Aku & Adrian…

Nikon D80 1/20sec f2.8 50mm ISO800
Diedit dengan Adobe Lightroom & Photoshop
Adrian umurnya cukup sebulan hari ini. Pagi tadi bawa Adrian untuk medical checkup nya yang pertama. Berat lahir 3kg, sekarang 4.6kg. Got an injection from the doctor. Tak menangis teruk pun. Lepas tu, Adrian sambung tidur nyenyak dengan topi kecil di kepala dan dibendung akan nurse.
Rasanya macam baru semalam aku usap-usap perut Dhilla yang sarat mengandungkan anak pertama kami. Rasanya baru semalam buat pertama kalinya aku azan dan qamatkan bayi pertama kami ini ketika di bilik bersalin. Sekarang, Adrian dah besar, sihat, kuat, demanding dan sudah mula tak sabar bila nak susu.
Rasanya baru sangat sangat.
Pengalaman mendukung anak-anak kawan membuatkan kita jadi excited sangat untuk mempunyai anak sendiri. Rasa bangga tak terhingga bila anak-anak kawan macam dalam keadaan trance atau selesa dalam pegangan kita. Membuatkan kita terfikir bahawa anak-anak kita esok pasti lagi mudah.
Salah! (Wrong!)
Di saat pertama kali aku lihat Adrian buka mata, dan mula mengelip ngelip, perasaan gembira itu digantikan dengan rasa tanggungjawab yang amat berat. Tertampar muka sendiri dengan kenyataan bahawasanya; NAH! Sekarang, aku bertanggungjawab atas anugerah tuhan, satu nyawa kecil, penting lagi fragile!!!
Di hari pertama kepulangan Adrian ke rumah dan hari hari awalnya tidur bersendirian dalam babycot, aku yang sememangnya kuat cuak, 5-6 kali pada malam itu bangun memeriksanya dan kadang-kadang diselubungi perasaan gelabah yang macam gila bila tidak dapat bezakan tidur dengan bayi tidak bernafas. Sumpah!!!
Kawan-kawan sering meninggalkan pesanan di FB, YM dan sebagainya akan kesusahan dan keperitan aku selepas ini, kerana melayan karenah dan tangisan anak di waktu malam. Alhamdulillah, setakat ini, aku tidak merasa sedikit perit pun bangun di pagi buta menyediakan susu dan menidurkan kembali Adrian (mungkin disebabkan aku masih tidak berkerja). Cuma ada satu dua malam yang kadang-kadang, kita tidak tahu apa yang dikehendaki oleh manusia kecil ini, sampaikan buntu dan ada kalanya, melakukan perkara yang tidak masuk akal. Aku jadi takut bila apa sahaja yang diusahakan masih tak dapat memberikan keselesaan pada anak kecil ini. Rasa bersalah dan bodoh sangat. Pengalaman yang semua ayah pernah lalui.
Selepas beberapa minggu, kita sudah mula dapat kesan corak dalam karenah anak kecil ini. Makannya perlu ikut masa dan keadaan ini tidak lari dengan banyakknya pada setiap hari. Mungkin portionnya akan meningkat mengikut minggu. Ada teletahnya yang memberitahu bahawa dia sakit perut, tidak selesa dengan lampin, hendak buang air besar dan sebagainya. We will get the hang of it, eventually…
Hubungan aku dan Adrian sangat istimewa. Aku tahu di mana hendak diusap untuk mendapatkan dua senyuman manis. Aku tahu mana hendak ditepuk untuk mendapatkan ketawa berdekah dekah kecil. Aku suka bila mata hitam si kecil ini pandang tepat kepada aku (atau sesuatu di belakang aku) ketika disusukan sambil mengadakan baby talk, menjanjikan yang terbaik buatnya.
Aku sangat suka mengadakan sesi baby talk dengan Adrian (walaupun kita tahu dia tidak faham, sambil kita buat cerita yang bukan-bukan) dan bersekongkol dengannya pelan untuk memusuhi mamanya dan menyayangi abahnya lebih dari mama. Aku juga tahu bila Adrian perlukan pertolongan ketika hendak membuang air besar, sama seperti gaya mamanya ketika melahirkannya di bilik bersalin. Kadang-kadang, bila Adrian sukar untuk membuang air besar, aku mengacah ngacah untuk memberikannya epidural, sambil mamanya menjeling aku tajam.
Sangat lucu bila semua yang datang menjenguk, masing-masing memberikan pendapat tentang apa jua sekalipun. Daripada rupa Adrian yang dikatakan iras amat dengan aku, dan juga kehendak Adrian bila merengek. Ada yang kata perlu ditukar lampin, ada yang kata Adrian kembung perut, ada yang kata dia hendak susu, dan beberapa lagi andaian yang ternyata salah. Sedangkan apa yang Adrian mahu, adalah sememangnya minta didukung sepanjang masa.
Hati kini sangat melonjak lonjak gembira bila berbelanja untuk Adrian. Aku dah sedikit sebanyak lupakan hobi kumpul figura aku, dan sekarang tak henti henti belikan Adrian baju, dan baru sebentar tadi belikan Adrian kereta pertamanya untuk dibawa berjalan jalan nanti. Senang. Kawan-kawan pun dah ramai yang bertanya bila hendak dibawa keluar melepak. Awal lagi sekarang ini. Fikiran aku sekarang, adalah memikirkan bagaimana untuk membawa Adrian travel dengan kapal terbang ke Alor Setar. Runsing…
Siang tadi, semua orang sedar Adrian dah membesar cepat sangat. Kebanyakan jumper Adrian dah singkat. Nampak macam pakai seluar pendek. Banyak lagi baju newborn yang belum terjamah pun.
Adrian jangan membesar cepat sangat, Abah tak puas lagi manjakan Adrian!!!
Perasaan menjadi seorang ayah ini sangat ekslusif. Tidak pernah terlintas dengan jelas aku akan memanggil diriku sebagai “Abah” dan menjaga seorang kecil bernama Adrian sebagai anak sendiri. Berita-berita di televisyen tentang penderaan kanak-kanak cukup membuatkan aku sedar dan berdoa kepada tuhan, agar kesabaran dan keimanan diri aku dan isteri tebal dan terlindung dari amarah dan tidak berakal.
Rasanya, banyak lagi akan tiba yang Aku dan Adrian akan lalui bersama, dan semestinya akan dikongsikan bersama rakan sekalian.
Esok saja…
p/s:/- Adrian nak bergambar dengan Cheryl Samad, Marion Caunter, or Scha Al Yahya. Boleh ke?
Popularity: 24% [?]

Comments(6)


































:’) aku suka entri nie :)
Seronok tengok rakan-rakan meraikan kehadiran insan kecil dalam keluarga buatkan aku sendiri tak sabar nak menanti hari kelahirannya si intan payung dalam perut ni.
Pengalaman pertama mengandung, memang menggembirakan bercampur dengan perasaan memarahi diri dan antibodi badan yang nampaknya seakan tidak berfungsi. Hari-hari menanggung sakit. Tak boleh bangun dan terlantar di katil selama 3 bulan, ada masa buatkan aku rasa macam orang tak guna.
Kadang-kadang membuatkan kita boleh terfikir, adakah kita mampu jadi contoh dan teladan yang baik buat anak yang bakal lahir? Macam-macam yang terlintas dalam fikiran. Ada masa juga timbul perasaan seperti tertewas dalam perjuangan meneruskan kehidupan terutamanya dalam situasi sekarang ni. Bila tengok perut yang membuncit ni, terasa seperti tak berbaloi berhenti… HIDUP MESTI DITERUSKAN… Mama will fight for you sayang!
Buat Becky & Dhilla, jangan sesekali putus asa. Kamu berdua kini adalah pelita yang menyala… anak kecil ini adalah umpama gasolin yang membakar dan penyebab kamu harus dan perlu terus menyala. :)
Sbnrya entri ni panjang sangat, macam 8 pages of karangan, disertakan sekali dengan jadual schedule/routine Adrian, tapi aku pendekkan untuk tidak membosankan.
aneem, jangan putus asa. kami doakan yang terbaik for u, hubby and the baby. nanti kita kawankan anak-anak kita and play together!
bro..tengok si adrian ni tang mata dengan bibir ada ikut ngkau le..hahaha
congrats again. my friend.
Touching.
;>
Kool entri kali ini. Kongsi pengalaman dengan pembaca.