Archive for August, 2010

Adrian Affendy: 6 Month Old… 0


Nikon D80 1/40sec f1.8 50mm ISO400
Diedit dengan Adobe Lightroom dan Photoshop

Esok saja…

Popularity: 10% [?]

Wifeys New Phone… 6

Kesian Dhilla. Nasib malangnya bertimpa-timpa bila datang perkara-perkara berkenaan handphone. Sony Ericsson lamanya terpecah skrin dulu. Jadi aku berikan Nokia E66 aku pada dia lebih kurang setahun lepas. Lepas Adrian lahir je, Nokia E66 tu pulak rosak. Hantar ke sebuah tempat membaiki handphone ni Plaza Lowyat. Sementara nak tunggu handphone tu siap, adik aku pinjamkan telefon lama dia.

Minggu lepas, telefon yang adik aku pinjamkan kepada wifey ni pulak hilang. Salah letak mungkin. Kemudian, diberitakan, Nokia E66 yang telah dihantar hampir 5 bulan tu, tak boleh diperbaiki. Kecewalah si wifey ni. Malangnya dengan handphone bertimpa-timpa. Memandangkan dia sekarang tidak berhandphone, diguna pula Sony Ericssonnya yang lama, yang screen crack tu.

Memikirkan nasib wifey yang malang dan kasihannya aku pada wifey, aku pun belilah handphone clamshell murah tersebut untuk wifey. Telefon ini tidak punya nombor “0″ tetapi ada Caller ID. Ia juga hanya boleh menerima panggilan daripada 3 orang sahaja yang telah ditetapkan, Doggie, Pussy dan Mousy. Lain caller, phone akan reject or divert.

Harap wifey suka. Hahahahha!!!

Sebenarnya ia phone mainan Adrian aku baru beli tadi. Walaupun duit tak banyak, tapi bila tengok barang untuk anak sendiri, jadi macam tak kisah kalau kita kebulur, janji anak sihat dan gembira. Satu perkara tentang Adrian yang aku sedar, dia takkan hendak main mainan yang kita belikan untuk dia. Dia lebih gemar benda-benda yang kita pegang, contohnya handphone kita, remote astro, surat khabar, majalah malahan plastik. Jadi aku dah berjaya trick dia sikit. Untuk membuatkan dia selera dengan mainan yang kita beli untuk dia, buatkan seakan-akan benda itu dia tak boleh main. Macam kita selalu buat kat phone kitalah. Tak pun kita main dulu, tunjuk depan dia how its done. Surely lepas tu dia terlonjak lonjak nak benda tu…

He’s turning to be a lasak kind of baby. He’s 6 month old tomorrow. Cepat betul masa berlalu. I miss the baby him.

I love both of you more than my life!!!

p/s:- I seriously, or we (me, wifey and adrian) seriously need a compact camera… :p

Esok saja…

Popularity: 11% [?]