4 Hari Mencari Yang Bebas: Selingan!!!

04092007a.jpg

Ini adalah selingan…

Menjawab tag yang dikenakan kepada aku oleh MohdIsmail dahulu sebelum tag-tag lain yang telah pernah aku buat sebelum ini. Jadi inilah yang tidak dinanti-nantikan oleh semua orang, 5 Perkara Tentang Fendy Zaidan!!!

  1. Aku juga tidak rapat dengan ayah aku. Juga bukan kerana bergaduh atau perselisihan faham. Cuma dari kecil aku membesar dengan ibu ku, ayah ku jarang ada ketika aku kecil, kerana dia sering ke oversea untuk melanjutkan pelajarannya. Aku banyak membesar dengan ibu aku. Tetapi aku sayang kedua-duanya. Ketika usia sudah dewasa ini, barulah aku faham perangai ayah ku bagaimana. Dan sekarang, aku rasa, aku sudah cukup rapat dengan dia dan ibu ku…
  2. Aku mempunyai banyak pasang kasut. Tetapi aku hanya memakai sepasang kasut sehingga ia lusuh. Kasut yang sudah dipakai, aku tidak akan simpan jika aku sudah hilang minat untuk memakainya. Aku lebbih rela jual dengan harga yang amat murah dari simpan dalam kotak. Nanti kasut akan makan diri. Sekarang aku masih mempunyai 4 pasang kasut converse bewarna hitam dan aku hanya memakai sepasang daripadanya. Itu kasut converse sahaja, kasut lain belum masuk lagi.
  3. Aku kurang selesa berpakaian kemas. Aku lebih suka mengenakan Jeans/Shorts dengan tshirt. Aku rasa amat kekok memakai pakaian formal ke tempat kerja. Ianya amat remeh. Jika mengenakan tshirt pula, hanya tshirt sahaja. Jika mengenakan jaket, sweater atau cardigan ke atas tshirt itu, bagi aku, itu sudah overdressed dan poyo. Tetapi untuk melindungi badan dari kesejukan tidak apa, tetapi kalau pakai untuk fesyen, aku rasa, itu amat poyo dan hendak menjadi jadi (wannabe). Tetapi, aku akan IRON tshirt ku sebelum pakai. Apa-apa jenis tshirt untuk apa apa jenis aktiviti pun, aku akan IRON dulu. Lawak kan? Macam metroseksual pulak…
  4. Aku tidak mempunyai ramai kawan. Tetapi kawan yang aku punya, adalah terdiri dari yang aku anggap sangat akrab. Aku tidak menerima semua orang dalam lingkungan kawan ku, kerana aku sudah banyak kali ditikam dari belakang. Jadi aku amat memilih. Berbanggalah bila aku memanggil dan menganggap kamu kawan aku. Kenalan ku amat ramai, sampai kekadang tak ingat nama, tapi aku takkan lupakan rupa (aku seorang yang grafik). Kebanyakan kawan myspace, friendster, dan blog, semua sudah aku jumpa berhadapan. Aku tidak suka hanya berkenalan melalui papan kekunci dan skrin komputer. Ada antara kawan blog ku sudah menjadi kawan rapatku. Contoh, Fiza, dan bebudak Persetankan yang amat aku sanjung.
  5. Dahulu, aku adalah seorang womanizer. Ahahah. Berani gila aku mengaku ni. Tapi ianya benar. Tak percaya tanya ibu aku, berapa ramai teman wanita ku yang menelefon dan menceritakan perangai buruk ku dan cerita cerita tipu supaya ibuku memarahi aku. Aku hanya boleh berpasangan dengan orang yang sama, paling lama 2 bulan. Paling cepat, 3 hari. Declare, dan putus dalam masa 3 hari. Amat pantas. Aku cepat muak dengan sesesorang. Tapi itu dahulu. tetapi Dhilla adalah seorang gadis yang berjaya membuatkan aku tidak jemu dengannya walaupun sudah hampir memasuki usia 7 tahun hubungan ini. Tahniah Dhilla!!! Jadi aku sudah off market la kepada semua. Jangan patah hati wahai para gadis…

Itu saja 5 perkara yang terlintas tentang aku yang orang lain tidak tentu tahu. Puas hati MohdIsmail? Aku teruskan tag ini dengan memastikan semua yang membaca di sini, melakukannya di masa terluang atau tidak mempunyai apa apa untuk menulis di blog anda. Silakan…

Selingan tamat…

Esok saja…

Popularity: 10% [?]

10 Comments so far

  1. omarbahrin on September 4th, 2007

    aku baca…tp aku takble di tag…kerana sudah di tag…baik ko spesifik kan..miaahahah

  2. beckzaidan on September 4th, 2007

    x maksudnya, kalau ko tak pernah buat, terasa nak buat, sila buat. refer je kat sini… itu je…

  3. mohdismail on September 4th, 2007

    ha ha.. puas! lagi2 part terakhir itu… beck seorang bekas womanizer… *dhilla tak’kan baca kan? kan beck kan?

  4. beckzaidan on September 4th, 2007

    kalau dia baca pun, aku rasa, dia takkan risau. sbb aku mmg sayang dia sangat sangat! takde orang lain boleh amik tempat dia di hati ku. ewah. jiwang nye. mesti gadis gadis lain sedikit kecewa dengan kenyataan ini. tapi itulah hakikatnya. untung seorang gadis, mempunyai bf yng baik hati, taat setia, hencem, comel, photographer plak tu. lucu, jgn cerita ah, tahap clown dah aku ni…

    ahahhaa… takbur dan riak sekali…
    ohyeahhhhhhhhhhhhhhh…………

  5. omarbahrin on September 5th, 2007

    ahahha…beck idaman semua wanita di malaysia dan juga di batam…riak2…sementara bule..:P

  6. beckzaidan on September 5th, 2007

    itu lawak la. lawak. sedangkan aku ini, hanya manusia yg average… peace…

  7. chot on September 5th, 2007

    untung la awek ko tu..heheh

  8. nizam.nuri on September 7th, 2007

    dulu aku mcm kau gak. masa sekolah la. takde la sampai womanizer mcm dlm film Alfie. cuma sekadar menjadi kasanova monyet la. lama sial benda ni berlaku… waktu sekolah.. damn.

    skang aku baik.

  9. Bella on September 7th, 2007

    womanizer kamu eh dlu beck?
    klu pompuan lak nk cakap ape?
    hahaha!

    aku dlu cam Alfie tue.. menyanjung dia lah sangat beberapa tahun..
    adess… (dan bukan kerna dia dilakonkan oleh si comel Jude Law itu!)

    sekarang kurang sudah.. eh, kurang? silap… xde sudah..
    choba untuk menchentai si dia..
    si dia pulak buat taik.. haha!

    ouh, ku kagum sama dhilla! dr mula ku tengok pic dia..
    sudah timbul di hati mau ngorat dia.. hahahaha!!
    :P

  10. M on September 10th, 2007

    Woo womanizer woo…

Leave a Reply