Aku, Adrian dan Facebook…

DSC_6848

Lama tak kemaskini blog dengan entri baru. Sibuk dengan perubahan kehidupan yang agak drastik. Berhenti kerja di tempat lama dan berpindah secara nyata ke Kajang untuk hidup bersama Dhilla. Dan kemudiannya, peristiwa paling bersejarah dan satu bab penting dalam hidup ku iaitu kelahiran Adrian Affendy.

Mulanya bercadang untuk menulis sebuah entri lebih kepada perjalanan hari hari tersebut. Tetapi, mengingatkan kelangsungan kelahiran Adrian dengan kemaskini status di Facebook, serta respon rakan taulan di Facebook, lebih baik rasanya bercerita dengan dituruti status Facebook aku pada hari hari tersebut.

Fendy Zaidan False alarm…
February 2 at 9:41am via Facebook for BlackBerry

Pagi 2 Februari, aku dikejutkan dari tidur oleh Dhilla, mengatakan dia dah mula rasa kontraksi sedikit sedikit dan ingin ke hospital. Seperti yang semua mungkin sudah maklum, Dhilla ada dua tarikh kebarangkalian bersalin, iaitu 6 Februari dan 11 Februari. Jadi hari tersebut, aku rasakan sedikit awal dan masih ada beberapa preparation yang belum dilaksanakan, seperti mengemas bilik, membeli beberapa lagi keperluan dan sebagainya.

Tiba di Hospital Serdang, Dhilla dibawa masuk untuk diperiksa. Tidak sampai sejam, Dhilla keluar dan diarahkan untuk pulang dan hanya kembali jika betulbetul hendak bersalin, atau air ketuban pecah. Didiagnosis oleh doctor di Hospital Serdang bahawa ianya hanyalah kontraksi palsu. Kami pn pulang ke Bandar Baru Bangi, rumah pakcik Dhilla.

Fendy Zaidan Second Alarm…
February 2 at 4:18pm via Facebook for BlackBerry

Di Bangi, Dhilla tidur terlantar di katil. Dalam kesakitan yang aku rasa betul betul menganggu dia. Sesekali air mata mengalir. Aku tahu dia jenis yang suka menahan sakit dan tidak mahu berkongsi masalah dengan orang lain. Jam sudah hampir pukul 4 petang, dan Dhilla masih dalam kesakitan. Kami ambil keputusan untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik swasta untuk second opinion.

Fendy Zaidan Dah bukak dah 3cm.
February 2 at 5:23pm via Facebook for BlackBerry

Aku, Dhilla, Baba, Mama dan Nana menuju ke Az Zahrah di Bandar Baru Bangi. Pusat perubatan yang pernah Dhilla bermalam ketika sakit di awal kehamilan. Sampai di sana, Dhilla dibawa masuk untuk pemeriksaan ditemani Mama. Tidak lama kemudian, Mama keluar dengan borang pendaftaran pesakit, dan memberitahuku, Dhilla sudah dalam kesakitan bersalin dan rahimnya telah terbuka 3cm. Dhilla terus dimasukkan ke wad dan menunggu untuk dibawa masuk ke wad bersalin. Ketika ini, Dhilla sudah kelihatan pucat dan dalam kesakitan.

Fendy Zaidan 4cm. Will be updating by progress. Doakan yang terbaik. You guys gonna be uncle and aunts!
February 2 at 5:42pm via Facebook for BlackBerry

Dhilla dalam kesakitan yang amat sangat. Aku hanya boleh mengurut-ngurut belakang badanya yang sakit. Sesekali melihat dia menahan sakit kontraksi dengan menolak almari besi di sebelah katilnya, amat menyayatkan hati. Sepupu sepupu Dhilla banyak yang mengalir airmata melihat Dhilla dalam kesakitan. Bidan juga telah sampai untuk memeriksa Dhilla. Beberapa ubat untuk mencuci perut dan diminta untuk berehat dan jika sudah tidak tahan sakit, boleh minta untuk dibawa ke bilik bersalin.

Fendy Zaidan I’m freaking out over Wifey conditions, its so heart wrenching…
February 2 at 7:40pm via Facebook for BlackBerry

Selepas Maghrib, kesakitan yang Dhilla rasa, sudah tidak terbendung. Nurse dan Bidan bersetuju untuk membawa masuk Dhilla ke wad bersalin. Ketika ini, aku sempat berbincang dengan Dhilla sapa yang dia mahukan untuk menemaninya ketika bersalin. Ada cadangan untuk membenarkan Ibu Dhilla or Mama (makcik Dhilla) kerana mereka ini adalah orang yang boleh guide Dhilla ketika bersalin. Tetapi Dhilla akhirnya memilih aku. Aku sebenarnya sedikit tidak keruan. Melihat kesakitan yang Dhilla alami pun aku sudah mula rasa kasihan dan hilang punca, inikan pula sakit ketika bersalin. Aku tekadkan hati, dan mengingatkan itu sahaja yang mampu aku buat, memberikan semangat kepada Dhilla dalam tempoh masa kritikal ini.

Ketika ini juga bertalu-talu sms masuk bertanyakan progress dan keinginan untuk melawat. Aku cuma boleh meminta semua rakan taulan bersabar dan menunggu sahaja berita yang akan aku maklumkan secepat mungkin.


Fendy Zaidan
Kepada godfather n godmother yg SMS aku, aku minta bersabar. Aku dalam labour room. Dhilla dah diepiduralkan. Nanti aku inform bila dah selesai… doa yg baik baik…
February 2 at 9:35pm via Facebook for BlackBerry

Sakit Dhilla makin menjadi-jadi. Sekali lagi bidan tu check bukaan rahim Dhilla. Its about 6-7cm. Kami tidak pernah berbincang tentang kemungkinan menggunakan epidural. Tapi sakit contraction Dhilla, dah makin teruk. Kami putuskan untuk ambil saja epidural untuk mengurangkan kesakitan dan memudahkan proses bersalin. Dengan tidak disangka, pakar bius yang ditugaskan pada malam itu, juga adalah salah seorang makcik Dhilla.

Selepas diepiduralkan, Dhilla shivering bagai nak gila. Ditanya jika dia sejuk, dia cakap tidak. Tetapi side effect daripada epidural tu memang dah nyata akan mendatangkan uncontrollable shivering. Tetapi sakit contraction memang hilang terus. Sambil itu, nurse ada memasang alat mendengar denyutan jantung bayi untuk dapatkan condition bayi.

Aku adalah sedikit harapan untuk bayi ini dilahirkan pada 2 Februari 2010. Tetapi melihat jam ketika itu, sudah pukul 1130 malam. Kalau tidak salah, ada dua lagi ibu yang bersalin pada malam itu. Terdengarlah sedikit jeritan jeritan pilu daripada bilik bersalin yang satu lagi. Dhilla kelihatan pucat. Aku, sedikit kaget.

Fendy Zaidan Hei World. Say HELLO to Adrian Affendy. A baby boy born in early 3rd February 2010. A Red Devil fans at heart…
February 3 at 2:39am via Facebook for BlackBerry

Dalam pukul 12 lebih, Bidan sekali lagi periksa Dhilla dan bagitahu yang Dhilla dah bersedia untuk bersalin. Persediaan dibuat dan doktor pun sampai. Beberapa kali percubaan dan latihan meneran, Dhilla selamat bersalinkan Adrian.

12.32 pagi, Februari 3 2010. Adrian Affendy dilahirkan. Bayi lelaki seberat 3.1kg.

Adrian diletakkan di atas Dhilla yang ketika itu dah dalam keadaan penat tidak terhingga. Adrian hanya keluarkan bunyi sekali sekala ketika nurse membersihkannya. Mata Adrian terbuka luas. Sesekali kelihatan dia menguap di dalam balang oksigen dan bersin. Comelnya.

Aku dibernarkan untuk mengazankan Adrian. Kegembiraan yang tadi membuak-buak, kini diselang seli dengan perasaan gusar dan takut. Sekarang aku bukan sahaja punya anak, tetapi telah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap satu nyawa di muka bumi ini. Seperti satu penampar nyata singgah ke muka untuk menyedarkan realiti.

Fendy Zaidan Hello Facebook! – VIDEO ALERT CUTENESS
February 3 at 1:08pm via Facebook Mobile

Beberapa lagi status Facebook tentang Adrian dan pengalaman aku.

Fendy Zaidan Apa ni mama, xde rupa Abah pun…
February 3 at 4:29pm via Facebook Mobile

Fendy Zaidan Abah nak lelap mata kejap. Adrian kejut Abah kalau nak apa apa ek. Nite. Sweet dream future rockstar…
February 3 at 10:53pm via Facebook for BlackBerry

Fendy Zaidan We survive our first poop…
February 4 at 1:39am via Facebook for BlackBerry

Fendy Zaidan Morning! I pooped 3 time this morning! – Adrian
February 4 at 9:04am via Facebook Mobile

Fendy Zaidan Veery tired today. Tidur awal sikit, kejap lagi nak bangun bancuh susu and tukar pampers.
February 4 at 11:41pm

Fendy Zaidan Can’t get back to sleep. Adrian and Mama already asleep after feeding and diaper changing Adrian. Next wakeup call: 530-600AM…
February 5 at 2:42am via Facebook for BlackBerry

Fendy Zaidan Uploading a few picture of Adrian to Flickr…
February 5 at 5:30pm

Fendy Zaidan Adrian baik sangat. Minum, tido, poop, diaper change, tido, bangun, mandi, and repeat. Just a Eeeek when taking bath…
February 5 at 6:49pmFacebook for BlackBerryFendy Zaidan

Fendy Zaidan Adrian meragam sikit. Perut tak berapa sedap rasanya from the jaundice and milk. Sorry Adrian. Abah is still getting used to parenting. Abah will try his best to be the one you need…
February 5 at 11:40pm Only Friends

Fendy Zaidan Adrian sakit perut. Baru boleh tidurkan dia…
February 6 at 2:28am via Facebook for BlackBerry

Fendy Zaidan Sleepy. Tak tidur dgn elok. Adrian looks ok this morning. Sedikit tantrums pagi tadi. The most scariest thing was, you as a father, do not know what to do while the baby is having his ways. It made you feel useless…
February 6 at 9:41am via Facebook for BlackBerry

Fendy Zaidan Adrian says “Thanx for the visit untie and uncle”…
February 6 at 2:53pm

Fendy Zaidan Adrian is sleeping soundly…
February 6 at 8:47pm via Facebook for BlackBerry

Fendy Zaidan Man Utd 5 – 0 Pompey. Adrian made Abah missed the second half of the match.
February 7 at 1:03am via Facebook for BlackBerry

Fendy Zaidan Still not asleep. Adrian is not sound asleep as well.
February 9 at 2:02am

Fendy Zaidan Sejuk… Abah tumpang blanket Adrian ekkk…?
February 9 at 8:23am via Facebook for BlackBerry

Fendy Zaidan Adrian baru tido. Sekarang dah cepat lapar. Tak sampai 3 jam dah meragam nak susu. Orang cakap baby boy mmg camtu. Demanding.
February 10 at 2:50am via Facebook for BlackBerry

Fendy Zaidan Adrians been a good boy today. I’m blessed.
February 11 at 4:06pm via Facebook for BlackBerry

Fendy Zaidan I’m blessed with poop loved, and I’m happy with it…
February 11 at 4:12pm

Fendy Zaidan Was supposed to write a blog entry about Adrian and being a father. But sitting next to Adrian while he’s a sleep is much more and far more interesting and satisfying…
February 11 at 4:38pm

Fendy Zaidan Happy 9th Anniversary Wifey. Got a card instead of a 32 inch HDTV. I gave her Adrian poops. Segar dari ladang.
February 12 13 hours ago via Facebook for BlackBerry

Aku dan Dhilla menyambut ulangtahun perkenalan kami dengan hadiah yang paling bermakna.

Aku dan Dhilla ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua, daripada sanak saudara, rakan taulan, kakitangan Az Zahrah, daripada doktor kepada petugas lain, atas segala bantuan dan doa yang dibekalkan, segala lawatan lawatan ramah mesra bersama Adrian, hadiah-hadiah yang diberikan. Terima kasih sekali lagi.

Esok sahaja…

p/s:- Kalau blog ini tukar jadi blog Adrian Affendy macam mana?

Popularity: 20% [?]

Kongsi Jika Suka:
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Digg
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • RSS

4 Comments so far

  1. jasmin on February 14th, 2010

    *nangis

    betapa Tuhan itu Maha Agung :)

  2. Fahmishah on February 15th, 2010

    selamat menjadi seorang bapa.

  3. Unsunghero on February 17th, 2010

    Bro…blog ‘Fendy Zaidan Bapa Adrian’ :)

  4. Anonymous on February 24th, 2010

    ak t’tarik dgn entry pki blackberry (bb) ni.ak cdg nk beli 1 tp ak xtau ap yg menariknya psl bb ni.stkt review,ak rs x puas.ap kata beck bt review psl bb ni.mayb blh guide user br @ yg br nk beli mcm ak.

Leave a Reply