Archive for January, 2006

Jangan Ganggu… 11


penat dowh.

gambar ini diambil ketika aku tidur tidur ayam pada pukul 718pagi tadi. sudah tidak tidur semalaman membuat kerja kerja yang perlu disettlekan… dan ketika aku post post blog ini, aku masih lagi belum dapat tidur yang secukupnya… huhu

jangan diganggu aku untuk hari ini. aku penat…

esok saja…

Popularity: 8% [?]

Rumours a.k.a Gossip Liar… 8

erm, sapa buat citer dan war warkan kat dunia siber ini yang aku akan bertunang bulan februari ni? sapa? cakap sapa yang memandai ni?

sebenarnya aku nak kahwin la… ahahhaa…

takde ah, tipu ah. mana ada nak tunang ngan kahwin, sapa la nak hamba yang hina dina ni, lagi miskin kotor dan tak hensem huduh tahap cipan albino.

tak pasal pasal aku kena jawab dengan mak aku… aduh.

nizamnuri dah dpt zen neoon dia, dari ebay. aku jumpa kat ebay ipod rm400 wei, baru tadi…
ahahha!!!

p/s:- sorry aku asyik post gambar aku je, aku nak kasi Dhilla tengok je. dan kasi bebudak setan gamabr hot sebab aku tak submit aku nye contribution lagi… ahahha…

esok saja…

Popularity: 6% [?]

A Mellow Sunday, As Usual… Part II 5


cangkung yang pening…


cangkung yang seni…

pic di atas dirakam ketika aku sedang sibuk membuat OT di hari Ahad. oh. lifeless nye hidup aku. amatlah mellow dan tak happenning langsung. takde ke sesuatu nak sparks hidup aku ni. adui.

p/s:- rindu sapa?

esok saja…

Popularity: 10% [?]

A Mellow Sunday, As Usual… 7

rindu dia, rindu wengweng, rindu nenek, rindu tidur di atas tilam empuk, rindu bau kasut baru, rindu pleasure bershopping, rindu naik komuter or lrt sambil tengok orang dan study gelagat manusia dalam habitat, rindu suasana travel jauh jauh, rindu bau stesen bas puduraya, rindu nak tgk bebudak hip hop niggers celup kat KLCC, rindu nak tgk awek awek seksi yang meliur kat bukit bintang, rindu nak tengok langit cerah, rindu nak tengok bintang di langit juga. rinduuuuuu…

esok saja…

Popularity: 7% [?]

Radio Friendly Unit Shifter… 7

erm. sapa terrer, tajuk kat atas ni lagu siapa?

tension giler kat opis ari ni. aku dapat berita yang kurang menyenangkan daripada family aku. buat aku rasa macam aknak balik sahaja hujung minggu ni. tension giler.

kat opis sekarang ni, aku cuba sibukkan diri. takmo pikir pasal benda benda kat rumah keluarga aku. tension jadinya. so aku pulun la masukkan data data yang dah pernah masuk pun aku buat sekali lagi. sibukkan diri, buat kerja supaya tak pikir apa apa. berat gila kepala ari ni.

speaker dalam office ni ada 3, tapi speaker kak lin sahaja yang boleh pakai sebab sedap bunyi, 2 speaker lagi speaker murah, dan aku sudah malas nak cari kepala plug untuk cucuk power cordnya. malas sangat. so berebutlah nak dengar lagu apa kat office ni.

time semua ada, kak lin conquer. kak lin walaupun nampak mcm tu, tapi sebenarnya jiwanya amatlah hip hop. gangsta. dengar 50cent tu. giler. kak ju sure tergelak bahak bahak bila baca benda ni. baim pulak takle conquer ah, sbb dia kalau dah dpata internet, dia dunia pun tak nampak.

so time lunch, selalunya diaorang takde, baru la aku leh buka cd cd aku. bolehlah dengar lagu lagu yang kena ngan jiwa. time lunch aje. kekadang buka MYSPACE band so bley dengar lagu baru. sekarang ni, aku selalu dengar lagu tajuk NASIR BILAL KHAN dari TEENAGE GLORY FOR THE WASTED. try ah streaming.

pagi tadi, guna mercora, try la minta Kak Lin cari Soundgarden. dengar je lagu Blackhole Sun, baim pun komplen. dia nak dengar lagu Sugar Ray. bengong. generasi MTV camni la. kena suap ngan mainstream. bengong amat. last last aku minta sekali lagu Smashing Pumpkins ngan Nirvane(lama dowh, klasik ni). ahahaha. lagi tension lagu down je. mellow dan melankolik je lagu tu. uhuuuu.

rasanya nak bawa speaker sendiri la, yg subwoofer tu, kasik terangkat buntut diaorang dlm office ni dengar lagu SOAD ke, RATM ke, kasik pekak sama diaorang ni.

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Tukun… 5

woh, hampir hampir seminggu aku tak post citer terbaru. sorry, tapi memang takde apa nak diceritakan. sorry sekali lagi.

dan orang banyak tanyakan apa conclusion aku dengan Dhilla. itu rahsia ah… nanti bila dah dapat green light dan kebenaran dari dia, aku war warkan kat sini ah. ada juga tanya Lanie tu sapa, dan kenapa perlu tanya akak untuk pinjam aku. ahahaha, itupun akan aku jawab sedikit hari lagi…

kerja amat hectic minggu ini dan minggu depan menjelang CNY. rancang nak balik KL hujung minggu ni, tapi rasa macam tak berbaloi je. tunggu bulan februari je la. 11th and 12th gerenti aku ke sana. ada hal peribadi sedikit. ngahahha…

keperluan untuk memiliki sebuah camera baru amatlah tinggi. lagi lagi ketika ini. woho. jadi untuk mereka yang rasa diri tak motivated untuk beli sebuah camera digital atau apa apa pun jenis camera, silalah ke website DIGITAL FHOTO JERITAN JIWA kerana tema terbaru HIJAU kali ini amatlah menggalakkan dan mencabar sekali kekereatifan setan setan gambar sekalian. aku pun belum submit lagi, dan maybe takkan submit pun… ngahahha…

PERSETANKAN di sini…

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Emo… 6


subjek matter: Lanie…

lanie adalah salah seorang daripada beberapa manusia di muka bumi ini yang aku teringin nak ambil jadi subjek matter photo aku. korang tengok ah, sayu je kan. aku malas nak touch up bahagian skin tu, biar camni nampak lebih raw kan? kesian anak pak arshad ni. ahahahha lek ahh lanie, gue akan kasi loh senyum. tapi kena ask permission akak dulu la, dia kasi pinjam ke tak. ngahahaha!!!

tadi aku gik medical checkup. aku cukup takut ahh benda benda ni, sbb dari sinilah tahu apa yang sakit pasal diri kita sendiri. aku ingatkan aku ni sihat, rupanya tidak sama sekali…

memula mcm biasa, ukur tinggi, berat badan, dan check mata. rupanya aku ni dah makin rendah. walawei… time check blood pressure, nurse tu terpaksa amik dua tiga kali, sebab blood pressure aku amat tinggi. stress sikit sejak kebelakangan ni. masalah banyak. lepas tu kena pergi buat urine. ni yang aku malas ni…

bilik nak daftar urine kat sebelah sana. bilik air, nun jauh kat hal sebelah sini. waktu pergi ok je. waktu nak balik tu, tetiba je ada 5-6 orang student kat laluan tu. giler. aku tgh pegang bekas urine tu. ahaha, aku masuk balik toilet, basuh bekas urine tu bersih bersih, lap ngan tisu, lepas tu masuk dlm poket sluar. ahahaha… malu deh… lepas je diaorang baru aku kuarkan balik bekas urine tu… ngahaha, mesti ada yang dah terburai pecah perut gelak ni kan? og ya, tahap glucose aku amat tinggi, shows that aku maybe diabetic bila sampai masa nanti… huhu~

lepas tu amik x ray la. mcm biasa, peparu aku berakar sikit. adalah sebab dulu. takpe, later aku cerita. then tunggu about satu jam, baru masuk jumpa doktor. ada la sembang sikit sikit. lepas tu settle. habishhhhhhhhh…

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Pengorbanan… 12


gambar ini khas utk NIZAM NURI
kerana dia suka ambil gambar buat peace sign…

buat tahun baru ini, aku rasa, aku akan korbankan beberapa keinginan aku, terutama sekali keinginan materialistik, untuk berikan kebahagian kepada orang lain. erm, lupakan PSP, PS3, XBOX360, Creative Media Player tu, terpaksa lupakan kasut converse yang aku dah ngidam dua bulan lepas dan lupakan terus shoe collection aku, terpaksa korbankan jeans yang aku teringin nak beli dan ganti jeans aku yang lama ni, juga hooded sweater ambercrombie yang aku dah bengang tgk mamat tu pakai, juga beberapa helai pasang baju kerja, dan yang paling aku ngidam sekali sampai dulu kalau aku tak dpt aku nak serah diri kat baru belah batu bertangkup, a new semi digital SLR cam. terpaksa korbankan segala keinginan matreialistik demi tujuan yang lebih agung. membahagiakan orang yang aku cinta dan sayang.

harap pengorbanan aku dihargai, dan please bare with me if i look selebet and selekeh, kerana aku telah berkorban untuk sesuatu yang lebih bermakna. so kalau korang nampak aku mcm penagih dadah, jangan ahh salahkan aku, fahamilah jiwa aku. aku mahu tengok dia bahagia…

Selamat Hari Raya Aidiladha…

esok saja…

Popularity: 5% [?]

4 Hari Mencari yang Hilang Di Kuala Lumpur… Verse 4 End 7



erm… i love her still. need i say more?

esok saja…

Popularity: 6% [?]

4 Hari Mencari Yang Hilang Di Kota Kuala Lumpur… Sambungan Verse 2 3

ini pula dari lensa camera xhazirinbudimanx










juga klik pada pic utk pic yang lebih besar
esok saja…

Popularity: 5% [?]

Next Page »