Archive for August, 2007

Merdeka: Semangat atau Mengelat? 21

26082007b.jpg

Oh. Merdeka sudah hampir. Pejam mata, sudah 50 tahun negara ini merdeka (daripada jajahan British la kan, korang tahu apa yang aku maksudkan, semestinya). Wah, terbit rasa bangga. Hoi kawan-kawan Singapura, Indonesia dan Thailand! Negara aku sudah Merdeka lima puluh tahun… Huiyo…!

Dalam pada kita sambut merdeka ini, terfikir tak kita tentang pengorbanan yang telah bertimbun-timbun banyaknya untuk meraih rasa bebas ini. Meraih kelebihan mempunyai negara Raja Berperlembagaan / Demokratik Berpalimen ini? Meraih kebebasan untuk keluar dari rumah setiap hari tanpa rasa ragu ragu dan ikut suka hati? Meraih kebebasan untuk melakukan apa sahaja, selagi tidak melanggar undang-undang dan etika sosial la kan, jangan plak korang berperilakuan sesuka hati seperti binatang tak di ajar…

Aku ingat lagi waktu kecik-kecik sebesar bantal peluk tu, pagi hari Merdeka, mak dah kejut bagun suruh tengok perarakan di televisyen. Kita yang kecik ini, pegang bendera kecik (yg ada gula-gula kat dlm batang transparent dia tu), kibar kibar kiri ke kanan, bila tengok orang berbaris dalam televisyen. Kita bangun bila lagu Negaraku dimainkan. Lagu apa pun la, kira bila choir tu nyanyi, aku dah berdiri tegak dengan adik adik. Tak faham pun, tapi macam perlu. Tengok sampai habis perarakan tu. Yang ditunggu, adalah bila tentera berkawad masuk, dengan segala bagai kenderaan, kereta kebal, dan lintas lalu pesawat terbang. Melompat lompat tak tentu pasal. Itu di depan televisyen, kalau kat tempat perarakan tu, tak tahu la camne. Berguling guling mcm orang gila kot. Lepas habis perarakan, kumpul semua kawan kawan keliling rumah, main kawad-kawad, bawak bendera Malaysia, kibar-kibar kiri kanan… Megah dan bangga…

Tapi itu dulu. Kanak kanak Pra-Astro, Pra-Playstation…

Hari Merdeka sekarang hanya dianggap hari cuti dari kerja kerja pejabat sahaja. Sekarang, budak budak dah malas bangun pagi. Mak bapak dah tak kisah. Pagi, lepas balik dari pasar, si ayah basuh kereta. Sarapan. Lepas tu, terperuk depan TV. Tapi tak kejut anak-anak. Tak terap sifat maruah negara ni kat anak-anak. Sebaba tu banyak muda-mudi sekarang tak hormat bangsa dan negara. Sebab tu lahir generasi MOTHERFUCKER ni. Lahirlah generasi yang tak faham bahasa, yang berpelajaran tetapi bodoh baghal ni…

Mak ayah pun tak pernah tunjuk semangat cintakan negara. Pergi bercuti ke Eropah boleh, beli jersi Chelsea FC boleh, tapi bendera kecik harga RM8 tak boleh beli, pasang kat rumah, pasang kat kereta. Kereta mahal kot. Merz, BMWs’, takleh lekat lekat, cat mahal. Rosak nanti. Rosak cat siut!!!

Ini satu lagi, Bulan Mengibar Jalur Gemilang. Kenapa nak kena ada BULAN pulak? Tak boleh kibar sepanjang tahun ke? Orang Amerika yang kita kutuk kutuk tu pun, rakyat dia, kibar bendera pagi pagi, bila malam, lipat masuk rumah bendera tu. Pagi esok, bangun, kibarkan pulak. Pergh. Takde ke rakyat Malaysia yang macam tu? (Kecuali anggota pakain seragam kita la, mcm polis, bomba dan tentera, mereka wajib buat benda ni…)…

TEMADE!!! (pinjam carutan Batallion Serdang)

Sebab tu la sekarang, ada lagi rakyat Malaysia tak tahu macam mana lagu Negaraku, tetapi agungkan lagu NegaraKUKU. Ada juga yang tak tahu pun Rukun Negara. Nak lafaz satu-satu pun tak boleh. Pergh, lagi gile. Ini RUKUN NEGARA…

  1. Kepercayaan Kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-Undang
  5. Kesopanan Dan Kesusilaan

Kalau Lelaki, perempuan, akad, itu RUKUN NIKAH, BODOH!!! Panas betul aku hari ini…

Yang mana ada anak-anak kecil, terapkan pada anak-anak sekalian,
Apa itu Malaysia.
Apa itu Merdeka.
Apa itu Bangsa dan Negara.

Jangan ajar anak jadik RACIST.

Dua fakta yang pasti tentang entri ini. Satu, Kak Lin pasti tidak akan membaca entri ini, dan Dua, aku pasti akan berada di perarakan Merdeka Jumaat ini, mengambil gambar kanak kanak Merdeka…

Esok saja…

Popularity: 11% [?]

BOB: Peraduan Lagi Wei…! 24

Bob, tuan punya BlogOhBlog dan Adooi, yang telah mendanakan wang untuk membeli domain fendyzaidan.com ini melalui pertandingan ini, sekali lagi mengadakan pertandingan baru.

Kali ini, pertandingan ini tidak mendatangkan hadiah berbentuk wang ringgit, tetapi sesuatu yang mungkin dicari oleh bloggers semua, terutama sekali blogger baru yang kurang faham tentang CSS dan php. Jadi, Bob menawarkan khidmat untuk merekacipta THEMA WORDPRESS / WORDPRESS THEME!!! Wow, tawaran yang amat baik.

Jadi kepada mereka, yang masih tercari cari identiti rupabentuk blog, bolehlah mencuba. Apa yang perlu anda buat, adalah hanya pergi ke blog Adooi.com dan baca syarat dan peraturan. Mari!!!

Esok saja…

Popularity: 11% [?]

Merdeka : Senyum!!! 3

29082007a.jpg

Ok. Cukuplah kita bual dan baca artikel pasal budak hip hop tu, yang merosakkan lagu Negaraku. Atau pertelingkahan kaum yang dibawa akibat kontroversi tersebut. Cukuplah!!! Hidup dan bersatulah sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum, majmuk, nasional. Cukuplah perdebatan tentang gagalnya rancangan integrasi kaum oleh kerajaan. Kenapa mahu bergantung kepada kerajaan semata mata? Ianya bermula dari dalam diri kita sendiri sebagai individu.

Percayalah aku dan kawan-kawan ku tiada seorang pun racist. Mahupun cuba menimbulkan kontroversi dan ketegangan. Aku punya ramai kawan berbangsa Cina dan India. Tetapi kami membelakangkan racism, sifat keji jika kita mahu hidup dalam masyarakat yang berbilang agama, bangsa dan nilai hidup.

Dah setengah abad Malaysia MERDEKA. Tidak kita sehingga hari ini jika tidak bersatu. Merdeka ini pun dicapai dengan bersatu padu. Malu lah kita pada arwah nenek moyang kita kalau kita bergaduh sesama sendiri, walhal, kita adalah masyarakat yang paling berilmu dan bijak, seiring dengan kemajuan ilmu, teknologi dan pencapaian.

Kenapa perlu wujud mereka-mereka yang cuba menumpahkan darah dan keamanan dalam negara ini. Tidak kah kita terfikir, adakah mereka ini punya agenda tersendiri, agenda tersirat, yang ditopengkan dengan nilai-nilai yang ditokok tambah? Percayakah anda jika saya kata, kita tidak tentu tahu siapa yang menaip di belakang papan kekunci, yang melaungkan idealogi pesong, yang bertopeng bangsa lain, tetapi, entah entah, bangsa kita sendiri? Tidak kah kita terfikir mereka mereka ini sebenarnya mempunyai cita-cita lain, memporak perandakan negara ini hasil dari hasutan orang orang luar. Fikirlah…

Kapitalisma ada di mana mana. Penjajahan tersirat semua ini.

Jadi apa perlu kita buat sekarang?

Kita mulakan secara individu. Senyumlah kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira agama dan bangsa. Senyumlah dengan seikhlas mungkin bila kau bertentang mata dengan mereka-mereka ini. Kerana mereka-mereka ini, adalah sebahagian daripada kita. Jangan ada perasaan syak wasangka yang buruk. Mulakan dengan diri kita. Perkara yang baik dan ikhlas, pasti akan tersebar dan harum.

Jadi apa lagi?

Malaysiaku Gemilang – 50 Tahun Merdeka…

Esok saja…

Popularity: 10% [?]

Update: Kehidupan!!! 6

26082007.jpg

Ini adalah ringkasan update kehidupan aku dan mereka-mereka yang berkait rapat dengan diriku.

Cik Fiza telah menyambut konvokesyennya dua minggu lepas. Tahniah!!! Oh ya, aku mengalahkan Cik Fiza dalam Battle Pool sambil voice chat gelak terguling-guling.

Persetankan.com punya t-shirt mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dalam 5 hari, satu design sudah habis ditempah. Dalam waktu terdekat, mungkin akan mengeluarkan design yang lain. Dan mungkin akan dijadikan satu cara untuk generate income kepada Persetankan di masa hadapan dengan label tersebut, menggunakan Persetankan.com sebagai platform.

Chot dah ada kamera baru. Sampaikan khabar dan tahniah padanya, dan nantikan gambar gambar kandid gadis gadis yang tidak tahu gelagat mereka dirakam. (Tapi aku lebih suka Chot punya landscape/scenery shot, serius Chot).

Rumpun 2007 telah pun berjaya dijalankan. MohdIsmail menghadapi kesukaran untuk ke sana, tetapi berkat kesabaran, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Kedatangan pun nampak hebat. Fasha Sanda pun khabarnya datang. Aku tidak dapat hadir kerana terperuk di ofis.

Kerja makin banyak. Memandangkan 8,9, dan 10 September, pasukan kajian aku akan adakan seminar, jadi aku semakin sibuk menjelang hari hari tersebut. hari ahad dan di opis menunjukkan aku sibuk sangat. Walhal aku nak kena aircond sahaja.

Kak Lin cakap dia taknak datang berkunjung ke blog aku sebab aku menulis artikel yang marah marah dan agresif. Betul ke? Aku ni punya hati yang penuh hatred ke? Hitam sangat ke?

Dhilla tak sabar nak jumpa aku lagi. Dua tiga hari je lagi…

Malam Merdeka korang menuju ke mana? Aku mungkin akan pergi menyaksikan Pertandingan Bunga Api di Putrajaya pada malam itu. Giliran Pasukan Jepun malam itu yang akan berlangsung pukul 10 malam. Jumpa di sana? Mahu? Maklumat lanjut pertandingan antarabangsa ini DI SINI!!!

Esok saja…

p/s:- Baru dapat tahu satu couple yang aku sangat mahukan kekal dan bersama, akhirnya putus. Erm, rapuh sekali sebarang perhubungan ni kan? Sabar dan teguhkan diri. InsyaAllah akan datang juga hari hari ceria.

Popularity: 11% [?]

AOZ: Plastic Mecha…!!! 9

24082007a.jpg

Woh. I think everyone knows my fetish for grownups’ toys, like GUNDAM model kit and SIC Kamen Rider Series. Its been awhile since I did a shoot of my toys. A few weeks ago, my long waited model kits arrived. This time, I’m concentrating on HGUC 1/144 scale kits, to be exact, those model from Advance Of Zeta timeline. For more about AOZ timeline, CLICK HERE.

This kits consist of:

So enjoy the the shoots i took yesterday of these kit. HERE.

Got the lighting correctly this time around. Glad that happen. Will shoot the Advance Hazel and GM Quel later. Need a new backdrop.

So are you guys heading to RUMPUN2007???

Esok saja…

Popularity: 11% [?]

Persetankan: T-Shirt!!! 34

persetankanshirt1batch.jpg

Anda mahu kacak seperti Johny Depp? Cantik seperti Jessica Alba? Jawapan kepada masalah anda sudah terjawab!!!

Persetankan.Com dah lancarkan tshirt rasmi komuniti. Terdapat dalam dua rekabentuk yang simple dan menarik. Sesuai dipakai di mana-mana sahaja, ke kelas, ke KLCC, untuk berpacaran, ke kebun getah, tiada masalahnya. Sila KE SANA dan lihat contoh yang lebih besar dan buatlah tempahan jika berkenan di hati. Harganya amat berpatutan, RM28 sehelai untuk apa jua saiz. Murahkan???

Dengar khabar angin, satu design hanya dikeluarkan secara limited 20-25 helai. Lagi bagus. Jadilah antara 50 yang pertama memakai tshirt komuniti yang cool ini.

Ayuh ke Persetankan.Com dan Tempahlah!!!

Esok saja…

Popularity: 17% [?]

HOI!!!: Kompetisi Fhotografi… 10

22082007a.jpg

Oh, bulan ini penuh dengan kompetisi/peraduan fhotografi. Setelah pertandingan fotografi anjuran EOE.COM.MY yang aku rasa memang takde peluang nak menang (sebab orang vote itu buta seni dan estetika), kini aku nak beritahu pula pertandingan fotografi yang sedikit prestij dan mencabar…

Pertama sekali anjuran Canon Malaysia, Teen Photo Expression Competition. MohdIsmail yang telah memaklumkan aku tentang pertandingan ini. Bagi mereka yang sukakan gambar kandid dan mempunyai rakan remaja umur belasan tahun, bolehlah masuk bertanding. Keputusan diadili oleh para hakim dan juga undian pengunjung. CUBALAH!!!

Satu lagi pertandingan juga anjuran Canon Malaysia, lebih mencabar dan memerlukan usaha yang lebih jitu adalah Photo Marathon Malaysia. Pertandingan ini dilangsungkan dalam masa satu hari sahaja iaitu pada 26 Ogos 2007 (Ahad) dan penyertaan yang dihantar perlu mengikut 3 tema yang diberikan dan diambil pada 3 jam setiap tema. Ini bermakna, penyertaan adalah hanya melalui gambar yang diambil pada hari tersebut sahaja. Di akhir 3 jam untuk setiap tema, fotografer perlu memilih penyertaan yang palin sesuai dan ke meja urusetia untuk mencetak penyertaan tersebut, kemudiannya, akan diberikan tema baru untuk 3 jam seterusnya. Menarik bukan? Jadi untuk mereka yang mahukan cabaran, pastikan mengikuti pertandingan ini juga. CUBALAH!!!

Nasib malang bagi aku yang tidak menetap di Kuala Lumpur. Bali dengarnya akan mengikuti pertandingan Photo Marathon Malaysia itu. Kawan-kawan bagaimana?

Berkongsilah jika ada maklumat berkenaan kompetisi/pertandingan fotografi di tempat anda. Mudah-mudahan maklumat boleh dikongsi oleh fhoto enthutiast semua…

Esok saja…

Popularity: 9% [?]

Sejarah Dan Impian : Bersama DSLR… 24

20082007a1.jpg

Erm. entri ini dibuat atas rasa ingin tahu dan pertanyaan kebanyakan kawan dan orang asing berkenaan pembelian dan penggunaan DSLR hakuku. Jadi entri ini adalah untuk korang. Moga-moga jadi panduan dan menjawab pertanyaan diri sendiri akan kepentingan kamera ini di dalam senarai gadget korang. Bolehlah korang nilai ada patutkah korang membelanjakan hampir RM3000 untuk satu sistem DSLR yang bagus…

Aku menggunakan DSLR model yang agak kebelakang sikit berbanding model model sekarang. Canon EOS 350D. Belian dan keinginan ini wujud ketika aku sesak dan nazak memikirkan hidup aku tanpa kamera, setelah mengalami masalah kecurian di rumah bujang aku, yang mana, model SONY DSC W5 telah dirampok. Seingat aku, bulan April lepas.

DSLR aku ini tidaklah canggih. Production line nye adalah pada tahun 2004 rasa aku. Antaramuka menu juga amat kuno, tidak seperti DSLR baru (Nikon D40/D40x atau Canon ESO 400D) yang mempunyai antaramuka yang menarik dengan animasi dan lampu lip lap. Seingat aku, Bali baru sahaja membeli Canon EOS 400D dua minggu sebelum aku memiliki DSLR aku. Kebetulan? Atau terdorong?

Merepek ni. Sebenarnya, pertanyaan kawan aku tadi adalah apa beza DSLR dan kamera point and shoot lain (kamera kompak digital). Senang je, pilihan lensa, kawalan mode, fungsi dan berbagai lagi. Pendek kata, jika korang serius dengan minat fhotografi, DSLR adalah taraf di mana hobi dan skill korang akan berkembang. Serius. Rugilah kiranya kalau pakai DSLR, tapi shoot gambar mcm pakai kamera kompak. Rugi sangat.

Jadi apa ciri ciri pada korang yang patut ada sebelum memiliki sebuah DSLR, lebih lebih lagi DSLR seperti Canon EOS 1D MARK III?

Pertama, pastikan korang sudah jadik dewa menggunakan kamera yang korang miliki sekarang. Sama ada kamera kompak, atau entry level yg best sikit (contoh Sony DSC H1). Pastikan sudah master semua mode, auto, manual dan sebagainya. Bila korang ambil gambar guna kamera biasa dan orang ingat korang pakai DSLR, itu satu tanda korang patut upgrade dah.

Kedua, pengetahuan asas tentang terma photografi. Shutter, Aperture, Focal, F-stop, Auto, Manual, Exposure, ISO, dan sebagainya. Ini semua korang boleh belajar bila belum ada DSLR pun, tapi kalau ada, lagi bagus sebab HandsOn. Lagi cepat ilmu masuk. Banyakkan membaca majalah fotografi. Kalau tak mampu beli Digital Camera Magazine edisi UK, korang leh melayari internet. Banyak tutorial dalam internet yang boleh membantu meningkatkan pengetahuan korang. Serious, kebanyakan yang aku tahu, aku belajar sendiri dan dengan kawan kawan.

Ketiga, ukur kamera didalam wallet sendiri. Jika anda seorang beginner/novis/amateur, tidak perlulah melabur ke terus ke kamera pro level, tapi kalau dah kaya sangat, itu hak korang la kan. Mulakan dengan entry level yang biasa, dan mudah belajar. Sekarang, model yang mudah didapati dengan harga yang agak berpatutan adalah Nikon D40. Tapi kalau ada wang lebih sikit, baik naik taraf ke Nikon D40x, Nikon D50 mahupun D70s atau guna sistem Canon, seperti Canon EOS 400D. Mudah dan senang. Beli sistem yang ada digunakan di kalangan rakan rakan. Ada sebabnya kenapa ini penting.

PERHATIAN!!! JANGAN BELI DSLR SEBAB TERIKUT TREND. BELILAH KERANA INGIN MENJADIKANNYA HOBI ATAU SUMBER PENDAPTAN, TETAPI YAKINKAN DIRI ANDA. JANGAN BELI SEBAB NAK DAPAT PUSSY. PERCAYALAH, FHOTOGRAFER BUKAN PUSSY MAGNET SEPERTI PEMAIN GITAR DALAM BAND…

So bila dah ada DSLR, melaburlah untuk membeli aksesori yang dapat membantu anda. Percayalah, ini adalah FAKTA. Tiada satu pun aksesori DSLR yang boleh menjadikan anda seorang fotografer professional. Percaya lah. Ini semua terletak pada mata, skill dan bakat yang digilap dari kosong. Tetapi beberapa peralatan tambahan yang boleh membantu adalah SPEEDLIGHT.

Kemudian, untuk menjadikan korang fotografer yang lengkap, korang perlu ada seleksi lensa. Jenis lensa adalah tertakluk kepada kecenderungan minat korang. Kalau korang minat shoot kandid, hidupan liar, seeloknya belilah satu lensa tele. Kalau minat landscape dan pemandangan, belilah satu wide angle lens (ini memang mahal, dan aku maih tak mampu dan masih bergantung kepada kit lens). Untuk potrait atau untuk shoot di bawah keadaan yang kurang pencahayaan, gunakan lensa Prime. untuk menjadi versatil, adakan ketiga-tiganya. Yang penting, pandai cari lubang, dan banyakkan bertanya pada yang arif, di mana mahu dapat stock. Oh ya, barang second hand pun boleh pakai, selagi tak rabak. Banyak forum tempatan yang mengadakan ruang penjualan perkakasan DSLR di internet. Dan ini lah penting nya mempunyai sistem DSLR yang sama seperti rakan rakan lain. PINJAM!!! Sistem yang sama, boleh pinjam lensa, speedlight, tapi pepaham la. Pinjam tu bukan suruh buat harta, dan jagalah barang kawan seperti harta kita sendiri. Ada faham?

Pilih subjek yang dekat dan menjadi minat korang. Seikut pengalaman aku, tanpa minat pada subjek, gambar yang dihasilkan sangat mendatar dan tidak menarik. Aku sangat begitu. Kalau aku amat terkinja-kinja atas subjek tersebut, gambarnya akan kluar dengan amat cantik. Serious. Jangan meniru sesuatu yang korang sudah biasa nampak di majalah, cuba lain, letakkan perasa sendiri. Sekurang-kurangnya, sebagai hobi, ini akan mendatangkan kepuasan pada diri sendiri. Peduli apa fikiran dan pendapat orang lain. Hanya ambil pendapat dan komen yang boleh membina skill dan memajukan diri.

Oh ya, lengkapkan diri dengan cara penggunaan perisian post production seperti Adobe Photoshop. Belajar tutorial dan bertanya pada yang arif. Ilmu itu berguna untuk dikongsi bersama. Bukan? Hampir semua hasil kerja kreatif zaman sekarang di edit menggunakan perisian ini. Inilah kelebihan DIGITAL.

AKu masih tercari cari identiti ku sebagai fhotografer, sebab itu, range shoot aku jauh dari subjek ke subjek lain. Kerana masih tercari cari aku ni tergolong dalam artsy photographer ke, wildlife ke, abstract ke, infrastrcture ke, landscape ke, potrait ke, merchandise ke, camne ke. Masih tercari cari. Mari la bersama-sama cari identiti kita…

PERGI KE FLICKR KU UNTUK MELIHAT HASIL KU. Jangan segan segan melawat rakan rakan fhotografi ku di bahagian pautan. Mungkin akan mendatangkan idea dan buah fikiran. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan kamera dan teknik editing, bolehlah diajukan di sini, aku sedia membantu sedaya yang mungkin…

Esok saja…

p/s:- aku membenci HDR seumur hidupku…

Popularity: 18% [?]

Panasnya Hari Ini… 11

usm.jpg

PERINGATAN: “Individu yang difokus di dalam gambar ini, adalah tidak dikenali secara peribadi oleh penulis. Penulis hanya merakamkan detik kandid ketika graduan-graduan ini berkumpul selepas selesai sesi. bagi mereka yang mengenali graduan-graduan tersebut, sila ucapkan ucapan tahniah kepada mereka. Jangan di kemudian hari, ada antara mereka yang meminta wang atau bayaran royalti ke atas gambar ini. Sekali lagi, ini adalah gambar KANDID…”

Aku ke Dewan Budaya USM hari ini, kerana permintaan Rahiman (housemate) untuk merakamkan beberapa keping fhoto dirinya yang baru saja selesai bergraduasi. Tahniah diucapkan kerana berjaya memiliki segulung ijazah. Jadi lewat pukul 12 tengah hari tadi, aku pun meruntun skuter tidak berbasuh ku ke sana. Manusia sangat ramai. Gambar kandid akan dimuat naik ke FLICKR selepas di edit nanti.

Oh ya, tiada gadis gadis yang menarik mata lensa ku hari ini di sesi sebelah pagi. Mungkin citarasa ku terlalu tinggi. Huhu~

Teringat kenangan ketika aku berkonvo. Aku tidak punya ramai kawan ketika itu, kerana aku lanjut sem, alasannya adalah untuk sama-sama bergraduasi bersama Dhilla (alasan je). Setelah habis majlis, aku keluar dewan, ambil sekeping dua gambar bersama ayah dan emak aku, kemudian bersalam dengan Dhilla dan keluarganya, kemudian berjumpa seorang dua kawan, dan pulang. Tiada sesi sesi ambil gambar di depan pintu masuk universiti, di pancur air atau foyer sekolah mahupun perpustakaan. Hanya sesuatu yang aku rasa mahu “get over with”. Mungkin aku jenis yang tidak suka diraikan. Mungkin.

Apa apa pun, tahniah kepada semua para graduan pada sesi ini. Diharap kalian semua akan berjaya di bidang kerjaya pula. Dan jangan lupa jasa emak ayah yang berikat perut memastikan and semua cukup makan dan kelengkapan ketika di universiti.

Esok saja…

p/s:- Line phone tetiba je takde… Apsal ek?

Popularity: 8% [?]

Kids Photo Competition… 17

Terima kasih kepada semua yang datang melawat situs ini di minggu pembukaan nya. Terima kasih atas semua ucapan tahniah dan penukaran URL. Amat menghargai semua usaha kalian. Moga situs ini akan terus maju dan bertahan lebih lama seperti blogs yang lama di blogspot.

Semua orang tahu, ke FETISH an aku dengan fhotografi. EOE.COM.MY sedang mengadakan KIDS FHOTO COMPETITION untuk submisi gambar kanak-kanak di bawah 7 tahun. Aku telah submit 3 keping gambar dengan niat suka suka. Tapi kalau menang, bagus juga.

Jadi, minta kawan-kawan semua pergi ke SANA untuk vote gambar pilihan saya. Vote pun hanya jika anda berkenan dan tertarik dengan gambar itu. Kalau tidak, sila vote gambar lain. Ikhlas dan telus itu penting. Jadi marilah ke EOE.COM.MY dan undi…

Ini adalah submisi fhoto ku…

shocked.jpg

chocolatecovered.jpg

drool.jpg

Sesiapa yang mempunyai fhoto menarik kanak-kanak. boleh lah membuat submisi di sana. Dan khabarkan pada aku, aku pasti akan vote.

Esok saja…

Popularity: 8% [?]

Next Page »