Archive for October, 2007

Permintaan: Radiohead Mesti Dengar… 19

31102007a1.jpg
31102007b.jpg
31102007c.jpg
Merujuk kepada entri In Rainbows – Radiohead, ada kenalan yang menghubungi ku melalui YM yang minta aku senaraikan track harus dengar dari Radiohead untuk mereka yang berkeinginan untuk melayan band terhebat alam semesta ini. Sesuai sangat ketika aku punya mental block dan perlu memikir dengan telus untuk menulis (kerana sekarang blog ku di baca oleh orang berpikiran kelas tinggi). Pada mulanya, aku mahu senaraikan 10 track, tetapi seperti terlalu sedikit. Jadi aku senarai kan 10 yang paling dekat di hati, dan 10 lagi yang boleh didengar secara lanjutan. Jadi inilah dia…

10 Lagu Terhebat Radiohead (tanpa turutan khusus)

  1. Street Spirit – punya sound mellow dan rasa melankolie
  2. Paranoid Android – salah satu kegemaran hidup
  3. Karma Police – punya videoklip yang menarik
  4. No Suprises – lagu seperti jingle, tetapi punya maksud yang gelap
  5. Lucky – lagu orang yang sangat dilamun cinta dan punya rasa riak yg amat
  6. I Will – lagu mellow dan dark
  7. Knives Out – sesuai didengar bila ditindas atau dikhianati
  8. True Loves Wait – salah satu lagu cinta paling hebat sepanjang abad
  9. Like Spinning Plates – dengarkan versi live, lebih berhantu
  10. Motion Picture Soundtrack – lagu yang sangat pendek tapi tidak berpenghujung

Minta maaf kerana banyak lagu dalam senarai tersebut adalah dari album OK COMPUTER, kerana OK COMPUTER masih album paling hebat dari Radiohead bagi aku.

Lain-lain dengaran lanjut…

  1. Climbing Up The Wall – satu lagi lagu dari OK KOMPUTER
  2. Creep – lagu MTV paling famous
  3. Faust Arp – lagu baru yang sudah masuk senarai kerana liriknya
  4. High and Dry – juga lagu sensai MTV
  5. Just – satu lagi lagu famous mereka di MTV
  6. My Iron Lungs
  7. Nude – sudah menjadi putaran mesti bagi aku…
  8. Videotape – mesti dengar juga
  9. Exit Music (For A Film)
  10. A Wolf At The Door – ada iras satu lagu, tapi tak ingat…

Ini adalah seleksi aku tanpa mengikut sebarang carta top atau aliran semasa, ini adalah seleksi peribadi. Jadi kepada kawan-kawan yang punya pilihan lain, cuba senaraikan 10 lagu paling hebat Radiohead kegemaran anda. Kalau boleh, ikut turutan 1-10. Sila-sila…

Harap yang baru baru nak berjinak dengan Radiohead, bolehlah ambil senarai ini sebagai permulaan…

Esok saja…

Popularity: 8% [?]

Bilik Bujang Berupa Tandas Puaka… 16

30102007a1.jpg
30102007b.jpg
30102007c.jpg

Untuk Diskripsi Item Dalam Gambar, KLIK DI SINI!!!

Esok saja…

Popularity: 7% [?]

Bila Dia Senyum… 3

25102007d.jpg
25102007a.jpg
25102007b.jpg

Hatiku membunga dan bersyukur…

Esok saja…

Popularity: 7% [?]

Istimewa Aidilfitri…! 7

xa.jpg
xb.jpg
xc.jpg
Buat masa yang terhad!!!
gambar oleh Bella, diedit oleh yours trully…

Esok saja…

Popularity: 8% [?]

Angkasawan Negara: Signifikasi dan Relevannya… 67

Angkasawan Negara Pertama…

RM95 Juta adalah harga perbelanjaan untuk seorang angkasawan negara pertama Malaysia.
RM3.4 Billion untuk pembelian Sukhoi yang kiranya dpt diskaun la…
Sedikit Silaturrahim…

Seperti kata NizamNuri,
Negara Malaysia gilakan rekod/pencapaian dan title “THE FIRST”.
Bila Angkasawan Pertama Negara buat eksperimen yang pernah dibuat,
Main batu seremban pusing gasing,
Kongsi sate dan nasi beriani,
Di angkasa lepas dengan zero graviti…

Dan ketika itu, banyaklah rakyat kita yang masih kebulur berpijak di bumi sendiri…
Dan kita-kita masih bertanya apa signifikasi dan relevannya?

Esok saja…

Popularity: 12% [?]

Persetankan.com: Meet Up 20102007 12

a.jpg
c.jpg
e.jpg
f.jpg
d.jpg
g.jpg
b.jpg
h.jpg
i.jpg

Seperti yang semua sudah tahu, DFJJ @ Persetankan.com mengadakan meetup makan tengah hari pada Sabtu lepas, 20102007 di KLCC. Sambutan kali ini amat menggalakkan dengan beberapa muka baru dan lama yang sudah lama tidak ketemu.

Aku bertolak dari Komuter Serdang bersama AiniJasmine yang kemudiannya mengambil NizamNuri dan terus menghala ke KLCC. Setibanya di sana, IkmalIbrahim, Mummoo dan Suessy sudah ada. Di ikuti dengan Bella, dan kemudiannya Sashi. Kami bergerak ke Signatures untuk makan tengah hari dan menanti ketibaan rakan lain. Kemudian baru menyusul Bali, Fazari, Omar, F’iz, Takky (dan kawan-kawan), Fiona dan seorang lagi yang aku kurang kenal kerana tak sempat berkenalan.

Macam biasa, lunch dan berbual sampai pening. hari hujan di luar, jadi menyekat sedikit aktiviti melepak kami. Yang kecewanya, KLCC juga sudah menguatkuasakan larangan penggunaan kamera disana, termasuk foodcourt. WTF? Paranoid sungguh. Kami pernah buat meetup berkali kali di foodcourt tersebut, dan tak pernah sekalipun diberi amaran tentang penggunaan kamera. Tetapi tidak kali ini. Kuala Lumpur sudah suck kah?

Kami bergerak ke bawah, tetapi hari makin lebat hujannya. Lepak di luar untuk hisap rokok dan sebagainya. Keputusan dibuat untuk berjalan ke KL Convention Centre yang mana sedikit luas dan boleh mengambil gambar kerana tiada Pak Guard yang ramai. Bila hari redup, kami keluar, dan bemesra pula di luar pula.

Selesai sahaja semua berpecah, kecuali aku, Nizam, Min, Bali, Ikmal, Sashi, Helmy dan Takky yang lepak di Rasa pula. Berbual sambil tengok tengok gambar. Min belanja air siut. Terima kasih Min… Lewat magrhib, semua beransur pulang. Aku, Min, Nizam dan Bali ke Bandar Baru bangi, rumah terbuka makcik Dhilla.

Rumusannya, it was another great meet up, bukan gath. Hujan sedikit mengganggu kelancaran perjumpaan kali ini. Aku rasa, aku perlu dikurangkan beban untuk membuat keputusan. Aku tidak boleh buat keputusan untuk semua. Tidak pernah wujud ketua dalam DFJJ, hanya nama dan gelaran.

Muka-muka baru, satu nasihat aku, ialah pandai-pandai buka mulut dan bawa diri. Jika kamu senyap, kamu akan tenggelam, kerana kami semua ada yg sudah dua tahun lebih kenal. Jadi ringankan mulut dan kurangkan tebal muka untuk sama-sama berbual. Kami ramah orangnya. Tak makan orang pun…

Oh ya. Hari berikutnya, aku ke KLCC lagi. Ada satu kumpulan Cina (remaja) lepak reramai, buat bising dan kecoh, kemudian ambil gambar. Pekerja perempuan cina yang sama sound kita hari tu, tak sound pun group cina ni. Begitu juga Tourist yang snap gambar di kawasan foodcourt tersebut, dan ada yang berdiri di depan perempuan cina yang sound kita tu, juga tidak dilarang mengambil gambar. Double standard, dan racist. Fuck you…!

UNTUK SELAINNYA DAN SAIZ LEBIH BESAR, KE FLICKR KU…

Esok saja…

Popularity: 7% [?]

5 Hari Aidilfitri Di Kuala Lumpur… 3

23102007a.jpg

Di Kuala Lumpur minggu lepas. Meluangkan masa dengan Dhilla dan keluarganya. Penat sangat.

Tiba di Kuala Lumpur pada hari Rabu. Sepatutnya berjumpa dengan Adzealea, tetapi dia katanya kurang sihat. Jadi terpaksa dibatalkan. Aku dan dhilla hanya berlegar sekitar Midvalley untuk memotong rambutku, kemudian pulang terus ke rumah.

Khamis pula, pergi menonton Resident Evil di Time Square. Menarik. Seperti francise permainan videonya, banyak elemen kejutan diselitkan. Tidak sesuai ditonton oleh mereka yang mengandung dan mengidap sakit jantung. Aku yang payah terkejut pun beberapa kali terlompat dari kerusi ku. Kemudian kami merayau sekitar KLCC, dan seterusnya ke rumah Pakcik Dhilla. Pulang dan menonton Miami Ink (salah satu rancangan kegemaran ku sekarang).

Jumaat pula, bertemu Cik Fida ngan Mizi di rumah. Cik Fida baru selamat melahirkan anak pertama mereka, tetapi akibat tidak cukup bulan, anak mereka di tahan di ICU untuk 2-3 bulan lagi. bersembang pasal kerja dengan Mizi, seperti waktu dulu ketika aku selalu lepak dengan mereka di rumah bujang di Puchong. Akan ke sana sekali lagi bila anak mereka sudah boleh di bawa balik.

Kemudian, menuju ke Midvalley untuk temujanji bersama Fiza dan Fahrul. Makan di foodcourt, kemudian menuju ke The Gardens, yang baru dibuka bersebelahan Midvalley. Binaannya amat cantik, tetapi sayang, kamera tidak dibenarkan penggunaannya di dalam binaan itu. Aku sedikit kecewa. Hampir semua pasaraya sekitar Kuala Lumpur sudah menguatkuasakan larangan dan peraturan ini, kenapa ya? Ada sesiapa boleh beri penjelasan. Kerana aku rasa, ianya adalah sesuatu yang bodoh dan remeh…

Sabtu, ada perjumpaan DFJJ di KLCC. Akan aku ceritakan di entri lain. Malamnya bertandang ke rumah terbuka makcik Dhilla di Bandar Baru Bangi bersama Nizamnuri, AiniJasmine dan Bali. Emi dan Dell juga ada bertandang. Lama sungguh aku tidak berbual dengan Dell. Hampir 3 tahun. Pulang ke rumah nenek Dhilla di Kajang dengan rasa yang amat penat.

Ahad hari terakhirku di sana. Hanya lepak dan makan sambil berbual dengan Dhilla. Wajahnya semakin cantik. Tiap kali dia senyum, aku rasa sangat bersyukur. Sempat ke Pavilion, yang juga mempunyai polisi tidak boleh menggunakan kamera di dalam binaan tersebut. Sekali lagi, apa rasionalnya peraturan ini? Sempat membeli novel PORNO karya Irvine Welsh yang sudah ku cari 4 hari berturut turut di Times Pavilion. Menaiki bas pulang ke Penang pada pukul 6.30 petang.

5 hari di sana masih tidak cukup. Anda faham?

Esok saja…

Popularity: 6% [?]

Aidilfitri Adalah Untuk Kanak-Kanak… 3

img_6151a.jpg
img_6186a.jpg
img_6190a.jpg
img_6202a.jpg
img_6243a.jpg

Woh, hampir seminggu lebih tidak update. Menjadi tukun di kala aku bercuti. Bagaimana dengan raya kamu? Lebih bermaknakah raya ini dengan jeans Levis mu yang mahal? Ahahaha.

Gambar banyak tak sempat diedit dan diupload ke flickr ku. Aku baru pulang dari Kuala Lumpur, berhari raya bersama tunang selepas 5 hari di rumah ibu ku. Penat masih belum hilang. Esok InsyaAllah…

Esok saja…

Popularity: 5% [?]

Radiohead : In Rainbows… 13

10102007a2.jpg

Radiohead adalah band paling terhebat dalam alam semesta ini, nombor dua adalah Pink Floyd,” – NizamNuri

Itulah kata NizamNuri, yang mana mengingatkan aku tidak follow Radiohead. Dude, takkan ko ingat yang aku tak pernah layan Radiohead? OK Computer masih lagi antara album paling aku gemar dan kerap kali putar di pemain MP3 ku. Street Spirit adalah lagu bangun pagi ku setiap hari. Bila aku bosan dan down aku layan ambient Radiohead. Kenapa aku cakap Radiohead ambient musik? Kadang-kadang, suara Thom Yorke mendayu dan aku dengar mcm dia slurring dan perkataan yang dia sebut aku kurang jelas. Macam orang mengalunkan lagu… huhu~

Tepat pukul 10 pagi waktu UK nanti, peminat setia band ini boleh mula memuat turun album IN RAINBOWS, tetapi hanya bagi mereka yang telah pre-order sebuah email akan dihantar oleh pengedar dikepilkan bersama satu kod seperti ACTIVATION CODE untuk memuat turunnya.

Satu strategi pemasaran yang berani oleh Radiohead, adalah dengan membenarkan peminat dan pendengar sendiri meletakkan harga kepada album mereka ini!!! Aku letak harga £0.00, dan ura-uranya NizamNuri juga begitu. Ahahaha…!

Menurut pengetahuan dan pembacaan aku, versi yang dimuat turun mengikut berapa nilai kamu itu, adalah versi raw studio yang dirakam secara live. Versi album yang kualitinya dinaiktaraf/enhance boleh mula di pre order dan akan diedarkan circa Disember 2007. Versi enhance berkualiti ini rasanya, sama seperti keluaran album lain, mempunyai harga tetap.

Jadi bagi yang mengaku peminat setia, yakni macam aku sendiri, boleh lah download yang RAW. Kemudian kalau suka dan jatuh cinta, silalah beli yang versi kualiti pula nanti. Oh yeah!!!

Jadi, untuk RADIOHEAD – IN RAINBOWS klik di sini…!

Esok saja…

Popularity: 7% [?]

Selamat Hari Raya 2007… 5

10102007a.jpg

Wahai sahabat-sahabat sekalian…

Dikesempatan ini, diruang yang penuh gelap dan kelamini, dan dengan izin tuhan, aku ingin mengucapkan…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kepada semua sahabat kenalan yang rapat di alam siber ini, warga Persetankan.com, warga HappyPeopleMedia.com, dan mereka yang sering berkunjung ke sini, yang berinteraksi dan yang masih lagi mejadi pembaca senyap, dan kepada yang menghubungi ku melalui email dan lain-lain cabang-cabang komunikasi.

Diharap, mereka-mereka yang terasa dan terguris perasaan dengan penulisan ku di sini, memafkan jika kesilapan aku itu boleh dimaafkan. Kepada mereka yang tidak puas hati dengan kelantangan ku juga, aku minta maaf. Sesungguhnya, tidak tanduk ku selalunya adalah sengaja. Tidak ada yang “TER”. Dan setiap kesilapan dan kesalahan itu, adalah pengalaman dan pengajaran yang berguna bagi kita semua.

Fiza, Bali, Nizam, Azea, Omar, Min, Suessy, Mummoo, Ikmal, Duez, MohdIsmail dan yang lain-lain yang sering berbual dengan ku di YM dan telefon dan berinteraksi di blog, harap kamu semua dipanjangkan umur dan murah rezeki se adanya dan raya ini menjadi sesuatu yang indah bersama keluarga dan orang-orang tersayang. Dan mohon maaf kalau ada silap salah ku terhadap kalian. Lawak jenaka yang kekadang sedikit terlebih dan terkasar. Harap maafkan.

Aku mungkin hiatus lama sedikit. Perlu bersihkan akal dan minda untuk kembali dengan idea dan pandangan baru. Makar juga perlu rehat. Kepada yang mahu ketemu beraya dengan ku, bolehlah ke rumah ibu ku di Alor Setar. Aku akan ada di Alor Setar sehingga Isnin. Kemudian, yang mahu ketemu ku dan berada di Kuala Lumpur, bolehlah mengikuti perjumpaan Persetankan.com. Tidak ahli pun boleh. Kami menerima semua orang seadanya.

Sekali lagi, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Esok saja…

Popularity: 6% [?]

Next Page »