Carbonize… 5
kawan kawan sekarang sedang sibuk bercerita pasal NFS CARBON keluaran EA. 4 hari lepas (SABTU), aku telah mengangkat satu copy untuk pc version 1.2. aku mulakan permainan ku pada petang sabtu (tanpa sebarang cheat dan trainers).
aku dibekalkan dengan 3 jenis kereta, sebiji muscle tier 1 camaro ss kalau tak silap, sebiji exotic tier 1, dan sebijik tuner tier 1 Mazda RX8. aku mulakan journey ku dalam CARBON dengan MAZDA RX8.
pada awalnya, aku mencerobohi kawasan BUSSIDO. satu tips untuk mengalahkan ketua BUSHIDO yang memandu sebuah RX7 dalam canyon drift race adalah tiada. kena menang dengan mengikutnya rapat. kalau korang dpt ketis keter dia sikit, itu tandanya korang mmg dah laju. aku berjaya mendapatkan pink slip keter nye. tapi aku ubah warna kepada kaler kuning seperti keter ryosuke dalam initial D. konon la…
seterusnya, teritory pompuan latin tu aku takluk, ini dalam hari ahad camtu. satu kelemahan keter muscle dia adalah dia time corner, amat slow. tayarnya akan drift dan makan jalan dengan amat byk sekali. pompuan ni, aku kalahkan dengan mengetake over nye di selekoh yang ada rail senang pecah tu. senang. lepas tu makan asap ah… dan aku juga berjaya mendapatkan pink slipnya. tapi aku tolak kedai keter dia, aku tak minat…
seterusnya, teritori TFK. ketuanya guna Aston Martin DB9. keter ni juga amat slow ketika selekoh tajam dalam canyon drift race challenge. satu lagi kelemahan dia, dia akan cuak bila ko ketis keter dia. bila ko dah berjaya ketis keter dia(walaupun deducted 5000 points) jangan risau, ko akan nampak hasil dia, dan dia mula gelabah bawak keter. tempat paling ideal nak overtake dia adalah di selekoh rabung nombor 3 atau 4. mmg senang. tapi make sure korang main pakai break tangan, sbb selekoh ni mcm hairpin sikit. dan make sure sebelum tu, race korang perfect dan tidak melanggar apa apa divider. keter ni pun aku berjaya dapatkan pink slip dia. tapi juga aku tolak di kedai.
kemudian, aku di back stab oleh ketua Stack Deck. aku mula masuk dalam teritorynya pula. pertama sekali, aku perlu cari keter tier 3. aku dapatkan tuner tier 3, mula sekali adalah Toyota Supra, dan kemudiannya Subaru Imprenza WRX Sti. SUpra lebih laju dari Inprenza oi… dan di bawah adalah contoh keter aku yang aku telah tune up…
dan sekarang aku mahu settlekan satu part utk dapatkan Mitsubishi Evo Lancer. tetapi aku berjaya unlocked sebiji Nissan Skyline. tapi aku belum habis tune lagi dan membiarnya dengan warna biru chrome dan carbon fibre hood.
ini aje yang tinggal untuk hari ni. hari keempat.

target seterusnya MITSUBISHI EVOLUTION…
esok saja…
Popularity: 6% [?]



