Selamat Hari Raya Aidilfitri!!! 2


Selamat Hari Raya Aidilfitri, from me, wifey and Adrian. Mohon maaf zahir dan batin jika terkasar bahasa, tersalah bicara, tentang perkara-perkara dalam blog ini. Ianya hanyalah pendapat peribadi dan tiada niat untuk mengguris sesiapa. Ingin juga meminta maaf kerana jarang mengupdate blog dengan entri baru. Terlalu sibuk kerana baru mula bekerja semula dan tiada masa untuk memikirkan perkara untuk ditulis.
Tahun ini aku beraya di sebelah keluarga wifey di Kajang. Raya pertama aku berjauhan dengan famili sendiri, raya pertama sebagai ayah, dan juga raya pertama kepada Adrian. Seronok juga bila kita dahulukan kepentingan orang lain untuk beraya daripada kita sendiri. Kemahuan untuk melihat Adrian mendapat yang terbaik mengatasi segala-galanya, walaupun poket sudah kering.
Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.
Esok saja…
Popularity: 11% [?]




