Aku dan Preset Lightroom…

Nikon D80 f5.6 1/640sec 135mm ISO400
Diedit dengan Adobe Lightroom dan Photoshop CS3
4 minit tops, tidak bohong
Lama gila aku tak buat satu entri guna fhoto dari Nikon D80. Menunjukkan bahawa aku sedikit tawar hati dan kurang diinspirasikan oleh semua benda di sekeliling terutama sekali dunia fhotografi. Mungkin sampai masa untuk berhenti dan main medium lain…
Fhoto di ambil ketika berkunjung ke World Water Skiing Championship di Putrajaya November lepas. Rasa kaget untuk shoot orang lompat lompat kat air, aku shoot struktur sahaja. Rasa lebih selesa.
Nampak efek yang diperolehi pada fhoto? Mungkin kalau newbie (yang tak pernah pegang Photoshop mahupun Lightroom), bolehlah dikencing cakap ini orang pandai sahaja boleh buat. Tapi memandangkan dunia dah banyak diisi dengan user-interface friendly software, terutama sekali perisian fhoto editing, efek di atas boleh dicapai dalam masa lebih kurang 5 minit. Tidak perlu tertipu dengan cakap-cakap orang yang cakap ambil masa 1-2 jam. Penipu besar semua tu…
Salah satu daripada perisian kegemaran aku untuk edit gambar adalah Adobe Lightroom. Hampir semua gambar aku akan masuk Lightroom secara pukal untuk diedit. Kelebihan Lightroom adalah penggunaan level-level kuis atau metering/value bagi itemari seperti exposure, fill lights, highlights, saturation, sharpening malahan vignetting yang memudahkan pengguna melakukan pengeditan sesuka hati.
Satu lagi feature Lightroom yang sangat berguna, adalah kegunaan Presets. Presets ini adalah nilai-nilai yang diaplikasikan terhadap satu fhoto, kemudiannya disimpan sebagai efek (dengan value sama) dan digunakan pula untuk fhoto-fhoto lain untuk kerja-kerja lain. Ini memudahkan pengguna untuk mengappliedkan efek yang digemari, contohnya custom colour yang menjadi trademark pengguna. Salah satu lagi kebaikan presets adalah kemudahan untuk berkongsi dan bertukar-tukar presets dengan kenalan.
Namun harus diingat, tidak semua presets akan menghasilkan efek yang sama seperti fhoto asal. Kerana ia bergantung kepada setiap hasil fhoto, exposure value, warna, dan sebagainya. Jadi penting bagi pengguna untuk mengedit sendiri presets yang telah digunapakai mengikut kesesuaian fhoto tersebut.
Mudah bukan?
Untuk permulaan, boleh bertandang ke PresetHeaven untuk mendapatkan beberapa presets mudah, terutamanya bagi mereka yang gemar fhotografi perkahwinan dan retro-ish looks kepada gambar. Aku nak cuba upload beberapa custom presets aku, tapi tak tahu nak hostkan di mana dan bagaimana…
Siapa nak presets aku, boleh tinggalkan email add. Aku cuba untuk mengemailkan mana yang termampu dan sempat. But do take note, not every presets works exactly what they are supposed to do. You need to adjust it to your fhoto requirements. Esspecially Exposures, Brightness, Level, White Balance, and etc…
Esok saja…
Popularity: 8% [?]

Comments(2)




















tq bro… preset mmg gempak dah ngn retro tone. btw thanks for sharing
toce toce..
bro, bagi aku (ni adalah pendapat aku)
kalau alang-alang guna lightroom tu better bro try shoot guna RAW (NEF).
pasti tidak menghampakan. heheh.
tulisla reviu pasal RAW format sekali nanti..
aku kan menanti.
peace