Bahagian I: Tentang FC Barcelona, Line-up MUFC, Kesilapan Percaturan…
Pertama sekali, tahniah kepada FC Barcelona.
The deserving team last night…
Atmosfera semalam sangat menarik.
Tapi perlawanan sedikti hambar.
Perlawanan yang sedikit mengecewakan. FC Barcelona berhak ke atas kemenangan tersebut. Sir Alex Ferguson tersalah percaturan dengan bersifat sentimental apabila meletakkan Anderson dan Park Ji Sung sebagai startup. Bermain menggunakan taktik yang sama ketika menentang Arsenal FC dengan meletakkan C. Ronaldo sebagai striker tunggal amat mengecewakan. Lebih-lebih lagi dengan pengetahuan bahawa FC Barcelona pincang di bahagian pertahanan.
Tapi jika diberi peluang, pilihan pemain aku dengan formasi 4-4-1-1 adalah:
GK – Van Der Sar
CB – Vidic
CB – O’Shea / Evans sebab Rio memang tak fit langsung
LB – Evra
RB – Rafael
CM – Scholes
CM – Carrick
LM – Giggs/Rooney yang bersilih ganti dengan Ronaldo.
RM – Ronaldo
SS – Rooney/Giggs yang lebih bertindak sebagai freeroler/attackign midfielder
CF – Berbatov/Tevez
Sepatutnya kelebihan terletak pada MUFC jika mereka bermain menggunakan sayap kiri dan kanan. Tetapi, SAF lebih percaya kepada Carrick yang tidak menjadi dan begitu juga Giggs yang hilang dalam permainan semalam. Anderson nampak gugup dan Park Ji Sung seperti lembut lutut. Mungkin masing-masing terlalu ghairah dan gabra dengan pentas ini.
Barcelona, menggunakan Henry di bahagian kiri, Eto’o di bahagian tengah serangan, manakala Messi yang dijangkakan akan
bertembung dengan Evra, lebih kepada watak bebas (free role) yang bergerak di belakang Eto’o dan Henry. Apabila mereka menyerang, dan pertahanan MUFC mengekang bola, pemain tengah MUFC hilang entah ke mana dan ini membenarkan pemain FC Barcelona mengawal permainan di bahagian tengah dan mengutip bola. Gol kedua FC Barcelona berpunca daripada kegagalan pemain tengah MUFC untuk turun dengan cepat untuk membantu pertahanan. Dan kelebihan FC Barcelona, adalah mereka tidak gopoh melakukan serangan. Setiap gerakan dimulakan dengan bola rendah/leret. Mana ada Valdes buat sepakan gol jauh-jauh. Semuanya leret kepada pemain pertahanan. A Passing Team. Mereka juga bijak mengeksploitasi pemain pertahanan MUFC yang perlahan dengan through pass, terutama sekali O’Shea yang seringkali dikalahkan oleh Henry. Mujurlah form Henry belum pulih sepenuhnya, jika tidak, pagi tadi tentu jaringan bertambah kepada FC Barcelona.
Pertahanan FC Barcelona tidak dieksploitasi langsung. Gerakan MUFC pada babak pertama, seakan-akan buntu. Hantaran bola banyak dipatahkan di bahagian tengah dan seringkali tersasar. Rooney kelihatan under-utilized. Park pula sering kehilangan bola. Bagitu juga Anderson dan Giggs yang hilang terus daripada aksi. Kalau dilihat pada babak kedua permainan, MUFC banyak menggunakan sayap dan ini membuatkan FC Barcelona sedikit goyah. Jika bermula dari awal, mungkin keputusannya berlainan. Pertahanan kiri FC Barcelona nampak goyah bila Rooney mula membuat larian-larian sayap.
Namun apa pun boleh diperkatakan. Keputusan sudah diperolehi.
FC Barcelona adalah Juara Liga Eropah 08/09.
Well, there’s always next year…
Congrats FC Barcelona…
Esok saja…
p/s:- Atleast it’s not Liverpoo, Chelsheits, or Arse-anal…
Popularity: 17% [?]

Comments(2)






Soccer Talk…
[...] Bermain menggunakan taktik yang sama ketika menentang Arsenal FC dengan meletakkan C. Ronaldo sebagai striker tunggal amat mengecewakan. Lebih-lebih lagi dengan pengetahuan bahawa FC Barcelona pincang di bahagian pertahanan. … [...]…
SAF meletakkan formation yang sama time lawan Arsenal. Satu kesilapan yang amat amat besar sebab Barcelona tak sama langsung dengan Arsenal!!!!