Archive for June, 2009

Teks Ilmiah Separa Ringan:
Teroris Bahasa
3

Semalam Ahad. Bohsan (perkataan bosan dicampur dengan bohjan, diharap).

Kesempatan untuk mengelat semalam aku gunakan sebaik mungkin. Sempat selongkar almari dan terjumpa satu buku teks kecil yang dibelikan oleh isteri ketika hari lahir tahun lepas. New Malaysian Essays 1. Sebelum ini, dah pernah selak-selak sikit. Tapi tak semua teks dalam itu yang sempat aku teliti. Yang aku ingat sempat sentuh adalah teks Branding – Mamak Style oleh Aminuddin Mahmud dan Unwelcomed Words oleh Amir Muhammad.

Ada satu teks yang belum sempat aku teliti. Satu-satunya teks Bahasa Melayu dalam buku tersebut. Teks bertajuk Teroris Bahasa oleh Saharil Hasrin Sanin. Sesuai sekali dalam keadaan sekarang yang sedang kecoh kecoh tentang PPSMI dan gerakan meng-anti-nya. (Pendapat aku tak perlu diambil kira berkenaan perkara PPSMI ini).

Teks tersebut yang sangat serius disebalik scene-scene kelucuan Clementino Kulop, teroris malam Merdeka dan saudara mara kanibalistik, permasalahan buah pic dan sebagainya. Sebuah keseriusan yang ganjilnya mendapat seratus empat puluh peratus perhatian dan penelitian aku. Sesuatu yang jarang berlaku sejak kebelakangan ini. Ia berkisar tentang bahasa yang semakin pupus, terhaksi dan pentingnya evolusi bahasa. Persoalan menjadi lebih mendalam dari satu kisah ke satu kisah.

Aku lambat terima teks ini. Mujurlah semalam hari yang perut aku kurang enak dari pagi ke tengahhari. Punyalah sedikit masa untuk mentelaah teks tersebut di dalam tandas sambil melampiaskan urusan panggilan alam.

Diselak muka depan buku teks tersebut, ada satu contengan kecil si isteri…

Are you Malaysian enough? – Dilla.” Pelik.

Esok saja…

P/s:- Update ringkas tentang membaca buku ketika berak. Hidup bosan. Isteri jauh. Idea tidak banyak. Hobi sudah menjadi kurang menarik. Dunia banyajk poser dan pussy muncher. Duit takde. Hari hujan. Kawan kurang di sini. Yada, yada, yada… Alasan yang panjang…

Popularity: 22% [?]

Revenge Of The Fallen – Tipikal… 21

Aku berjaya mendapatkan tiket dalam saat terakhir tadi. Sepatutnya pergi menonton bersama Baim. Tetapi, ketika dah di depan kaunter tiket, seating yang ada hanya dua baris di hadapan. Jadi aku pentingkan diri dan membeli tiket untuk seorang dan berjaya mendapatkan seating 3 barisan dari belakang. Puas. Kawasan tempat duduk ku juga jauh dari budak-budak kecil, jauh dari bangsa Malaysia yang busuk tak mandi, dan juga jauh dari bangsa Malaysia yang tak faham peraturan tersirat berada dalam panggung.

Pertama sekali, positif dahulu. Visual bagus, sinematografi pun bagus. CGI patut diberi pujian. Lakonan so-so (what do you expect? an Oscar performance form Megan Fox?). Aksi pun banyak, dari mula sampai habis, battle mode. The only thing that still impress me was the Bumblebee and Optimus Prime design. Sangat detail, terutama sekali dalam battle mode. Ada Ravage (cool panther), ada Sideswipe dan Soundwave yang patut ada 3 form tapi dari mula sampai habis satu form saja (satelite).

Negatifnya pulak, adalah plot cerita yang semakin merepek hanya untuk mendukung sebuah filem yang punya robot transformik cool, gadis seksi berlari dengan cleavage bergetar-getar serta Even Steven yang mengurangkan gaya kembangan hidung serta berubah menjadi aktor lelaki perkasa. Selain itu, sekali lagi Michale Bay berjaya menglorifiedkan angkatan tentera di presiden Amerika Syarikat dengan shot-shot larian slow motion dengan letupan besar-besaran di belakang serta shot close up dari bawah menampakkan keperkasaan aktor aktor tersebut.

Spoiler… Aku dah bagitau ah…!

Mula dengan flashback yang menunjukkan robot-robot asing ini pernah datang ke bumi dan bertempuran perang saudara untuk berebut satu item bergelar “BLADE…” kejadah entah, aku dah lupa nama sebab tak signifikan. Mata hanya tertumpu kepada dada getar-getar Megan Fox. Benda alah ini kononnya merupakan kunci untuk mengaktifkan sebuah mesin untuk memakan matahari dan dicernakan sebagai Energon. OK. Plot macam sama dengan cerita AVP, pernah datang bumi, bertempur. Ok, done that.

Lepas tu, pasukan askar manusia bergabung dengan Autobots untuk memerangi saki baki Decepticons di serata dunia. Amaran bahawa “THE FALLEN SHALL RISE” oleh salah sebuah robot Decepticon. OK. Dah nampak dah plot ni, sebab tajuk pun memang dendam kesumat Si Fallen…

Lepas tu datang masalah kepada pasukan bersatu ini, seperti kebanyakan movie omputih, akan ada satu makhluk tuhan yang tak faham apa-apa, dan cuba berlagak berkuasa, cuba mengshutdown team Autobots ni. Dianggap sebagai national threat. Ok, itu pun sudah boleh agak. Dengan cara yang boleh diagak, Decepticon dapat maklumat berkenaan cebisan Allspark, dan tempat buangan Megatron, dengan mudah sekali. Tap in satelite secara bodoh amat. Soundwave cool ah…

Sam Witwicki masuk ke kolej, tinggalkan Bumblebee (“farewell, you should move one” scene). Distance relationship dengan Michaela, yang airbrush spray paint motor dari atas (WTF?) dan memakai short shorts dengan lowered spaghetti tops. Ok, ini pun dah agak. Terima kasih Michael Bay untuk ini.

Robot robot dah start ada personaliti. Ada robot boleh cakap nigger punya slang. Ada robot ada attitude, siap cursing dan tau phrase-phrase manusia selalu pakai. WTF? Robot Autobots punya catchphrase terlalu cornyI’m good.. yada yada…“. Tambah robot Autobots sangat hebat kerana fighting moves banyak dari martial arts.

Sam ke kolej, jumpa awek hot lain. Awek hot ngorat Sam. Awek hot tu sebenarnya Decepticon… OK, ini pun dah agak. Ada aku cakap awek hot itu robot Decepticon? Logik tak? Kali pertama dia berada bersama Sam dengan Bumblebee, dia punya peluang paling cerah untuk buat apa saja kat Sam, tapi pilih cara paling suttle untuk lakukan perkara tersebut, dengan mengumpan Sam buat seks bebas. OK, itu aku tak faham mentaliti omputih. Tak pernah dengar perkataan simple, direct, evil? Bunuh straight to the point.

Sam kena tangkap ngan Megatron (lepas Megatron dihidupkan dengan cara paling mudah dan sempat balik ke Cybertron dan sembang ngan The Fallen, sambil ada scene janin robot, WTF?). The Doctor masukkan sejenis alat untuk kutip data dari otak Sam. Tapi yang peliknya, masih lagi perlukan otak Sam dibedah. Bukan ke makhluk robot kecil tu dah masuk dan senang kutip info dari otak Sam. Itu aku tak faham, sekali lagi omputih tak faham erti simple.

Optimus Prime dan Bumblebee datang membantu, macam biasa, outnumbered. Optimus Prime kena bunuh, tikam straight ke dada. Mati. Persoalan, mana pergi Autobots lain? Merayap ke mana? Sam seterusnya buat satu quest mencari kunci tersebut. Kat sini Sam jumpa Jetfire, Decepticon yang senior dan berpaling tadah. Dalam banyak tempat kat dunia, omputih masih lagi fascinated dengan misteri Mesir. Piramid dan gurun sekali lagi berjaya muncul dalam cerita omputih dengan jayanya. Melahirkan persoalan baru, adakah Transformers yang membina piramid? Di dalam piramidlah tersimpannya mesin pemakan matahari tersebut. Ok, got it? Kunci tu pun terletak bersembunyi di Mesir.

Sam jumpa kunci, tapi kunci lebur. Sam percaya yang kunci lebur tu boleh hidupkan balik Optimus Prime. Familiar tak storyline ni?

Team askar glorified datang hantar Optimus Prime kat Mesir. Decepticon tumpukan attack kat Mesir gak. Hantar ramai gila bala tentera. Mana pergi Autobots punya geng? Takkan sekerat ni je? Mana datang keter kembar dan Sideswipe tu sebelum ni? Jatuh dari langit? Dan yang menjadi persoalan aku sejak sekian lama, kenapa Decepticon robot dia memang yang ganas dan gore, jet fighter, kereta kebal, helikopter peninjau, jentolak, bulldozer dan satelit, dan sebagainya yang gempak gempak. Tapi Autobots pilih superbike, kkereta sport, hummer, jeep, dua kembar mini mpv yang boleh cakap slanga nigger. WTF besar? Oh dan kembar ni, sebelum tu adalah icecream truck yang huduh nak mampus. Tengok design Ravage dah la… Sangat cool…

Sam mati kejap waktu berlari ke arah Optimus Prime. Seperti citer citer klasik omputih, heroin akan suruh hero datang balik, “Dont leave me, I love you, yada yada…” Sam hidup balik setelah dideclare mati. Itupun setelah dapat firasat atau premonition dari PRIME PRIME terdahulu (macam dapat ilham la, macam didatangi mimpi), “You’re the chosen one, its you’re destiny, yada yada crap…” Sam bangun, “I love you, yada yada“. Bangun pergi kat Optimus Prime, tikam Optimus Prime dengan kunci, Optimus Prime hidup balik tapi The Fallen curi kunci tu, pergi ke pyramid, nak hidupkan mesin pemakan matahari. Ok expected…

Optimus Prime tak cukup power. Seperti spoiler yang banyak terdapat dalam internet, dan giveaway hasil toys Hasbro, Optimus Prime bercantum dan revive balik allspark dan part-part dari Jetfire, tipikal upgrade nak jadik kuat. Optimus pergi lawan The Fallen dan Megatron, Optimus Prime menang dengan mudah dan dengan beberapa tagline yang corny “When you’ve Fallen, I’ll rise, yada yada…“.

Close up on Sam dan Michaella cuddling and kissing di balik matahari Mesir terbenam.

Kemudian scene penamat atas carriership. Macam biasa, Sam berdiri sebelah Optimus Prime, dan Optimus kasik ucapan motivasi, “Our destiny have bound us together, yada yada… jangan hisap rokok, jangan seks bebas, jangan makan babi, jangan main buntut dan sebagainya“. Shot Sam berdiri sebelah Optimus bercekak pinggang berlagak nak mampus (mmg dah sekali). Lepas tu rolling credit

Review Transformer: The Movie :The Glorified Movie

Esok saja…

p/s: I hope this entry spoiled it for you… :)

Popularity: 22% [?]

Kemaskini Terkini & Tergempar… 10

“Aku akan jadi seorang ayah dalam masa 8 bulan dari sekarang.
Doakan yang baik-baik.” – fendyzaidan

Esok saja…

Popularity: 18% [?]

Kamu Sangat Lucu Lah, Noktah… 10

Aku masih lagi gelak sampai nak terburai air kencing,
Dan hampir mengalami kentut yang tidak terkawal.

Baru baca satu entri poser otai fhotography. Sangat lucu. Kesungguhannya bercerita macam hebat gila. Rupa-rupnya nak menipu bebudak hijau. Hidup dalam kehebatan dan pujian-pujian membuatkan dia lupa diri. Apa yang dia ceritakan bagi mendapat kekaguman budak-budak hijau dunia hip dan trendy sekarang ini, seperti meletakkan dirinya seorang rockstar di ambang kegemilangan. Teknik yang digunakan sebenarnya taklah susah mana, tapi, di”TENG” “beliau” kononnya ambil masa 1-2 jam. Kalau dalam darkroom, lainlah ceritanya. Ini digital age dan digital technique. Tapi, ke”terrer”an otai ni, ADUYAI…

Menipulah selagi boleh menipu.
Asalnya hanyalah seorang raja poser kaki plagiat.
Jangan ingat kami diam kami dah maafkan kau.
Aku personally takkan lupakan “jasa baik” kau…

Selamat Hari Lahir.

Beberapa Entri di Persetankan.com untuk mengembalikan nostalgia…
Penipuan Demi Penipuan Si Poser – Tahniah! Anda Telah Menjadi Famous
Poser Update

Simbah aku dengan minyak tanah dan bakar…

p/s:- Sekurang-kurangnya, aku tak terrer, takde la aku nak menipu aku terrer…

Popularity: 19% [?]

Mono…
Maaf, Bukan UK-Duo-Pop Itu…
10

Lebih mudah kiranya di Google atau di Wiki sahaja berkenaan band post-rock ini untuk maklumat lanjut. Tapi, apalah guna kawan-kawan dan pengalaman seseorang untuk dijadikan panduan atau rujukan. Bukan?

Aku pernah menyentuh cerita tentang salah satu band terhebat di alam semesta, iaitu Radiohead suatu ketika dulu. Di sini…

Radiohead – Mesti Dengar
Radioheadn – In Rainbows

Tapi, band ini adalah satu species lain dari genre-genre Radiohead. Kalau aku kata, rujuk Mogwai, atau Explosion in The Sky, memang takde persamaan. Post-rock itu sangat luas. Payah untuk melihat kesamaan, namun memang ada. Tidak dinafikan. Tapi, Mono bagi aku adalah dalam lingkungan teratas terbaik.

Bagaimana unuk menghuraikan bunyi Mono sebaik mungkin?

Bunyi-bunyian runut indah seakan permainan orkestra, punya drama, ada pra, ada klimaks, kadang-kadang anti-klimaks, mellow, kadangkala boleh disalah tafsirkan sebagai runut klasikal, namun di tengah-tengah, getar string berlapis-lapis runut menafikan sebarang tanggapan bahawanya ia klasikal, tetapi lebih ke arah klasik/unik.

Bila bunyi kebanyakan runut dari Mono diperdengarkan, beberapa perkara yang sering boleh dibayangkan adalah individu berdiri/duduk keseorangan mengenang nasib, berjalan menuju matahari terbenam, ataupun kematian seorang hero, jatuh dan bangun individu dengan jiwa yang lebih kuat dari terdahulu. Aku juga sering membayangkan individu sedang berjalan kaki yang jauh di tengah kesibukan orang-ramai dalam gerak motion perlahan. Salah satu gelaran yang aku boleh lekatkan kepada kebanyakan runut-runut Mono, adalah:-

“Virtuous Death”

Ya, thema kematian bermaruah. Amat sesuai dan tepat.

Mono dianggotai oleh Takaakira “Taka” Goto, Yoda, Tamaki Kunishi dan Yasunori Takada. Runut Mono dibinda berteraskan bunyian gitar berlapis dan melodik dan kerapkali menerapkan unsur string dan klasikal seperti piano. Lapisan bunyian gitar ini menghasilkan melodik yang unik dan membuai. Selalunya, runut Mono seperti satu perjalanan filem yang tersusun dengan klimaks dan penutup. It’s well writen. Oh ya, Mono hanya bermain instrumental tanpa vokal dan lirik. Mereka memilih untuk bercerita melalui muzik.

Album official Mono:-

• Under the Pipal Tree (2001)
• One Step More and You Die (2003)
• Walking Cloud and Deep Red Sky, Flag Fluttered and the Sun Shined (2004)
• You Are There (2006)
• Hymn to the Immortal Wind (2009)

Cubalah tanpa was-was dan beritahu aku bagaimana rasa Mono.
Pautan lain untuk info Mono.

http://www.mono-jpn.com/

Wikipedia.org

Esok saja…

p/s:- Entri tanpa fhoto yang entah ke berapa…

Popularity: 21% [?]