sebelum aku mula apa apa, aku mahu pendapat aku ini dikira tidak bias dan memihak kepada sesiapa. pun. jadi sebelum itu, aku perlu menerangkan hubungan aku dengan pihak tersebut. bahawasanya aku dan sharifah amani adalah kekasih di alam lain, sesungguhnya, kami ditakdirkan untuk berhakhwin dan mempunya generasi rakyat malaysia yang cute cute…
ngahahha, yerla. sesungguhnya aku tidak bias…
first of all, tahniah kepada semua pemenang yang layak mahupun tidak di FFM yang lepas. seperti biasa, pasti ada bunyi bunyi kurang enak selepas sebarang festival, mlm anugerah, majlis, malah tidak terkejut la di Malaysia ini, lepas majlis berkhatan pun, mesti ada yang tak puas hati.
dan sesungguhnya, aku tidak tengok pun sapa yang menang apa pada malam itu, kecuali mengetahui isu Sharifah Amani, Bahasa Melayu, dan Mencemar Budaya ini di hari kemudian selepas menonton berita di kaca televisyen. yang mana ada menteri membuat statement berkenaan ini, yang aku rasa agak kasar bagi orang kita, orang melayu untuk menempelak orang lain secara terbuka. sesungguhnya, itu juga kurang ajar sebenarnya, tapi aku lembutkan sikit la, kurang sopan. mana adat menegur orang, lebih lebih lagi adat menegur antara orang senior(tak mahu guna perkataan tua, nanti ada orang kecik hati) dan junior yakni pemuda pemudi.
baik, aku mulakan, oh ya, tahniah Sharifah Amani kerana menang Anugerah Aktress Terbaik untuk filem GUBRA malam itu, dan tidak ada sesiapa lagi di dalam senarai calon untuk kategori tersebut yang layak menang berbanding kamu wahai Sharifah Amani.
menyentuh perkara tentang pemilihan bahasa inggeris ketika membuat ucapan daripada menggunakan bahasa melayu, dan mengimplikasikan dengan menggunakan bahsa melayu, dia akan nampak bodoh. aku rasa, kita semua perlu fikir dari konteks penggunaan ayat itu sendiri. dia cakap, DIA YANG AKAN NAMPAK BODOH BILA BERBAHASA MELAYU, BUKAN BAHASA MELAYU ITU MEMBUATKAN DIRINYA BODOH BILA BERCAKAP. faham?
erm, bagi mereka yang tak faham aku cuba terangkan lah di sini. dia menyatakan bahawasanya, bila dia bercakap Melayu, dia akan kelihatan bodoh, kerana mungkin dia tidak fasih berbahasa melayu, dan mungkin juga pemilihan bahasa inggeris bagi dirinya, adalah lebih sesuai untuk menyampaikan “point point” penting ucapan yang dibuat malam itu.
lalu Sharifah Amani berkata lagi, jika filem itu dipanggil mencemar budaya, marilah kita buat dengan lebih banyak lagi (konon la dia ckp camtu, aku tak ingat yang sebenarnya). itu perkara kedua yang menjadi kontroversi. sesiapa yang mengikuti perkembangan filem filem arahan Yasmin Ahmad, pasti tahu kontroversi filem ini bila menang anugerah filem terbaik di temasya tahun lepas, yang mana, ada seorang kononnya, produser dan pengarah hebat, dan juga si penulis buku, yang masuk bakul angkat sendiri, menggelarkan filem filem Yasmin Ahmad itu, mencemar budaya. tidakkah ketika itu kita terkejut, dengan secara tetiba, seorang yang hanya berjaya menerbitkan(dia mengarah jugak ke?) sebuah filem dan sebuah telemovie yang flopp dan jatuh hancur terbakar jadi debu yang orang sudah tak ingat, tiba-tiba mengamuk di forum forum perbincangan. syok sendiri. macam orang hilang akal sebenarnya.
dan kemudian, statement menteri kluar di akhbar dan tv, menyatakan ketidak puasan hati nye dengan ucapan Sharifah Amani, mengatakan bahawa kononnya, budak itu kurang didikan dan ajaran mak bapaknya. itu teguran secara kasar sebenarnya, tak kira la kalau orang yang menegur, sultan sekalipun, tapi budi bahasa budaya kita, bukankah itu kempen yang tahun lepas dicanang canagkan oleh kerajaan? mana perginya nilai nilai murni kempen tu?
dan untuk Sharifah Amani pula, kita hidup berbagai sentimen, pemikiran dan pegangan, boleh tak kita jaga hati semua orang, kalau tak boleh semua, atleast, mana yang boleh kita elakkan, kita cuba dengan bersungguh sungguh untuk elak… boleh? kim salam sama mak ye…
(contoh teguran yang sopan dan baik)
Budi Bahasa Budaya Kita kan?
agaknya esok, bila Sharifah Amani dan GUBRA ni menang mana mana regional atau international award, baru la cakap sayang gila habis, percaya dan macam macam lagi la pujian. esok esok, jilat ludah sendiri. kan? rezeki orang, memang tak nampak, dan kalau Allah izinkan, dia bayar cash. dia tak tunggu kat akhirat esok.
so buka mata, buka minda, pikirlah. Allah berikan otak untuk berfikir.
esok saja…