto Jeritan Jiwa 1

mine…

esok saja…

p/s:- notice that there’s still a picture of Dhilla in the wallet…

Popularity: 3% [?]

Next Page »