Sepuluh Minggu Empat Hari… 12
Dhilla masuk wad minggu lepas disebabkan oleh masalah kesihatan akibat kehamilan anak pertama kami. Walaupun hanya 2 hari 1 malam di wad, cukup membuka mata aku kepayahan seorang wanita melalui fasa kehamilan. Sudah 11 minggu kandungannya. Syukur aku berjaya jual SB800 aku dan nasib baik aku tidak pergi menyaksikan Malaysia XI vs MUFC tempoh hari. Kalau tidak, mana ada duit mahu menampung kos rawatan tersebut. Selepas ini perlu ingatkan diri supaya lebih berhati-hati dalam perbelanjaan dan simpanan. Tidak boleh berbelanja macam hidup dua orang, dah nak jadi tiga orang…
Terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan Dhilla cepat sembuh dan banyak menanyakan khabarnya melalui SMS, Facebook dan YM. Mana yang tidak sempat dibalas tu, aku mohon maaf.
Sebenarnya, aku sudah tidak boleh menulis sekerap seperti dulu. Perkara-perkara yang hendak diutarakan macam tersimpan jauh jauh ditanam mampat. Aku tahan supaya tidak menulis perkara-perkara menyakitkan hati walaupun punya kebenaran yang jelas. Takut bila berbicara benar, orang membenci. Orang kita tidak boleh menerima fakta sahih. Takut nanti mereka-mereka ini mendoakan yang tidak baik-baik balanya. Kalau jadi pada diri sediri tidak apa, tapi tak nak sesuatu yang buruk menimpa isteri dan anak yang dikandung. Minta simpang. Amin.
Mungkin blog ini akan jadi bahan arkib.
Banyak hobi dan minat akan terkubur.
Terutama sekali fotografi.
Esok saja…
Popularity: 17% [?]



