Hepp!!! Update… 10
Selamat pagi…
Sedikit ringakasan perkembangan kehidupan hamba Allah yang ini.
Aku sudah berpindah ke rumah baru. Walaupun telah berpindah, tetapi ianya tetap rumah bujang. AKu dan Dhilla masih duduk berasingan. Aku masih mencari kerja di Kuala Lumpur. Takut nak berhenti mengejut dan hidup dengan duit freelance. Kerja di sini pun dah jadi macam tunggang terbalik. Skop kerja dah macam menanggung biawak hidup. One task after the other. Tak siap lagi task yang ini, datang lagi 2-3 task. Kena banyak bersabar. Hampir meletup pagi tadi. Tapi memikirkan hidup menganggur siapa yang nak bawar sewa rumah, duit loan, duit belanja mak aku, aku simpan dan kurung monyet gila amuk darah dalam hati jauh-jauh.
Tidak keluar berfhotografi. Tidak mempunyai inspirasi seperti dahulu. Blog pun sudah lama tidak diupdate dengan kisah-kisah hebat menglipurlara. Tiada isu nak dibincangkan. Semua nampak kelabu dan tidak menarik. Mungkin akibat duduk berjauhan dengan Cinta, membuatkan aku hilang selera. Hahaha…
Kewangan sedikit teruk bulan ini. Mana dengan wang pendahuluan sewa rumah, belanja kenduri di Kajang yagn lepas, dan disusul pula dengan belanja kenduri di Alor Setar pula. Tapi tak boleh mengeluh tentang duit. Ada lagi yang tidak senang. Tambah lagi, aku baru beli sebuah TV untuk menyedapkan hati ketika di rumah baru seorang-seorang. Bosan gila. Kenduri tersebut berjalan dengan lancar. Ramai adik beradik emak aku yang bertandang jauh. Alhamdulillah. Dhilla ada kat luar bilik, tengah tengok AJL 25 rerun.
Kawan-kawan tanya, kenapa tak menulis tentang penindasan bangsa Palestin oleh Israel Yahudi Lahanat seperti di kebanyakan blog blog lain? Bukan tidak mahu, tetapi isu ini sebenarnya sudah lama patut diketengahkan, bukan semata-mata semasa banyak sudah nyawa terkorban. Dari dahulu lagi Liga Arab patut bersatu dan membantu. Bukan hanya duduk diam dan lihat. Bangsa seagama itu. Tapi oleh sebab dah termakan banyak budi baik Amerika dan Israel, terpaksa la jadi kera kait kelapa. Ditambah dan diheret ke sana ke mari. Mata tertumpu kepada Barack Obama. Tapi dah terang-terang dia di pihak mana.
Doakanlah Allah lindungi orang yang ditindas. InsyaAllah, masa pembalasan akan tiba.
Rasa akan ke Kuala Lumpur dalam dua tiga hari lagi. Mungkin boleh lepak dengan kawan-kawan, itu pun jika kawan-kawan mahu melepak. Melihat gambar-gambar kawan bersuka ria membuatkan aku rasa sedikit tua. Bukan sedikit, sangat. Perlu ada sesuatu untuk di shoot, kalau tidak, banyak kempunan nanti.
Judo, aku perlukan album gambar kahwin tersebut dalam minggu ni, boleh?
Esok saja…
p/s:- kawan-kawan, silalah sms bertanya khabar. rindu gile. korang pulau aku ke?
Popularity: 7% [?]




































































