Archive for June, 2008

Mimpi, Ada? 4


Nikon D80 1/10sec f/5.6 70mm ISO800
Diedit dengan Adobe Lightroom dan Photoshop CS3

Mimpi? Mimpi kamu?

Sejauh mana yang boleh aku ingat, mimpi aku selalunya tidak berwarna dan bertona hitam putih, tidak mempunyai bunyi-bunyian, percakapan mahupun efek pedal, dan banyak menggunakan shot sudut lebar yang menjana gerakan ekspresi karekter yang lebih. Selalunya pergerakan karekter berlaku secara perlahan dengan kelambatan frame yang berseni. Selalunya mimpi aku terdiri daripada aku sebagai watak utama.

H A H A ! ! !

Menarik bukan?
Mimpi kamu bagaimana?

Esok saja…

Popularity: 49% [?]

Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER…? 222

Baik, masa yang dinanti sudah tiba. Aku akan menjadi target kutukan wedding photographer Malaysia dengan banyak sekali. Tetapi aku tak rasa semua akan terasa hasil entri ni kali ni, kerana aku tujukan entri ni kepada photog spesifik dan memang tepat lah kalau ada yang terasa macam dikeji dan dihina dan diperlekeh-lekehkan. Tapi ini semua demi kepentingan bersama dan menghapuskan trend semasa yang amat menjengkelkan. Boleh?

Wedding Photography juga telah menjadi satu trend di masa kini. Ramai photog dan bukan photog berebut memiliki DSLR dan mencuba nasib dalam bidang ini sebagai sumber pendapatan. Ini harus dipandang dari pelbagai sudut, baik dan buruknya. Yang baiknya, berjaya menarik minat lebih ramai kepada photografi, buruknya, akan ada hasil hasil kerja sampah yang berlambak di market tetapi dicharge dengan harga mengarut.

Pertama sekali, aku ingin nyatakan di sini adalah bukan semua Tukang Ambil Gambar Majlis Kahwin aku anti. Terdapat beberapa orang atau kumpulan yang telah menjadikan wedding photography sebagai trademark hasil kerja kreatif diaorang. Dan aku hormati usaha menjadi master dalam bidang ini. Nama-nama orang ini tak perlulah disebut, kerana pemilihan mereka juga subjektif kepada mata si pemerhati.

Aku akan terangkan kenapa aku anti kebanyakan Wedding Photog masa kini yang terikut trend popular dan membangga diri…

SHOT/ANGLE YANG REPETITIVE DAN TIDAK ORIGINAL.
Ya. Mereka mereka ini kebanyakannya tiada originaliti. Meniru dan mengulang shot-shot yang sampai muak dah nak tengok. Kononnya ia adalah shot mesti dan harus. Mereka ingin tampil kreatif dan hebat, tetapi kelesuan idea itu buatkan gambar mereka semakin tidak menarik. Contoh shot, adalah mengambil wajah pengantin perempuan dari cermin solek. Huhu. tengok lah, berlambak orang melakukannya. Satu lagi adalah shot dimana pengantin form bentuk love dengan gabungan kedua-dua tangan masing-masing bertemu. Adeh. Cukup?

Ada beberapa perkara boleh dilihat di sini. Thema, lokasi dan masa. Outdoor shooting mungkin, atau reception perkahwinan tersebut yang lebih memerlukan candid shots dari arrange compose shots. Arranged compose shots lebih sesuai ketika dibuat outdoor shoot atau indoor yang diatur. Bukan ketika majlis sedang berlangsung. Candid is the way to go bagi aku.

PROSES MENGEDIT YANG NTAH APA-APA.
Ya. Mereka ini juga kadang-kadang kurang arif dengan ilmu post processing. Kadang-kadang White Balance pun ada yang tidak betul. Ada juga gambar menjadi overedited atau tersalah tone warna malah banyak juga yang memerlukan color correction. Penggunaan typo yang bukan-bukan pada setiap gambar, editing yang bukan-bukan dengan penindanan layer yang salah penggunaannya. Oh, jangan kasik aku mula bercakap tentang mengedit gambar kepada HDR ala-ala DaveHill-ish. Mengarut. Sangat-sangat.

Aku mengkagumi mereka-mereka yang mengambil shot majlis reception menggunakan hitam putih yang amat simple tetapi nampak banyak effort untuk di execute. Aku gemar tengok gambar-gambar yang sekeping-sekepingnya diedit dengan teliti dan diberikan setiap satunya sentuhan peribadi pengedit gambar agar hasil yang diberikan kepada pelanggan adalah yang terbaik dan menepati bayaran yang diterima.

DENGAN DSLR, MENGGELARKAN DIRI MEREKA PROFESSIONAL.
Come on. Kamu tidak professional selagi kamu tidak melakukannya sepenuh masa dan sepenuh hati. Kerja untuk mencari “side income” adalah mengarut. Hasil mereka kebanyakannya seperti hentam keromoh. Asal ada gambar, asal ada hasil. Bagi aku, biarkan kerja-kerja bernilai professional kepada professional. Jangan kamu mengambil tawaran bayaran professional, tetapi kerja seperti amateur menggunakan compact digicam. Berlaku adil dengan pelanggan. Ini soal rezeki halal haram tahu? Satu lagi jangan berlagak, terutama sekali yang ada kumpulan ni. Jangan berlagak dengan otai-otai yang menegur. Terima teguran dan belajar dari kesilapan sebagai amateur berkamera mahal berhasil cabuk. Ada faham?

NILAI PERKHIDMATAN BAYARAN YANG MENGARUT.
RM2000 untuk shot yang amateur yang boleh dicapai dengan compact digicam? Semahal itu untuk gambar -gambar yang tersalah tone, white balance tak betul, out of focus, candid tah hapa hapa, dan mereka mengecas bayaran yang melampau pelik dan tak masuk akal. Aku dapat tengok quotation price dan hasil-hasil kerja mereka di kebanyakan fotopages. Kalau mahu jadi kaya cepat pun, biar kerja tu halal dan setimpal dengan hasil. Jangan cekik tengkuk pelanggan yang rata-rata tak tahu apa-apa. Faham? Jika harga Kancil, Kancil lah. Harga Subaru Imprenza, Imprenza lah jawabnya.

Aku bercakap dari sudut pemerhati. Aku pun tidak pernah atau mahu mencuba menjadi wedding photographer. Kerja komersial bukan untuk aku semestinya. Tapi kadang-kadang, untuk kawan-kawan, aku lakukan dengan free tanpa charge. Itupun banyak yang aku kurang puas hati dengan hasil. Reception orang, kenangan orang. Tak berani aku tawarkan yang tidak boleh aku berikan.

Aku tak rasa, entri kali ni pedas sangat. Just to point out a few flaws yang aku tengok dari sudut pencinta photografi. Bukan? Jadi kita semua boleh amik ikhtibar.

Selepas ini tentu susah aku nak cari wedding photog untuk reception aku…

Esok saja…

Popularity: 100% [?]

HeiHei: Update Kehidupan… 7


Nikon D80 1/640sec f/5.6 135mm ISO100
Diedit dengan Adobe Lightroom & Photoshop CS

Assalammualaikum w.b.t…

Tak pernah aku mulakan entri dengan salam. Tapi apa salahnya kali ini. Memandangkan blog ini sudah jatuh menjadi blog picisan dan blog carut marut, apa salahnya sekali sekala aku mulakan dengan peradaban sopan.

Kenapa tidak diupdate selalu seperti biasa? Erm, soalan ini bolehlah dirungkaikan dalam beberapa perkara.

KESIBUKAN YANG MELAMPAU. Sejak 3 minggu lepas, aku sedikit sibuk menanggung kerja-kerja lain di pejabat kerana ramai pegawai bercuti kahwin. Kemudian immediate boss aku pun cuti sakit hampir dua minggu. Terpaksalah korbankan jiwa tenaga ni buat kerja yang tak putus-putus dan ikhlasnya aku tak tahu hujung pangkal. Bila kita sambung buat kerja-kerja orang yang ditinggalkan, kita akan jadi macam bodoh dan tak tahu mana nak mula. Tapi alhamdulillah, sekarang ramai officer dah kembali, dan kerja pun sudah teratur kembali. Bolehlah aku mula buat kerja aku.

KEKURANGAN ISU ATAU CERITA UNTUK DIKETENGAHKAN. Aku seperti sudah hilang idea untuk menulis apa. Isu-isu dunia lain hanya berkisar kepada harga minyak, dan acara undi tidak percaya kepada PakLah yang akan menjadi pesta media dan temasya gongong menggongong. Tapi kalau sudah berlaku, ia akan menjadi sesuatu yang menarik. Tahukah kamu kita semua sedang dalam fasa yang menarik dalam sejarah Malaysia? Aku sebagai pemerhati bebas amat menantikan benda-benda yang diperkatakan oleh kedua-dua belah pihak. (Hari tu dah announce ckp sudah cukup ahli untuk lompat parti, lebih dari 30 calon. Tetapi semalam di confirm balik dengan orang kuat, baru hanya ada sikit sebenarnya. Cepat-cepat la sikit, nak tengok apa kerajaan BARU boleh buat, lebih baik, atau lebih teruk, kemudian kita gulingkan pula kerajaan BARU itu untuk KERAJAAN LANGIT).

HARGA MINYAK NAIK. Perkara ini sering dijadikan alasan oleh semua orang dalam apa perkara pun. Jadi aku nak jadikan alasan ini juga sebagai satu sebab kenapa aku tak update blog aku. Kenaikan harga minyak telah menyebabkan aku menjadi malas untuk menulis, perjalanan aku dari bilik ke depan komputer Baim memerlukan kadar purata minyak yang tinggi. Jadi oleh sebab kenaikan harga minyak, aku terpaksa mengurangkan trip ke depan komputer Baim.

KERINDUAN PADA KAWAN-KAWAN. Yer mofo sekalian. Aku rindu pada semua. Esspecially fans yang berdada gebu yang selalu menghubungi ku di kala malam dan menganggu tidur lena ku. Minta maaf kerana jarang online YM itu sendiri.Sekali lagi aku ke KL, kita buat meetup kecil kecil yer. Bagi kawan-kawan yang call di waktu kerja itu, aku minta maaf. Nampaknya masa yang kamu pilih selalunya tidak sesuai kerana aku sering berada di Bilik Mesyuarat sambil phase off melayang entah ke mana.

KEHENDAK ATAU KEPERLUAN. Perlukan beberapa item seperti kasut kerja, sepasang chucks hitam/kelabu, sepasang blazer, perfume, dan persedian untuk barang hantaran dan kahwin seperti kain untuk dibuat baju melayu dan sampin songket yang sepatutnya telah dibeli beberapa bulan lepas.

MINTA TOLONG. Dhilla meminta tolong aku menyenaraikan kawan-kawan yang akan hadir di Majlis Perkahwinan ku di Kajang pada 28 Disember 2008 (tentatif sehingga ditentukan kelak) memandangkan majlis ku di Kedah hanya akan berlangsung pada hujung Januari 2009. Jadi aku perlukan kiranya nama-nama yang ingin dan akan hadir ke majlis di Kajang untuk dikira kepala dan pengeluaran kad jemputan nanti. Jadi bolehlah tuliskan di komen nanti ya sesiapa yang akan hadir.

Itu sahaja setakat ini. Terima kasih.

Esok saja…

Wallahhualam…

Popularity: 32% [?]

Lengkung Konkrit… 6


Nikon D80 1/160sec f/25 24mm ISO800
Edit dengan Adobe Lightroom dan Photoshop

Harga Minyak naik buat manusia jadi phobia.
Semua mula lupa tuhan.

Esok saja…

Popularity: 16% [?]

Pengambil-alihan Frekuensi! 13

Hello.

Fendyzaidan aka Beck yang kamu semua kenali telah memutuskan untuk memberi blog ini kepada aku. Yepp.. dia sudah quit blogging. Maaf. Dunia blogging bukan untuk kamu yang bekerja dengan kerajaan. Dunia blogging dan para blogger haruslah bebas dari segi pemikirannya dan sudah semestinya tidak bekerja dengan government. Kamu bekerja sebagai government servant??… jika ya, maaf… kamu sedang membazirkan waktu kamu yang sepatutnya dicurahkan untuk kebaikan semua rakyat Malaysia. Hentikan penggunaan komputer pejabat kamu untuk update blog kamu. Kamu sedang membazirkan wang mereka yang membayar cukai.

Ok cukuplah aku menjadi sarkastik untuk posting pertama aku kali ini. Lepas ni aku sarkastik lagi.

Semua sudah sedia maklum bahawa aku dan tuan punya blog yang sebenar ini memang musuh ketat sejak dari dulu lagi. Tapi itulah kami. Kami cuba merosakkan minda kamu semua. Mungkin kami adalah ejen Yahudi… tapi mana ada ejen Yahudi yang mengaku sebagai ejen Yahudi… mungkin juga kami ejen Yahudi tapi kami tidak mengaku sebagai ejen Yahudi untuk mengelirukan kamu semua… mungkinkah??

Aku tak suka fendyzaidan. Kamu semua harus berfikiran begitu juga. Kita jumpa lagi selepas-selepas ini jika ada isu untuk dibicarakan. Oi beck. sini boleh mencarut tak?… ok??… fuck you!

Popularity: 17% [?]

Update Separa Gay… 4

Kenapa update separa gay? Kerana aku malas.

5 Sebab Kenapa Orang Tidak Baca Manusia Prahistorik Digital
[Curi dari MohdIsmail.Net]

1. BLOG INI BUKAN BLOG ILMU/INFORMASI. Penulis tidak copy & paste content dari situs lain ke blog ini. Ya, terimalah hakikat kamu tidak akan menjumpai artikel informasi dari situs lain yang di copy paste ke sini. Penulis bukan penterjemah artikel juga. Apa yang ditulis adalah dari idea penulis yang digarap ketika di dalam tandas, di depan pintu pejabat, di dalam lif dan sebagainya.

2. KANDUNGAN TIGA PER EMPAT BERAT. Pembaca blog tidak suka fusion food sebegini. Mereka lebih gemar blog satu aliran yang mendatar dengan satu topik. Jika politik, politiklah sampai mati, jika Akademi Fantasia, sampai matilah Akademi Fantasia. Blog ini tidak menjanjikan keulangan topik yang diminati ramai. Penulis tidak menggalakkan repetisi kerana ianya membohsankan. Kebanyakan entri juga berkisar kepada pengalaman hidup penulis. Ini amat menjengkelkan.

3. KEBANYAKAN ENTRI MENGKEJI PIHAK TERTENTU. Tetapi ianya adalah kejian yang benar. Mereka yang terasa, tentu akan retaliate, manakala yang bersetuju akan tetap bersetuju. Pembaca harus menerima kenyataan. Akan terdapat fakta-fakta yang merujuk kepada diri anda sendiri, dan terdapat juga tuduhan tepat kepada penulis sendiri. Penulis sudah biasa dengan keadaan ini.

4. PENULIS TIDAK MENULIS UNTUK RAKYAT JELATA. Jadi fahamilah, kadangkala isu yang diutarakan adalah hanya boleh difikirkan oleh bijak pandai dan dewa-dewa sahaja (sahabat-sahabat penulis). Budaya popular atau pop tidak akan diberi sekelumit ruang untuk berkembang di blog ini. Idealogi songsang dan pipih adalah pilihan penulis.

5. PERSONALITI DAN SIKAP PENULIS YANG MENJENGKELKAN. Ini satu fakta. Penulis bukan selebriti atau people pleaser. Penulis tidak peduli perasaan kamu dan kamu. Noktah.

Minta maaf pada semua. Tidak kemaskini situs sesekerap mungkin. Akibat sibuk dengan kerja, dan jatuh sakit mengejut beberapa hari lepas.

Aku rasa, mahu memanggil beberapa orang penulis jemputan untuk situs ini. Amacam?

Esok saja…

Popularity: 12% [?]

Dalam Pada Ini… 24

Apa nak kecah harga petrol naik? Dah memang wajib harganya akan naik melambung? Engkau fikir kerajaan nak tanggung duit engkau bawak awek dalam kereta gik buat maksiat? Kau fikir kerajaan dah kelabu mata asyik nak sponsor ko merempit malam-malam? Ambik semua, padan muka. Aku naik public transport. Tak terjejas pun. Kalau tambang nak naik, naik la. Dunia sekarang, mana ada benda nak dapat murah, lebih lebih lagi indsutri berasaskan service. Kau fikir orang nak layan dan sembah kau free?

Subsidi hanya akan mendatangkan bahana pada kita dalam jangka masa panjang. Tahukah engkau kadar inflasi kita pada tahap rendah hanya kerana subsidi yang diberi oleh kerajaan. Dan jika kerajaan menarik segala bagai subsidi, kadar inflasi kita akan lebih teruk berbanding Singapura malahan Indonesia? Tahukah engkau fakta itu?

Engkau cakap salah pangkah? Tahukah engkau kalau engkau pangkah kapal yang satu lagi pun, harga minyak tetap akan naik? Cubalah dalam pilihanraya akan datang, diramalkan bulan 8 ini, untuk emmangkah kapal yang berkata-kata boleh mengawal harga minyak pada kadar rendah dan melenyapkan hutang PTPTN. Mana-mana kapal pun tidak dapat mengawal harga minyak, melainkan mother of all ships. Yang mengawal segalanya dalam pasaran dunia. U. S. of Fucking A. Cepat-cepatlah bertukar presiden dan polisi. Dunia mungkin akan kembali seimbang.

Bila engkau sumpah seranah kerajaan akibat harga minyak naik, pandanglah diri sendiri. Siapa suruh memandu kereta mahal bertank besar yang ekzos merosakkan alam. Macam poetic justice la. Oh, Fuck You.

Awek di atas feri tadi, tak perlu ko menayang boobs ko pada aku, aku tidak tertarik langsung. Sila ubah perangai sosial di khalayak ramai. Kau boleh menarik perhatian ku hanya dengan berkata “Hai!”. Tidak perlu menarik tali bra melalui vneck kau sambil mengepit supaya cleavage kau bersentuh. Kau boleh beri tayang aksimu kepada Putera (tidak ada url kerana dia anonymous)…

Dalam pada ini, aku amat membenci hala tuju hidup aku.

Esok saja…

Popularity: 16% [?]