Archive for February, 2009

Ini Adalah Saya, Kamu Mahu Apa? 18

affendy zaidan
Nikon D80 1/1250sec f2.8 50mm ISO400
Diedit dengan Adobe Lightroom & Photoshop
Fhoto diklik oleh Tenno menggunakan D80 dan setting saya…

Ini adalah saya. Saya bercakap dengan berwajah dan bernama.
Kenyataan saya kali ini adalah pandangan peribadi.

Saya lucu melihat telatah forumer fhotografi meng”kiss-up” otai-otai di sana, dengan harapan akan dijadikan rakan outing dan rakan berlaga bahu…

Saya lucu melihat telatah forumer fhotografi yang meng”pussy-munching” hasil kerja fhotografer wanita, tetapi menghina hasil kerja fhotographer lelaki berkumis kerana mempunyai alat sulit sama jenis, dengan harapan fhotographer wanita tadi memanggil dia abang…

Saya lucu melihat telatah forumer fhotografi berbini dan beranak mengaku bujang di forum fhotografi, hanya kerana nak dapat peluang outing dengan awek fhotograher bergetah…

Saya lucu melihat telatah forumer fhotografi yang masih hijau bersungguh-sungguh mendapatkan approval dari otai-otai jadian, sedangkan hasil otai-otai jadian ini pun, tidaklah segah mana pun berbanding otai-otai semulajadi.

Saya lucu melihat komen komen “kiss-up” dan “pussy munching” forumer fhotografi, sepatutnya komen yang lebih bernas dan pujian yang lebih spesifik. Bukan seperti contohnya:-

Bro..nice shot..jom outing skali,” atau
Cool bro..nice shot,” atau
Cun aaa…” (tanpa perlu melihat gambar), atau
AWESOME SHOT BRO!!!” (dengan 10 keping gambar lain pun komen yang sama) atau
Aku respek sama kau laa..smua gamba ko amik cun“, atau
Gila aa gamba yg ko amik kalah Saiful Nang,” (sedangkan gambar… erm)

Saya juga lucu melihat forumer fhotografi yang bercakap menggunakan kepala kemaluan. Kalau terkena batang hidung sesuatu komen atau teguran, mulalah nak gelabah dan menunding-nunding. Pendapat orang lain tidak diterima jika ia menyelak peribadi mereka sendiri. Slahkan orang menegur untuk kemajuan. Ditempelak pula orang yang menegur. MAHA.

Say apaling lucu bila forumer meninggalkan komen komen yang bukan bukan tidak berisi pun, hanay semata mata nak naikkan jumlah post komen dan dinaiktarafkan tahap kepenggunaan. Contoh, dari paras “anak murid darjah satu”, nak jadik “guru pendidikan seks”. Terkejar kejar nak komen.

Cerita panjang dipendekkan, kasihan mereka.
Nak bertapak cepat.
Taknak bertatih dahulu.
Bila forumer lain malas nak layan, timbullah isu otai dengan hijau.
Sedangkan diri sendiri patut dipersalahkan.
Nak terkinja-kinja ikut orang buat apa?
Apa yang korang dapat kalau korang femes pun kat forum tu?
Yang sampai nak bermegah megah tu?
Pussy?

Simbah aku dengan coklat dan jilat…
Tapi peduli apa kan? Janji bini aku lawa…

Esok saja…

p/s:- Pemerhati forum fhotografi. Jarang terlibat dalam konversasi atau pertukaran ilmiah.

[Jutaan terima kasih kepada OmarBahrin dan HelmyFirdaus atas kompilasi komen di forum ini]

Popularity: 24% [?]

Muzium Arkeologi Lembah Bujang 1

seiko watch bokeh
Nikon D80 1/400sec f1.8 50mm ISO400
Diedit dengan Adobe Lightroom & Photoshop

Pada mulanay Tenno ajak aku ke sini, aku skeptik sikit. Aku sangkakan tempat ni bosan. Tanpa apa apa persediaan mental dan fizikal, aku terus ikut Tenno tanpa soal banyak. Hari mendung dan baru selepas berhenti hujan. Sangkaan ku meleset. Tempat ini tersangatlah menarik, lagi tambah menarik kalau kamu membawa satu model bersama untuk diphotoshoot kan. Pandangan yang unik sebenarnya. Scenery yang menarik kalau kena musim rumput menghijau…

Kecewa sikit bila tak buat homework utk menghasilkan gambar yang lebih baik.

Esok saja…

Muzium Arkeologi Lembah Bujang Historical Ancient Vase... Historical Ancient Vase... Ancient Sculptures - Hinduism Ancient Sculptures - Hinduism Ancient Sculptures - Hinduism Ancient Sculptures - Hinduism Ancient Sculptures - Hinduism Ancient Sculptures - Hinduism Tenno Beraksi Symetrical Sculptures Tenno lagi bergaya... Tenno on Candi... Candi... Glare... Glared... Tenno Checking His Action... T Symetrical... Tido... AAAAAAAAAAAAAAA.... Chucks on Old... A Shot That is Lacking of Something... Just Love Bokeh... Love The Bokeh...

Popularity: 21% [?]

Groupies Untuk Kugiran Virtua Diperlukan Segera… 2

Akhirnya aku berjaya memenuhi salah satu dari impian aku sejak kecil, iaitu mengepalai sebuah kugiran muzika post rock dan juga bermain untuk sebuah lagi kugiran two piece seperti The White Stripes. Dan sekarang, aku memerlukan beberapa ramai groupies yang boleh untuk membawa kugiran muzika ku ini ke peringkat yang lebih tinggi, lebih tinggi dari Hujan.

Biar aku ceritakan latar belakang kugiran aku ini terlebih dahulu. Nama kugiran post rock aku adalah Eatable Pink Panties. Dan aku juga bermain secara sambilan/side project untuk sebuah lagi kugiran yang asalnya two piece band, tetapi sekarang dah jadi full fledge band, dengan nama Pink Death Brassiere pimpinan Dhilla.Arman.Shah.

Ini barisan untuk band Eatable Pink Panties:
Nizam.Nuri – Singer – Level 9
Affendy.Zaidan – Guitarist – Level 11
Anna.Joe – Guitaris – Level 1
Helmy.Firdaus – Bassist Level 1
Dhilla.Arman.Shah – Drummer – Level 11
Azea.Dz – Drummer – Level 1
Fareed.Sairi – Keyboardist – Level 9
Arief.Suparjo – Keyboardist – Level 1

Line-up ini masih dalam percubaan dan mungkin akan ada perubahan bila ada pemuzik yang lebih bagus. Tapi buat masa sekarang, kami memerlukan groupies untuk memperhebatkan battle dan gig-gig kami di serata Amerika Syarikat.

Hahahhaha. Merepek.

Kalau anda ada akaun Facebook, dan mahu cuba aplikasi ini, dan hendak battle bersama atau bermain bersama kugiran aku, boleh lah ke Rock Legends di Facebook. Jom Battle!!!

Sebuah entri merapu dan melepas gian merepek.

Esok saja…

Popularity: 23% [?]

Kehidupan: Dewasa dan Obligasi 5

Dhilla
Nikon D80 1/4000sec 50mm f1.8 ISO100
Diedit dengan Adobe Lightroom dan Photoshop

**Spoiler : Mengandungi kebenaran kehidupan…

Krisis kedewasaan itu, melanda semua orang. Yang tidak pasti, adalah ketentuan masa. Sesungguhnya, proses pembesaran dari siasah kanak-kanak remaja, kepada lelaki/wanita dewasa merupakan peralihan yang sangat kritikal bagi sesetengah individu. Ketika inilah, kita akan merasa realiti kehidupan sebenar. Yang nampak indah dari idola sohor terdahulu dari kita yang dijadikan kekaguman, namun realiti sebenarnya bukanlah manis sepanjang masa.

Aku telah perhatikan kesukaran kawan-kawan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan kehidupan ke dewasa. Dari belajar ke bidang pekerjaan. Sejauh manapun kita mahu menafikannya, kita tidak boleh lari dari mengiyakan apa yang dirasai dan dialami. Sedarkah anda kita terpaksa mengorbankan banyak perkara?

Masa bermain/berseronok, masa bersama teman-teman, masa melakukan perkara-perkara yang ingin dilakukan yang boleh memberikan keselesaan perasaan dan minda. Semuanya terhakis, sedikit demi sedikit. Demi perubahan untuk “memajukan” diri. Ketika inilah kita akan tahu mana rakan-rakan yang mengerti bila dikecewakan janji, sahabat yang memahami renyah susah kita mengendalikan masa.

Dan ketika ini, kita mula merasionalkan diri meninggalkan perkara makanan jiwa itu adalah perlu untuk perubahan dan kemajuan diri sekali lagi. Mulalah makanan jiwa ditinggalkan, kamera mula terperosok di dalam beg, koleksi figura disimpan dan dibalut tanpa ada penambahan baru koleksi, komputer sudah tidak dihidupkan seminggu, kasut futsal terperosok di bawah katil, gitar berhabuk, buku buku bacaan tidak bertambah dan bermacam macam lagi. Rasionalnya adalah untuk menjadi dewasa dan memenuhi obligasi yang datang dengan peranan/watak dewasa itu.

Wujud rutin yang memandu hari hari kita. Bangun pagi, mandi, solat, pergi kerja, pulang kerja, makan, tidur, berulang-ulang sehingga ada aktiviti sampingan sekali-sekala menganggu rutin. Kemudian disambung semula sehingga mati. Rutin inilah yang dikatakan rutin kambing biri-biri. Persoalan ini mula timbul,

“Am I turning into one?”.

Di kalangan kawan-kawan, kita mula mengambil peranan yang lebih tersembunyi. Senyap, menyendiri, menjauhkan diri sesekali. Kedewasaan datang dengan teritori. Datang dengan konflik peribadi yang hebat sebenarnya. Sosok perawakan akan tampak lebih gelap. Kadangkala, apa yang dibualkan di kalangan rakan-rakan, tidak mudah untuk difahami dan dicerna, akibat dari fikiran yang melayang memikirkan masalah penyelesaian obligasi. Tapi itu bukan salah kita sebenarnya, kawan-kawan yang menyalahkan kita pun bukanlah kawan-kawan sebenar.

Obligasi pun mula bertambah, menjerut lagi leher yang semakin sempit tadi. untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Obligasi inilah yang separuh mati perlu digalas dan diselesaikan. Ada yang sehingga memakan diri dan jiwa, menjadikan kita sekali lagi kambing biri-biri atau mayat hidup yang gerak dan momentum jasadnya hanya untuk memenuhi tuntutan obligasi.

Parah!!!

Itulah yang aku rasai sekarang. Jangan nafikan yang kamu juga tidak berasa begitu. Kamu juga tentu rasa iri dengan kawan-kawan yang masih belum mempunyai obligasi seperti kamu, yang masih hidup bebas siang dan malam, tanpa risau.

Kedewasaan datang dengan obligasi yang maha berat…

Esok saja…

p/s:- Maaf isteri ku, gambar mu digunakan untuk entri yang gelap. Tapi itulah satu-satunya matahari harapan yang masih menyinar dan memperkasakan aku untuk terus bernafas.

Popularity: 16% [?]

HeiHei: Bukan Outing… 2

Keluar dengan Baim dan Helmy pada siang hari 14 Februari ke Taman Tasik apa ntah. Bersama Dhilla. Bukan outing pun, cuma nak lepas gian tekan shutter click kamera. Lepas tu ada makan-makan kecil di Petaling Jaya. Lepas tu balik rumah tidur. Rancangan hendak ke Melaka lah selepas ini, buat outing dan lepak dengan kawan-kawan.

Mungkin?

Esok saja…

Baim in Action... Isteri... Wifey... Emi... Emi in Action... Sniper... Manual is The Way TO Go... Baim a.k.a Iki... Baim on a tree bark in action... Backside Galore... In Action: Helmy Firdaus... Not In Action: Ikmal Ibrahim... Spot The Not... Green: Vista-ish... Kekasih Hati dalam OOF... Budak Sekolah Random... Classroom Fhotography...

Popularity: 13% [?]

Aku Ke Kuala Lumpur, Jumpa Bini!!! 1

Ya. Aku dah nak bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi. Mahu rehatkan kepala sebentar. Kekalutan di ofis buat aku tekanan dah tambah tekanan bila duit takde. Sesekali mencari sesuatu yang menenangkan bagus. Jangan dikonfrontasi sangat dunia bodoh ini. Ramai manusia bodoh yang boleh buat kita jadi bodoh sama.

Ambil masa, tarik nafas, hembussssssss…

Terima kasih kepada Aini Jasmin atas pemberian tshirt Click-A-Child tempoh hari. Aku sangat suka. Sedang pakai pun. Bertambah koleksi tshirt aku. Thanx Min!!!

Tarik nafas, hembussss…

Esok saja…

Popularity: 13% [?]

Kesihatan Yang Diduga… 1

raja
Nikon D80 1/50sec f5.6 135mm ISO400
Diedit dengan Adobe Lightroom dan Photoshop

Lepas makan ubat batuk tadi, tertidur nganga di depan tv dengan controller PS2 di tangan. Tidur mati. Ubat itu sangat kuat. Maaf tidak boleh menulis sebarang perkara baru. Kurang idea dan kurang bergaul membuatkan aku hilang selera hendak menulis. Kebelakangan ini cuba berlindung dari bercampur dengan dunia luar. Risau keadaan dunia yagn makin meruncing, personali dan generali. Semakin…

Esok saja…

Popularity: 12% [?]

Monyet Kaptiv… 0

monyet kaptiv
Nikon D80 1/800sec f5.6 135mm ISO400
Diedit dengan Adobe Lightroom dan Photoshop

Esok saja…

Birds... Old Tree... Rooss... Strwaling... Posed... Gummybear... Preety... Sadness in His Eyes... Captive... Squatting... Do You Have A Quarter, Bro? King of Beast... Cage Beast...

Popularity: 10% [?]

Sifat Peng”Rasional”an Umat… 8

blogdsc_1111
Nikon D80 1/2500sec f3.5 18mm ISO 100
Diedit dengan Adobe Lightroom dan Photoshop

Tidak habis orang memperkatakan tentang Perak dan kemelut yang melandanya sekarang. Di ofis orang bercakap tentang itu, malah di kebanyakan blog pun. Berita satu hal, tetapi mendengar kenyataan penyokong-penyokong fanatiklah yang paling lucu sekali…

Mereka ini gemar merasionalkan pemikiran, tetapi sebenarnya perkara tersebut, lebih memberat kepada hipokrit. Apa yang aku dengar dan baca adalah, mereka merasionalkan TRAGEDI Kerajaan Pakatan Rakyat jatuh ke tangan Barisan Nasional dengan mengspekulasi yang 3 orang ADUN tersebut disogok, dibeli, diugut untuk lompat parti. Katanya itu adalah permainan BN, menyogok, merasuah.

Agaknya, kalau 916 (16 September) betul-betul berlaku, yang mana ahli parti BN lompat ke PKR atau parti PR yang lain, apa persepsi umat ye? Adakah akan kedengaran tuduhan sogok, rasuah, gila pangkat, gila jawatan akan kedengaran? Mesti tidak, mesti akan keluar kenyataan bahawa pelompat parti itu bijak, tidak percayakan perjuangan parti asal, mahu bersama dalam memajukan negara dengan betul.

Hipokrit…

Sama macam “fatwa” dan undang-undang lompat parti. Dahulu ada yang mahu memperkenalkan undang-undang ini, tapi ada yang menolak, kerana takut gagal ambil alih kuasa. Sekarang terbalik, yang lompat di panggil pengkhianat lahanat, sedangkan agenda 916 adalah lompatan beramai ramai.

Tengoklah bagaimana politik itu lucu, dan orang-orang kecil bawahan hanya dijadikan bidak percaturan.

Yang pasti, kita hidup dalam era yang amat rancak kejadiaannya. Selepas ini, kes saman ke atas Sultan Perak pula. Lihatlah bagaimana orang-orang “kita” sudah mula tidak hormat pada Sultan.

Orang-orang “Kita”? *Senyum*

Esok saja…

Popularity: 10% [?]

Politik, Oh Politik… 6

Dengan apa yang terjadi di Perak sekarang ini, kita patut sedar tahu, bahawa politik itu sangat melucukan. Walaupun ianya adalah satu bahagian yang penting dalam pemerintahan negara/negeri, tetapi permainan turun naik, lompat bintang amat melucukan dan menggelikan hati.

Maaf kalau aku terpaksa menulis sedikit tentang politik hari ini. Bukan “my cup of tea”, tapi aku lebih suka menyentuhnya dari sudut seorang pemerhati yang tidak punya parti, bukan dilahirkan bercop UMNO di dahi, dan bukan juga haluan kiri konon revolusi. Politik itu kotor dan melucukan.

Orang UMNO lompat, PKR sambut dengan sambutan hebat, langkah bijak, langkah kemajuan bersatu ke arah Malaysia baru. Sebelas hari kemudian, orang tersebut lompat kembali ke UMNO, dibawa rakan-rakan 3 orang keluar PKR & DAP. Tindakan ini dicemuh orang tertinggi PAS yang menyifatkan ia adalah tindakan pengkhianat yang patut dilaknat. Orang Perak mula panas punggung, bubar DUN tanpa perkenan Sultan Perak. Langkah drastik paling hebat semalam. TPM umum BN sedia membentuk kerajaan baru di Perak, dengan sokongan 3 orang Bebas yang keluar parti tadi.

Hari yang hebat, bukan? Kita sekarang dalam fasa yang menyeronokkan. Melihat mereka-mereka ini mengejar kepentingan dan kedudukan bagi menjamin survival politik. Membuatkan aku terfikir, kepentingan rakyatkah agenda utama mereka-mereka ini? Atau ia juga menjadi salah satu daripada corak pemancingan sokongan?

Yang penyokong pula sibuk menabur kata kata hina carut dan maki di blog-blog pemimpin atau penyokong lain yang membincangkan perkara ini. Penyokong ini kata yang ini tabur duit, yang ini kata kena ugut, yang ini kata ada konspirasi mencuci tangan. Carutan juga dilempar bertimbun-timbun, yang ini tak payah sebutlah. Dah memang lumrah.

Lompat parti, survival politik, penggulingan kerajaan. Tapi bukankah agenda lompat parti ini agenda BR 16 September 2008 dahulu? Penggulingan Kerajaan BN yang dicanang-canag hebat. Yang kemudian di tangguh ke bulan seterusnya. Mata dunia masih menunggu dan melihat kelibat Kerajaan Persekutuan yang baru.

Mana?

Rakyat Perak akan mendapat perhatian yang hebat dalam seminggu dua ini. Kalau Sultan memperkenankan pembubaran DUN, Perak akan ada pilihanraya sekali lagi, berpestalah pilihanraya umum di Perak.

Apa kata rakyat Perak?

Dan julung-julung kalinya, politik itu sangat melucukan bagi aku.

Esok saja…

Popularity: 10% [?]