Archive for January, 2008

Solat… 10

Tatkala sedang menunggu azan masuk waktu Zuhor, saf-saf masih lengang menunggu kehadiran jemaah-jemaah Jumaat. Tibanya diri ini, lebih awal bukan kerana apa, hanya mahu duduk sambil membaca surah pendek untuk disedekahkan kepada arwah. Sudah lebih sebulan arwah pergi. Kehilangan arwah masih terasa.

Ketika duduk sambil merenung-renung jemaah yang makin lama, semakin ramai, terlihat kelibat seorang tua berjalan perlahan-lahan mencari ruang saf yang kosong. Atuk ini mula solat sunat. Gerakan tubuh atuk ketika takbir, ketika rukuk, ketika sujud, amat perlahan. Menunjukkan betapa kurang bertenaga otot-oto yang semakin hari semakin susut keanjalannya. Tapi atuk gagahkan juga. Atuk bangun dari sujud untuk rakaat kedua. Atuk perlu ambil masa, perlahan-lahan, mengangkat dan menolak badan ke atas. Tentu otot otot atuk sakit dan sengal. Tetapi atuk gagahkan juga, demi memenuhi kewajipan Islam.

Atuk selesai memberi salam. Kelihatan atuk tercungap cungap mencengkam nafas. Ditadahkan tangan untuk berdoa. Apalah yang diminta atuk agaknya, fikir ku. Mungkinkah meminta kepada Tuhan memberinya lebih kekuatan dalam otot otot lesu untuk terus beribadat. Atau meminta dipanjangkan lagi umur supaya ibadat-ibadatnya lebih sempurna? Wallahhualam…

Pandang kepada diri ku sendiri. Otot-otot cekang muda ini, masih boleh berfungsi dengan cemerlang. Tapi solat aku, masih tunggang langgang. Usia muda ini hanya membazir dengan mengejar benda keduniaan yang nyata tidak kekal bila nafas terhembus kali terakhir. Segala yang dikecapi hari ini, tidak ada maknanya pada hari esok. Melainkan bebanan yang dihisab di dunia akhirat kelak. Mengeluh panjang aku…

Ya Allah, Kau bukalah pintu hati ini untuk mengerjakan solat-solat ku dengan lebih sempurna dan khusyuk. Lapangkanlah masa-masa muda ku ini untuk beribadat kepada Mu ya Allah. Buangkanlah segala sifat malas dan sifat sifat mengejar dunia ini dari diri ku. Sememangnya aku ini, masih belum sempurna. Amin…

Esok saja…

p/s:- Satu lagi entri tanpa fhoto. Parah…!

Popularity: 5% [?]

Versi Mark Ronson… 21

Aku perlu mula menulis kembali, sebab itu aku tulis tentang muzik yang sedikit membantu mengisi sunyi-sunyi ku.

Yeah. Salah satu album yang sedang aku dengar untuk mengisi sunyi-sunyi ku adalah Version dari Mark Ronson. Kenapa tiba tiba aku dengar muzik sebegini? Erm, bagi aku, album ini lebih kepada R&B soul dance kerana amat berat isi-isinya dengan bass, horn section dan drum beat yang amat berdentum. Seperti kugiran tahun 50 yang memainkan semua lagu ini, dengan sedikit percikan elektronika.

Album ini telah dikeluarkan pada April 2007. Yeah. Begitu lama. Sebelum ini aku hanya mendengar dan mempunyai mp3 Stop Me dan Oh My God dari album ini. Tetapi, minggu lepas, aku berkesempatan memuat turun album lengkap Version ini.

Kenapa album ini menarik? Sekali pandang tajuk-tajuk runut bunyinya, mungkin anda tidak sedar. Tetapi album ini, mengandungi hits-hits pop yang disusun semula menjadikannya sebuah susunan muzik R&B soul dance yang amat menarik. Lagu-lagu pilihan yang dibuat semula bukanlah calang-calang. God Put A Smile Upon Your Face (Coldplay), Oh My God (Kaiser Chief), Stop Me If You’ve Heard This One Before (The Smiths), Apply Some Pressure (Maximo Park) dan lain-lain. Jangan tekejut, Toxic nyanyian asal Britney Spears juga disusun semula dan menjadi runut bunyi yang bagi aku, jauh 100 kali lebih baik dari yang asal. Oh ya, Just dari Radiohead juga ada dibuat semula dengan bantuan Phantom Planet.

Adakah album ini hanya kuat dengan pilihan lagu-lagu yang diberi nafas dan rupa baru sahaja? Ada lagi… Tengok saja senarai artis yang berkolaborasi dengan Ronson, Lily Allen, Amy Winehouse, Phantom Planets, Robbie WIlliams, Kasabian dan beberapa lagi nama lain yang gah terutamanya di dunia muzik UK.

Amaran/Nasihat: Dengar dengan kuat dalam mode BASS yang bagus. Guna Headphone juga digalakkan…

Oh yeah, dalam perancangan beli Boxset In Rainbows oleh Radiohead. US$80. Tidak termasuk kos penghantaran. Berbaloi?
Mari layan soul…

Wikipedia : Mark Ronson
Wikipedia : Version By Mark Ronson

Esok saja…

Popularity: 7% [?]

Batanya PSP Ku… 8

Sony PSP Slim aku bricked tadi!!!

F.U.C.K. F.U.C.K. F.U.C.K.

Adakah aku kena mandi bunga…?

Esok saja…

Popularity: 7% [?]

Ruang… 7

Bila semua orang mahu merubah aku menjadikan aku sesuatu yang aku bukan.
Adakah ini bermakna aku tidak bagus,
Untuk menjadi sesuatu dengan usaha dan pemikiran ku sendiri?
Kurang bergunakah aku jika aku terus hidup begini?
Tanpa perlu ada orang-orang yang mahu mencorak masa depan ku,
Menjadikan aku sesuatu yang bukan?

Arwah Abah tidak pernah paksa aku lakukan sesuatu yang bukan aku.
Arwah Abah membebaskan anak-anaknya melakukan apa yang dicita dengan batas.
Tetapi Arwah Abah tidak pernah memaksa jika anak-anak tidak mahu.
Tetapi kenapa pula orang lain cuba membentuk acuan ku?
Tidak sempurnakah aku sebagai seorang manusia jika mahu terus begini?
Melainkan hanya akan sempurna jika hidup dibayangi,
Hala tuju dan haluan seperti mereka?

Jangan tolak aku ke tebing.
Jangan paksa aku menjadi bukan aku.

Aku perlu ruang…
Ruang…

Tolong…

Popularity: 7% [?]

« Previous Page