Archive for November, 2009

Peraduan: Cadang Nama Anak Dan Menangi RM50… 33

Seperti mana yang korang semua sedia maklum, aku bakal menjadi ayah di dalam sebulan dua lagi. Hatiku amat gembira tidak terkira dan sama sekali cuak tersangat sangat. Pelbagai perkara sudah ditempuhi, kadang-kala si isteri terpaksa tempuhi sendiri tanpa aku. Tapi dia seorang yang kuat seperti yang disangka.

Banyak persediaan dah mula dibuat. Baju baju dan kelengkapan kecil ada yang sudah dibeli. Cuma pencarian nama anak sahaja yang menemui jalan buntu. Hari ini, ketika sedang melepak dengan adik beradik Dhilla, aku terfikir untuk memudahkan kerja aku dengan melakukan atau mewujudkan satu task kepada mereka.

“SIAPA DAPAT CADANGKAN NAMA MULA DENGAN HURUF “A”, DAN NAMA ITU DIGUNAPAKAI, AKAN DIBERIKAN HADIAH RM50!!!”

Lalu terkeluar la suasana yang sedikit riuh rendah, masing-masing mengutarakan pandangan dan cadangan. Dari adik beradik dan sepupu, kemudian terus kepada ibu dan makcik-makcik Dhilla. Ada nama yang terkena nama anak-anak kawan, dan kenalan. RM50 adalah hadiah kecil, tapi keseronokkan dan bragging rights itu yang menimbulkan keriuhan.

Dan aku berkata kepada Dhilla, kenapa tidak aku panjangkan di blog aku dan jadikannya NAME HUNT CONTEST. Dia sedikit reluctant, tetapi aku rasa, kenapa tidak? Blog ini pun dah lama kesunyian dengan aktiviti dan kontroversi (yang aku tolak). Jadi marilah mencuba nasib!

Syarat-syarat dan regulasi adalah seperti di bawah:

1. Penyertaan terbuka kepada adik beradik, saudara mara, kenalan-kenalan rapat, dan pembaca blog ini, dengan syarat, setiap komen dikira sebagai entri peraduan, perlu menyatakan nama dan hubungan peserta dengan saya atau isteri.

2. Nama tersebut perlulah nama lelaki bermula dengan huruf “A” dan hanya satu nama sahaja. Contoh “Affendy”. Bukan “Mohamad Affendy”.

3. Setiap nama yang dicalonkan perlulah disertai dengan maksudnya sekali. Jika tidak mempunyai sebarang maksud, ia tetap akan diterima. Tetapi nama dengan maksud akan lebih mempunyai peluang besar untuk dipilih.

4. Jika terdapat penyertaan yang sama, siapa yang mencalonkan dahulu akan dikira sebagai pemilik penyertaan tersebut.

5. Untuk dikira sebagai pemenang, nama yang dicalonkan haruslah digunakan oleh saya dan isteri untuk dijadikan nama anak kami. Dan ini seharusnya memerlukan persetujuan saya, isteri dan pihak keluarga.

6. Pemenang akan dihubungi melalui email. Keputusan adalah muktamad. Tiada email atau surat menyurat akan dilayan selepas itu.

7. Penyertaan melalui komen perlulah lengkap dengan Nama/Samaran, Email, Cadangan Nama, Maksud.

8. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga lahirnya anak tersebut.

Aku rasa, macam berat sangat nak buat entri ni, tapi kenapa tidak. Belum cuba belum tahu. Manalah tahu ada ustaz ustaz yang terserempak dengan entri ini, dan cadangkan nama yang baik-baik. Buat pengetahuan, nama nama berikut telah dicadangkan oleh saya sendiri, isteri dan sanak saudara.

Adrian, Amir, Afif, Akid, Adam, Adian, Aidan, dan ada beberapa lagi.

So cubalah, terutama sekali kawan-kawan yang bakal jadik godfather dan godmother.

Esok saja…

Popularity: 19% [?]

Tempoh Expiry Jasad Tua Ini… 2

Waktu sudah pukul 3.00 pagi. Baru bangun dari tidur mati yang panjang. Aku skip one of after office hour meeting untuk pulang ke rumah. Cadangnya nak ke klinik, tapi tertidur di sofa ruang tamu sampai pukul 9mlm. Kemudian berubah port ke dalam bilik. Tidur mati sampai pukul 2 pagi tadi.

Tak tahulah apa yang tak kena dengan minda dan badan tua ini. Pagi semalam, rasa macam sejuk di tulang-tulang. Rasa ketar ketar. Sendi dari pergelangan tangan sampai ke siku semuanya sakit-sakit. Bahu lenguh, belakang badan sengal-sengal. Dan mata tidak boleh fokus ke satu objek, sentiasa bergerak-gerak, tidak boleh concentrate langsung. Otak jadi kusut, tak boleh fikir banyak-banyak. Tapi gagah juga ke pejabat. Tapi bila dah sampai petang, dah tak tahan sangat.

Ini pun rasa mata dah jadi berat semula.

Kenapa dengan jasad tua aku ni? Dah dekat tempoh expired ke?

Esok saja…

Popularity: 15% [?]