“pertama sekali, apa yang ditulis adalah pendapat aku, tiada publisiti dan tiada kepentingan dengan pihak yang menerbitkan filem Mukhsin ini. aku tengok sebab aku jarang tengok filem Melayu, dan aku juga mahu tengok apa yang dikatakan keruntuhan akhlak kanak kanak dalam filem ni yang diperbahaskan dalam sebuah akhbar oleh orang universiti bijak pandai…”
ok. aku dah tgk filem MUKHSIN. seriously it was a good movie. slowpace, heart warming, memories triggering, and quirky smiles generating movie.
filem ini amat santek. byk still shots yang menarik, and i’ve seen it alot lately in Yasmin Ahmad movies, dah jadik signature, using wide angle still shots for a scene. less focusing on the actor. so the actor has to generate a lot more face expression and impression, body langguage and all.
pemilihan casting yang bagus. byk muka muka baru. the boy who played Mukhsin was amazing. scene ketika dia panggil Orked keluar sambil titis air mata sikit sikit tu memang terasa. syarifah aryana pulak, is the cutest litle thing after dakota fanning in movie world. muka cute, tapi ekspressi macam wanita matang dude. suara jgn ckp ah. cute gile. and everything that comes out from both of this kid, sound sincere and honest.
walaupun fokus citer ni pada 2 watak tadi, tapi ada juga masa masa yang diberikan untuk watak sekeliling difahami penonton, konflik konflik manusia seharian. citer pasal org kampung suka ngumpat, mengajar anak supaya bawak mulut, pasal lelaki pasang dua belakang bini yang dah bunting, pasal melayu suka mabuk mabuk main pelacur, pasal orang melayu yang konon paham apa itu maknanya melayu, dan berbagai lagi.
so kita tengok sama ada filem ini juga akan dikuda-kudakan dan dilabel pencemar budaya, yang mana aku rasa movie ini lah yang menunjukkan budaya-budaya orang melayu yang kita malu nak tayang kat orang. true?
filem ni boleh dikatakan biasa. but still, intent nya menyentuh perasaan luar biasa.
aku rasa, aku tak nak spoilkan di sini bagi mereka yang belum tengok. so i’ll leave it for u goys to find out. pergi enjoy sendiri filem ini. sapa yang terasa macam nak tengok movie aksi tembak tembak, guling guling, kereta terbang, superhero gampang, sila jangan tengok citer ni. pergi layan citer tamil. okes…
kenapa aku rasa filem ini bagus? sekali lagi. ini adalah filem tentang orang orang kebiasaan. orang orang seharian. bukan movie citer pasal anak anak dato’, orang orang kaya korporat, citer sampai sanggup bunuh bunuh, citer aksi aksi kejar mengejar guna jet ski dalam sungai klang, citer hantu-hantu tak logik.
ini adalah citer aku, citer kau, citer dia, citer semua orang.
pasal aku dengar ada sorang bijak pandai komen yang filem ni membawa kepada keruntuhan akhlak di kalangan kanak kanak, aku rasa jauh sekali. orang risau filem ini akan pengaruh kanak kanak supaya bercinta di usia muda. takut budak budak sekarang buat benda tak ketahuan bila berdua dua.
tapi kena pikir, cerita dibuat seperti kembali ke zaman zaman kegemilangan mengaji Quran itu wajib, bermain layang layang tidak dianggap poyo, zaman yang tak ada MTV, ASTRO, PLAYSTATION, internet, dan berbagai lagi barang barang lagha zaman sekarang. so aku rasa, perkara perkara macam ni tak perlu ditimbulkan. just enjoy the movie as it is.
ada cinta, ada konflik, ada keluarga, ada masyarakat, ada budaya, ada ada dan ada…
all and all, apa lagi yang kita nak dalam cerita melayu? come on, chinesse and indian pun pegi tengok filem ni, orang melayu xnak tengok? berapa banyak filem melayu yang dapat attract kaum lain? come on. ini filem rakyat malaysia la. angkat punggung mu dan pergi la tonton.
tapi ingat, aksi = filem tamil/hindustan dush dush
esok saja…
p/s:- mahu duduk makan ais krim dengan syarifah aryana sambil bual kosong and get to know whats going on her matured mind…
Popularity: 5% [?]