haih, sejak start bulan puasa, aku jarang sangat mengupdate blog ni. tekanan. sibuk. sakit yang tak putus putus. tangan yang dah tak tune elok. tapi all and all, aku masih happy. serious.
walaupun rezeki tak banyak, tetapi tetap rezeki yang Allah kasi. bersyukur, sedangkan banyak lagi orang orang yang tak berezeki langsung daripada aku. alhamdulillah…
oh ya, perihal kemalangan kecil aku hari tu, aku rasa aku dah recovered, tapi tangan kanan aku saja la, akibat tidak dikendong hari tu, menjadi sedikit kurang selesa, dan kadang kadang, batuk sikit sikit pun boleh terasa gegar tulang tangan dan akibatnya, sakit amat sangat. tapi takpe, akan heal mengikut masa.
persetankan.com masih lagi meningkat maju. tapi dah nampak maju dah. kawan kawan pun semakin banyak yang menyumbang untuk site tu. alhamdulillah. ramai yang sokong usaha murni kitaorang. bagi yang belum tahu apa project kecil ini, sila lawat www.persetankan.com.
kawan kawan semakin sibuk. tak banyak yang aku nampak online ketika aku sibuk buat kerja ari tu. ramai yang ingat aku masuk spital. dan tak kurang juga yang buat fitnah cakap aku dah meninggal. gile.
bali a.k.a datin nurul difeatured kan dalam pdf mag www.digitalmalaya.com, dan harapnya, pdf mag ni akan terus berkembang. download di sini. aku harap aku pun boleh sumbang, tapi takut nama nama besar. huhu~ lagpun tak banyak sudah artwork mahupun work sekalipun tuntuk dikongsi dengan orang lain.
baik, cukup setakat sini sahaja. nanti aku cerita lagi perihal budak budak bercerita (nasihat untuk adik bongsu aku). lagipun, aku tak suka buat posting tanpa disertakan gambar sekepign dua. rasa kosong. dan rasa macam blog ulas realiti tv. tak syok ah, dan aku bukan asal acuan diaorang. aku lebih kepada blog gerakan komunisme dan makar…
esok saja…
p/s:- aku rindu Dhilla
Popularity: 5% [?]