Archive for September, 2006

Hiatus Lagi… 5

aku hiatus lagi. aku jatuh motosikal on the way pergi kerja hari ni. jalan licin, jatuh sendiri. takde orang pun tolong. aku angkat diriku sendiri dan badan masih terketar ketar. bila aku berdiri rasa macam nak pitam. tgn kanan aku sakit bila diangkat. aku rasa terseliuh, or maybe worts patah. aku menaip guna tgn kiri perlahan lahan. tension. nasib malang atau dugaan?

aku hiatus untuk beberapa hari…

esok saja, or maybe next week…

Popularity: 4% [?]

Hdup Ini Dalam Megapiksel… 5

{gambar ehsan arief}

ramai bertanya aku guna kamera apa untuk snap gambar. dan kadangkala orang tidak percaya. tetapi perlulah diambil kira bahawa aku punya skill photoshop yang amat tinggi juga. jadi tidak hairanlah kalau komposisi gambar dan hasilnya nampak elok dan kadang kadang mengejutkan. dan selalunya, rookie yang kagum. kalau professional lain la pulak ceritanya.

aku menggunakan SONY DSC W5, bewarna hitam. 5 megapiksel, dengan sony memory stick 512mb.

kenapa orang bertanya aku pilih kamera ini? aku kaji, dan menelaah tentang kamera ini sebelum meminta dhilla membelikan kamera ini untuk aku(yes, aku adalah toy boy dhilla, ngahahah!!!). feature yang palign jarang dijumpai di mana mana kamera point and shoot, iaitu MANUAL MODE, itulah yang telah menarik minat aku. walaupun kamera aku nampak bulky dan seperti oldskool, ia telah banyak berjasa.

apa yang aku buat untuk gambar yang aku ambil? mudah sahaja…

  1. aku tentukan size apa mahu digunakan, samada biasa, atau widescreen.
  2. gambar asal tadi aku copy dan paste kan pada canvas baru di photoshop
  3. aku resize gambar, dengan menitik beratkan portion subjek dan background, seperti yang aku telah pelajari dan perhatikan di majalah majalah fotografi
  4. untuk pemulihan gambar, selalunya aku akan perbetulkan level, contrast, dan color supaya gamabr nampak lebih baik. dan teknik baru yang aku belajar dari bali, adalah bermain dengan curves, yang akan membuatkan gambar anda lebih ranggi dan nampak seperti menggunakan kamera yang mahal.
  5. kemudian, meletakkan bingkai/frame yang kecil, kerana frame besar, akan menghilangkan fokus pada gambar. dan menyimpan file dlm format jpg dengan quality tertinggi supaya tidak pecah atau jagged gambar itu.

jadi, aku tahu mengedit gambar. jadi janganlah terkejut dengan gambar gambar di sini hasil dari kamera cabuk milik aku. kerana ia adalah dari campuran pengalaman dan pendidikan yang aku perolehi dari kawan kawan dan universiti.

sila ke sini untuk melihat hasil rakan rakan ku
dengan thema terbaru bulan ini
EDISI 13: SATU

p/s:- kalau diikutkan, effect selotape pada semua grafik aku ini, tak logik, kalau di dunia betul, gambar-gambar tu, semua sure tak lekat pada kanvas tu. sebab portion atau part adhesive dia tu, kecik sangat… ngahahha!!! tapi imagination rules everything… kan? peace!!!

esok saja

Popularity: 4% [?]

PLUSSS!!! 4

surely korang ada tonton iklan PLUS yang baru kat tv. yang mana ada seorang pemandu dengan anaknya, hampir kehabisan minyak dan PLUS ada bantu beritahu kat mana stesyen minyak terdekat dan lepas tu, ada call balik untuk confirm samada pemandu tu dah selamat mengisi minyak ke belum. kan? ada kan? apa moto dia? apa tagline iklan tu? aku tak ingat…

jadi, ini yang berlaku pada aku di PLUS dari Penang menghala ke Alor Star hari Jumaat lepas. aku seperti biasa, naik skuter untuk pulang ke rumah aku. waktu perjalanan, ok lagi. lancar, tidak banyak kereta. tak panas sangat. lepas sahaja R&R Gurun, aku cuba perlahankan sikit, sebab dah separuh perjalanan dah, tapi malang tidak berbau.

ketika di kilometer 69.4, aku dihambat oleh sebiji kereta Proton Waja. aku lajukan sikit skuter aku. tetiba, dengan seperti dirancang, habis sahaja sekali putar album RATM, skuter ku macam hilang power. terus takleh accelerate. aku rasa macam ada sesuatu yang tersentap. dan sangkaan aku amat tepat. BELTING putus(utk mereka yang tidak tahu, belting itu adalah macam rantai la kat moto biasa, cuma skuter pakai belting yang dieprbuat daripada getah keras). aku pun tersadai la di tepi jalan itu. bingung sebab hari itu hari jumaat, mana ada kedai moto yang buka. dan lebih bingung lagi, aku sekarang berada di tengah tengah highway, antara Gurun dan Alor Star Selatan. aku yang terpinga pinga itu, sms lah ayah aku(nasib baik ada credit). setelah memberitahu masalah sial itu, ayah aku kontek bapak saudara aku yang dalam perjalanan pulang dari Sg. Petani.

aku cuba gunakan peti SOS (yang berwarna oren hijau, digunakan untuk hubungi peronda PLUS). berikut adalah konversasi antara aku dan bilik gerakan peronda PLUS.

aku: hello. boleh tolong tak? saya ada masalah dengan kenderaan saya la, di kilometer 69.4 menghala ke alor star.

PLUS: ye encik, kenderaan jenis apa tu.

aku: skuter. belting dia putus. takleh gerak langsung.

PLUS: maaflah encik, kami tak handle problem motosikal, kami hanya boleh handle kereta saja.

aku: tolong angkut ke hentian TOl terdekat pun tak boleh?

PLUS: tak boleh encik, sbb belakang truck kami, ada macam macam barang, macam kon, sign…

aku: oh ok. terima kasih. (dalam hati sumpah sumpah dan maki hamun, sbb diaorang mmg takde inisiatif nak tolong langsung, dan macam boleh biar aku lepak semalam kat dlm highway tu dengan motor aku, kalau kereta on the spot diaorang datang, polisi apa ni?)

aku jadi bingung. ayah aku pun sampai, begitu juga dengan bapak saudara aku. kami sama sama pikir camne nak buat sekarang. aku senang saja, tinggal. tapi ayah aku cakap, sure akan ada malaun angkut motor aku, walaupun rosak. kami cuba tahan lori lori kosong. tapi tak berjaya. last last, tunggu adik aku, dan dia tunda ke Alor Setar. laju sial dia tunda. 70km/h. gile. tunda pakai skuter lain plak tu.

pendek kata, aku tak puas hati, sebab diaorang takde inisiatif nak tolong pemandu motosikal. diaorang boleh pulak biarkan kami tersadai kat situ tanpa apa apa bantuan dan resolusi. berbeza plak dengan polisi penggunaan kereta. PLUS tak bernarkan atau biarkan kereta tersadai di lebuhraya sehari semalam.

ayah aku cakap, sebab kami penunggang motosikal tak bayar tol. hurm… betul ke sebab tu? kalau betul, baik sediakan polisi untuk mengutip tol bagi penunggang motosikal yang nak gunakan highway. pikir ah, nasib baik aku ada kredit phone dan ada adik aku. kalau katakan, orang tua, pakcik mana bawak isteri, jadi sama macam aku. takkan diaorang nak tolak moto sampai exit highway? jauh sial…

pikirlah, perbaiki, atau biarkan kami penunggang moto ni, ditimpa kecelakaan di highway.

sekian, pesanan rakyat yang menggunakan highway…

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Perhimpunan Agung DFJJ… 4

Tarikh : 10 September 2006 (Ahad)
Lokasi : Taman KLCC
Perkara: Perhimpunan Agung DFJJ @ Picnic At The Park!!!


class picture…

segalanya berjalan dengan lancar. walaupun berlaku kekeliruan di saat berlansungnya acara. tetapi ketidak organisasi itulah imej persetankan sebenarnya. spontanious adalah cara kita. tetapi cadangan ahli untuk mengadakan perhimpunan yang lebih teratur seharusnya akan dipertimbangkan untuk perhimpunan kelak. kita bercadang untuk menyewa pwtc untuk seminggu dan mengadakan perhimpunan kita selepas ini di situ. woh…


kaum ibu sedang bermesyuarat…

terima kasih pada yang datang(aku listkan di sini mengikut ketibaan),
edt83@omar, alongarief@along, aku dan dhilla, suessy dan mummooze, gyhan dan rakan, surie dan mas, nizamnuri dan farah, ariep, bali, sashi dan wan, akak pnut dan najmi(ahli paling muda dfjj, bakal presiden kelak) dan juga ainijasmine.

acara bermula agak lewat kerana provider atau pencacai beli makanan boleh lepak di bangsar lagi, sdgkan orang lain dah tunggu kelaparan, terutama sekali jin dalam perut nizamnuri, yang kebanyakan orang kenal adalah bapa segala jin jin perut(tetapi erin punya jin yg lagi hebat perkasa, dan merupakan mvp segala jin, erin tak dtg!). kemudian mencari spot untuk menghampar tikar juga mempunyai masalah, kerana rumput basah basah manja. tetapi, alhamdullillah, hari mendung, tetapi tidak hujan. perhimpunan ini dirahmati tuhan nampaknya.

makanan yang ada adalah seperti domino pizza 6 keping(sumbangan bali, nizamnuri dan aku), kek(sumbangan alongarief), nugget(sumbangan edt83), dan puding(sumbangan akak pnut). air air pula di bawa oleh akak pnut, gyhan dan suessy dan mummooze. santapan amat menyelerakan. puding akak pnut amat sedap seperti aiskrim, dan mereka mereka ini akibat tiada pinggan dan sudu, bersingguh sungguh menggunakan cebisan kotak pizza sebagai sudu. sedap. lain kali minta akak pnut buat lagi.


seperti biasa, tidak lengkap jika tidak berpogo

macam biasa, lepas makan, sesi bergambar. macam orang tak keruan, dan palign comel, adalah anak akak pnut, si najmi yang berposing maut untuk nizamnuri. lain kali kena bawak lagi.


perdebatan berlaku akibat ketidakhadiran erin

acara hari itu berakhir seperti biasa dengan minum minum dan diskusi ringan di foodcourt. antara perkara berbangkit adalah mengenai sumbangan perbulanan untuk hosting dan acara lain, perlantikan moderator, kesibukan admin lama, perkara css, isu seksual orientasi nizamnuri dan bali, dan sesi kutuk erin.

terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang hadir. ada antara kalian yang berlum berkenal, tetapi diharapkan jgn putus asa untuk bersama lagi di gath yang lain kali, yang semestinya akan dibuat sehari selepas tahun baru seperti tahun ini. kan? dan mungkin, yang itu akan jadi lebih meriah kerana khabarnya, akan mengadakan parti barbeque di rumah jasmine, kan min kan?

terima kasih sekali lagi. kawan lama dan kawan baru, kalau aku mati, sedekahkan fatihah ya… amin…

nantikan himpunan gambar di persetankan.com. byk belum dapat dan belum diedit.

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Tioman: Hari Tiga… 6

Hari Tiga: 3 September 2006

last day kami di sini. hujan di awal pagi, lebat sekali. sarapan minum air panas dengan banyak. tidak ada apa apa aktiviti hari ini. dhilla macam nak pergi mandi sekali lagi di tepi pantai, tapi tunggu hujan berhenti dulu. selepas sarapan pulang ke bilik, mengemas beg. aku ambil kesempatan tidur sebentar…

lepas tu, dhilla ajak ke pantai. ambil beberapa keping gambar. dhilla mandi sorang sorang. aku masih takut air seperti biasa. lagipun matahari terik sangat. tapi dhilla nampak macam enjoy saja. baguslah. memang tujuan itupun vacation ni…

boat kami sampai pukul 2ptg, dan sampai di mersing pukul 430. bas bertolak ke kuala lumpur pukul 6petang, dan kami sampai di kuala lumpur lebih kurang pukul 1145malam. aku tidur di rumah nenek dhilla malam itu. tak berkesempatan ambil tiket pulang ke pulau pinang. penat.

all and all, the trip was amazing. first time aku dan dhilla bercuti kluar dari hiruk pikuk bandar. and its really something la. like sunyi, and nyaman. tak perlu hassle and redah trafik. just walk around. dhila cakap dia enjoy. dia suak tengok aku gelabah, something she never dream of seing. yerla, aku kan sentiasa tampak cool secool kentang. ngahaha…

mungkin akan pergi lagi selepas raya aidilfitri. mungkin…

for more picture, click here…

esok saja…

{the beach that we always walk on…}

{dhilla again, rocking the jetty…}

{time to move on dont u think?}

{nelayan laut cetek kegilaan dhilla}

{menunggu kekasih si nelayan pulang dari laut cetek…}

{mata nelayan laut cetek tidak boleh buka tanpa spek mata…}

Popularity: 5% [?]

Tioman : Hari Dua 1

Hari Dua: 2 September 2006

terbangun awal, sebab panas, dan banyak nyamuk, sebab the other night, mmg takde elektrik. dengar suara dhilla and ain sedang bergossip diluar chalet diaorang. bangun mandi, and supposed to have brakfast at eight. hari ini, ada aktiviti snorkeling. from the first day, aku memang dah taknak gik snorkeling, hanya nak duduk atas bot and take pictures of dhilla doing it. pepaham la, aku ni phobia open waters, lagi la cuak bila have othing to stand on, and u know ur distance with the ground is very far. gile.

lepas breakfast, lepak tunggu bot di jeti. around 9am, the boat sampai. boat buruk. tapi bagi aku, its experience la kan. kalau naik speed boat, camna nak menikmati pemandangan. kalau tak salah aku, tempat snorkeliing tu, lebih kurang 1jam setengah dati resort, and it was called Pulau Linggi or something like that, kena confirm balik dengan dhilla.

dhilla jadi orang pertama turun ke laut, then ain and hubby, aziz. then there’ was the chinesse guys. lepas tengok diaorang turun, rasa macam best pula, tapi takut still ada. i decided to go lepas dhilla asked me to trust her. so, memakai life jacket dan googles, aku pun turun dengan hesitation dan gelabah yang tinggi. dhilla cakap muka aku pucat time tu. yes, what do u expect from a open water phobic guy like me. tapi lepas dah biasa dengan air, it was an amazing experience. best gila, rasa macam taknak naik pulak. dhilla and frens laughed at me, tapi she said she was proud of me, for trusting her. siap pasang angan anagn nak ada scuba licence plak tu… ngahaha…

lepas tu, kami brangkat gik Marine Park. was looking forward to snorkel there, tapi orang ramai sgt, and there was no reef at all, just fishes. so kami lepak kat jetty dan kasik ikan makan roti. it was fun. lepas itu ke tekek. then we headed back home. arrived back at the resort at 330pm.

again, enjoying the beach with dhilla, before the barbeque session at 8. ate a lot of stuff, sampai lebam and cannot take anymore in. sayang takde kerang bakar.

lepas tu, aku dan dhilla lepak kat jetty, talk out, sampao pukul 1130malam, just sit there, and talk. enjoying the fresh air, enjoying the night view. seing a few people fishing, and a few divers, preparing their bot for tomorrow diving session. it was fun.

for more picture, click here…

esok saja…

{dhilla macam dah bersedia}

{ain and dhilla, the 65th generation of darth vader}

{i look happy for a guy which nearly got a heart attack for panicking}

{enjoying the breeze}

{dhilla with the fishes}

{staring at the fishes, hungrily}

{the night… almost}

Popularity: 4% [?]

Tioman : Hari Satu… 1

Hari Satu : 1 September 2006

dari kuala lumpur, bertolak pukul 11mlm dari pudu, sampai di jeti mersing pukul 5 pagi, belum subuh pun. sepatutnya singgah di rumah kawan dhilla di mersing, tapi dhilla cakap dia nak lepak dulu sebab awal sangat dan segan bertandang ke rumah orang pagi pagi buta tu. so, aku jadik guardian dia jap, sebab dia tidur on one of those kerusi plastik panjang there at the jetty. kesian dia, nampak cam letih. dah lama dia tak travel by bus. sejuk plak tu. ada la mat saleh sedozen kat jetty tu, doing the same tidor position. haha… :p

kami bertolak dari jetti mersing, pukul 1030pagi, ke kampung genting di tioman. menginap di Sun Beach Resort. tempat nye cantik, tidak macam Berjaya. belum disentuh, masih kampung lagi. nyaman kat sini, pantai pun cantik.

pihak resort tak rancang apa apa aktiviti petang itu, just aktiviti bebas. so aku, dhilla, ain dan suaminya aziz bergerak ah tengok tengok pantai. dhilla cakap nak mandi. aku cakap tak nak, nak tengok sahaja (kat sini korang perlu tahu aku phobia dengan open water). tapi aku sentuh juga la air, bersih air dia, jernih. tapi macam biasa la, masin amat. dhilla looks like she’s havong a great time.

then, sebelum makan malam siap(disediakan oleh resort), aku dan dhilla berjalan di persisir pantai, duduk di atas batu batu, menunggu sunset. tapi matahari tak berapa nampak, kurang jelas, akibat kabus. tapi masih lagi nyaman. pertama kali dalam waktu yang lama aku tengok muak dhilla releks, tidak tension dan kalut macam selalu kami bersama.

oh ya, elektrik tidak ada satu pulau pada malam itu. gelap gelita. takde cahaya langsung. aku teman dhilla sekejap di luar, sebelum tunggu elektrik ada balik, lepas ada balik, dalam setengah jam pulak, takde pulak. last last, decide, tidur je, dalam gelap. nyamuk banyak gila. aku hilang 4 pain darah malam tu. ngahaha…

untuk gambar lain, sila click sini

esok saja…

{dhilla sleeping}

{the old wooden jetty}

{dhilla, rocking the jetty look}

{enjoying sunset, but wit no sun}

{there, see, no sun}

Popularity: 4% [?]