Kesatria Kegelapan… 5

Nikon D80 1/13sec f4.0 28mm ISO800
Diedit dengan Adobe Lightroom & Photoshop
Ini dulu.
Oh. Quiting Maxis Broadband. Coz it sucks!!!
Esok saja…
Popularity: 21% [?]

Nikon D80 1/13sec f4.0 28mm ISO800
Diedit dengan Adobe Lightroom & Photoshop
Ini dulu.
Oh. Quiting Maxis Broadband. Coz it sucks!!!
Esok saja…
Popularity: 21% [?]

Nikon D80 1/5sec f3.5 50mm ISO800
Diedit dengan Adobe Lightroom & Photoshop…
Sudah berapa lama aku tidak melakukan fhotografi dengan figura Kamen Rider. Bukan apa, cuma tidak berkesempatan untuk setup backdrop dan lighting mini lightbox sejak berpindah ke rumah baru. Jadi selama ini, hanya mengambil gambar berlatarbelakangkan dinding putih. Sejak mengemas bilik 2-3 minggu lepas, aku jadi kemalasan untuk menyimpan figura-figura ku ke dalam kotak mereka masing-masing, jadi aku letakkan di almari buku di rumah sewa ini. Merancang untuk membeli detolf dari IKEA. Tapi mungkin lepas ada rumah sendiri atau berpindah terus ke KL. Mungkin…
Untuk gambar papar figura ku di rumah bujang, KLIK SINI…!!!
Esok saja…
Popularity: 17% [?]
Dah lama tak main sebenarnya. Boot futsal pun minggu lepas, waktu kuarkan dari beg, ada labah-labah buat sawang. Nampak macam bebudak ofis dah kembali aktif main futsal. Minggu kedua berturut turut main, walaupun memang dah tahu, minggu lepas dan minggu ni, memang sibuk dengan DUN. Tapi seronok jugak. Tidaklah bosan sangat malam-malam aku kat sini.
Selain daripada bersukan, futsal juga merupakan salah satu aktiviti untuk menganjing dan membahan kawan-kawan. Boleh buat modal ketika mengeluarkan email berantai untuk mengkeji kawan-kawan ofis. So sesiapa yang kebetulan berada di tempat berkenaan (Bola-Bola Mak Mandin pukul 11.30mlm), silalah bertegur sapa. InsyaAllah, aku tak sombong. Kang kalau tak cukup player, boleh turut main sekali.
Semua kawan-kawan bawak isteri malam ni. Aku tak…
Esok saja…
p/s:- Entri yang tersiratnya sayu. Dhilla tak pernah tengok aku bersukan kerana nature aku di Universiti adalah pemalas dan ulat buku serta geek/nerd…
Popularity: 15% [?]
dan kenapa aku masih terjaga?
Hidup terlalu hectic semenjak kebelakangan ini. Tiada masa untuk apa apa pun. Fikiran kembali bercelaru dengan masalah kecil dan besar. Perlu diselesaikan satu persatu. Perhubungan dengan kawan-kawan pun semakin perlahan. Blog tidak diupdate (statistik bulan lepas menunjukkan hanya 4 entri untuk bulan tersebut, memalukan!), fhotografi pun tiada yang baru-baru. Mungkin hilang idea, ataupun hilang minat.
Tengoklah macam mana nanti…
Esok saja…
Popularity: 14% [?]

Diedit dengan Adobe Lightroom dan Photoshop.
Ini sahaja dulu selepas beberapa minggu tidak memetik kamera.
Esok saja…
Popularity: 16% [?]
Tua. Seperti FUCK! (Old as fuck)
Sudah meningkat setahun tua. Tidak seperti orang lain, aku tiada apa apa yang bijak (wise) untuk diperkatakan, untuk dinasihati, untuk dikongsi. Tiada perumpamaan atau nukilan yang boleh mengundang senyum, boleh mendatangkan kritisan minda, yang boleh membuatkan kamu terfikir. Tiada, nada!
Kosong!
Tua dan tiada apa menarik untuk diperkatakan.
Lebih baik diam, bukan?
Esok saja…
p/s:- Terima kasih kepada semua rakan taulan yang mengirimkan teks, email, komen dan segala bagai mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran aku.
p/s 2:- Aku diberitahu sewaktu DCIM 2009 di Midvalley tempoh hari, gambar ku di display untuk ruang pameran, betul ke?
Popularity: 22% [?]