Archive for March, 2009

Cinta… 7

Cinta itu tidak adil jika…
Bila seorang itu mengungkap kata cinta,
Seorang lagi terpaksa…

Cinta itu tidak jujur…
Bila seorang itu berjanji setia,
Seorang lagi berkata mungkin…

Cinta itu tidak benar…
Bila seorang itu mahukan segalanya bersama,
Seorang lagi mahukan sesuatu dalam masa tertentu…

Cinta itu tidak dongeng mahupun indah,
Seperti filem Cinta dan Cerekarama tv3,
Boleh dibina dalam sekali dua pertemuan,
Fakta, LOVE AT FIRST SIGHT itu bohong,
Pahatlah dalam benak kamu,
Rasa itu hanya nafsu,
Sensasi elektrik yang dirasa anggota fizikal badan,
Ketika mata bertemu, Anggota bersentuh,
Hanyalah perilaku hormon dan “dick tingling” seperti “Spidersense”.

Terimalah fakta dan hakikat.
Jika kamu cinta dia, dan dia mungkin cinta kamu,
Bukanlah cinta namanya,
Hanya hubungan berkepentingan…
BERKEPENTINGAN DAN KESEMPATAN!!!
Go figure…

Berhenti menulis dan mendengar lagu-lagu CINTA, ianya tipu…

Esok saja…
p/s:- Entri pasal cinta kali ini sangat GAY dan HOMO…

Popularity: 20% [?]

DCM Mac 09: Ketiga Kali… 12

dsc_2111
Nikon D80 1/20sec f2.8 50mm ISO400
Edited with Adobe Lightroom and Photoshop

Fhoto ini – Fake TiltShift – Best Of… telah berjaya dipilih untuk dipaparkan dalam Digital Camera Magazine Malaysia Edition keluaran Mac 2009. Ketiga kalinya berjaya. Alhamdulillah, walaupun tidak menang, hasilnya terpapar pun cukup berpuas hati.

Cuma sedikit terkilan daripada deskripsi gambar yang telah diubah pihak editor majalah dengan menambah bahawa gambar itu dihasilkan oleh aku menggunakan lensa berkebolehan Tilt Shift, yang mana, aku tidak pernah sebut atau tulis dalam submisi ku ke sana. Aku tidak pernah memiliki lensa sedemikian. Mungkin terma FAKE TILTSHIFT akan mendatangkan masalah dikemudian hari.

Sekali lagi, aku tiada tiltshift lense, hasil gambar tersebut adalah daripada pengeditan photoshop yang tidak esktrim.

Gambar lain yang pernah tersiar di DCM Malaysia Edition adalah Urban Iron Roots dan Groupies

Esok saja…

DCM Malaysia March 09... DCM Malaysia March 09... DCM Malaysia March 09... DCM Malaysia March 09... DCM Malaysia March 09... DCM Malaysia March 09...

Popularity: 19% [?]

Fhotografi: Jom Outing!!! 17

ikimas
Nikon D80 1/2000sec f1.8 50mm ISO100
Diedit dengan Adobe Lightroom dan Photoshop

Outing atau sesi aktiviti keluar mengambil fhoto adalah salah satu dari agenda atau aktiviti kerap yang dilakukan oleh fhotografer, baik newbie, mahupun otai. Ia merupakan salah satu cara pembelajaran hands-on yang baik, dan juga sesi mengeratkan silaturrahim antara komuniti fhotografer. Outing fhotografi selalunya bergenre. Amik gambar pompuan diupah untuk menjadi seksi, suasana jalanan, abstrak urban, panorama, alam, journo dan berbagai lagi. Selalunya, genre fhotografi ini boleh dicampur adukkan, mengikut kehendak fhotografer sendiri. Boleh diselitkan genre ini mengikut kesesuaian tempat dan keadaan. Pendek kata, outing adalah sesuatu yang menarik dan sesuatu yang amat berfaedah untuk fhotografer, meningkatkan skill, menambah rakan dan melakukan pelbagai genre dalam satu masa.

APAKAH PERSEDIAAN AWAL UNTUK OUTING?

Apakah aktiviti outing ini, tidak memerlukan persediaan awal? Selalunya begitulah. Tetapi jika outing anda melibatkan tempat tempat yang susah untuk dikunjungi, yang hanya sekali sekala sahaja dapat dilakukan, perlulah lebih diberatkan persediaan agar tidak berlaku pembaziran masa dan tenaga dan menghasilkan gambar-gambar yang membuatkan anda menyesal di kemudian hari.

Pertama sekali, persediaan mental. Ini yang paling penting. Bolehlah disentuh sedikit tentang rehat dan tidur yang cukup untuk kesihatan dan sebagainya, tetapi yang lebih penting, adalah mental itu sendiri, disediakan untuk outing. Bagaimana caranya?

Outing itu semestinya sudah ditentukan tempat dan masa bukan? Ini peluang untuk anda melakukan sedikit research tentang tempat dan keadaan, supaya anda bersedia mengekspresikan kreativiti anda di tahap yang baik. Membuat sedikit kajian tentang keadaan, rupa susunatur, dan sebagainya akan dapat membantu anda mengarang/mengcompose fhoto yang bakal anda ambil. Bolehlah melihat contoh contoh fhoto (di internet mahupun majalah) yang telah diambil oleh fhotografer terdahulu sebagai panduan. Mengikut boleh, jangan meniru. Rahsia kejayaan fhotografer menghasilkan fhoto-fhoto menarik adalah soalan yang diajukan pada diri sendiri iaitu,

“How can i make this fhoto/shot better than this?”.
“How can i give this shot more impact than this?”
“Would it be better if i shoot the other way around?”
etc.

Salah satu dari faktor keberkesanan fhoto adalah konsep dan rules. RO3 itu boleh diaplikasikan dalam pelbagai genre, tetapi tidak semua keadaan menggalakkan RO3 (tapi aku sampai mati akan guna RO3). Dead centre yang dikompos simetri pun boleh mendatangkan kesan yang baik. Banyak lagi konsep fhotografi yang perlu ditekankan dalam sesi outing. Cuba ambil beberapa shot dengan subjek yang sama, tetapi konsep yang berbeza, RO3, symetrical view, dead centre, panorama, bokeh, panning (kalau perlu) dan sebagainya. Zaman digital ini, kita mampu untuk melakukan eksperimentasi tanpa sebarang kos. Jadi, mahu takut apa jika ambil masa sedikit, tetapi terhasil sekeping dua fhoto yang berkesan isinya. Lainlah jika anda manual tegar.

Bagaimana pula dengan perkakasan? Pastikan perkakasan/senjata anda siap diatur dan disediakan. Cas bateri kamera dan speedlight, semak kad memori kamera, periksa juga kebersihan lensa dan sensor. Seelok-eloknya dilap dan dibersihkan sebelum keluar ke mana pun untuk memastikan fhoto yang diambil, bebas dari smudges dan partikel habuk. Untuk kesenangan, sediakan kain untuk membersihkan lensa dan blower untuk membersihkan bahagian dalam kamera. Jika mempunyai pilihan lensa yang banyak, pilihlah lensa yang akan digunakan untuk outing tersebut, jangan membawa lensa yang bukan-bukan hanya untuk kemegahan peribadi, nanti nampak riak pula. Bersederhana juga merupakan satu langkah yang bijak jika outing tersebut memerlukan fhotografer berjalan bebas ke sana kemari. Pack lightly orang putih cakap.

Pilihlah beg yang memudahkan diri memasing. Jika aku, aku lebih gemar membawa backpack dari slingbag. Walaupun kebanyakan fhotografer lain mengatakan, sling bag lebih mudah untuk akses gear. Pilihan masing-masing, yang penting selesa dan boleh diisi dengan gear yang perlu. Oh ya, bawalah memori kad simpanan supaya dapat menampung keperluan jika memori kad yang sedang digunakan telah penuh. Ini bagi mengelakkan kita terpaksa termenung sedangkan fhotografer lain masih galak berfhotografi.

SEKARANG SUDAH SEDIA, MARI OUTING!!!

Di hari outing, bila berjanji dengan fhotografer lain, pentingkan ketepatan masa. Biar kita menunggu awal sedikit, dari dicemuh akibat lewat. Kalau kita hijau, elok kita memuliakan orang yang lebih lama di dalam group outing itu. Biar dia sampai lewat, janji kita yang menunggu. Tunjukkan apresiasi masa yang diluangkan bersama fhotografer lain. Fhotografer yang selalu lewat, akhirnya akan malu dan mengubah sikap. Datang awalpun bukan apa, jika lebih awal, lebih banyak masa untuk berbincang dan berlatih. Orang yang lebih awal, lebih mendapat masa yang banyak bersama teman-teman lain. Betul? Masa inilah digunakan untuk berkenal-kenalan, ice-breaking.

Jika outing tersebut memerlukan anda berjalan, isikan perut terlebih dahulu supaya bertenaga. Dan jangan lupa membawa bekalan air mineral untuk mengelakkan dehidrasi. Air yang banyak membantu mengekalkan suhu badan dan tenaga supaya tidak berlaku apa apa yang tidak elok ketika berouting. Jika outing di kawasan urban dan pembangunan, jangan risau, banyak kedai-kedai yang menyediakan air minuman. Yang penting bawa wang. Untuk langkah berhati-hati juga, belilah power bar, seperti snickers, kitkat, mahupun makanan bertenaga yang lain untuk mengisi perut.

Pakailah pakaian yang sesuai dengan keadaan, Jika panas, pakailah pakaian yang nipis dan memberi pengudaraan yang baik (jangan pakai bikini dan cawat, tapi kalau mahu apa salahnya). Pakai topi jika panas. dan juga, pakailah kasut yang sesuai untuk berjalan. Jangan menggayakan stilletto 4 inci untuk outing. Jika hari kelihatan mahu hujan, sediakanlah baju hujan, juga sediakan beg plastik (kepada yang tidak mampu memiliki beg kamera kalis air) untuk menyalut kamera anda supaya tidak basah. Beg plastik tesco pun boleh digunakan. Gear kena sayang wei. Backpack aku sentiasa ada beg plastik hitam untuk waktu-waktu terdesak.

Melakukan aktiviti berkumpulan seperti yang diperkatakan awal tadi, sangat berguna. Ilmu dikongsi, pendapat dibincangkan, kemudian dipraktikkan. Jangan pula lokek ilmu ketika ini. Otai mengajar newbie, newbie mengajar otai. Give and take seperti kata orang putih. Rakan-rakan fhotografer boleh menjadi seeker, check and balancer, dan komentor paling bagus. Di situ juga kita boleh dapat mengesan kesilapan dan cuba improve diri sendiri. Jangan lupa adakan sesi teh tarik selepas itu. Jika rajin, buat sesi komen dan kritik, minta setiap peserta menghantar satu gambar pilihan untuk dikomen oleh peserta lain dengan berhemah untuk bertukar pendapat.

Oh ya. Ketika sesi outing berjalan, jangan memilih bulu. Bercampur gaullah dengan semua orang. Jangan memilih orang-orang yang anda rasa boleh menaikkan anda sahaja, (contohnya bercampur dengan moderator/otai sahaja), tetapi muka-muka baru anda biarkan terkontang kanting. Kalau tidak biasa, ambil inisiatif untuk beramah mesra, mulakan konversasi ringan. Keselesaan antara kumpulan akan terjalin juga. Suasana santai sepatutnya menjadikan kita lebih kreatif dan terbuka dengan pandangan.

Selesai sesi outing, jangan lupa bertukar nombor contact (terutama awek awek cun dan single) dan mengucapkan terima kasih kepada semua. Bersalamanlah…

OUTING SELESAI, LALU…

Sampai di rumah, jika ada masa reviewlah fhoto yang telah dipetik tadi. Sebelum mengedit, pilihlah sekurag-kurangnya 10 untuk dijadikan pilihan utama. 10 pilihan fhoto terbaik ini, bolehlah bersungguh-sungguh diedit dengan tekun dan teliti dengan efek-efek yagn dimahukan. Selebihnya, pilih yang signifikasi sahaja. Jangan pilih fhoto berulang-ulang. Jika ingin dimuat naik ke situs/lama web, seperti flickr atau fotopages, langkah ini adalah perlu bagi anda hanya berkongsi fhoto yang terbaik. Janganlah kalau outing hari tu, anda shoot 450++ keping, kesemuanya di muat naik ke situs. Ini akan membuatkan pelawat jemu dan akan mengendahkan beberapa key shots yang anda rasa perlu diberi perhatian (yang sepuluh tadi, faham?).

Bandingkan hasil anda dengan rakan-rakan outing yang lain. Adakan sesi perbincangan yang sihat, di sinilah bergunanya fungsi komen di situs (nama pun komen). Forum juga sangat berguna, kalau pengguna pandai dan bijak menggunakannya. Jangan melenting jika komen dan kritik yang diterima menyakitkan hati. Pandang dari sudut positif untuk mengimprove skill dan mata. InsyaAllah, jika komen-komen yang dilemparkan itu jujur, balasannya adalah yang baik-baik. Anda juga bertanggungjawab untuk mengkomen hasil kerja rakan-rakan. Bukan hanya mengkomen fhoto milik fhotografer gadis yang nak ditackle sahaja.

Gunakan pengalaman yang anda dapat dari outing tersebut, untuk menguruskan satu lagi outing baru dengan genre dan subjek baru. Libatkan muka-muka hijau dan rakan-rakan lama. Moga komuniti fhotografer terus bertambah dengan fhoto enthusiast. InsyaAllah.

Ini perkara yang sering aku praktikkan. Lagipun aku bukanlah selalu sangat keluar outing, jadi outing tersebut digunakan sebaik mungkin. Kali ini, entri yang tidak menganjing sesiapa. Cuma berkongsi ilmu dan pengalaman dengan semua. Tetapi kesemuanya bergantung kepada minat dan pilihan sendiri. Harap artikel tidak pendek ini (pendek? hahaha) dapat membantu.

JOM OUTING!!!

** Sesetengah terma yang digunakan adalah kefahaman peribadi penulis. Penulis tidak tahu terma teknikal yang sebetulnya dan hanya menulis mengikut terma-terma orang kebanyakan yang mudah difahami. Maaf.

p/s:- Entri ni duduk dlm draft box lama dah. Oleh kerana tidak ada apa benda untuk ditulis, difinalize draft ni.

Popularity: 25% [?]