Archive for December, 2005

Ohh Zinger… 5

semalam aku balik kejap. ada hal sikit. duit ada lebih sikit, jadi kongsi dgn mak aku beli KFC, untuk satu famili makan. aku suruh ayah aku yang jadik runner, aku malas dowh. macam biasa ahh, ayah aku dia selalu akan selitkan satu Zinger burger untuk aku…

dah settle makan semua, aku simpan ahh Zinger untuk malam nanti… tetiba je malam tu, terasa lapar. ayah aku kluar dari bilik, belek belek burger aku, aku pun dengan selamba cipan mempelawa la…

abah nak abah amik ahh burger tu…” ayah aku paling memandang aku…

tak mau ka? tak mau makan ka?” ayah aku tanya, aku geleng geleng…

takpa, ayam pun ada lagi,” aku saja je pelawa sungguh sungguh…

perangkap makan tuan… aku ajak ajak ayam je, kononnya nak jadi anak yang considerate dan mithali la. dan ingatan aku cakap mesti dia tolaknye. sebab setahu aku ayah aku takkan makan Zinger, tetiba dia nak la pulak. adus, mak aku gelakkan aku. aku terliur dan telan air liur tgk ayah aku makan Zinger malam itu…

perangkap makan tuan. dan aku kempunan Zinger…

esok saja…

p/s:- esok makan Zinger leh? dan post ini adalah yang paling mindless…

Popularity: 2% [?]

Projeck SKRIBAL: Kertas Digital… 10

erm…

Projeck SKRIBAL: Kertas Digital…
later aku akan terangkan keterangan projeck ini…

NizamNuri tulis pasal respect kat blog dia. seriously, dunia sekarang kata-kata macam Hormat Orang Kalau Mahu Diri DiHormati dah tak boleh pakai dah. sehoramt mana pun korang jadi, orang takkan hormat kita melainkan orang itu mahu dirinya dihormati dan diletakkan satu taraf dengan kita. betul?

cth1:
Janggut(bukan nama sebenar) masuk ke satu kedai di satu pasaraya besar, dia di sapa oleh salesgirl di situ, dan di layan dengan baik sekali. bukan setakat salegirls, malah tuan kedai juga turut melemparkan senyuman tanda menghormati pelanggan.

cth2:
Nurul(nama sebenar, nama bukan sebenar Bali) ke sebuah pejabat besar syarikat multinasional dan meminta untk bertemu dengan Pengarah syarikat atas urusan membuat survey dan temuramah. Walaupun Nurul mewakili satu institusi kerajaan yang besar, Nurul diperlakukan seperti seorang student sekolah menengah dan diminta datang pada waktu lain, yang berbulan lamanya sedangkan Pengarah itu ketika itu, hanya berbual dalam telefon dengan perempuan simpanan dan rakan Golf mengenai aktiviti hujung minggu berjam lamanya.

kedua dua situasi agak padat dan boleh menerangkan apa yang aku nak sampaikan di sini. orang takkan hormati kita kalau dia tidak mahu diletakkan sama taraf dengan kita. dan orang yang menghormati kita, meletakkan diri mereka sama taraf dengan kita.

jadi, key wordnya di sini, “taraf”. dan perkara yang akan menerangkan taraf di sini, aku selitkan dalam kisah Jack Sparrow di bawah…

*******KISAH MALAM MINGGU JACK SPARROW*******

malam minggu, Jack Sparrow berjalan menggalas beg seperti biasa, mengharungi pelaut malam, yang berpusu pusu di jalan besar itu, dengan pakaian yang enak enak, yang bling bling labuci warka, dengan tas dan kasut kasut jenama yang mahal mahal bagai. malam minggu, malam masuk berdansa ke kelab di lord. mat salleh dan rakyat jelata biasa bergaul tanpa batas pergaulan dan batas kesopanan langsung…

Jack Sparrow mengorak langkah dengan laju sekali. rasanya dia sudah tidak kena tempat. perancangan untuk mengambil gambar-gambar cahaya malam yang cantik sudah mula ditolak ke tepi. dalam benaknya hanya untuk keluar dari lautan manusia di situ…

ketika Jack Sparrow dengan kalut melintas jalan, sebuah kereta hitam berkilat berjenama “kelas atas anak orang kaya saja bawa” hampir hampir melanggarnya, sedangkan itu pedestrian crossing zone? apa hal bawak laju laju? pemandu kenderaan berkenaan mengeluarkan kata kata kesat dalam bahasa ibunda tok wan beliau, sambil menekan hon berkali kali. Jack Sparrow hanya mengukir senyuman dan mengangguk tanda minta maaf berkali kali. makian tetap dihambur…

sampai saja Jack Sparrow di seberang, dia terpaksa mencelah beberapa kelompok manusia high class. yang lelaki berbaju kilat kilat, kasut kilat, seluar juga kilat. apa kejadah nya pakai spek mata gelap malam malam? bodoh kata benak hati Jack Sparrow. yang gadisnya pula meliurkan, spaghetti string, skirt pendek, dan berkasut yang memudahkan mereka berdansa sehingga lupa diri. rokok juga di tangan. stylo mylo. dan ketika itu juga seorang daripada mereka bersuara, ketika Jack Sparrow dengan tidak sengaja terlanggar seorang daripada mereka…

“F***, jalan tak tengok orang ke? kampung betul la, selekeh plak tu, drug addict ke?” Jack Sparrow hanya menunduk dan berlalu. hanya kerana mengenakan tshirt lusuh, seluar jeans, kasut koyak dan beg sandang, Jack Sparrow digelar drug addict pada malam itu…

dari jauh terdengar dekahan ketawa kumpulan tadi. bila Jack Sparrow toleh, nampak mereka sedang ketawa sambil melihat Jack Sparrow berlalu dari situ… ketawakan Jack Sparrow dan kekampungannya, yang tidak tahu bercampur dengan mereka golongan atasan, yang hebat berdansa, yang hebat berpakaian, yang hebat memandu kereta mewah…

Jack Sparrow terlalu biasa, plain, kekampungan…

perlukah Jack Sparrow belajar menari? belajar minum? belajar bercakap dengan nada kurang ajar? memandu kereta mewah mewah yang duit mukanya di bayar oleh ayah dan minyak di isi dengan duit ibu? perlu ke Jack Sparrow belajar mencarut? perlu ke pindah dari kampung ke bandar? untuk tidak menjadi kekampungan dan plain…

Jack Sparrow terlalu biasa, plain, kekampungan…

hormat antara manusia hanya datang dengan kemewahan, gaya hidup, taraf, wang yang banyak, kereta yang mahal, pakaian yang bergaya, teman-teman yang high class. sedangkan Jack Sparrow lihat diri sendiri, hartanya hanya sebuah blog di internet.

Jack Sparrow terlalu biasa, plain, kekampungan…

mediocriti tidak menjamin RESPECT…

*******TAMAT*******

bukan semua komuniti orang kelas atasan begitu, aku cuma boleh bercerita bagi pihak Jack Sparrow dan pengalamannya. tapi aku dan Jack Sparrow pegang ajaran mak bapak kami yang kekampungan;

sentiasa hormat orang, tak kira taraf, umur, bangsa dan sebagainya…

esok saja… boleh?

Popularity: 2% [?]

Resolusi… 4

ini kontribusi untuk projek DIGITAL FHOTO JERITAN JIWA dengan tema RESOLUSI. kontribusi sedang dikutip sekarang. stiap contributor diperlukan mengkontribusikan 2 hasil kerja mereka. sila ke website berkenaan untuk keterangan lanjut.

terima kasih saudara baim kerana meminjamkan camera beliau kepada saya…

currently listening: Perfect Situation - WEEZER (Make Believe)

what’s the deal with my brain?
why am I so obviously insane?
in a perfect situation I let love down the drain
there’s the pitch, slow and straight
all I have to do is swing and I’m the hero
but I’m the zero…

esok saja…

Popularity: 2% [?]

Perlu Keluar Lihat Dunia… 4


Perlu Keluar Lihat Dunia…? *SIGH*

sebenarnya tak perlu keluar, dunia yang aku lihat sekarang pun, bukanlah hebat sangat. tak semegah yang orang khabarkan. kalau orang cakap indah, tak semestinya indah bagi aku. kalau orang cakap cantik, tak juga semestinya cantik bagi aku.

tapi resolusi aku juga nak keluar tengok dunia, nak sangat sangat… nak tengok dan nak tahu apa yang orang megah-megahkan. tolong ahh cakap apa yang megah sangat?

tak semegah mana pun dunia ini sebenarnya…

esok saja…

Popularity: 2% [?]

Prehistoric Lullabies… 6


this pic doesnt have anything related to the post…

*** tidak tulis apa apa pun, renung skrin hampir setengah jam. bingung…

garu garu kepala, rambut makin panjang. biasalah, memang dari dulu rambut aku cepat panjang, dan sekarang, makin tak terurus. sandar pada kerusi, melangut tengok siling, masih blank… kenapa ek?

aku baru sampai ke penang pagi tadi, rush juga. tapi takpe, kerja aku ni, fleksibel sikit working time. ngantuk jangan cakap la, atas scoot tadi pun hampir terlelap. sebabnya, aku buat marathon DVD pagi tadi, start dengan citer LAST DAYS, kemudiaan GREEN STREET HOOLIGANS, dan last sekali FOUR BROTHERS yang mana aku tak sempat habiskan sebab ngantuk sangat… GREEN STREET HOOLIGANS memang best sangat. baru aku tahu apa itu GSC yang member-member aku yang study sana selalu sebut-sebut…

seriously, dua hari kebelakangan ini, aku tak banyak berfikir, tapi lebih banyak termenung. ada la juga fikir fikir, nak beli apa, nak apa. tapi kebanyakan idea yang datang, aku tembak jatuh macam burung liar, jatuh satu satu idea aku. tekanan… rasa macam nak hisap rokok je… huhu~

aku keluar ke bandar, seorang. ingatkan nak tengok Harry Potter, sebab aku belum tengok, tapi macam tak best je layan sorang-sorang. *SIGH* tengok couple jalan-jalan, mesra giler. huhu~

lepas muak dengan keadaan bandar yang sesak dan memualkan tu, aku lenjan scoot masuk highway, saja nak tengok sawah padi. lepak tepi highway ok juga, kalau angin tu, hush. best. sejuk dan nyaman. bikin aku lupa sebentar semua masalah. tapi dalam angin angin tu, aku macam terdengar suara Dhilla… *GILA*

hari ini, masuk je kerja pagi, first thing aku buat, adalah tengok YM offline messages, takde langsung, email pun takde. nampaknya, ketidak signifikasi kewujudan aku di muka bumi ini jelas ternampak. sangat. huhu~

jack sparrow ketawakan aku. sekurang-kurangnya dia bahagia tengok aku begini, ada teman katanya. yer la jack, kita kawan selama-lamanya. korang janganlah halau jack sparrow, biarla dia teman aku kat sini…

esok saja…

p/s :- camne kita nak buat orang gembira, sedangkan dia biarkan diri dia tidak gembira?

p/s2:- aku rindu gila sama DIA…

Popularity: 2% [?]

« Previous Page