4 Hari Mencari Yang Bebas: Verse 3 & 4

05082007a.jpg

1 September 2007

Sepatutnya bertemu untuk makan tengah hari bersama kawan PERSETANKAN.COM, tetapi terpaksa dibatalkan kerana agenda utama perjumpaan tidak dapat dilaksanakan. Kecewa juga. Perjumpaan dengan kawan-kawan lain juga terpaksa dibatalkan akibat masalah teknikal. Minta maaf pada Fiza dan Azea, serta semua kawan kawan PERSETANKAN.COM. Lain kali, InsyaAllah.

Aku dan Dhilla cuma ke KLCC. Melawat bangunan yang sudah lemau bagi aku. Penuh sangat dengan orang-orang luar. Kami berjalan sekitar KLCC, mengambil gambar manusia lalu-lalang di situ. Kemudian ke Galeri Petronas, melihat eksibisi di situ. Amat menarik juga. Sesuatu yang kurang sedap bila tiap kali aku melawat galeri ini, adalah tidak boleh mengambil gambar.

Kemudian, aku dan Dhilla ke DOME untuk menikmati makanan tengah hari. Ketika itu, hujan renyai renyai di luar. Tetapi ada pertunjukan gendang di pintu masuk KLCC dari taman. Kemudian diikuti dengan persembahan kumpulan muzik dari Navy Jepun rasanya yang berseragam segak serba putih. Amat menarik. Kerana walaupun cuaca ketika itu amat panas, mereka ini, bermain dengan senyum. Coordinator kumpulan itu amat kacak dan menarik. Dia kelihatan sangat gembira dan peramah. Mereka juga memainkan lagu Rasa Sayang. Dhilla juga excited…

Hari itu, kami pulang lebih awal. Kerana tidak dapat menghubungi beberapa kawan untuk diajak berjumpa.

2 September 2007

Hari terakhirku di Kuala Lumpur. Selepas mengucapkan terima kasih kepada keluarga Dhilla yang membenarkan aku bermalam di rumah mereka di Kajang, aku dan Dhilla bergerak ke Midvalley untuk makan tengah hari. Aku belikan sebotol perfume untuk Dhilla. Sudah lama kau mahu belikan untuk dia, tetapi dia menolak. Akhirnya, dia benarkan aku membeli.

Selepas itu, kami ke Berjaya Times Square untuk Ke XL-SHOP, untuk mengambil barang kawan ku yang di preorder. Kemudian kami bergerak ke KLCC, ke SonyStyle untuk membeli headphone baru mp3 player ku. Kemudian Beransur ke Pudu untuk mengambil tiket. Terkejutnya, tiket bas sebelah petang semua sudah habis dijual, jadi terpaksa berpuas hati dengan bas pukul 11.45 malam. Dhilla amat risau jika aku naik bas malam. Tapi terpaksa, perlu kerja keesokan harinya.

Aku rasa, 4 hari di Kuala Lumpur bersama Dhilla adalah sangat bermakna kali ini. banyak masa dihabiskan dengan berbual daripada berjalan-jalan. Aku rasa, aku sudah makin selesa dengan keluarga Dhilla. Alhamdulillah. Minggu depan, aku perlu pulang ke Alor Star. Ibu ku sudah merindui aku…

Untuk gambar set ini, sila ke FLICKR ku…

Esok saja…

Popularity: 11% [?]

8 Comments so far

  1. catz on September 5th, 2007

    nasib baik omar beritahu aku lebih awal, jadi aku sambung tido di hari minggu yg enak tu..takperlah, lepas agenda tu selesai..bleh jumpa bile2 yg sesuai..

  2. chot on September 5th, 2007

    so bila lagi kawan2 nak merasa nasi minyak…..

  3. beckzaidan on September 5th, 2007

    ahaha. ahahahhaha. ahahahhahaa…

  4. kidd on September 6th, 2007

    sudah lama tidak ke kuala lumpur, walau jaraknya bukanlah sepurnama dari melaka. aisey, kalau aku tau beck mahu ke melaka, boleh aku pi sane amik otograph, atau merompak camera beck.hahaha.

  5. beckzaidan on September 6th, 2007

    ahaha, sila-sila. aku izinkan…

  6. adzwan on September 6th, 2007

    hebatnya percintaan mamat ni..sorang kat penang sorang kat kajang..then ibu ko pulak kat alor setar..ko mmg kat tengah2..kalau la aku jadi mcm ko..pehhhh….tak tau la nak cakap mcmmana…tapi pengorbanan mesti ada kan kan kan

  7. azealea on September 11th, 2007

    Yup! You owe me one now.. HAHAHA. You have missed the colourful event at Dataran Merdeka which I’m pretty sure you’ll produce magnificent pics out of it (IF..u were there, in the 1st place *wink) but most of all,what makes the annual event so special? Well,it was the 1st and the last Merdeka Parade with me in it :) There’ll be no more Azealea marching away from one end to another in the ridiculous suit, with a red-beetroot face, drenched in her own sweat. NO more..NO way.. :)

  8. beckzaidan on September 11th, 2007

    ala azea. next year la plz. aku akan amik gambar ko. aku janji. serious!!! or ko leh set another date with me, n i’ll take pics of u like no one else ever did… ada mau?

Leave a Reply