Archive for April, 2010

Adrian Affendy Adalah Seorang Orang Pagi… 10

blog

Translasi langsung: Adrian Affendy is a morning person!

Dia amat ceria dan gembira di waktu pagi. Kebetulan ketika Dhilla hendak bersiap ke tempat kerja, itulah masa dia bangun sambil gelak ketawa dan banyak mulut. Kadang kadang, cerita sedih, kadang kadang jerit jerit gembira. Dia semakin membesar dengan cepat.

Ada lebih 100++ fail jpeg fhoto Adrian Affendy hanya daripada satu sesi bergambar pagi tadi. Rasanya perlukan speedlight semulalah. Tiada pengcahayaan buat banyak pembaziran shutter clicks. Dengan spontan dan kelincahan Adrian, makin susah.

Esok saja…

9 Different Faces of A Morning Baby... Adrian Affendy is a Morning Person... Happy Face... Shock Face... Hearthrobe Smiley Face... Siri Bergaya dengan Stroller... Siri Bergaya dengan Stroller... Siri Bergaya dengan Stroller... Siri Bergaya dengan Stroller...

Popularity: 11% [?]

Kadang-Kadang, Benda Baik Hadir Dalam Pakej Kecil… 2

DSC_7962
Nikon D80 0.25sec f2.8 50mm ISO400
Diedit dengan Adobe Lightroom & Photoshop

Ini dulu. Tak sempat nak menulis. Ada cadangan tajuk?

Oh. Baru aku sedar. Kamera DSLR Nikon D80 aku dah berusia 2 tahun pada bulan ini. Masih tak cecah 20k shutter count. Aku rasa, dah mula slow balik permainan kamera aku ni. Ada cadangan untuk membolehkan aku merancakkan semula hobi ini…?

Terima kasih Nikon D80 atas khidmat yang tidak berbelah bagi. Tidak lupa juga kepada Canon EOS 350D yang lama, dan juga Smena 8M yang sudah berhabuk. Minta maaf kepada kamu bertiga kerana passion untuk fhotography sedikit luntur sejak kebelakangan ini…

Esok saja…

Popularity: 12% [?]

LALAAAA: Kemaskini Kehidupan… 1

lalalla

Dah lama rasanya tak menulis. Sibuk dengan kehidupan menganggur. Hahaha…!

Menganggur ini sebenarnya buat otak aku jadi tepu. Otak dah tidak digunakan secara maksima. Dulu waktu kerja, perah otak gila-gila, kalau tak pasal kerja, pasal politik opis. Sekarang, banyak benda dah makin pudar. Bila bercakap pun, rasa macam susah sangat nak buat ayat. Kadang-kadang ayat tunggang terbalik. Mungkin banyak sangat buat sesi babytalk dengan Adrian, tak pun sebab aku dah berumur 30 tahun?

Aku masih lagi mencari pekerjaan, tapi masih lagi belum full head on. Hanya melalui kawan-kawan. Ingat nak masuk balik IT. Tapi nak try helpdesk atau IT Admin. Malas nak buat reasearch balik. Tekanan. Kerja yang dulu dioffer tu, bila dipikir balik, macam jauh gila nak ulang alik. Hari-hari habis dengan penat je. Sampai opis pagi pagi penat, balik rumah malam-malam penat. Lepaskan dululah. InsyaAllah ada rezeki…

Untuk menampung keperluan kewangan bulanan (aku sekurang-kurangnya memerlukan RM1.8k sebulan bagi semua komitmen kewangan yang telah dibuat sebelum ini, termasuk perbelanjaan Adrian), aku terpaksa guna savings yang semakin susut. Sekarang pun, aku dah jual semua koleksi figura aku. Dah hampir separuh terjual. Tinggal yagn mahal-mahal sahaja ni. Ini pun akan aku turunkan harga. Kalau boleh, hendak jual semua, taknak tinggal satu pun. Rasa menyesal setiap kali hantar barang kepada buyer. Macam berat je nak lepaskan. Tapi nak buat macam mana. Duit diperlukan untuk sesuatu yang jauh jauh lebih penting.

Selama ini, urusan jual beli barang online aku tak pernahlah membawa masalah. Baik aku yang menjual, atau aku yang membeli. Tapi semenjak dua menjak ni, asyik kena main je. Hari tu dah kecoh satu hal pasal jersi tahi lalat, baru-baru ni pulak, ada satu seller, silap hantar barang kat aku. Duit dah bayar full. Masalahnya, bila SMS, macam malas nak reply. Macam kita pulak yang ganggu hidup dia. Nak berniaga ke tak nak? Orang nak berniaga online, ko pun nak berniaga online. Tahi betul lah. Ini aku dah SMS 3 kali. Kejap lagi kalau tak reply jugak, tahulah bahana dia. Report tribunal la. Kena mandi bunga agaknya…

Adrian is growing fast. Selepas 2nd checkup minggu lepas, naik lagi berat kepada 5.9kg, tinggi pun dan 64cm. Doktor cakap macam budak umur 4 bulan, sedangkan baru 2 bulan. Nak kata minum susu kerap sangat pun, tidak. Bukan susu badan pun. Minum pun ontime dan berkala. Adrian tahan susu Dumex Dugro Langkah 1 saja. Lain-lain susu, dia kerap buang air besar. Tapi memang dia dah besarlah. Baju yang dibeli pukal untuk newborn sampai 3 bulan semuanya macam sendat, menampakkan perut boroi Adrian.

Its been ages since I wrote something usefull. Something to think about. Pelikkan. Orang yang selalunya ada banyak opinion, sekarang tiada opinion. Bukan takde kot, tapi macam malas ambil port. Ada banyak benda boleh nak tulis, tapi bila nak mula tulis, hati macam, “Malas lah shit tahi fuck,”. Mati idea tu dekat situ. Dulu kalau ada idea, cepat cepat jot down dalam phone, tulis as a SMS. Lepas tu revise balik idea, lepas tu tulis, lepas tu edit, lepas tu reedit. Sekarang, “Who cares,”.

Maybe korang kena suggestkan pada aku apa benda yang aku patut tulis. Cabar pandangan aku tentang sesuatu. Teori Big Bang ka, Darwinism ka, Fahrin vs Linda ka. Apa-apa ajelah untuk membuatkan aku kuat berfikir semula.

Esok bawa Adrian jalan-jalan, nak hantar barang pergi studio Arttech (Najib) kat Ampang, lepas tu petang sikit ada hantar toys kepada buyer sambil ambil handphone Dhilla di Plaza Lowyat. Malam maybe lepak Gravy Baby. Ikmal perform khabarnya…

Esok saja…

Popularity: 12% [?]