Archive for August, 2009

Aku dan Kehidupan MukaBuku… 4

Entri tanpa fhoto.

Aku sekarang hanya gunakan Facebook untuk berhubung dengan dunia luar. Memandangkan aku sudah lama tidak update blog, aku letakkan disini, beberapa Status Updates sejak dua menjak ini dan salah satu komen yang paling menarik bagi aku oleh network di dalam Facebook aku.

Ogos 15 2009
Affendy Zaidan Ke bot terbang wonderpets…
Acid Sulfurik nanti ko dah ada anak nanti siapkan le dengan rancangan katon2 saperti jimjam sunny, backyardigans, thomas and friends, dibo the gift dragon dan lain lain yang sewaktu dengannye..hahaha..

Ogos 16 2009
Affendy Zaidan Can I trade my soul with a new one? This one have a dark mind and full of gloomy thoughts. Can I?
Azea Dz the new one will turn as dark as d old one in a matter of seconds je pun. so,why bother? the darker the better kan? mistiriusss gituewww
Nizam Nuri banyak-banyak kan semayang 16 waktu sehari semalam.

Ogos 17 2009
Affendy Zaidan Saya anak Melayu…
Shahi Esfelazi saya dilahirkan di dunia, tanpa batasan dan tiada diskriminasi
Affendy Zaidan Saya tak poyo dan hidup dalam imaginasi
Nizam Nuri saya tak faham
Affendy Zaidan imaginasi bahawa semua orang boleh hidup sebagai satu dan dunia ini indah belaka tanpa prejudis. the fact is people will always be hipocrite dan bermuka muka, dan sifat racist itu wujud walau sekelumit kuman pun…
Shahi Esfelazi Owh ternyata sedih sekali hidupmu, tetapi kerana ada mereka yang berharap dan mengimpikan hidup lebih indah oleh kerana itu sebahagian dunia ini berlalu dalam keadaan yang tolerans, selamat dan bahagia jika tidak semua pasti berperang tak habis sudah.
Affendy Zaidan Saya rasa anda naif.

Ogos 18 2009
Affendy Zaidan Thanks to Nik Aziz for guiding all Muslim n Malay the path not to take if you wanna get into syurga. Ahli Umno or generalize it to Penyokong Umno will rott in hell. Thanx.
Nizam Nuri boleh. apsal lak tak boleh. kalau ayah pin kata bole, bole la.

Ogos 19 2009
Affendy Zaidan hates working. tp demi sesuap nasi dan tiket ke sorga.
Muhd Erman Anis Ala, skang ni nak masuk sorga senang je. Undi PAS! Kekeke

Ogos 20 2009
Affendy Zaidan Konsep Gadis Melayu sangat bodoh. Aku nak semua dibuang, termasuk penerbit rancangan. You sucks.
Zack Red Gadis Melayu tv9 ke 3gp?

Ogos 20 2009
Affendy Zaidan Sedang berbuat sesuatu dengan blog…
No Reply.

Saya sedang cuba mengarang sesuatu. Mungkin di bulan puasa akan erdapat masa untuk mengedit dan mengolah balik karangan saya. Doakan yang terbaik. Selamat menyambut Ramadhan.

Esok saja….

Popularity: 17% [?]

Smena 8M… 6

blog DSC_5854

Smena (Russian: ?????) adalah kamera filem 35mm berkos rendah yang dikilangkan di Soviet Union oleh pengilang LOMO dari tahun 1953 hingga 1991. Kamera ini direkacipta untuk menjadi murah dan mudah diperolehi oleh orang awam. Diperbuat daripada bakelite atau plastik hitam bagi model yang terkini, dan beroperasi manual keseluruhannya.

Spesifikasi:
* Lensa: Triplet 43, 40 mm, f/4, 3 elemen
* Jarak FOcal: 1 m to infinity, scale-focus
* Kelajuan Shutter : B, 1/15, 1/30, 1/60, 1/125, 1/250
* Jenis Shutter: 3 blades diaphragm shutter
* Apertures: f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16
* Jenis Filem: 35 mm
* Saiz: 70 x 100 x 60 mm
* Berat: 289 g

Deskripsi diterjemah dan diolah dari Wikipedia.org

——————————–

Tentang demo haram PRO/ANTI-ISA yang lepas, aku masih lagi mempunyai pandangan yang sama seperti ketika demo BERSIH dan HINDRAF. Jangan menyusahkan orang lain!

Di sini untuk pendapat ku yagn terdahulu tentang demo jalanan…
Tahniah Rakyat Malaysia!!!
Anda Bosan di Hujung Minggu?

Rata-rata peserta demo haram tersebut adalah dari kaum/bangsa “isi di sini dengan perkataan yang sesuai”. Persoalannya, manakah pergi lagi 2-3 bangsa utama dalam pergerakan/partai ini? Duduk di rumah menonton wayang dvd cetak rompak? Atau ke Genting Highland atau Morib untuk bercuti bersama keluarga? Atau menjaja buah dan air jambu batu di tepi jalan sepanjang demo? Adakah bangsa “isi di sini dengan perkataan yang sesuai” tidak mahu menghabiskan masa bersama keluarga di rumah? Oh, ye tak ye. Demo jalanan ini juga telah dijadikan aktiviti kekeluargaan. Anak bini diangkut bersama. Boleh diterima sebagai aktiviti kekeluargaan.

Rata-rata peserta demo adalah orang luar, dari negeri luar, dari bandar lain. Datang membuat PESTA di kota orang, di negeri orang. menyusahkan rakyat tempatan untuk berurusan dan melakukan kerja sehari-hari. Kenapa tidak membuat demo di negeri pemerintahan masing masing. Belarak dari Kota Baharu, ke Kedah, kemudian ke Perak (minta belas supaya boleh lalu di negeri ini), kemudian ke Selangor, lepas tu masuk stadium Shah Alam, berkempen, berceramah politik sampai 7 minggu, kemudian serahkan memorandum kepada Ketua PR dan Ketua PR bersama konco kanan dan kiri, naik kereta mewah berhawa dingin ke Istana Negara, dan serah kepada wakil DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Mudah dan rasional. Lagi gah.

Jangan cakap 50 ribu, 11 Juta rakyat Malaysia pun boleh turut serta.

Kenapa tidak semua peniaga, orang awam yang terkena tempias dek demo haram ini, memfailkan saman kepada ketua penganjur acara gilang gemilang ini? Saman secara berasingan menuntut kerugian, kemukakan fakta sahih tentang perihal perniagaan yang terganggu, aktiviti mingguan yang terhenti, jumlah kerugian yang ditanggung dan sebagainya. Jika setiap satu peniaga mahupun mereka yang terlibat menuntut rugi, agaknya berapa yang penganjur kena bayar? Selepas Menteri Wilayah Persekutuan membuat anggaran, gunakan anggaran itu untuk mengfailkan saman kepada penganjur. Settle…

Abang yang pakai ketayap dan bertopeng masking tape macam Bandi kumpulan Amuk tu tak cool la. Abang mesti hensem kan? Cuma soalannya, kenapa malu sangat muka nak masuk gambar atau tv. Dah duduk saf depan tu. Berani lah sikit. Tengok macam pakcik yang jerit jerit bertakbir tu, pakai jaket kulit hitam tengah hari. Cool…

Esok saja…

p/s:- Bukan ahli mana-mana pertubuhan politik. Politik sucks dan melucukan.

Popularity: 19% [?]