Archive for March, 2006

Ku Tak Bisa – SLANK 2

pernah berpikir ‘tuk pergi
dan terlintas tinggalkan kau sendiri
sempat ingin sudahi sampai di sini
coba lari dari kenyataan

tapi ku tak bisa jauh jauh darimu
ku tak bisa jauh jauh darimu

lalu mau apa lagi
kalau kita sudah gak saling mengerti
sampai kapan bertahan seperti ini
dua hati bercampur emosi

tapi ku tak bisa jauh jauh darimu
ku tak bisa jauh jauh darimu

sabar sabar aku coba sabar
sadar sadar seharusnya kita sadar
kau dan aku tercipta
gak boleh berpisah

dan tak bisa jauh jauh darimu
ku tak bisa jauh jauh darimu…

esok saja…

Popularity: 4% [?]

Untuk Tatapan NizamNuri 6

ok. gambar di atas adalah counter kepada post nizamnuri tentang pembelian kami di LELONG.COM.MY.

ini adalah LIMITED EDITION ROLEX CHRONOGRAPHE “REPLICA” yang aku bid dan menang.

elok tak nizamnuri? camne ngan jam ko pulak? tahan ke?

tak tahu lagi quality camne. kena tunggu sampai habis hari ni. jam murah la. janji semua subdial dia functioning. kalau rosak, aku tolak balik. huhu~. tapi setakat ni aku puas hati la. so sapa nak cakap apa apa pun cakap la…

kejap lagi aku nak sambung citer pasal pontianak bukit kecil, penang.

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Hoiyeh!!! 3

pasal hujan lebat semalam, seluruh kawasan ini, dan juga parking lot kereta dan moto kat c13 telah diliputi oleh bunga bunga kuning ini. cantik… takleh nak shoot gambar sebab hujan dan amat gelap. shot ni pun diambil waktu aku sibuk berjalan ke bilik meeting. tak habis-habis meeting. penat…

nizamnuri dah dapat jam baru dia dari lelong.com.my. cantik la oi… elok la. nampak la jantan sikit. selamat berbahagia dengan jam baru.

aku nak tergelak tengok status fiza kat YM. pasal dia patut menang award student paling kuat tidur time nak study.

waktu aku di kampus dulu, kawan kawan selalu cakap, aku patut menang “the hustler” award, sebab aku selalu study just one day from exam. serius. aku cuma baca sekali sebelum tido malam tu, dan kemudian sekali lagi time subuh. tak la score pun, cukup makan. rahsianya adalah aku time kelas dan lectures, aku tak memain, aku akan concentrate pada apa yang tengah diajar di depan kelas. aku boleh ingat kalau orang cakap, tapi aku amat payah nak ingat kalau baca dari teks. aku juga senang muntah kalau dalam library, aku takleh tengok buku byk byk stack elok elok cam dalam library tu. gileeeeeeeeeee phobia….

satu lagi award yang kawan aku selalu kasi kat aku, adalah “the student who get by just by being nice to sweet young female lecturers” award. ahahhaa. aku tak nafikan la, kalau tengok track record aku, sebarang subject or course yang diajar oleh “CIK”, “MISS”, surely aku akan score. serious. time sekolah menengah, yang aku ingat, aku selalu flunct BIOLOGY, tapi masuk je sorang cikgu pelatih ni (muka kiut mcm TIARA JAQUELINA, but even cutter and manis), aku ace any paper atau exam dalam jangka masa dia ajar tu. bila dia dah habis waktu trial dia, aku balik kepada performance asal. ahahaa… demm…

kat universiti plak, selalu je aku score any paper and dapat high grade for any projects. tak tipu. tapi courses tu kenalah lecturer perempuan anak dara mengajar. ahahaha. Dhilla pernah tuduh aku flirt yang lecturers aku, gile. aku takde la sampai flirting, bodo la aku camtu. aku tahu apa batasnya. nak tahu rahsianya…

aku tidak kurang ajar macam student lelaki lain dlm courses tu. aku hormat diaorang as aku hormat lecturer lelaki juga. aku ikut semua yang lecturers tu ajar, aku jawab bila dia tanya walau salah, aku siapkan kerja ontime, selalu gi jumpa and discuss course matters and aku selalu siapkan coursework and projects atau paper lebih awal seminggu dari tarikh submit, lepas tu tanya pendapat lecturers tu tentang hasil, and lepas tu, minta masa untuk repair semula project tu. hasilnya, aku boleh hantar lambat dari orang lain sebab aku repair project aku, dan kalau aku tak datang exam, aku surely boleh retake. huhu~

lagipun kebetulan la, semua subject yang lecturers muda gadis ni ajar, adalah courses favourite aku. macam webdesign, hyperteks hypermedia, multimedia, math and math discreet. serious!!! so kebetulan la…

satu lagi award yang memang aku tak sangkal aku layak dapat, adalah “the student who jarang come to class and always asked for someone else to sign his attendance sheet” award.

“terima kasih. syukur pada ilahi, aku ingin berterima kasih kepada ayah aku yang tak pernah menempeleng aku walaupun markah JAVA aku D, begitu juga dengan JAVA LANJUTAN yang naik D+ (lecturer tu garang mcm singa dowh, project aku kena tolak dua kali dalam satu semester). ibu yang selalu pelik aku balik tengah minggu walhal hari tu aku ada kelas pagi sampai petang, dhilla yang selalu saja layan kerenah ponteng aku dan ponteng bersama (jahat aku ni dowh, ajak anak orang ponteng) dan lepak kat kawasan luar dari kampus, kawan-kawan yang selalu tolong sign attendance, kumpul notes, dan sanggup jadi tutor terjun untuk aku (tapi aku selalu je belanja korang makan). terima kasih juga untuk lecturers yang tak kisah aku tak datang class, yang tak kenal aku langsung, juga yang sangat ambil berat sampai sanggup kasik aku F kalau aku tak datang class dan yang pernah tanya kenapa aku taknak repair paper aku semua yang aku cukup makan je lulus (serius kalau aku repair, pointer aku surely lebih 3.5). dan semua yang terlibat dalam membolehkan aku grad. terima kasih semua…”

ini adalah acceptance speech aku

esok saja…

Popularity: 4% [?]

Projek SKRIBAL: Kertas Digital *UPDATE 9

PROJEK SKRIBAL: KERTAS DIGITAL

Projek yang masih dalam perbincangan dan percambahan idea ini boleh dikatakan semakin bagus. Ramai telah tampil ke hadapan dan menyumbangkan buah fikiran dan ia amatlah merangsangkan minda aku. Di bawah dinyatakan beberapa konsep projek sampingan ini…

Pertama sekali, projek ini adalah gabungan daripada idea DIGITAL FHOTO JERITAN JIWA dan EKSPRESI GERAK SUSUR MANUSIA PRAHISTORIK DIGITAL. Ia melibatkan kreativiti seni fhoto dan seni tulis. Yang mana setiap kontirbusi diseri dengan sekeping gambar yang akan berlandaskan tema bulan itu, penulisan yang mengiringi gambar juga perlu berlandaskan tema. Tetapi setiap penulisan perlu berlainan dari kontribusi kontributor lain.

Maknanya di sini, corak, jenis dan gaya penulisan tidak perlu ikut sama dengan kontribusi lain. Seorang kontributor boleh menulis cerpen, seorang lagi boleh menulis artikel rencana, seorang lagi boleh menulis dialog, seorang lagi boleh menulis sajak atau nukilan, tetapi perlu berlainan dari aspek isi dengan penulisan kontributor lain, dengan syarat penulisan perlu berlandaskan TEMA!!!

Kedua, projek ini hanya terbuka kepada 6-10 pengkontribusi sahaja yang tetap. Mungkin juga satu slot pengkontribusi akan dibuka untuk satu kumpulan(dua orang yang terdiri daripada jurufhoto dan penulis; seorang mengambil gambar, dan seorang menulis dan dikira sebagai satu kontributor).

Ketiga, kontribusi perlu wajib dan efisien, Tidak boleh tidak. Perlu wajib ada satu kontibusi setiap bulan dengan ikut tema.

Keempat, semua hasil penulisan adalah bebas, daripada segalanya, kecuali yang menyentuh isu kepelbagaian agama dan perkara yang terlalu sensitif, yang mana bersifat racist dan sebagainya.

kelima, belum ada lagi… ngahahhaa!!!

so sapa nak join, sila book tempat. dan sila kasi sebab kenapa anda mahu join dan boleh tunjuk hasil penulisan dulu, nak tengok terror ke tidak…

esok saja…

Popularity: 4% [?]

Lelong! Lelong! Lelong! 4

demm u ebay dan demm u lelong.com.my

aku seperti dirasuk oleh hantu bargain, yang mana menyuruh aku tergila-gilakan barang-barang murah dan second hand di ebay malaysia dan di lelong.com.my. ini semua angkara nizamnuri. dan niat suci telah terbabas. ingat nak cari barang utnuk orang lain, tapi sekarang dah tengah membid utk beberapa utas jam tangan yang amat rare. haih. ini tidak boleh dijadikan alasan…

hujung minggu ni, aku telah settle kan 2 dvd, JARHEAD dan CRASH. dua-dua amat thought provoking, esspecially CRASH. tgk la, aku rekomenkan kepada semua…

dan aku demam lagi hari ni… teruk…

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Format PC!!! 2


click picture for a larger image and tell me what u think!!! :p

jgn jealous ah…

as always, aku takkan terlalu rajin untuk mengformat pc sesiapa pun, even my own pc, tapi selepas virus BRONTOK berjangkit dari pc kak lin kepada semua pc office dan networknya, aku ambil keputusan format pc aku di ofis hari ini, kerana buat apa pun amatlah berat.

penat, satu task yang amat menjemukan…

tapi setelah hari ini berakhir (tanpa menginstall microsoft office), beginilah desktop ku kelihatan kembali kepada asal… aku nak letak widget boba fett kat situ, kasik dia guard aku nye recyle bin!!! ngahahahhaha…

kalau microsoft nak keluarkan windows vista, this is how i want it to be like…

dan sekarang, korang boleh jealous…

esok saja…

Popularity: 3% [?]

Damba… 1

well i don’t feel better
when i’m f*cking around
and i don’t write bitter
when i’m stuck in the ground
so don’t teach me a lesson
cause i’ve already learned
yeah the sun will be shining
and my children will burn

oh my heart beats in its cage” – Heart In A Cage – THE STROKES

the picture doesnt have anything to do with the song…

damba… :(
need i say more…

esok saja…

Popularity: 3% [?]

EDISI TUJUH: LAGU??? 2

DIGITAL FHOTO JERITAN JIWA still accept ur contribution, and the theme for this month is LAGU. For rules and regulation, please visit us at http://persetankan.blogspot.com.

takde citer apa dua tiga hari ni. mat amin masuk spital, kena operate appendix. dah selamat pun operation semalam…

oh ya, aku nak gik KL petang ni. lepas kerja. ada hal sikit.

Projek SKRIBAL: Kertas Digital perlu ke dilancarkan? NizamNuri cakap dia setuju join, ada orang lain ke yang setuju join? kalau nak join, pikir dahulu bahawa ini komitmen ye, mmg komitmen yang jitu. contribusi itu wajib dan perlu bagi setiap yang join… erm… :) sila letak nama di sini untuk menyatakan persetujuan anda…

details bagi projek ini masih dikemaskini dan diperbetulkan dan dalam perbincangan…

esok saja…

Popularity: 3% [?]

Percubaan Untuk Menulis… 7

kebelakangan ini, aku sedar yang perbelanjaan aku makin laju. rancangan menabung bulan ini tergelincir lagi. ntah kenapa, duit makin kurang, tapi tidak nampak apa yang dibelanjakan. bukan dicuri, bukan diberi, tapi entah. hilang. tak nampak.

kenapa aku tetiba menabung? erm. janganlah ketawa kalau korang membaca apa yang aku nak tulis kat sini. seriusly, aku boleh cakap, aku menabung untuk menamatkan zaman bujang aku, menamatkan zaman berpoya poya aku, untuk ikat kan diri, hidup bersama orang yang aku pilih untuk redah dan tempuh masa hadapan bersama aku. baik buruk yang mendatang, mahu ada orang yang menjaga aku bila aku sakit atau jatuh. mahu peneman di kala sunyi. mahu ada orang yang sentiasa di situ bila kita memerlukan sekeping hati, dan melakukan ssebaliknya apa yang diperlukan kepada hati itu juga.

orang melayu selalu cakap, bila kita gatal nak kahwin, itu adalah tanda kita dah tak tahan. meaning, dalam konteks SEKS nya. aku tak rasa begitu. seriously. jgn cakap aku bunga or whatever. tapi aku rasa lain. seriously hidup aku rasa mcm colourless bila tidak dengan dia. rasa kosong. sunyi itu aku bawa ke mana-mana. aku juga mahu rasa macam mana hidup dengan dia setiap hari. mahu buat apa pun bersama. tidak melibatkan seks langsung. lepak depan tv doing a dvd marathon, in each other company and arms, cook together, decorate the house together dan lain-lain. bercuti bersama, backpacking throughout europe, take photos, eat, yg hebat hebat la, mcm dinner at somewhere, tengok bintang, enjoy the night under the stars and moon. and so on and so so.

oh ye. aku juga mahu ada anak dengan dia. a liltle her. anak perempuan. and one abang for the lil girl. erm. aku dah berpikir jauh ni…

demm, aku dah berpikir terlalu ke depan.

kalau lah aku anak orang berada. or bapak aku is someone wealthy. eh sama la tu kan. demm. otak pun bercelaru.

kenapa tetiba aku tulis pasal ni? sebab semalam dhilla call, cakap she had a big fight with her mom. dia ckp dia merajuk giler giler, and nak lari dari rumah. she’s strong, i know, tapi mesti something big happened. aku takleh buat apa apa. takleh nak comfort her, sbb aku jauh kat sini. kalau ikut hati, nak saja aku pack beg dan tolak ke sana. i know she need someone. itu lah jadi penyebab kenapa aku terasa sangat perlu berkahwin secepat mungkin.

kenapalah aku ni seorang loser, bukan orang yang hebat. dan buat masa sekarang, logik dan sivik ku dah tak boleh pakai. andaikata aku terjumpa beg yang berisi wang, dulu, maybe aku akan pulangkan atau hantar ke balai polis, sekarang? not anynore. aku akan sipan untuk diri sendiri. tak amanah tu. tapi apa nak buat. masa mengubah manusia. and bila seseorang itu tersepit, dia akan buat apa sahaja untuk bebaskan diri dari belengu kesempitan…

demm, aku seorang yang jahat…

how i dont wanna dissapoint her…

but i already did…

esok saja…

p/s:- demm. aku tulis pasal sedih lagi…

Popularity: 4% [?]

Mari Kita Main Pasir… 1


satu trip yang dirancang, tetapi jadi lain di awalnya. perancangan awal; ke teluk bayu, tetapi tempat yang di descripsi kan oleh prof osman tu tak jumpa. yang jumpa, hanya pantai nelayan, tempat nelayan tambat bot mereka. air selut, pantai pun takde. so kak ju and kak lin decided kami patut pergi ke Moonlight bay, orang tak ramai, dan pantai pun elok…


hari panas juga. nasib baik datang pagi. dapat la berteduh di bawah pokok. kak lin dan kak ju sediakan makanan, sandwich, bihun dan keropok. air juga ada. best. dua tiga kali aku suruh baim mandi, aku nak tengok skill dia. aku? mana boleh, aku tak tahu berenang. :)


langit takde sekulimit cacat pun awan. biru. air juga nampak tenang dan bersih, nyaman saja udara. best. kak lin adalah yang perrtama sentuh air. aku bercadang nak ambil gambar saja. its not the same without dhilla. tak seronok jadinya.


inilah model model bargain aku. huhu~ ahahaha… lawak la.


kadang kadang aku juga jadi model. huhu~ baim baru belajar camne nak tekan camera supaya focus dulu… dah maju sikit. bagus


trip yang bagus. aku suka. aku jarang ke tempat macam ni. aku lebih suka bandar. bangunan tinggi adalah hutan bagi aku. :)

terkejut tak kalau aku cakap, lepas ni, kami terus ke metrojaya. aku dengan kaki berpasir dan berpeluh. ahahahha…


selepas ke metrojaya, terus gamble ke bukit bendera. satu lagi tempat yang aku tak pernah pergi sejak aku akil baligh ni. ahahaha… lawak seh. it was a 30 minute up the hill, dgn menatang alah ni. slow nak mampus, and the only sceneries yg nampak is batu besar, and sahabat lama si baim, KERA. huhu~


the sky was clear. panas lagi. cannot get a nice shot dgn limited digital camera ni. perlu beli sat slr. tension siul…


dua org minah saleh ini amat lawa. satu tren dgn aku tadi. amatlah lawa. mata biru sorang dan mata kelabu sorang. tersipu sipu aku bila diaorang senyum kat aku. huhu~ cair. nak minta bergambar bersama, tapi malu… ahahaha…


kak ju belanja makan kacang. wuhu. gambar aku takde ke kat sini?


gambar aku… ceh. tenkiu kak lin kerana gambar ini amat santek…

cukup la kot…

esok saja…

untuk gambar lain, sila ke flickr aku…

Popularity: 3% [?]

Next Page »