Bahasa Melayu, Blog dan Sistem Pengiklanan Internet…

adooi.com sedang menjalankan satu debat awam tentang penggunaan bahasa melayu dalam aktiviti blog dan kesannya kepada penjanaan pendapatan melalui sistem pengiklanan internet seperti nuffnang dan advertlets. hadiah yang disediakan atas komen dan hujah yang cool dan kacak/cantik akan diberikan RM30 oleh tuan punya adooi.com. pergi la ke sana untuk memberikan pendapat anda.

oleh kerana aku menulis begitu panjang di komen blog tersebut, aku ingin mengambil komen tersebut dan menjadikannya entry untuk hari ini…

komen pertama…

————————————————————
2007-08-07 10:48:13

“kalau aku menang rm30 ni, ini merupakan pendapatan sampingan aku untuk bulan ni.

pasal bloggers dan adverts nye system, aku rasa, selagi kita tulis dalam bahasa melayu, kita masih tak boleh bersaing dengan blog blog luar yang mengenerate hampir beribu ribu dolar US sebulan. kenapa?

SATU, Sekatan bahasa…
campur tolak, darab, bahagi, dalam dunia, mereka yang berbahasa melayu, hanyalah MALAYSIA, SINGAPURA, SELATAN THAI, dan INDONESIA, tetapi dalam jumlah total grand ini pun, masih dalam juta juta ini, yang bahasa utamanya adalah bahasa inggeris. blog-blog luar yang bahasa perantaraan nya adalah bahasa inggeris, boleh mendapat HITS atau capaian beribu-ribu h its sehari, hasil atas PERBEZAAN BAHASA sahaja. hampir satu dunia menggunakan bahasa penjajah dan global ini.

DUA, Isi.
blog blog tempatan lebih suka menulis tentang hiburan dan politik. perkara perkara begini hanya menarik mereka mereka yang mahukan hiburan. serious, politik pun mcm tu. hiburan. penunlis politikal adalah serious, tetapi kebanyakan pembaca blog blog ini adalah mereka mereka yang suka mencurah minyak tanah ke api yang sudah marak. mereka seperti hanya suka mendatangkan isu dan memburuk-burukkan orang lain. orang orang kita amat tertarik perkara perkara ini. berbanding blogger luar yang banyak menulis perkara perkara yang amat menarik, dan ada focus group masing-masing. ada yang menulis review gadget, focus groupnye adalah gadget freaks, ada yang menulis tentang photography, sesuai utk photo enthuhsiast. dan sebagainya. so key point dia, adalah ISI.

TIGA, niat.
ramai bloggers kita, niat pasang nuffnang dan advertlets adalah untuk generate income. niat utama. bukan niat utama mereka untuk membawa isu-isu sejagat untuk dikongsi. jadi byk la terdapat blog blog copy paste yg bercambah dalam malaysia sekarang. EARNING, INCOME and PROFITS saje. itu je perkara pertama. tapi kalau kita tgk mereka mereka yang berjaya, yang ada fanbased, mereka menulis artikel sendiri, dan advert system ni hanya di impliment sebagai satu cara untuk mereka mengupgrade site mereka. tidak pernah aku dengan ada org dpt duit addvert system beli keter atau berkahwin. semua akan digunakan ke hala tuju site mereka. niat tu penting. NIAT…

aku rasa, 3 point ni dah cukup kot. RM10 untuk setiap point.terima kasih…”
————————————————————

setelah berjalan lebih dari dua hari, ini pula komen ku yang kedua.

————————————————————
2007-08-09 09:14:37

“tulis lah dalam bahasa melayu jika korang melayu. tapi jika korang bangun pagi, dan terasa diri korang european/american pagi itu, tulislah dalam bahasa inggeris. apa sahaja yang korang tulis, masih lagi tidak akan mendapat perhatian aku. itu sudah hampir pasti.

aku pelik kenapa bangsa kita sendiri tidak percaya dengan menulis dalam bahasa melayu. pelik. inilah hasilnya pendidikan berbentuk sekular dan globalisasi.

aku tak rasa, kalau kita tulis dalam bahasa melayu tidak bagus. adakah kita semua terlalu pentingkan hasil dari sistem pengiklanan internet ni? penting sgt ke? adakah itu satu satunya sebab kenapa korang menulis? sebab utama ke? kalau begitu, baik korang tulis dalam bahasa inggeris, selitkan 3gp porno, kemudian gambar ekslusif bogel artis artis. pasti sistem pengiklanan korang akan menaik menggila babi.

inilah salah satu sebab kenapa kita kena tawan dgn orang luar zmn kerajaan Melaka dulu. sebab bangsa jual bangsa sendiri.

negara negara seperti jepun dan perancis, tak pernah mengagungkan bahasa org lain. tidak kira dlm penulisan blog atau kehidupan seharian. pergi la ke perancis, atau tanya kwn kwn yg pernah pergi ke perancis, adakah mereka akan layan korang kalau korang berbahasa inggeris dengan mereka. tidak sama sekali.

seperti aku ckp di atas. NIAT, NAWAITU. tulis untuk earnings adalah sesuatu yang membazir masa korang. baik korang lakukan MLM, atau piramid scheme menggunakan internet ni. aku yakin dgn masa masa menulis yg diganti dgn usaha perniagaan internet ini membawa pendapatan yang lebih lumayan daripada sistem pengiklanan yang korang kejar kejar hasilnya.

fikirkan la. hentikan semua angan angan memiliki mitsubishi evo IX dengan duit daripada advertising. hentikan angan angan untuk memiliki awek lawa dengan advertising system. hentikan angan angan ini semua. pasang angan angan yang murni, mcm dgn duit advert tu, nak hantar mak pergi mekah ke, nak tambah atau upgrade masjid kampung ke. insyaAllah, mungkin niat baik korang tu, akan membuka peluang advert system korang ni…

berhentilah membahaskan kelemahan bahasa ibunda sendiri. bangsa lain tgk, pakat gelak ni…

aku org melayu
bahasa melayu adalah bahasa bangsa ku”
————————————————————

huhu~ pergi la ke sana. debatkan pendapat anda…

esok saja…

Popularity: 3% [?]

2 Comments so far

  1. edt83 on August 9th, 2007

    aku stuju ngn kata2 ko…n kata2 ko menyedarkan aku…keran pernah satu ketika dulu ketika addsense menolak blog aku..kerana berbahasa melayu…aku menukar identiti seketika…namun nasibbaik laa aku merasakan xsesuai ngn aku…ahahah…

    maka aku kembali …bangkit ngn bahasa2 melayu yang indah..:D

    verification word : wzyfocip

  2. angel_baik on August 9th, 2007

    terlalu byk sgt di sogok ngan penjajah nie.. sbb tu ler kekadang tu nak cakap bahasa sendiri pun malu.

Leave a Reply