Archive for April, 2006

Mee Jawa Untuk Mawi… 8

surat terbuka untuk orang orang yang berfikiran terbuka dan bukanlah serangan peribadi ke atas Mawi, Mawi memang World, kata nizamnuri

korang surely ada yang dah biasa tengok rancangan terbitan ASTRO RESUME UNTUK MAWI yang aku faham habis sudah dan ada sudah pemenangnya. tahniah kepada pemenang yang akan menjadi PA kepada Mawi. best la ko dapat mingle dengan superstar Malaysia ASMAWI ANI. cium la dia byk byk sebab rezeki ko datang dari dia. uhuuuu…

aku pernah tengok dua tiga kali rancangan ini, bagi aku rancangan ini, adalah untuk manusia manusia tunjuk hebat, terrer, angkuh lagi nak tunjuk dia saja yang betul. itu lah dia. dan aku rasa, pemenang yang menang itu, tidak deserve untuk menang, sebab aku rasa ada satu calon lain yang lebih layak. taknak la aku cakap sapa, tapi kalau kita open minded, dan rasional, kita surely tahu siapa yang lebih berhak.

atas sebab kehebatan aura Mawi sampai Astro sanggup adakan rancangan untuk mencari PA Mawi, apa kata dengan keadaan Mawi yang masih lagi hangat dan hebat dan ada kat atas langit macam dewa dewa lagi, kita adakan rancangan-rancangan lain yang berkaitan dengan dia.

contoh:
dalam pada kehangatan isu Mawi, dan Diana Rafar dan persoalan tentang setianya Mawi kepada tunangnya yang menanti di Felda Taib Andak, apa kata kita gunakan isu ini sebagai batu loncatan sebuah rancangan baru, yang penuh isu panas dan kontroversi. aku berikan tajuk rancangan ini;

MEE JAWA UNTUK MAWI

dalam rancangan ni, kita audition ratusan ribu candidate, perempuan, mahupun lelaki lembut maha pondan bapuk, comel atau tidak tak kisah la, untuk menjadi bakal teman hidup mawi yang sebenarnya. penyertaan dibuka kepada semua, termasuklah artis Malaysia macam Diana Rafar atau Zamarul Hisham sendiri atau celebriti lain. penyertaan juga terbuka dan wajib untuk tunangan si Mawi.

dalam rancangan ini, kita pilih bakal calon isteri Mawi. kita buat setiap episod dengan challenge atau task yang hebat hebat yang Mawi tentukan untuk menapis calon yang sesuai. dari acara memasak, membancuh air, mengurus rumah, membasuh baju, menyidai baju di ampaian, mengemas rumah, menjaga anak, menjaga lelaki, menjadi partner hidup dan sebagainya. amacam…. :)

seperti juga rancangan Resume Untuk Mawi, pasti ada cakar menyakar, kutuk mengutuk, keji mengeji, puas tak puas hati, main nama mak bapak, panggil orang cara kurang ajar, bahasakan diri orang dengan kasar, dan mengaku diri bagus nak mampus dan sebagainya. baru best. kan orang kita suka realiti tv. realiti tv yang selalunya membongkar hati manusia yang sebenar yang selama ini selalu ditopeng baju yang cantik cantik dan mekap yang tebal tebal. uhuhuhu…

keputusan diadili 100% menggunakan SMS. serius. sesuai dengan status Mawi yang jaguh SMS, biar Mawi pilih dengan calon yang diundi oleh peminat fanatik dia pulak. wuhu. biarlah peminat dia tentukan sapa yang berhak jadi orang rumah Mawi, sapa yang berhak basuh baju dan kemas rumah Mawi. huhu…

selepas keberjayaan siri realiti tv ini yang berlangsung selama 400 episod (supaya syarikat telekomunikasi kaut untung juta juta dan kemudian kasik charity RM200,00 untuk elak cukai), kita leh propose rancangan lain yang ideanya berteraskan Mawi, contohnya;

  1. Selera Untuk Mawi – cari tempat makan yang mawi minat
  2. Shopping Kompleks Untuk Mawi – tempat Mawi sesuai membeli belah
  3. Rakan Untuk Mawi – pilih kawan-kawan Mawi
  4. Baju Untuk Mawi – baju pilihan untuk Mawi
  5. dan sebagainya

paling bodoh dah takde idea nak buat, leh la buat program Spender Untuk Mawi. uhuhuhu…

yes, ini adalah surat terbuka kepada mereka yang berpikiran terbuka…

on a sore note, aku terbaca berita di sebuah surat khabar tempatan bahasa sebuah syarikat perhiasan dalaman mahu taja RM100,000 untuk rumah Mawi (di sini aku tak tahu rumah dia ke rumah famili dia ke). RM100,000? bukankah Mawi itu jutawan? tak mampu beli perabot ke? seriously aku bukan dengki atau perut busuk or what. tapi pikir la, dari kasi tajaan sebanyak itu kepada Mawi untuk rumahnya diisi dengan perabot perabot mahal, pikirlah banyak mana lagi rumah-rumah anak yatim yang tak cukup perabot, yang budak budak rumah anak yatim yang terpaksa tidur atas lantai beralas tilam nipis. banyak mana rumah orang tua yang perlukan katil dan tilam baru bagi ganti tilam yang dah tak empuk bagi diaorang yang punya masalah sakit badan dan tulang belakang? pikir la…

oh ya, dan satu lagi la. ingat tak final AF3 tahun lepas? rm15 juta lebih kurang, untuk undian kepada perserta AF3 atau Mawi sorang saja, aku dah lupa la… tapi RM15 juta??? rancangan Bersamamu TV3, first season hanya dapat kutip kurang dari RM1 juta. KURANG!!! penting sangat ke taksub dengan manusia biasa dari tolong manusia yang lebih daif dan memerlukan? pendek akal ke takde akal?

aku tidak ada dengki dengan Mawi, itu rezeki dia. tapi orang orang di belakang dia yang buat aku terasa perlu tulis surat terbuka ini. hurm. banyak lagi aku nak tulis, tapi aku rasa tak perlulah. sebab aku ni siapa, nak tulis semua ni. dan aku harap Mawi usahalah supaya dapat respek dari semua orang, bukan hanya respek daripada peminat fanatik dia, tetapi dari semua yang menyangkal kebolehan dia, yang mana aku pun salah sorang dari yang menyangkal…

silalah tembak aku jatuh dari langit…

menulis untuk provoke atau diprovoke untuk menulis…

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Haiya… Aku Nak Jadi Monyet…! 7

“aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih ” – DEALOVA – ONCE


gaduh lagi… bored…

esok saja…

Popularity: 4% [?]

Umang-umang ??? 7

umang umang tu apa ah? aku baru panggil baim umang-umang, tapi aku tak tahu apa maksud umang umang tu…

ada sesapa ada tahu mana nak cari hardcover marvel ORIGIN??? citer pasal asal usul wolverine of xman… dan ada sesapa nak jual alex ross’s KINGDOM COME? contact aku ok…

esok saja… eh eh, kejap lagi…

Popularity: 5% [?]

Vampy… 5

balik hujung minggu lepas, aku tengok adik aku curi pakai DUNK aku. bara gile, sbb susah sekali aku nak dpt sepasang nike dunk ni dulu. demm. tapi, dia ckp, dia nak jaga elok elok. so aku rasa aku bagi la, maybe nanti aku akan bawak datang penang kasut ni, waktu dah pindah rumah sewa baru, dengan semua pasang-pasang kasut aku. aku nak pakai…

rindu…

lepas tu tgk site ISS, gile la, collection diaorang nike dunk SB amatlah buat aku nak pitam… aku nak start collect kasut balik, tapi skrg sudah tak mampu…

:|

esok saja…

Popularity: 4% [?]

Piknik Memiknik… 4


subjek gambar: AINIJASMINE punya kaki…

9 April 2006
Taman Rekreasi Air Putrajaya

seperti dijanjikan, kami sepatutnya berjumpa di venue yang dijanjikan pada pukul 4ptg. tidak confirm sapa pun yang boleh datang atau tidak. gamble saja. aku bawa dhilla sebagai teman. sebelum tu aku dan dhilla ada di midvalley, menonton cereka V FOR VENDETTA. best la oi. best. aku pun teringin nak bomb British Parliments… :p

yes, macam biasa, aku sampai lewat. tapi lewat kali ni ada sebab, sebab aku tunggu domino pizza yg lambat untuk santapan para para sahabat aku di piknik nanti. huhu, lewat. cari pinggan kertas, cawan kertas, dan garpu plastik utk meratah bihun masakan bakal orang rumah nizamnuri. air juga, walaupun tiada ais, takpe la kan, janji takde yang akan tercekik.

sampai je, dhilla dah start gelabah. aku kenal sgt mcm mana rupa gelabahnya. tapi sampai je, yang ada, Nizamnuri, Bali, Erin, Min, Azzu, dan Farah(awek nizamnuri). masing masing mcm menggila amik gambar kat atas rumput. uhu. aku jumpa diaorang di wakaf seperti dijanjikan.

macam biasa, cara kami mengreetings satu sama lain, adalah dengan mengutuk keji diri orang lain. huhu. best jumpa bebudak ni. ramah dan satu kepala, salah satu cara nak define bebudak persetankan ni.

mana suessy ngan mummooze?

makanan banyak gile, KFC azzu bawak, bihun dan sandwhich Nizamnuri dan Farah bawak, pizza dan air, aku bawak dengan Dhilla. Aini bawak Erin dan Bali, Erin bawak jin dlm perut, Bali bawak kumis nasir wahab. Azzu datang sorang tak bwk surie mahupun erik. dedua ada hal. Sashi datang kemudian sikit, time kami baru nak start melantak.

masing masing makan dengan happy dan lahap, terutama sekali kontinjen lelaki. kontinjen perempuan semua control. huhu. lawak sekali, adalah insiden ketika mengusik nizamnuri buat sandwhich sampai ada rambut masuk sandwhich, sashi tetiba tunjuk memang ada bulu asing dalam sandwhich nizamnuri. nizam nuri menyangkal dengan mengatakan bahawa ia adalah bulu mata ikan sardin dalam sandwhich itu. (NGAHAHHAHAHA).

habis makan, semua gik keliling pusat rekreasi tu, dan sesi bergambar bermula. macam macam ah. aku taknak kutuk sesapa kat sini ah, tapi ada sorang mamat tu, dgn awek dia, mcm photographer dan model, siap posing manja.. ahahhaha!!! sapa ek…?

settle, kat situ, berangkat ke alamanda plak. amik gambar kat situ plak. byk la gambar, buat mcm org org gile. orang semua pelik la bila bali(walaupun miang) dan sashi guling atas rumput. ahahhaa. sampai la malam lepak kat taman tu kejap. then masuk dalam minum minum untuk acara penutup. habis minum dan discuss a few things, semua berangkat pulang dengan kenangan manis dan gelak tawa yang akan diceritakan kelak kepada anak anak cucu…

daripada aku, kepada yang hadir, terima kasih banyak banyak dan dhilla juga ucap terima kasih kerana tak buat dia rasa awkward. lain kali dia nak ikut juga. lepas ni kita buat yg lebih best lagi. series aku cakap memang best. BARBEQUE pulak lepas ni, kat umah MIN… :p ok min?

untuk gambar gambar lain, sila ke flickr aku…

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Awan Cantik… 3

dis picture was taken yesterday evening, on one of those crazy trip of BAIM. dia ajak gik batu feringghi, dia nak mandi. aku ikut saja, walaupun aku dah rasa badan ni nak demam, kena plak angin laut, lagi la demam.

but the picture says it was a worth trip…

banyak lagi, tapi aku takleh nak upload ke flickr, sbb flickr nye bandwidth dah penuh… sorry…

aku masih lagi belum citer about weekend lepas, about picnic, about my bday gift from dhilla and the time we spent together. and also about meeting dhilla’s parent selepas dah lama tak jumpa. tunggu…

esok saja…

Popularity: 4% [?]

Tidak Bertajuk…! 3

ada suatu terjadi hari ini. perkhabaran kurang menyenangkan, tidak menyenangkan sebenarnya. aku turut terkejut dan bersimpati…

sabarlah kawan. aku tahu betapa peritnya hati engkau ketika ini. aku tahu bagaimana perasaan yang kau rasa. pasti ada pengajaran dan hikmah disebaliknya. mungkin tidak akan nampak dengan mata kasar, tapi satu hari nanti kau pasti faham.

memanglah amat perit bila dengar dari mulut orang lain. memang hati tidak mahu percaya. sumpah kepercayaan itu tidak boleh digugat dengan perbuahan mulut orang lain. dengan mata sendiri, mestilah lebih perit. sabarlah kawan. aku rasa pedih hati mu.

hubungan yang terjalin terlalu lama, semestinya tidak diharap utk berakhir begitu saja. tapi lebih mudah begitu jika ia bebaskan diri kau dari seksa yang engkau seorang sahaja tanggung. selesai kan sekarang?

aku ada di belakang kau, dan begitu juga jack sparrow…

esok saja…

Popularity: 4% [?]

Tua… 4

kenapahapahapantah,
hariini,
akurasa,
lebihtua,
lebih…

esoksaja…

Popularity: 6% [?]