Aku benci MOHDISMAIL.NET noktah! Ahahahhaa!!! };[>
(Ini adalah ayat Provokasi, tren terkini blogging)

Kerana komen aku perlu ditapis di situ. Aku telah dipersenda-sendakan oleh Rockstar di sana, dan aku tidak boleh membalas kerana semua komen ku terpaksa ditapis oleh Lembaga Penapisan. Jadi aku tulis balik komen aku di situs sendiri tanpa sebarang tapisan, Fuck Censorism!!!

————————————————————————-
Ahahhaa. Provokasi. Ini juga trend.
Wajib tu macam sembahyang.
Kebiasaan itu lebih tepat.

Bagi aku bolasepak itu adalah lebih baik dari AF dan apa juga benda lain dalam erti kata memupuk sifat kekeluargaan dan silaturahim (kita jangan sentuh pasal institusi masjid dalam hal ini, kerana ianya sesuatu yang amat berbeza). Aku masih ingat ketika kecil, aku dan adik adik ku berselimut menonton siaran live bola sepak Piala Malaysia di kaca tv, Kedah lawan Kuala Lumpur (circa 87-89). Ketika itu zaman kegemilangan bolasepak Malaysia. Bersorak sorak seronok. Mengeratkan hubungan kekeluargaan. Juga pergi tengok bola dengan tokwan di Stadium Darulaman ketika kecil. Ah, kenangan…

Bagi aku, bola sepak itu sebenarnya “passion”. Passion tu menjana semangat kendiri yg jitu. Meletakkan sesuatu sebagai pegangan. Tak timbul soal kalau engkau tak minat bolasepak engkau gay ke apa, dan vice versa. Engkau boleh minat benda lain, dan itu akan jadi passion engkau pula. Kan? Tidak kira la main masak-masak ke, buat cross stitch ke, atau rockstar kangkang separuh masa.

Tapi what do u expect? Bolasepak adalah permainan no 1 dunia, ianya bukanlah trend. Kerana trend itu akan berlalu seperti MAWI. Bolasepak sudah menjadi ikutan turun temurun. Dari zaman aku menyokong KEDAH, SELANGOR dan LEEDS UNITED sehingga aku menyokong MAN UTD (mula circa 92). Masih bola sepak tidak kabur dari menjadi perkara penting dalam agenda bila bercakap pasal kesetiaan dan keseronokan yang dikongsi dengan ramai org.

Tidak pentingkah bolasepak dalam pergaulan sosial kita pada hari ini. Dalam dunia yang bergerak maju, yang tiada masa untuk berhenti dan menikmati pandangan dunia, kita akan duduk di satu masa, bersama sama, di warung kopi, di kedai mamak, di rumah sendiri, bersama kawan dan keluarga, bersama teman-teman yang kita kadang-kadang tidak kenal dan tidak pernah bertemu, tetapi meminati perkara dan keinginan yang sama. Berkongsi kegusaran, kegembiraan, kekecewaan dan sorakan gegak gempita. Itulah perhubungan manusia paling ikhlas ketika ini, di zaman yang penuh teknologi, zaman email, sms, mms dan 3gp porno melayu “OH MY GOAT/GUT!”.

Semalam, bila Ryan Giggs menjaringkan gol kedua Man Utd, kami bersorak beramai ramai, lautan individu yang memakai jersi Man Utd merah, hitam dan putih, menjadi satu dalam kegembiraan. Aku bertepuk tepuk dan ber”high-five” dengan lelaki cina yang entah dari mana datangnya dan kemudian kami berbual bersama-sama rakan lain yang berbilang kaum tanpa perlu memikirkan asal usul setiap orang. Seriously passionate…!

Kalau lelaki tidak meminati bola sepak, aku rasa, tak mengapa. Tapi sayanglah, perasaan dan passion ini tidak dpt dikongsi. Sayang sekali… Nak buat macam mana jika lelaki ini lebih suka membaca majalah Mangga dan URTV, meminati Anuar Zain, bergossip tentang dunia hiburan yang palsu. Kita tak boleh salahkan mereka, Allah jadikan mereka sebegitu.

Jawapan kepada soklan MohdIsmail.net adalah:

TIDAK WAJIB
lelaki minat bolasepak.
WAJIB untuk semua orang bersembahyang.
WAJIB untuk lelaki minat seorang perempuan, kalau tidak engkau perlu pergi jumpa doktor jiwa.

Untuk chot, aku pun main untuk state, malas je nak ckp…

hahahhaha };[>
————————————————————————-

Aku benci MohdIsmail.net. HA HA HA!

Simbah aku dengan minyak tanah, dan terajang Rockstar di celah kangkang…

Popularity: 26% [?]