Archive for February, 2007

Noor Fadhilla Arman Shah… 5


Dhilla. she’s having problems at her new workplace. she wants to quit. i just say go on. i dont mind. coz i know she will get back up. but this thing will eventually messed up the engagement plans… postponed?

rambut makin panjang. malas nak potong. next month potong ah. just wanna see my face with long hair again. dhilla would probably will get mad and dont like the long hair style anymore. hahaa… entah la…

my craziness for a new shoe is taking over… terpaksa sabarkan diri. one more month, then i’ll get a new shoe… ok? (self talking)

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Seorang… 2

tetiba je rasa buhsan dowh. kat opis sorang sorang. bebudak lain balik kampung, ada gak gik bercuti. hurm… need a vacation as well, a real vacation. jom jom sapa nak gik backpacking!!! pompuan prefered… wahwhahwa…

esok saja…

Popularity: 4% [?]

Scanned… 0% Brain Matter… 1

scanned.
result.
0% brain matter.
diagnosis.
cyber idiot…

esok saja…

Popularity: 4% [?]

Tak Mandi… 4

aku cuma nak buat post sambil tak mandi di opis hari ni. rumah aku, paip bocor. so aku dtg kerja berseluar jeans tshirt, tuala, ubat gigi, berus gigi, sabun untuk mandi di opis. uuu… hebat…

tapi feel tak mandi tu best siut…

esok saja…

Popularity: 4% [?]

Aku Off Kejap… 5

aku off kejap. kamera takde. aku berangkat ke KL petang ni. nak amik barang dan hantar kamera pada dhilla.

12hb ni, cukuplah 6 tahun aku bersama dengan dhilla (teknikalnya, tak cukup, sebab ada break off sampai 6 bulan). sekarang aku rasa, selepas bekerja dan bergaul dengan crowd yang lebih berpengalaman, rasanya kami berdua bertambah matang.

alhamdulillah…

mungkin masa berkawan ni dah singkat, dan mungkin akan tamatkan zmn bercintan-cintun ni next year. insyaallah. doakan moga jadi. taknak rancang lebih lebih, just go with the flow, lagipun aliran duit tak perfect lagi.

nizamnuri update blog bagai gile, tetiap hari ada je dia nak tulis. erm, aku setuju. tulis blog itu, bukan semuanya org akan baca, walhal kita tak kisah pun ada orang baca atau tidak. its like a diari. kita tulis sebagai reference di masa hadapan, tentang apa kita capai dan buat pada masa yang lepas. something to look back on. mungkin ada masa pahit dan manis but its life right?

kita bukan kisah ada orang baca ke tidak. aku tahu blog aku ni, hanya mempunyai pembaca seramai 10-15 orang saja, terdiri dari teman teman seblog, kwn kwn rapat yang aku sudah kenal di luar.

kalau aku nak orang baca blog ini, dan jadi selebriti internet, aku patut tulis tentang akademi fantasia, mahupun mawi, mahupun diana naim, mahupun siti nurhaliza, pendek kata tentang hiburan tempatan semata mata, tapi aku decided not to do that. its a waste of this cyber canvas. cukup la dengan orang orang yang sudah ada. sesak nafas la…

aku nak gi KL dah kejap lagi. sapa sapa ada rancangan, sila SMS aku… free di sebelah petang SABTU dan AHAD. peace…

esok saja…

Popularity: 4% [?]

Februari… 4

bulan februari seperti ditunggu tunggu semua pasangan kekasih, bulan inilah dikatakan bulan percintaan. kejadah!!!

maka dalam dua tiga hari lagi, akan adalah dara dara yang terbazir dan hilang diberikan kepada lelaki lelaki yang gile nafsu dan hanya memperkeldai keldaikan pompuan-pompuan konon konon nya kekasih kekasih mereka ini lah.

peringatan kepada kaum wanita. jika kata TIDAK, pegang la pada kata itu sampai mati dirogol sekalipun. jangan sesekali dengan mudah dicuit, jatuh segala benteng benteng pertahanan dan dengan mudah menyerahkan apa yang patut dijaga dan dikongsi secara halal dengan ikatan pernikahan. paham?

dengan itu, kalau apa apa yang terjadi, hasil daripada kesalahan kamu semua, memilih lelaki yang seperti syaitan, muka je mcm bebudak baik, tapi perangai mengalahkan perogol bersiri, sila tanggung sendiri. ini kerana kamu hanya mahu mengikut rakan rakan karib mu yang sedang hangat bercinta, dan sesungguhnya, kamu tidak mahu ketinggalan zaman dan mahu ikut trend, berpacar pacar dan beromen romen di celah celah tempat tersembunyi.

dan janganlah mudah percaya dengan janji janji lelaki keldai yang hanya membutakan mata korang dengan janji janji palsu, nak kahwin la, nak apa la, last last bunting kena tinggal, balik rumah kena bantai ngan mak bapak korang sampai mati. memalukan.

beromen di celah celah pokok buluh, di tangga tangga rumah terbiar. itu ke tinggi dan hebatnya harga cinta korang. kalau pikirkan balik, taraf korang, macam pelacur malam la. buat kerja kerja mcm tu.

peringatan kepada kaum lelaki pula. jangan la hanya ada satu benda dalam kepala otak korang, yang mana, mahukan pussy dan kepuasan seks secara haram. pilihlah cara halal. jangan jadikan kaum wanita itu, awek korang sendiri sebagai tempat pelampias nafsu keldai korang yang tak pernah putus putus. ingatlah bahawa adik adik korang juga ada yang perempuan perempuan, dan sememangnya korang tak mahu lelaki seperti korang mengkeldaikan adik perempuan korang tu kan? mahu ke? nak? hormatlah maruahnya.

tahu tak dosa? tak percaya dengan tuhan ke?

dan bulan februari adalah bukan bulan cinta. lebih kepada bulan zina.

esok saja…

p/s:- ditujukan kepada semua diri sendiri, adik adik ku, kenalan-kenalan supaya beringat…

Popularity: 5% [?]

Toys For Grownup Kids… 2

NizamNuri sedang giler buat papercraft. aku kalau buat papercraft, sure fail, sbb aku jenis kasar, dan paper tu, bila aku start glue, sure kotor. so aku ada hobby lain.

ramai tak tahu, selain photography, hobby aku yg satu lagi dari kecik adalah MECHA. dari dulu, aku suka ROBOTECH, MACROSS, TRANSFORMER, PATLABOR dan GUNDAM. Gundam adalah minat aku yg tertinggi, walaupun aku tak minat anime atau manga nya, tapi aku minat GUNPLAnya, sebab ia seakan akan betul boleh dibina di alam nyata, dan aku percaya Jepun akan berjaya cipta Gundam yang real satu masa nanti.

dulu, aku hanya kumpul sikti sikit, kerana ongkosnya amat tinggi, dan tak cerdik pandai lagi untuk buat yg detail punya. tapi sejak kebelakangan ni, perlukan satu hobi untuk mengisi masa lapang.


aku dapat dua kit model ni dengan harga amat murah. Crossbone X1 Ver.Ka dan RX-178 MkII Titans Ver 2.0. dedua adalah MASTER GRADE dengan skala 1/100. gundam dia ada banyak scale, kecik sikit adalah 1/144, dan kecik lagi adalah dipanggil SUPER DEFORMED. ada yang besar sikit, adalah PERFECT GRADE 1/60. memang besar, lepas 30cm tinggi lepas di assemble, harganya juga boleh cecah RM500-600, ada yang ribu.


aku decide untuk buat Crossbone dulu, sebab instructionnye lebih mudah, oh ya, buku manual model kit ini, adalah dlm bahasa jepun, tapi selepas korang dah berjaya pasang dua tiga ketul, korang akan faham ah simbol simbol yg digunakan. yg penting, tgk arahan, mana dulu, dan mana kemudian.


alatan yang diperlukan tak banyak, cutter untuk potong part dari mold, pisau untuk trim part tu, dan mungkin kertas pasir(tapi aku tak suka, sebab takleh control dan akan cacatkan surface part, lain la kalau korang bercadang nak cat balik). penyepit kecik juga penting dalam proses lekat decal nanti. waktu potong part, kena berhati hati, kalau silap potong, mmg sure cacat la model korang.


aku suka mula dari kaki, pinggang, torso, tangan dan kemudian baru kepala. lebih teratur. tapi selalunya, bila dah sampai part tangan, aku selalu gelojoh, dan kadang kala menyebabkan kesilapan memotong part, terpaksa la repair guna putty atau plastic cement la lebih kurang, ini pun, aku jarang buat. malas. dan ongkosnya amat tinggi.


model dihadapan kotak asalnya. aku tidak suka ikut instruction dlm proses memasang decal(sticker hiasan). aku suka ikut flow. sbb kalau ikut instruction, susah nak dpt yang terbaik, sbb kebanyakan decal, adalah disusun simetri, sebelah kiri dan kanan, aku jarang dapat susun atur yang betul.

oh ya, aku tidak mengecat model ku. tak de duit dowh nak laburkan untuk sistem airbrush, nak handpaint, minta maaf la. mungkin lepas ni aku akan guna gundam marker untuk perbetulkan one or two part yg perlukan touch up. (Gundam Marker adalah berharga RM50.00 setiap set dengan 5-6 batang marker berbagai warna dan terdapat juga Marker dengan fine point 0.04 untuk detailing panel lines, ini pun aku jarang buat sebab aku elak beli model kit warna putih).


MG Gundam CrossBone X-1 Ver. Ka dalam fullform…


ini pula close up, nampak tak ada garis pen hitam hitam tu, itu adalah lakaran untuk detailing. aku tak gelapkan sgt sebab nanti leh padam garis yg tak elok dengan getah pemadam. gundam model aku, aku tidak suka letak display dengan senjata dia, kalau yang jenis RX ok le, sbb senjata dia real la gak, tapi kalau yg series baru ni, kekadang mcm lawak dan kartun sikit senjata dia. mcm untuk crossbone ni, senjata dia adalah pistol lanun dan pedang lanun, erm… huhu~

oh ya, satu model kit boleh disiapkan dalam sehari. tapi itu kalau buat gopoh gopoh. aku selalunya ambil masa 3-4 hari. hari pertama, kalau boleh check part, baca instruction sambil tgk part part yg ada, dan kalau ada masa, check part, mana yg ada problem nanti. hari dua aku selalu lower body dulu, pinggang, kaki. hari 3 aku buat upper body, torso, tangan, kepala, hari empat, aku buat equipment. kemudian, berhari hari aku pikir detail line, decal dan sebagainya. amik masa kan?


ini pula adalah kit seterusnya dalam projek aku, RX-178 MkII Titan Ver 2.0. Insyaallah aku mula minggu depan. dan akan postkan gambarnya bila siap.

aku suka benda alah ni, sebab kit ni dpt buat kita phase out dari dunia sekejap. melupakan semua masalah dan penat lelah. aku pernah terleka sampai pukul 430pagi buat menatang alah ni. tapi aku rasa berbaloi. walaupun takleh challenge otai otai yg siap airbrush semua. ahaha, janji ada hobby…

ada org ckp, umur 27 tahun, masih lagi nak main benda ni. tapi aku ada jumpa, org umur 40++ tahun(chinesse) beli 7-8 kit gundam sebulan untuk diri sendiri. its a hobby, yang penting…

TOYS FOR GROWNUP KIDS…

azam aku tahun ni, nak siapkan one kit every month, kalau ada bargain, mungkin dua.

enjoy

esok saja…

Popularity: 4% [?]