Archive for September, 2009

Kemaskini Kehidupan: Aidilfitri… 0

blogCNV000023
Smena 8M x DNP Centuria 200

Tahun ini, sekali lagi Aidilfitri disambut dengan penuh kesederhanaan. Fakta bahawa Aidilfitri kedua tanpa arwah Abah masih lagi segar dan bermain dalam setiap pemikiran ahli keluarga, termasuk mama. Yang baru hanyalah penambahan ahli keluarga penting yakni si Wifey yang beraya buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku bersama aku di Alor Setar, Kedah.

Seperti yang dijangkakan, raya dengan keluarga aku tidaklah sehectic raya jika dengan keluarga Dhilla (fakta wifey), mungkin disebabkan oleh bilangan ahli saudara mara yang kurang di pihak aku berbanding yang seperti 3 kampung di pihak dia. Untung bagi dia kerana tidak perlu bersusah payah melayan tetamu, lagipun keadaanya tidaklah menggalakkan. Tahun depan ke sana pulak aku dengan ahli keluarga kecil baru. InsyaAllah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Esok saja…

A Return Test View: Masjid Negeri Pulau Pinang KOMTAR: A View... Tune Hotel, George Town, Penang... A Multi-Tier Parking Lot... Backyard Alley... The Sky Remains The Same As Ever... Abahs' Grave... Cemetary Visits in The Morning of 1st Syawal... At The Cemetary... Wifey: She Even Looks Beatifull While Blurred... Wife: Pureness... The Gendut... Sisters... Menara Telekom, Alor Setar... Old Post Office, Alor Setar... Old Post Office, Alor Setar... Mom n The Genduts... Not That Old of A Bike... Budak Gendut... Railway Bridge... Railway Bridge...
Smena 8M x DNP Centuria 200

Backyard... Menara Telekom, Alor Setar... Jalan Raya, Hari Raya...
Smena 8M x Mitsubishi SUper MX 200

Popularity: 16% [?]

Si Gendut… 1

blogCNV000039
Smena 8M x DNP Centuria 200

Dia semakin membesar bagaikan johan. Sedar aku yang dia semakin chubby. Nakal dan suka buat perangai, toksah cakap lah. Tak larat nak melayan. Aku harap dia jadi budak cerdik pandai dalam pelajaran dan sebagainya, pandai macam arwah Abah. Ibunya dah berangkat ke Lubnan (diliput oleh akhbar dan ada juga gambar si gendut ini bersama ibunya, tarikh 15-16 September begitu). Tinggallah si gendut dengan emak aku dan kakak-kakak dan abang-abangnya.

Esok saja…

p/s:- Bukan aku yang bagi gelaran Si Gendut pada dia, Aisyah yang kasik…

Popularity: 13% [?]

Kemaskini: Zahir dan Batin… 4

Satu post ringkas tanpa fhoto…

Bertalu talu mesej dan sms di facebook dan telefon. Kawan-kawan mengucapkan selamat menyambut hari mulia ini. Ada yang ditag ada yang direct. Kad pun banyak juga diterima daripada rakan-rakan sekerja. Terima kasih. Moga Aidilfitri kali ini mendatangkan rahmat pada kalian semua. Yang mana pulang ke kampung, berhati-hati ketika memandu. Elakkan sebarang kecelakaan. Banyakkan berhati-hati dan peka kepada keadaan sekeliling.

Jam tunjuk tepat pukul 2.15 petang. Baru pulang daripada Masjid Simpang Enam menunaikan solat Jumaat. Masjid lengang hari ini, mungkin kena dengan fakta bahawa sudah ramai yang telah bercuti dan pulang ke kampung masing-masing hari ini. Hari raya dah dekat. Orang putih cakap “around the corner” dah.

Pejabat ku pun sudah lengang. Ada yang tidak bercuti, tetapi boss dah lepaskan untuk pulang lebih awal. Aku mungkin akan di pejabat sehingga pukul 5 petang. Pulang ke rumah pun bukan ada siapa. Baim dah balik, abang Saiful malam nanti pulak. Dhilla belum dengar khabar. Mungkin esok aku pulang ke Alor Setar atau beraya sorang-sorang di Pulau Pinang.

Ketika ini, aku masih berbelah bagi untuk pulang ke Alor Setar atau tidak. Masih belum pasti samada Dhilla akan pulan ke Alor Setar hari ini, atau esok, atau tidak langsung. Kemungkinan untuk berhari raya secara berasingan itu sangat besar. Harap-harap dapatlah bersama. Ini kali pertama beraya bersama secara sah pasangan suami isteri. Tak pernah pun berkesempatan beraya dengannya sewaktu berkawan 7 tahun itu. Tahun depan kalau dikurniakan rezeki Allah yang baik-baik, beraya sebagai satu keluarga dengan anak pula. Meriah.

InsyaAllah…

Kepada semua rakan-rakan taulan, baik rakan-rakan dunia nyata, mahupun online (yang selalu asyik YM dan facebook-ing, tapi tak pernah bersua), rakan-rakan sekerja, pembaca-baca blog picisan ini, baik kepada mereka yang menyukai atau membenci diri hamba hina ini, yang mengikuti atau yang baru nak bermesra, mereka yang terasa dengan penulisan aku, yang terasa dengan perangai buruk aku, aku nak ucapkan sekali lagi…

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Esok saja…

Popularity: 14% [?]

Setan: Kemaskini Kehidupan 3.25AM… 0

Tidak boleh tidur, selepas pulang dari mamak menonton Spurs vs. United.

Lupa ada game malam ni. Berangkat ke mamak utk menonton bolasepak…

Halftime. Spurs 1 – 2 United. Ando finally scores. Its an open game. Didn’t expect it. End to end stuff. Both team is going at it. Best match so far this season. Surely Shebby is blaming the reff. Hope Rooney or Berba scores…

Final Score. Spurs 1 – 3 United. Defoe scored first with a flamboyant bicycle kick. Giggs equalized with a top corner free kick. Anderson fires the second before half time. Scholes got booked for the second time and was sent off. Rooney made it three… that could have been five have it been not wasting 2-3 chances he got. Overall a very good game with attacking flair from both teams… Ando for the man of the match…

Lain-lain keputusan. Liverpool belasah Burnley 4-0. Gunners kena dengan City 2-4. Chelsea menang dengan Stoke 1-2. Fantasy team tidak dapat score yang tinggi akibat fixtures clash antara Spurs (Palacios & Lennon) dan United (Evra & Rooney). Drogba and Anelka kumpul points juga. Tapi minggu ni, sure point rendah.

Masih tak boleh tidur. Update ringkas.

Esok saja…

Popularity: 13% [?]

Persetankan: Berbuka Puasa… 10

DSC_5882

Dah lama dah budak-budak Persetankan tak berkumpul reramai camni. Thanx to Surie dan Ikmal Ibrahim yang banyak plan ke semuanya. Pertemuan kali ini diadakan di Q-Bistro, Bandar Sri Pemaisuri. Kali ini, venue jauh sikit dari KL memandangkan semua nak elak jam. Diadakan pada hari Ahad minggu lepas. Kali terakhir aku bersua muka dengan kebanyakan daripada mereka adalah ketika di Majlis Kenduri Kahwin Bali. Ada juga yang selalu kerap jumpa macam NizamNuri, Ariep, Ikmal dan Min.

Kehadiran adalah seperti aku dan Isteri, NizamNuri dan Farah, Ikmal dan GF, Min, Surie, Arief, Omar, Helmi, Arwah Tagg, Ikim, Judo dan Hani, Fazari, Melissa, Bella dan CalicoJack, WaniArdy dan BF.

Sangat-sangat seronok dan mengimbau kembali zaman-zaman kegemilangan kenalan-kenalan ini.

Ahli-ahli Persetankan bukanlah terdiri daripada fhotografer sahaja dan topik perbualan juga tidak pernah berkisar tentang fhotografi. Persetankan lebih dalam maknanya daripada itu. Ianya sekumpulan kawan yang berkenalan melalui satu medium laman web yang sehingga kini masih kekal berkawan. Sudah masuk 5 tahun kalau tak salah aku.

Dan ada yang diantaranya aku dah anggap macam adik beradik.

Tak banyak gambar. Harapkan kalau tak bawak keluar DSLR banyak lah gambar aku pulak yang diambil. Tapi tak jugak. Hahahah! Smena 8M digunakan di dalam environment gelap tidaklah digalakkan. Ikmal ada kasik satu flash untuk aku, tapi mungkin akan belajar guna bila ada masa. Buat masa ini, guna untuk ambil gambar di hari siang yang cerah.

We should do this again guys. Maybe Raya? Sapa nak buat rumah terbuka for Persetankan?

Esok saja…

UPDATE: Mungkin anak lelaki… Ada cadangan nama?

Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400 Smena 8M - Superia Xtra 400

Smena 8M X Fujifilm Superia XTRA 400

Popularity: 12% [?]

Smena 8M Gulung Pertama… 7

Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200 Smena 8M loaded with Fujifilm Superia 200

Smena 8M x Fujifilm Superia 200

Banyak fhotografer baru nak up dunia fhotografi membenci saya. Macamlah saya ini threat besar pada mereka. Kalau dah bagus, dah gah, dah kira hebat dan player, dalam pelbagai bidang dan stail, wedding mahupun model nude, produk atau outdoor, candid atau studio, punya pandangan sendiri tentang apa apa pun, jangan pedulikan entri-entri picisan penulis macam saya yang tidak berbakat dalam bidang fhotografi ini.

Hei, kamu buat duit, saya hanya duduk melihat, sayalah yang rugi dan bodoh. Anggap saja pendapat saya macam kentut wangi sikit yang sepoi-sepoi hilang. Kenapa perlu mengecam PENDAPAT saya jika ianya tidak penting? Mungkin orang-orang yang menyokong pendapat saya pun tidak berbakat dan tidak layak punya pendapat sendiri? Gamaknya.

Eja “FHOTO” pun tidak betul saya ini, mahu bercakap tentang fhotografi konon…

Hanya seorang individu yang suka petik kamera tidak bertempat…

HA HA HA HA

Esok saja…

Popularity: 12% [?]