23 Minggu… 6

Gambar ini diambil pada minggu ke 21 sebenarnya…
Wifey nampak berseri seri…
4 bulan nampak macam masih jauh, tapi sebenarnya tidak…
Cuak!
Esok saja…
Popularity: 16% [?]

Gambar ini diambil pada minggu ke 21 sebenarnya…
Wifey nampak berseri seri…
4 bulan nampak macam masih jauh, tapi sebenarnya tidak…
Cuak!
Esok saja…
Popularity: 16% [?]
“Bang, boleh belikan saya tiket bas ke Genting? Saya nak balik, tapi tak cukup duit, kena *rompak/tipu/pau/ugut. Duit ada RM2 minta pada orang daripada pagi tadi. Tak cukup nak beli tiket bas balik ke *Genting/Cameron/Kelantan/Negeri. Kalau abang tak percaya, abang belikan terus saya tiket ke *Genting/Cameron/Kelantan/Negeri dekat kaunter. Abang bagi nombor telefon abang, lepas saya ada duit, saya top-up untuk abang sama dengan duit yang abang pinjamkan hari ni,”
* Pilih mana yang berkenaan
Pernah dengar rintihan sebegini?
Seperti mana yang korang tahu, aku ini pengembara kerap (frequent traveller) yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres berulang-alik dari Alor Setar-Penang-Kuala Lumpur setiap 2 minggu sekali sekurang-kurangnya. Kekerapan ini berjaya menemukan aku dengan gejala-gejala pelik sekitar Kuala Lumpur. Salah satu daripadanya adalah pengemis era baru, usahawan cerita malang/tragedi.
Aku diketemukan dengan beberapa siri rintihan hati sedemikian agak kerap juga. Aku tidak mahu serkap jarang katakan bahawa mereka ini penipu (con artist), tetapi kekerapan dan modus operandi yang seakan-akan sama dan berulang-ulang membuat aku semakin skeptikal. Pada awalnya, aku, sebagai manusia yang dibesarkan oleh ibubapa dengan sikap prihatin, adalah juga menghulur mana yang termampu dan ada pernah sekali menawarkan untuk membeli tiket ke destinasi pilihan tetapi ditolak. Tetapi, kekarapan bertemu dan berurusan dengan usahawan-usahawan alaf baru ini, membuatkan aku sudah kembali berhati-hati dalam membantu orang.
MODUS OPERANDI
Modus operandi mereka sangat mudah. Mereka akan bergerak dari seorang ke seorang mangsa yang sedang menunggu bas ekspres, memperdagangkan cerita mereka yang malang dan sangat-sangat tragik.
Mulanya, mereka akan mendekati mangsa dan memulakan perbualan dengan bertanyakan arah tujuan mangsa dan samada mangsa ini pelajar universiti ataupun sudah bekerja. Kemudian bermulalah operasi usahawan mereka. Ada yang kata ditipu ketua kerja mereka dan ditinggalkan di ibu kota, ada yang kata baru menjadi mangsa curi/rompak sekumpulan budak Kelantan/Indonesia, ada yang kata mereka ditipu pemandu teksi dan ada juga yang berkata mereka kehilangan beg duit dan beg barang.
Kedua, mereka akan memberitahu yang mereka tidak cukup tambang untuk pulang ke “kampung halaman”. Destinasi yang sering menjadi pilihan sebagai kampung halaman adalah Genting Highland, Cameron Highland, Negeri Sembilan dan Kelantan. Usahawan ini akan berceloteh panjang menceritakan nasib malang mereka yang terpaksa mengemis daripada pagi hari, dan akan diselitkan cerita bahawa mereka tidak sempat makan pun pada hari itu, hanya roti kering RM0.30 sen dan sebagainya. Ditambah lagi tentang duit yang ada dalam tangan mereka tidak cukup untuk membeli tiket untuk pulang. Mereka akan dengan selambanya juga menyatakan harga penuh tiket ke destinasi tersebut dengan agak tepat untuk meyakinkan mangsa.
Kemudian mereka akan meminta kita membelikan tiket kepada mereka dengan harga penuh satu tiket. Dan untuk menambahkan kepercayaan kita, mereka akan mengajak mangsa untuk bersama membeli tiket tersebut di kaunter. Tetapi, apabila mangsa bersetuju, mereka seperti akan berdolak dalik supaya duit tunai diberikan pada ketika itu juga tanpa berlengah.
SIKAP TOLERANSI DAN KEPRIHATINAN MASYARAKAT KITA
Mereka tidak kisah jika mereka peroleh RM5 pun daripada jumlah penuh harga tiket. Pendapatan mudah. Pengemis pun dapat duit dalam syiling dan berketul-ketul baru nak dapat RM2, mereka sekali saup, RM5. Bayangkan kalau 20 orang mereka dapat tipu dalam tempoh masa 12 jam? Dalam 30 hari? Aku pernah nampak lelaki-lelaki sama di Hentian Puduraya yang masih tersangkut di situ tetapi tidak dapat pulang ke kampung halaman.
Mereka-mereka ini mengambil kesempatan atas sikap toleransi dan keprihatinan masyarakat majmuk negara ini yang suka memberikan pertolongan tanpa prejudis (seperti yang berlaku di antara Malaysia-Indonesia).
Dua kejadian paling aku ingat adalah didatangi oleh seorang budak Kelantan dan kemudiannya seorang Cina dalam hari yang sama dua minggu lepas. Budak Kelantan ini menceritakan tragedi dia dirompak oleh mamat Indonesia. Sampai nak tunjukkan celah kangkangnya yang disepak oleh perompak tadi. Peliknya, dia masih boleh mengenakan spek mata hitam buat cekak di kepalanya. Bila aku cakap aku tidak ada duit, dia merayu minta tolong. Dikatanya pada aku dia hanya ada pisau lipat sebilah. Pelik bukan. Apabila aku tawar kepadanya untuk memberikan wang, tetapi dia kena berikan satu barang miliknya pada aku, dia menolak dan mula buat muka tidak senang. Aku minta untuk beli spek matanya. Tetapi ditolak. Ingat, manusia ini dalam kesusahan dan masih memerlukan spek mata hitam. Jadi aku tidak beri walau sedikit pun. Dia berlalu dengan menyumpah-nyumpah.
Yang mamat cina ini pulak menjual kisah dia ditipu ketua tempat kerjanya. Ketuanya dikatakan telah menipu dan meninggalkannya di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Dia perlu pulang ke Genting, rumah emak katanya. Peliknya, mulutnya berbau arak yang sangat kuat. Bila aku cakap aku tidak berduit, dia menyumpah cakap aku berkira walaupun RM2.
TRAGEDI TERDAHSYAT PERNAH DIDENGAR
Cerita tragedi yang paling dahsyat aku pernah dengar adalah daripada seorang yang berpangkat pakcik. Katanya dia ditipu pemandu teksi yang mengepaunya RM300 kerana penghawa dingin teksi tersebut rosak (tidak masuk akal langsung). Dia terpaksa ke Kuala Lumpur kerana anak lelakinya kemalangan. Badan anaknya terputus dua. Akan dikebumikan selepas Asar esok da diceritakan lagi beberapa perincian yang aku rasa tidak masuk akal. Pakcik ini hendak pulang ke kampungnya esok pagi, tetapi tidak punya duit langsung untuk tambang bas. Aku yang mempunyai sedikit hati yang lembut, menghulurkan sedikit wang yang ada. Aku tidak mahu kata atau buat andaian bahawa pakcik ini penipu dan sedang menipu. Tetapi wang yang aku berikan kepadanya pada malam itu, jika tipu, tidak halallah wang tersebut walau sepuluh sen pun.
Jadi berhati-hatilah.
Anda pernah mengalami situasi begini? Kongsi di sini…
Esok saja…
Popularity: 18% [?]
Smena 8M x Kodak Gold 200







Ringkasan perjalanan aku dengan medium film. Minggu ini aku akan ke kota Kuala Lumpur sekali lagi. Jumaat dan Ahad minggu ku dihabiskan dengan duduk dan tidur dengan tidak selesa di atas bas ekspress selama 4-5 jam.
Esok saja…
Popularity: 12% [?]