Archive for July, 2007
Uuuu… 0

kebelakangan ni seperti malas menulis. malas sgt…
argh… buhsannya, terima la hasil buah tangan ku.
nak lagi?
esok saja…
Popularity: 5% [?]
Marion Caunter, I Wanna Date You… 4

ok ok. aku telah di tagg oleh suessy untuk menyenaraikan 6 perkara pelik bagi diri ku… so here goes, tapi aku tak tahu benda ini pelik ke tidak…
1. Aku adalah seorang pemalu…
percaya tak? aku ni pemalu gila babi. esspecially di kalangan wanita yang aku rasa kurang uncomfortable dan senior citizens. aku tak punya topik untuk diperbincangkan, melainkan ada sesuatu dalam paper ketika di meja sarapan atau dinner, tapi lepas isu tu habis dibualkan, keadaan akan jadi sunyi dan tegang. di kalangan gadis lagi la, aku amat pemalu… dan aku mmg tak ngorat Dhilla, dia yang ngorat aku. ahahahha… acah je. aku ngorat la, tak gentle la kalau tak ngorat. huhu… tapi aku pun mmg selalu kena ngorat, maybe sbb sifat pemalu aku kan, PERASAN…!
2. Aku adalah seorang HUSTLER…
aku tak faham kenapa kwn kwn aku panggil aku hustler dari time ngaji sampai la time kerja ni… yang aku faham, sbb aku jarang study, tapi result gampang best. erm. org selalu ingat aku bangun study pagi pagi buta pukul 1pagi kot. sedangkan tak pun. aku selalunya amat memberi perhatian waktu lecturer mengajar. so bila balik bilik, aku faham dan tak perlu baca dah bab tu. kalau tak faham baru baca. sikit sikit je. dan pagi sblm exam tu, aku selalu bangun time subuh utk belek belek nota dan tulisan kecik kecik yang aku amik time lecturs, tu la kot petua aku…
3. Aku suka membaca…
ni pun korang akan rasa pelik, manusia mcm aku membaca. dari surat khabar, majalah, sampai la buku buku tebal. come on, kalau tak membaca, mcm mana aku nak bijak seperti skrg… BACALAH WAHAI ADIK ADIK, SUPAYA JADI BIJAK MCM ABANG…
4. Aku suka barang mainan, tokusatsu esspecially nya, sneakers, dan tshirts!!!
ini semua korang sure dah tau. dari gundam, ke SICs. nike dunk ke blazer ke vans ke converse dan tshirt, aku lebih sanggup bayar tshirt harga rm90 dari beli baju kemeja kerja. serious!!!
5. Aku suka amik gambar orang, tapi…
Tapi aku tak suka amik gambar diri sendiri, atau kasik orang amik gambar aku. sebab alasannya, selalunya bila aku amik gambar orang, sure cantik, tapi bila orang amik gambar aku, sure blur, senget, tak nampak la dan sebagainya. tak fotogenik kot. tapi alhamdulillah la, masik bernyawa… aku juga suka amik gambar memacam, esspecially gambar org dan gambar barang tak bernyawa. tapi aku selalu cuba elakkan perkara tipikal untuk di shoot. ntah la… rasa membazir kalau shoot tapi takde benda nak tunjuk. selalunya kat flickr aku, adalah gambar yang aku suka nak berlagak, esspecially untuk BALI. ahahhaa… berlagak siut… ahaha…
6. Aku mempunyai mulut yang manis
tanya Cik Fiza,tanya la… aku ni seorang yang manis mulut dan bersopan santun dan berbudi pekerti yang mulia. aahahaha, mulia tu tak ah. aku tak tau la nak tulis pe lagi, tak terlintas la…
aku rasa bukan itu je, kalau nak tulis pasal pelik, beribu benda boleh tulis. aku ni adalah poster boy bagi benda dan perlakuan pelik. bagi semua yang membaca, korang semua di tagg. bila boring dan takde apa nak tulis kat blog, sila buat benda ni…
esok saja…
Popularity: 7% [?]
DIY / BUAT SENDIRI : GERAKAN MAKAR… 1

huhu, sudah seminggu berlalu, hasil gerakan makar aku, harap boleh diambil iktibar. harapnya, ia berjaya melahirkan sikap rebelist dalam diri orang orang yang memahami tujuan sebenar aku dalam gerakan tersebut.
apa kata kalau korang semua, lakukan pula gerakan makar korang. pastikan ada tujuan mengapa, pastikan ada organisasi yang perlu diubah coraknya, pastikan ada isu-isu yang perlu diketengahkan pada orang ramai dan pastikan anda tahan maki dan cemuh.
untuk fasa yang pendek, berhentilah menulis perkara perkara karut marut seperti sekian-sekian. sesekali dalam hidup, lakukan sesuatu yang menggoncang dada orang lain, melahirkan buah fikiran kritis dan analitikal.
makar adalah cool. bagi yang tidak suka, persetankan sahaja. mereka ini golongan majoriti yang di spoon fed dari kecil. kita minoriti yang tidak sukakan opressi dan mainstream. mana boleh berpandangan sama.
bagi remaja-remaja yakni orang orang baru yang mahu menulis blog, ingatlah pesanan aku kepada muda mudi blog.
JANGAN HARAP DAPAT PUSSY.
JIKA MENULIS UNTUK PUSSY, LUPAKAN NIAT UNTUK BERBLOG.
jangan tipu diri sendiri dan hanya mahu femes. tulis untuk diri sendiri. baca entry NIZAMNURI ini…
ayuh, MAKAR…
esok saja…
Popularity: 5% [?]
Gerakan Makar Yang Bukan Lagi Makar… 5
huhu~
akhirnya GERAKAN MAKAR JULAI 2007 telah dikesan. Mohdismail telah mewarwarkan niat aku untuk memanipulasi Digg.com.my. ahaha… bolehlah ke sana untuk mengetahui apa yang diperkatakan tentang gerakan makar ini.
bukan tujuan utama aku untuk menjadi femes atau popular. kalau mahu menjadi popular atau celebriti blog, aku mempunyai keupayaan untuk menulis bagai dewa dewa blog malaysia. yes, aku ada keupayaan dan jejari magis ku. tambah pula, dengan projek PERSETANKAN.COM ku, amat mudah untuk aku jadi celebriti internet dan popular. tetapi, itu bukan tujuan asal emak aku lahirkan aku ke dunia ini. huhu~
memanipulasi Digg.com.my mempunyai sebab sebab tersendiri. jika aku mahu popular dan famous di situ, aku boleh kerahkan semua budak budak persetankan.com untuk menDIGG artikel aku di situ, tetapi yang aku tahu, hanya ada 4-5 vote setiap artikel yang datang dari gerakan makar ini. Bali tidak menyokong gerakan makar aku dalam bentuk apa pun. NizamNuri, Mummooze, Suessy, Min, Arief, dan lain-lain kemungkinan besar membangkang gerakan ini, ataupun tidak tahu menahu langsung. yang lain, aku rasa, adalah pembaca asli. nampak orang Malaysia kita tak hanya memandang artikel PORNO.hasilnya, akan ada dua pandangan tentang gerakan makar ini, menyokong, dan memandang jelik bahawasanya aku mahukan populariti semata-mata. terpulang…
nantikan
GERAKAN MAKAR BULAN OGOS 2007
MEMBERHENTIKAN LANGGANAN ASTRO
itupun kalau ada orang nak sokong la, sbb kalau aku sorang je, takde kesannya…
esok saja…
Popularity: 5% [?]
Gerakan Makar Bulan Julai 07… 10

mari mari, bersama aku melakukan satu gerakan makar. gerakan ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan sesapa, hanya untuk melihat sejauh mana kekuatan kawan kawan untuk membantu kenaikan kawan yang lain…
kemudian, click button DIGG IT untuk semua artikel aku yang berada di situ. aku ingin melihat hasilnya selepas ini. adakah kawan kawan berguna dalam pembangunan atau memfameskan sesuatu brand atau franchise.
ini lebih kurang satu gerakan makar dan satu ujikaji.
sebab aku tengok site site lain di situ, macam sangat ridiculous dia punya HITS berbanding artikel nye… tapi probably, site aku ni, contentnya adalah tak berguna, dan tak berilmu seperti content copy paste artikel website lain ke dalam blog…
mari, gerakan makar. sapa yang dah lakukan, sila tinggalkan komen…
selepas ini, aku akan melancarkan gerakan makar setiap bulan dengan konsep yang berlainan. komunis sekalian, sila support, mereka yang ditindas, sila support, yang bencikan konsep organisasi, sila support.
esok saja…
Popularity: 4% [?]
Glorified Monkey: Mencecah 3 Tahun… 3
Sedar tak sedar, blog ini telah beroperasi hampir 3 tahun. Pencapaian yang aku sendiri tak sedar. Sebagai tribute kepada diri sendiri, aku nak featurekan beberapa hasil hasil penulisan ku di sini mengikut beberapa kriteria, mind u, kebanyakan entry hanya untuk sehingga 2006. aku malas nak buka balik citer citer lama. lagipun byk sangat kenangan peribadi, yang humor dan sedih… tapi ini adalah yang selalu orang check out dari digg.com.my dan bloglah.org…
5 Faveret Yang Umum Boleh Relate…
Sharifah Amani, Bahasa Melayu Dan Mencemar Budaya…
Cinta… Not The Film…
PLUS!!!
0.2cm; Tahap Tinggi Mentaliti Bangsaku???
Mee Jawa Untuk Mawi…
5 Faveret Yang Umum Tak Tentu Boleh Faham…
Permodenan Hikayat…
Februari…
Esok Saja…
Jack Sparrow dan Bumbung Yang Bocor…
Percubaan Untuk Menulis…
5 Paling Banyak Komen…
Sharifah Amani, Bahasa Melayu Dan Mencemar Budaya…
Seriously or Cynically Genious???!!!
Susah Hidup Sebagai Seorang Loser
Menang Bowling Secar Taktik Tipu
1.0 Megapiksial…
5 Komen Paling Faggot…
Anonymous dalam Sharifah Amani, Bahasa Melayu dan Mencemar Budaya
Anonymous dalam Sharifah Amani, Bahasa Melayu dan Mencemar Budaya
ada lagi, tapi ini paling faggot la aku pernah jumpa… ada yg lain kat persetankan…
Entry-enrty lepas ni, korang mesti terkejut kerana tak sangka aku boleh menulis seperti ini…
Aku Paling Benci Bila Mata In tak Nak Pejam
Hidup Dunia Bagimu…
Hati Hitam Ku Ini…
For I Am your Guardian…
Otak vs. Hati…
Merdeka? Merdeka? Merdeka?
Orang-Orang
Seorang…
aku rasa, itu je kot, byk sbnrnya yang aku tulis.. dah nak cecah 300 entry. tapi aku rasa ini je fav aku yg aku rasa ada orang baca, yang lain orang tak baca sgt…
esok saja…
p/s:- aku bukan celebriti blog…
Popularity: 4% [?]
Transformers: The Glorified Movie… 4
ok ok ok… pertama sekali, aku adalah kanak kanak era 80an. kartun transformers, adalah antara kartun yang amat best ketika itu, di kalangan thundercats, centurion, mask, robotech, macross, mospeada dna lain lain. so takyah la sesapa nak gaduh ngan aku pasal facts about kartun kartun tersebut… generasi aku first hand experience semua tu sblm korang korang budak budak zmn bluetoh dan wifi ni…
ok, berbalik kepada movie…
MOVIE INI ADALAH HEBAT!
hebat kerana CGI bagi robot robot yang amat menarik. amat respek kerana mengekalkan bunyi CICUCUCICIT(efek transform transformers, aku boleh buat sebijik kalau korang dgr, sapa nak dgr, leh call aku, aku demonstrate) itu.
hebat kerana mengembalikan nostalgia sewaktu kecil, dan membuatkan detik terharu seketika kerana akhirnya robot robot cool ini difilemkan. aku amat terharu bila scene optimus prime muncul bersama geng lain mengelilingi Sam dan mengintrokan diri memasing. aku amat terharu, sampai nak menitis air mata kecil (boleh tanya dhilla atas kebenaran ini).
hebat kerana ada diselitkan unsur unsur humour yang tepat pada waktunya, dan kena pada situasi. Shia Lebouf masih Shia Lebouf, dengan pertuturan yang cepat dan pengembangan hidung yang nyata.
hebat kerana aksi aksi besar yang nyata boleh buat kita bangun dari tempat duduk dan bertepuk tangan.
MOVIE INI GAGAL!
bila mana Michael Bay sekali lagi cuba menerapkan unsur unsur PEMUJAAN / GLORIFIYING angkatan tentera amerika, dari marin, ke navy, ke airforce. sama seperti movie movie nya sebelum ini. nyata ada unsur Armageddon dalam scene scene tertentu.
jalan cerita yang seakan akan disegerakan di akhir akhirnya.
kemusnahan Megatron yang boleh dianggap amat mudah dan tak masuk akal kerana begitu senang sekali orang jahat mati.
beberapa fakta yang tak masuk akal. contohnya:
- ketika Sam, BumbleBee dan tentera Amerika itu melarikan Allspark. kenapa diaorang menuju ke kawasan yang berpopulasi sedangkan mereka tahu Decepticon sedang mengejar mereka di belakang. Alasan untuk membeli sebuah walkie talkie dari kedai pajak gadai? come on, stupid sgt alasan tu. adakah mereka mmg bertujuan untuk membahayakan manusia yang lain? huhu~ atau untuk tujuan aksi letup letup bangunan yang lebih kebabom!
- ketika di awal cerita, ketika Blackout menyerang pangkalan tentera, ia ditembak dengan pelbagai senjata tetapi tidak mempunyai kesan yang teruk. tetapi di akhir cerita, dengan mudah tentera tentera ini menembak rosak robot-robot Decepticon. kenapa?
all and all, aku suka part awal movie ini. ketika kita sedang khayal menantikan kemunculan Optimus Prime dan Bumblebee, tetapi amat menyakitkan hati bila Megatron mati mcm bodo je. senang je mati. oh, penamat yang amat mudah dan tidak kreatif langsung.
ternyata movie ini based on HASBRO TOYS dengan tujuan menjual mainan!!!
dan Optimus Prime nye dialog dibuat seperti orang membuat PUBLIC SERVICE ANNOUNCEMENT. amat menjelikkan ketika ending movie. seperti menasihat kanak kanak supaya berenti hisap rokok, ambik dadah, dan gunakan kondom…
pergi la tgk. aku syorkan korang gik tgk kat IMAX kat BTS. korang sure akan kluar muntah muntah dan pening pening…
esok saja…
Popularity: 6% [?]
Terima Kasih… 9

terima kasih untuk semua ucapan tahniah dan selamat. aku dan dhilla amat menghargainya. moga perhubungan ini akan terus mekar sehingga menjadi jodoh kami.
hari tersebut berjalan dengan lancar. rombongan aku diiringi ibu dan ayah ku, aisyah, mak uda, pak uda, akak pak uda, saiful, isteri dan anak, ibu muda aku dan adik bongsu aku nurul…
majlis diadakan pada sabtu 30 Jun, 230ptg dan aku sememangnya tidak dibenarkan masuk sehingga selesai majlis perbincangan. pak uda bercakap bagi pihak aku. semuanya berjalan dengan lancar…
dhilla amat cantik hari itu, dia nampak happy…
terima kasih semua, juga kepada akak akak ku yang bertungkus lumus menyiapkan bekas hantaran…
esok saja…
Popularity: 4% [?]

