Archive for November, 2007

Tahniah Rakyat Malaysia!!! 68

Cuaca nampak cerah hari ini.
Langit nampaknya mengizinkan.
Mari! Kita berarak AMAN!!!

Tahniah Rakyat Malaysia!!!

Selepas meraikan 50 Tahun Kemerdekaan,
Selepas menghantar rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas,
Kita sekali lagi, telah menunjukkan kepada dunia,
Telah menunjukkan kebolehan kita yang selalu kita bangga dan riak-riakkan,
Yang mana kita selalu memegang laungan “Malaysia Boleh!”,
Dan pada hari ini, di tengah kesibukan kota di hujung minggu,
Rakyat kita yang kita selalu banggakan telah terlibat dalam kejadian,
Yang boleh dianggap seakan global…

Perarakan “aman” yang berakhir dengan rusuhan, meriam air, dan gas pemedih mata.
Dan mereka-mereka ini bertempiaran lari, takut basah…
TAHNIAH!!!

Sekali lagi, anda-anda semua telah membuktikan, kita setaraf dengan negara maju, dan tidak ketinggalan negara kelas ketiga. Dan yang bangganya, rata-rata orang yang terlibat dalam perarakan tersebut, adalah… (wait for it…)

Melayu!!!

Jangan salahkan kerajaan, jangan salahkan polis, jangan salahkan FRU, dan jangan juga salahkan perarak perarak aman ini. Salahkan mereka-mereka (dlm bilangan yang sikit) yang telah membawa masalah kepada kumpulan ini, yang membawa sikap pendek akal dan buta hati mereka bersama-sama. Mereka-mereka inilah yang telah membawa kekalutan petang tadi. Bersama dalam perarakan, tetapi hanya berniat timbulkan kekacauan.

Aku setuju, perarakan sebegini perlukan permit. Tidak was was lagi. Perarakan yang besar, semestinya perlukan pengawasan pihak berkuasa, yang akan menyebabkan beberapa laluan utama di tutup, dan hanya dibuka untuk perarakan sebegini. Dan kegagalan kumpulan ini mendapatkan permit tersebut, nyata memberi kesan buruk kepada semua pihak.

Pertama sekali, aktiviti biasa yang dilakukan terpaksa diberhentikan. Jalan terpaksa ditutup, dan banyak sekali peniaga terpaksa tutup kedai kerana perarakan ini melalui kedai-kedai mereka. Kemudahan awam mati, penghuni kota yang mempunyai rancangan sebelum ini terpaksa dibatalkan. Terpaksa hidup dengan rasa takut dan gusar perkara tidak elok berlaku.

Keduanya, ternyata, bila berkelompok seramai sebegitu, pasti ada fanatik (yang entah dari mana datangnya, yang tidak pernah nampak dalam pertubuhan, yang tidak pernah datang ketika ceramah, yang tidak pernah ada ketika pendaftaran persatuan), yang ada conflict of interest yang berlainan dari kumpulan perarakan, yang punya agenda sendiri, bertulang belakangkan fahaman lain (lelaki, perempuan, melayu, cina, india, orang luar, orang dalam, kapitalis, minoriti, sapa tahu?).

Tetapi mereka-mereka inilah yang akan membuat kacau, yang membuat konfrontasi yang tidak perlu dengan pihak berkuasa yang cuba mententeramkan keadaan. Mereka ini punya agenda sendiri, dari sekecil kuman, hingga sebesar paus. Dari agenda perkauman, agenda sosial, agenda politik, malah agenda ekonomi. Fikirkan dengan waras…

Tahniah ku selitkan sekali lagi…

Bermandilah air dan gas pemedih mata mereka-mereka yang berarak ini. Dan juga “innocent bystander” yang berada di situ hanya kerana kesilapan memilih jalan, dan kurang memberi perhatian pada berita dan pengumuman internet. Kasihan mereka.

Kepada pakcik pakcik yang berketayap, bersongkok, tahniah.
Kepada kaum hawa bertudung, tahniah.
Kepada pelajar universiti yang buhsan di hujung minggu dan berfikir,
WHAT THE HECK, JOM, ITS GONNA BE A FUN OUTING,” tahniah.
Kepada parti-parti terlibat yang punya agenda zahir dan tersirat, tahniah.

Minta maaf kepada semua innocent bystander,
Minta maaf kepada semua pelancong luar dan dalam negara,
Yang terpaksa menyaksikan perkara gilang gemilang ini.
Sesungguhnya rakyat-rakyat negara tercinta ku ini,
Juga ada yang jahil-jahil…

Malaysia Boleh!!!

Raise your effort up a lil bit next time. Make sure the participants include armed forces like the army and all. So we can have a riot like other trouble countries. All the best to you!!!

Dan pasti ada kawan-kawan ku yang kurang setuju dengan nukilan ku.

Esok saja…

p/s:- Dan ada ahli politik, yang dahulunya meludah-ludah muka masing masing, memurtadkan satu sama lain sesuka hati, tapi pada hari ini, berganding bahu, bersenyum dan berpeluk-peluk. Dan orang-orang yang disembur air ini, adalah mereka yang menjunjung mereka ini tinggi.

Politik, amat lucu. Seperti skit Saturday Nite Live.
Geli bulu pubik ku.
Sosial value my ass.

Popularity: 26% [?]

Update: Ringkasan Hidup… 17

Lambakan dalam satu entri.

Under the weather. Bermain hujan untuk 3-4 hari minggu lepas. Ye, Penang hujan, tak berhenti.

Sabtu lepas, aku mengikuti program Cabaran Pegawai Muda kerajaan negeri, berlatih untuk jungle trekking Bukit Bendera 17hb Disember ini. Hari Sabtu tersebut, hanya untuk melihat sejauh mana tahap kecergasan peserta dan kemampuan masing masing. Berjalan hampir 10km lebih hari tersebut. Aku tidak punya apa apa masalah penat atau semput, atau kurang stamina, tapi kaki kanan aku sakit balik (kecederaan lama yang tidak pernah sembuh sepenuhnya). Harap dapat sembuh sebelum acara yang betul bulan depan.

Makcik aku bersalin, tetapi terpaksa dihospitalkan. Kata emak aku, kandungannya tidak cukup bulan, dan makcik ku juga ditahan kerana paras darah yang tinggi dan dalam keadaan bahaya. Moga tiada apa apa yang teruk berlaku kepada makcik ku dan juga anak baru lahirnya. InsyaAllah…

Tahniah kepada MohdIsmail kerana telah berjaya memiliki sebuah DSLR. Canon EOS 350D kalau tak salah aku. Nampaknya sekarang, semau orang sudah terkena gigitan cinta DSLR. Engkau kena ajar aku generate income bebanyak guna blog wei. Aku memerlukan duit… Ahahha…

Oh, aku juga telah menonton 30 Days Of Nights. Aku sedikit fetish cerita tentang pontianak/vampire. Tetapi filem ini sedikit membuatkan aku kehilangan kerana aku masih kurang pasti kenapa kumpulan pontianak itu berhijrah ke kawasan berpopulasi rendah. AKu tahu, tempat itu mengalami hari hari tanpa matahari selama sebulan, tetapi, kehidupan di kota besar lagi menarik bukan? Supply makanan yang banyak, hidup dalam kegelapan di waktu malam yang penuh cahaya lampu metropolitan, bersembunyi disebalik dunia penuh dosa, bukan? Kenapa perlu berhijrah ke pekan mati? Yang sejuk, dan ribut salji? Pelik. Tak nampak motifnya. Dan membunuh secara massacre tanpa memikirkan perlu menyimpan bekalan makanan di situ. Dalam satu malam, mereka membunuh keseluruhan penduduk pekan mati itu.

Oh ya, Eben, si hero (Josh Hartnett), mati di akhir filem, mengorbankan dirinya dengan menyuntik darah pontianak dalam diri sendiri untuk bertukar menjadi pontianak dan bertarung dengan ketua pontianak jahat. Eben mati di dakapan bekas isteri tercinta dengan melihat matahari terbit. Yeah!!! Spoiler tanpa alert!!!

Power supply PC di rumah ku rosak akibat power surge oleh kilat yang sabung menyabung Jumaat lepas. AKu tidak bercadang untuk membaiki atau menukar power supply tersebut. Jadi selepas ini, aktiviti komputer akan dijalankan di pejabat selagi ada. Aku sedang dalam perkiraan untuk menambah gadget baru dalam senarai gadget ku. Masih dalam perkiraan dan pertimbangan. Harap-harap dapat buat keputusan secepat mungkin…

Satu entri tanpa gambar, kerana hujan dan sedikit penat. Tambahan lagi, tiada PC.
Masa depan yang gelap…

Esok saja…

Popularity: 17% [?]

« Previous Page