Archive for May, 2007

Hatiku Membunga… 8


smlm aku pergi ke Pesta Bunga atau Flora Enclave Exhibition di Taman Botani, seperti yang diadakan pada tahun lepas. yerp, aku pergi melihat bunga bunga. ahhaha. mendung hari tu.

kali ni, exhibition ni mcm kurang menarik kerana tapak pameran yang jauh dari tempat tempat pameran yang lain, terpaksa berjalan beberapa ratus meter untuk sampai ke bahagian tertentu, tak mcm tahun lepas yang berpusat.

untuk lagi gambar exhibition tu, sila klik ke FLICKR ku.
tgk la oi, tgk… gambar bunga, cantik ooo…

kemungkinan besar akan bertandang sekali lagi ke sana di hari yang lebih cerah.

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Tahniah!!! 7

tahniah kepada diri sendiri. rumah dimasuki pencuri buat kali kedua dalam tahun ini sahaja. tahniah pada diri sendiri…

kali pertama berlaku ketika bulan februari lepas, aku hanya kehilangan tabung syiling ku yang aku anggarkan sudah ada kira kira rm100++ kerana hanya kumpul duit 50 sen, dan 20 sen. tapi kali ini pencuri itu lebih mengganas walaupun keselamatan rumah telah diperketatkan.

pencuri itu mengopak pagar besi rumah, mengopak pintu kayu depan, mengopak pintu dua bilik di bawah, dan mengopak pintu bilik aku di atas. housemate kehilangan handphone spare dan wang. aku pula kehilangan kamera, jam tangan, dan handfree set nokia…

demmit. camera tu. nyawa aku tu!!!

nampaknya aku akan kurang mengepost gambar selepas ini…

ironik tak sebab aku baru je dua hari lepas beli FLICKR PRO
dan skrg, kamera ku pulak hilang!
hidup ini sungguh penuh dengan kejutan…

esok saja…

Popularity: 5% [?]

SIC Vol 37: Masked Rider Blade & Leangle 0

wowowo… siri blade ku hampir lengkap, kecuali vol 35 je…


henshin!

MORE AT MY NEW FLICKR PRO!!!

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Bankai… 1

Pengalaman mengajar aku menjadi kurang ajar…

Popularity: 4% [?]

SIC Vol 29: Masked Rider Faiz Blaster Form & Auto Vajin 0

the long awaited vol, arrived!!!

SIC Vol 29: Masked Rider Faiz Blaster Form & Auto Vajin…


MORE AT MY FLICKR HERE…

HENSHIN!!!

esok saja…

Popularity: 6% [?]

Ruangan Ini Ditempah Khas… 1

ruangan ini ditempah khas untuk saudara BaliOmegatron…

SIC Vol 36 : Masked RIder Garren & Chalice…



LAGI DI FLICKR KU. DI SINI…

perlukan Vol 35, dan Vol 37 untuk lengkap kan siri ini…

esok saja…

Popularity: 4% [?]

Spiderman 3: Not The Review… 9

erm, smlm aku gik tgk SPiderman 3, walaupun aku tahu yang cinema akan pack, walaupun aku tahu akan dpt seat depan. tapi sebab ini spiderman, aku gik gak…

movie nye menarik, ada action sequences yang hebat. tapi aku bukan nak review movie itu untuk hari ini. aku cuma nak cakap perihal etika menonton wayang…

ok. first of all, kita semua tau la kan, kena diam, phone kena off, no talking out louds, all and all. tapi ini satu lagi masalah yang aku rasa kena kaji semula.

KIDS IN CINEMA…

aku rasa, perlu ada certain age untuk dibenarkan masuk dalam cinema. kalau bukan certain age pun, certain ciri yang perlu ada. antara ciri nya…

- dengar cakap, bila suruh diam, will shut up…
- tahan tgk movie walaupun bukan citer kartun…
- really want to see the movie…
- know how not to be annoying to other movie goers, not just their parents…
- no discussion about other stuff with fellow kids…
- no crying, no sucking drinks till empty and making annoying noises…
- no playing with other people heads, esspecially the people sitting infront
- no standing on the chair…

solution?

adakan daycare kat luar cinema. parents leh tinggal their unbehave kid kat situ. so tak kacau orang lain tgk movie. we pay to have our movie experience well. kalau nak bawak anak, tapi takleh jaga anak, baik duduk rumah, and wait for the DVD to come out. serious…

this thing, also applied to grown ups, sebab grown ups pun suak sembang pasal boyfren la, apa la…

citer waktu beli tiket. ada sorang mamat ni, kononya berlagak ada know how pasal new releases movies, bila ada trailer fantastic four, dia ckp,

“ITU ICEMAN, ICEMAN MAIN KEJAR KEJAR NGAN FLAMEMAN…”

WTF!!! itu bukan Iceman la dude, itu Silver Surfer, and that guy from Fantastic Four, bukan FLAMEMAN, tapi The Human Torch…

stupid. get your facts straight kalau ye pun nak tunjuk pandai depan awek… budus…

esok saja…

Popularity: 5% [?]

Ketika Aku Di KL… 4

ye, hujung minggu lepas aku ada ke KL, untuk menyelesaikan beberapa hal dan bertemu cinta hati dan kawan kawan. yup, persetankan ada buat lunch. yes, aku pergi, dan nizamnuri juga pergi. seperti biasa, kami mmg tak kisah pun. mkn, minum dan lepak, bersembang. itulah rutin kami.

so tgk la gambar. itu je yg aku amik.






Popularity: 3% [?]