
erm. aku sudah tgk CINTA the film. aku rasa, ini adalah movie terbaik local tahun ini. serious shit. filem ini, seaakan akan digarap dengan amat sempurna dan teliti. seperti ideanya dan perancangannya sudah dipikir selama 4-5 tahun. syabas. syabas.
bukan senang aku dan kawan kawan aku mahu beri pujian kepada filem, esspecially filem melayu, tapi filem ini lain. permainan watak yang bijak, kamera angle yg artsy gile babi, soundtrack yang baik dan pilihan lagu yang bagus, pelakon juga pandai mainkan watak, and aku rasa, kalau ada orang tak puas hati dengan filem ini, aku rasa diaorang dengki.
ya, filem ini tidak ada aksi tembak menembak, kejar mengejar dalam sungai kelang, aksi minah rempit tido atas badan mat rempit, takde aksi hantu bodoh yang mcm lawak bangang, takde aksi lawak spastik yang kita boleh rasa bodoh bila ketawa. semua elemen movie movie ORANG ORANG KEBANYAKKAN takde dalam filem ini.
and kalau korang expect movie cinta (merujuk kepada tajuk filem) yang mushy mushy, awang awangan, yang liuk lentuk, peluk peluk, lari lari kat taman, guling guling, sila jangan tengok. filem ini tidak ada unsur unsur itu. ini adalah filem cinta sejagat, cinta semesta, bukan cinta budak sekolah menengah mahupun cinta lelaki tua gatal nak kahwin bini muda.
walaupun penumpuan adalah kepada 5 kisah cinta, tetapi di sekelilig cerita-cerita ini, ada kisah cinta lain yang secara tersiratnya dikepilkan bersama sama…
cinta antara cucu kepada datuk, cinta masyarakat kepada guru, cinta seorang asing, cinta mereka yang tersempit dengan kesusahan, cinta kakak kepada adik dan adik kepada kakak, cinta dua dunia berbeza, cinta anak kepada ayah dan ayah kepada anak, cinta yang ditinggalkan, cinta yang meninggalkan, pendek kata, cinta dari pelbagai aspek, tetapi sebenarnya hanya dari satu aspek, iaitu kemanusiaan dan rohani…
opening scene of the movie, was well executed. it was. briliant. begitu juga dengan montaj penutup. bijak betul.
antara artsy shot yang aku suka, shot sillhouette time Dyan tenangkan Harris kat site construction (macam nak cakap, I FEEL THE SAME WAY), shot Harris dan Arriana di atas sebuah jambatan, shot rumah dari gerabak komuter, Harris dan Ariana diletakkan dalam frame tingkap rumah yang berbeza (macam nak cakap WE ARE SO DIFFERENT, BUT IN THE SAME TIME THE SAME), shot Dhani di kubur ketika hari pengebumian kakaknya (macam nak cakap, IM ALL ALONE), pendek kata, banyak lagi. itu antara favourite aku.
pergi la tgk. aku syorkan…
yang penting, pengalaman yang aku dapat masa menonton filem ini, tak pernah aku alami bila tonton filem sebelum-sebelum ini (dan ya, aku memang kaki wayang). korang akan tersenyum bila si Alissa menjawab pertanyaan ayahnya Harris di office, korang akan terpikir bila korang tahu Cikgu Elyas itu pengidap penyakit alzheimer (nyanyuk), korang akan terasa diri korang pandai bila korang dah dapat agak watak Arriana itu mengandung bila dia mula mula sampai di KL, korang akan rasa benci bila watak Airin tidak membalas ucapan I LOVE U Harris dan sudah tahu Airin ada affair, korang akan rasa sebak dan sayu bila Harris peluk anaknya Alyssa di kerusi ruang tamu di kala hujan dengan iringan jeritan suara Jaq Victor. korang akan rasa happy bila dapat tahu Rubiah akan jaga Cikgu Elyas, happy bila tahu yang Harris lepaskan Airin kerana dia cintakan Airin, bukan the sense of having and belongings. it was an emotional ride full of ups and down, sad and rage. and sometimes, you will felt lucky to be alive.
dan aku juga rasa sebak.
ITS A STORY OF LOVE OF OTHERS, BUT IN THE SAME TIME, ITS ABOUT YOU…
aku takde apa selain pujian menggunung untuk filem ini.
oh ya. VANIDDA IMRAN amatlah hot…
esok saja…
p/s:- check out the original soundtrack also, even Anggun is in it… Jaq and Misha Omar redoing CINTA, Anuar Zain mellow track, and the redo of IKHLAS TAPI JAUH by VE. erm. good cover songs…
Popularity: 6% [?]