Beza aku dengan anak anak mama abah
Anak anak mama abah walau bodoh pun dikata pandai
Disalahkan cikgu yang mengajar
Agaknya pandai sangat lebih daripada cikgu
Anak anak abah mama memang pandai
Pandai berlagak pandai, berlagak bagus
Sedangkan diri haprak
Aku tak pandai, aku bodoh
Belajar pun ambil masa lebih dari orang lain
Tapi aku habis juga belajar
Kenapa tiada ucapan tahniah pun?
Beza aku dengan anak anak mama abah
Aku dihina kerana tidak berkerja
Aku dihambur kerana aku penganggur
Kejinya aku kerana itu
Baru aku sedar mama abah pandang aku hina
Sebab aku tidak bekerja
Sedangkan anaknya yang berkerja mulia amat
Walau mencuri, menipu, merosak anak orang
Tetap terbaik di mata mama abah
Aku?
Beza aku dengan anak anak mama abah
Bila anak anak mama abah buat perangai
Mama abah mula nak samakan anak anak mama abah dengan aku
Sedangkan aku tak pernah buat apa yang anak anak mama abah buat
Habis kenapa disamakan dengan aku
Sebab aku keji, hina dan jijik?
Beza aku dengan anak anak mama abah
Anak anak mama abah boleh buat apa sahaja
Walaupun apa yang dibuat merosakkan orang lain
Walau apa yang dibuat merosakkan mama abah sendiri
Aku tidak boleh berbuat apa pun
Lebih lagi ke atas anak anak mama abah
Habis yang anak anak mama abah buat pada aku?
Aku dikata jahat
Beza aku dengan anak anak mama abah
Anak anak mama abah tidak boleh dipaksa buat kerja
Penat dan takut sakit-sakit badan
Aku pula kuli pencacai
Tatkala tidur boleh dikejut
Untuk dikerah menjadi barua
Bila ditanya kenapa aku kena buat sendiri
Sedangkan anak anak mama abah boleh keluar berseronok
Mama abah kata ini rumah aku dan aku kena buat semua ini
Habis ini bukan rumah anak anak mama abah?
Tunduk aku membisu, tangan bekerja, hati menyumpah
Kerja ku siapkan seorang diri bagai seorang kuli
Beza aku dengan anak anak mama abah
Anak anak mama abah boleh bercerita yang bukan bukan
Pasal keluarga, pasal dunia, pasal plastiknya diri
Cerita memburukkan keluarga, cerita memburukkan mama abah
Tapi kenapa dia dianggap betul
Kenapa mama abah kata dia memberontak?
Sedangkan cerita itu adalah semata-mata
Untuk melampiaskan nafsu serakahnya
Bersama gadis gadis bodoh yang lapar kasih
Gadis gadis murah yang lapar “sentuhan”
Aku tak pula bercerita kisah kisah benar keluarga
Kisah benar tentang mama abah pada orang lain
Aku ceritakan yang baik baik
Tapi kenapa aku dikata penipu?
Beza aku dengan anak anak mama abah
Bila anak-anak mama abah dimarah
Esok pagi ditegur manja tanda istimewa
Bila aku dimarah mama abah
Tak bertegur sapa berbulan lama
Pernah juga dihalau keluar rumah
Pernah juga disumpah anak derhaka
Walau salah bukan sebesar mana
Mama sanggup duduk dalam bilik
Sebab meluat tengok muka aku
Tak pernah aku lihat muka mama begitu
Raut meluat dan benci terhadap aku
Beza aku dengan anak anak mama abah
Bila dimarah, anak anak mama abah senyap
Konon faham dengan apa yang mama abah kata
Tapi esok-esok buat semula
Aku pula bila dimarah cuba diam diri
Bila diam, dikata pula berlagak
Bila aku buka mulut dikata kurang ajar
Mama abah nak apa?
Aku tak faham
Beza aku dengan anak anak mama abah
Adalah yang paling ketara
Anak anak mama abah adalah anak kepada mama
Anak anak mama abah adalah anak kepada abah
Aku anak siapa?
Popularity: 4% [?]
RSS feed untuk maklumbalas di entry ini · TrackBack URI
Maklumbalas anda