Archive for February, 2006

War Of Tag… 10


kerna aku tidak tahu menulis apa untuk minggu ini, dan aku buhsan, dan aku juga telah ditinju halkum oleh nizamnuri, aku layan tag ini…

4 Jobs :
1- meniaga di pasar malam dari tingkatan 3
2- praktikal di jabatan zakat selama 4 bulan
3- kerja di maybank finance selama 4 bulan
4- graphic designer di syarikat yg tak best selama 4 bulan

4 Movies that i like:
1- Matrix Trilogy
2- Seven Samurai (citer hitam putih jepun)
3- Powder
4- Janji Joni

4 Places I’ve lived :
1- Tmn Paik Siong, Puchong
2- Kem TUDM, Puchong
3- Taman Pandan, Alor Setar
4- Sungai Dua, Penang

4 Favourite TV Series :
1- SpongebobSquarepants Nickelodeon
2- Happy Tree Friends MTV
3- Fairly Oddparents Nickelodeon
4- Laguna Beach MTV (ahahaha, KRISTEN CAVALERI da BOMB)

4 Places I’ve Been On Vacation :
1- Takde
2- Takde
3- Takde
4- Takde, yeh family aku jarang vacation

The 4 blogs I visit daily :
1- Kosong Itu Indah
2- The Vallenti
3- Digital Fhoto Jeritan Jiwa
4- kawan kawan semua

4 of my Favourite foods :
1- McDonalds
2- masakan mak aku
3- seperti di atas
4- seperti di atas

4 Places I’d rather be :
1- berdiri di sebelah dhilla
2- di rumah rilek layan dvd
3- atas awan
4- rumah jessica alba

4 albums i can’t live w/o :
1- apa apa dari RATM
2- juga apa apa dari SILVERCHAIR
3- First Impression On Earth dari The Strokes (dgr sampai lemau)
4- Murder Left Of The Crow ke ? by Incubus

4 vehicles i own :
1- yamaha 110SS (WDL 6020)
2- suzuki rg (KAQ1998) lepas ni takde dah sebab time tu lesen aku kena gantung
3- mz moskito perang yg dah jadi kepunyaan adik aku
4- mz moskito (KBT5022) kalau jumpa kasik calar la…

4 of you, please carry on these virus ok! You’ve been TAG!!!
1- suessy
2- surie
3- dida
4- kiezamy

esok saja…

Popularity: 4% [?]

Lebih Membaca, Kurang Menidur??? 0

been keeping up back with ANNE RICEs’ writings. dalam vampire chronicles ni, BLOOD AND GOLD je yang aku belum baca. citer pasal asal usul MARIUS. borrowed it from DHILLA. yes, i’ll take care of the books. kalau rosak, saya ganti balik with a new on. ok?!

oh ye. kawan aku, si NIZAMNURI atau nama sebenarnya HAIRUL NIZAM BIN MD. NURI (PELAJAR KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA) sedang menjalankan survey untuk projek akhirnya. dan sekarang memerlukan sedikit bantuan. so tolong lah bantu kawan-kawan kita apa yang patut. esok esok bila kita susah, mungkin diaorang pulak akan bantu kita.

so sila jawab survey dengan mengklik di sini!!!

tolong ye…

esok saja…

Popularity: 4% [?]

EDISI ENAM: CINTA??? 4


contribusi aku untuk
DIGITAL FHOTO JERITAN JIWA EDISI ENAM: CINTA

masih boleh contribute lagi ni, send kan ok.. syarat leh ambil di sana…

esok saja…

Popularity: 5% [?]

And The Survey Says… 3

ahaha… 4 hari buat survey kat PWTC ekspo Industri Asas Tani. satu pengalaman baru berurusan dengan orang. kenapa korang semua tak datang ah? nak kena tinju halkum ke? thanks to jasmine dan erin datang melawat aku, dan meneman aku linch hari ahad itu. company korang amatlah menghiburkan.

survey, paling aku terkilan bila aku cakap dengan jenakanya…

sorry encik, ganggu aje dengan survey ini,” dan abang tu pun menjawab…

memang mengganggu pun…” dan menepuk nepuk bahu aku dengan kuat sekali…

lepas tu aku terus tak bersemangat nak buat survey dah. kecik ati dowh.

jumpa sakinah ngan niza, skoolmate lama aku dulu. huhu~ dedua dah jadi maju orang kaya la katakan, dedua buat marketing dan business sendiri.

on the second day, kuar ngan dhilla kejap after work. kejap je, tak sampai dua jam. dia dah kena balik. taknak la dia balik tengah tengah malam, tak elok. tapi rasa tak puas tu ada juga. kejap je jumpa…

esok saja…

Popularity: 4% [?]

Penat… 0

penat…

ramai bertanya kenapa tak update blogs dengan cerita weekend lepas. aku takde masa. sekarang ni pun aku cuma log in dan tulis bahawasanya, aku tidak akan berada di blog ini sampai minggu depan. aku baru pulang dari KL, dan sekarang, terpaksa balik ke KL pulak. ada exhibition… so sorry…

dhilla lelah sekarang ni. doctor suruh stay in untuk satu mlm tapi dia taknak. aku pujuk dia, dia takmo. dia pun takmo pakai inhaler. rindu dia sudah. kesian dia demam.

ok ah, nanti aku postkan pics and stories about the trip. about 9 naga, about bapok kampung and all. aku nak berangkat sudah ni…

aku rindu dhilla, dah aku cakap kan tadi?

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Ajal… 0

Tarikh Sebenar Post Ini: 11 Februari 2006

aku tiba di KL semalam, petang. di jemput oleh Dhilla di KLCC. lewat seperti selalu. dia nampak cute, macam yang selalu aku bayangkan dan ingat. kenakan blazer dan jeans serta flip flops. ketika dia datang, dia dapat call, mengatakan nenek saudaranya sedang tenat di hospital. Lanie pula call nangis nangis. Dhilla ajak aku ke hospital, tapi aku rasa akward. ye ah, meeting her family dalam keadaan ni. looked into her eyes, rasa macam it was a big thing for her. so setuju aja.

we went for a bite, coz aku tak jamah apa apa pun lagi hari tu. kat foodcourt KLCC. lepas itu, straight ke hospitals. sampai ke hospitals, aku rasa amatlah tidak sedap perut. mula kecut. Dhilla cuba tenangkan aku. aku tak biasa macam ni. aku benci hospital.

sampai ke ward, rupanya family dia semua dah ada. Dhilla got a big family. daripada pakcik, ke nenek saudara, ke cousins. memang besar. bandingkan dengan family aku, memang kalah la. aku jadi lagi kurang selesa bila dia ajak aku ke katil nenek saudaranay yang sedang dalam koma. katil nenek itu sedang dikerumuni oleh semua keturunannya. menangis. aku jadi sedikit pelik. aku tak biasa dengan keadaan begini. ramai sungguh family Dhilla, dan makin lama makin ramai. aku jadi lagik pelik. aku duduk di luar sahaja.

aku faham kenapa aku pelik. aku tidak pernah pun kenal datuk dan nenek ku. di sebelah ayah mahupun emak. yang aku kenal cuma arwah maktok dan tokwan yang merupakan nenek saudara. waktu arwah maktok meninggal pun, aku masih di kampus. tak dapat tengok. dan aku juga rasa pelik sebab keluarga ku tidak besar, dan tidak rapat seperti keluarga Dhilla. pelik sangat. takut juga untuk masa depan nanti.

hampir sejam lebih di situ. aku minta dalam hati supaya Dhilla ajak ku balik. keadaan makin tegang pada ku, sebab ahli keluarganya masih menangis. kasihan. tapi aku tidak boleh cakap aku tahu apa yang diaorang rasa. hati batu kah aku ni?

pagi subuh ini, Dhilla telefon, lebih kurang lepas Subuh. Dhilla cakap neneknya telah meninggal. Innalillah…

Dan itu telah mengubah semua perjalanan rancangan aku dan Dhilla hujung minggu itu…

Al Fatihah…

esok saja…

Popularity: 3% [?]

Pass Me The Juicebox Please… 1

Everybody sees me
But its not that easy
Standing in the lightfield
Standing in the lightfield
Waiting for some action
Waiting for some action
Why wont you come over here

Juicebox By The Strokes
First Impression Of Earth

i just bought and listen to The Strokes latest release, First Impression Of Earth. bought it with Fort Minor albums. was listening to it. but then, felt like somethings lacking.

been waiting for this album for quite a while. the hype was on from june last year, saying it will be much better that the previous release.

its not the old The Strokes. its missing key ingredients. maybe they are trying something new, something experimental. but there’s not much to say about their new album. all the songs, except for Juicebox (maybe because it has controversial like video on MTV) that catch my ears and had that old The Strokes styles. but not for other tracks on the album. dissapointment? no. maybe have to listen to it for a lil more time. kasik chance la.

fort minor is not far from what linkin park sounds like. take away DB’s screaming vocals, and just put Shinoda’s rapping, dapat la Fort Minor. but really impressive la. the writing and all. like the beats on a few tracks like Remember The Name and some few i couldnt recall.

bila la Silverchair nak buat album baru ni. and waiting also for Incubus punya new album. lepas ni nak beli Dayang Nurfaizah punya klasik albums…

esok saja…

Popularity: 3% [?]

Demam… 6

demam…

mula demam hari ahad. amatlah teruk sekali demam aku kali ini. dah lama tak demam, kali ini jadi teruk gila. first day tu, tekak rasa pedih sangat, nak telan apa pun sakit. lidah pun mula tak rasa makanan, lepas tu dah la tak lalu.

second day, sepatutnya dah balik kerja, tapi time mak aku kejut time subuh tu, mmg dah takle gerak langsung. tulang belakang rasa sakit gila. dalam nak sampai tengah hari baru leh bagun. aku recall kak lin ada call, tanya aku dtg kerja ke tak. aku tak tahu aku ckp apa lepas tu, mamai gila. sesedar je, dah tengah hari. bila batuk je, rasa orak bergegar, paru paru sakit. giler la. nak mati kot. petang tu baru leh bangun sesikit. jangan tanya aku kenapa aku tidak pergi klinik atau hospital. sapa nak bawak aku pergi? takkan aku nak naik moto sendiri pergi sorang sorang? hish, dari demam terus mati kang…

hari ni selasa. dah ada kat opis, tapi kak lin ngan baim takde. diaorang ikut prof pergi somewhere. aku sampai lambat. ini pun aku gagahkan balik juga, kepala pening pun aku gagah naik moto balik penang. takleh concentrate langsung tadi atas jalan. nasib baik tak pitam ke apa ke. sebab mmemang masih rasa lagi pening tu. sampai umah, mandi, iron baju, terus datang kerja.

tak tahula camne hari ni. dada sakit lagi ni. kepala pun pening…

esok saja…

Popularity: 4% [?]