Allah Maha Besar…

Sesungguhnya, walaupun kita manusia makhluk yang paling mulia di sisi Allah SWT, dikurniakan dengan segala pancaindera yang baik baik. Dan sesungguhnya, dengan pancaindera ini, walhal sebaik manapun, pasti kita tidak nampak atau terfikir apakah sebab dan musabab sesuatu kejadian atau takdir Illahi. Demi Allah, aku juga terkejut, aku juga bersedih, kerana aku juga menunggu untuk menumpang kegembiraan orang lain…

Allah maha besar. Allah maha besar.

Pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian dan peristiwa. Yang boleh kita lakukan hanya bersabar dan menerima ketentuanNya. Pasti ada, pasti ada…

Aku minta maaf sekali lagi, kerana tidak berupaya menjadi kawan yang sebaik mungkin, yang boleh membantu ketika saat begini. Seperti mana dia pernah lakukan untuk aku, mendengar keluh kesah aku, mendengar masalah mental aku. Dan selalu juga menjadi peneman kepada hidup aku yang kadang-kadang sunyi tak bertempat.

Aku minta maaf sekali lagi dan banyaklah bersabar. Kalau diperlukan apa apa, carilah aku di sini, aku sedia membantu, InsyaAllah apa yang terdaya yang termampu.

Allah maha besar. Allah maha besar.

Al Fatihah…

Popularity: 2% [?]

2 Comments so far

  1. za : zo on November 25th, 2005

    Allahhuakbar..

  2. *heartbeat* on November 25th, 2005

    ada apa2 terjadi kat member ka?? harap2 sesapa itu akan bersabar.. cari beck kalau perlu.. wolopun dia mental sekejap.. tapi dia bayek **puji bermakna nih..kasi promote sket kat awekS .. hehehe..

    anyways, bawak bersabar banyak2..

Leave a Reply