Bila Bosan, Aku Tidak Boleh Menulis Hikayat…

22092007b.jpg

Bila bosan, aku tidak boleh menulis hikayat.

Pagi hari ini, dimulakan dengan melakukan tugas yang sudah lama ada dalam agenda ku. Mengemas bilik dan membasuh baju baju kerana aku sudah hampir kehabisan boxer. Huhu~

Kotak barang mainan, kotak kasut, majalah, DVD, semua aku kemas dan atur elok elok. Tapi percayalah, dalam dua hari, aturan DVD ku akan kembali berterabur. Figura Masked Rider, aku gabus dengan kain untuk buang habuk habuk yang terkumpul, kemudian susun kembali. Komputer dilap supaya nampak bersih. Sampah dikutip dan dibuang. Bersih juga dan selesa bilik ini bila dikemas elok-elok. Aku saja yang malas. Kemudian menjemur baju yang dibasuh terutama sekali boxer-boxer ku. Semua kerja ini dilakukan dengan disuapi dengan nada muzik dari MOGWAI.

Aku di ofis sekarang. Baru habis berbual dengan NizamNuri tentang idea projek blog barunya dan Omar tentang tempahan tshirt Persetankan.Com. Hari yang sedikit bosan. Amat.

Jam sudah menunjukkan pukul 1:29ptg. Rancangan untuk berbuka puasa di Kuala Lumpur bersama Dhilla dan keluarga, dan juga bersama kawan-kaan yang lain terpaksa dibatalkan kerana tiket untuk ke Kuala Lumpur sudah habis untuk minggu hadapan. Risau juga. Mungkin seminggu selepas raya aku akan ke sana. Sudah lama aku tidak berbuka puasa dengan Dhilla. Hampir 3 tahun. Kali terakhir, ketika dua-duanya masih di Universiti.

Aku sedikit lantang di Persetankan kebelakangan ini. Ada yang boleh terima, ada yang tidak. Tapi aku mahukan perubahan kepada yang baik, mutu submisi yang lebih berkualiti daripada semua. Aku tidak mahu Persetankan menjadi tempat promosi diri sendiri semata-mata, tapi lebih baik menjadi tempat yang menjadi sumber inspirasi kepada orang lain.

Aku sedikit cemburu kerana salah satu situs tempatan telah berjaya memenagi hadiah antarabangsa bagi kandungan komuniti yang hebat. Pemiliknya akan ke Sepanyol untuk menerima pengiktirafan itu (untuk maklumat berkenaan situs itu, bolehlah menghubungi Bali). Persetankan sudah masuk 2 tahun. Tetapi isinya dan perubahannya hanya sedikit. Aku dan kawan kawan ku seperti NizamNuri dan Bali, mahukan yang terbaik untuk situs itu. Kerana ia merupakan projek kelahiran kami dan kawan-kawan yang lain. Sekurang-kurangnya mendapat sambutan yang lebih baik.

Isi submisi perlulah lebih berkualiti dan bukan tempat lunggukan kerja kerja hentam keromoh. Jika untuk tujuan self promotion, baik letak di blog sendiri. Tetapi jika mahu belajar, dan tidak kisah ditegur tapi dengan niat dan tujuan memajukan diri, apa salahnya bukan? Aku dan kawan-kawan ku tidak lokek ilmu untuk dikongsi, kami tidak rugi apa-apa.

Marilah ke Persetankan.com untuk Edisi 23 : Cahaya…

Kawan-kawan tanya, kenapa tidak tulis pasal kejadian kanak-kanak perempuan jadi mangsa pembunuhan kejam berasaskan seks? Aku rasa, sudah banyak blog lain yang telah memaparkan kandungan tersebut. Tetapi aku mahu berkata sesuatu di sini, keadaan siuman di negara ini telah menjadi amat tidak stabil. Ramai manusia manusia yakni rakyat negara ini yang akal fikirannya sudah jijik dan keji dan kotor. Mempunyai idea sebegitu untuk merogol dan menyeksa kanak-kanak untuk memuaskan nafsu setan mereka. Ini sudah melampau. Mereka yang disabitkan kesalahan penderaan ke atas kanak-kanak itu, patutu diseksa sebelum dibunuh. Takziah buat keluarga mangsa. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang suci.

Bila bosan, aku tidak boleh menulis hikayat, Sungguh…

Esok saja…

Popularity: 11% [?]

Kongsi Jika Suka:
  • Facebook
  • Twitter
  • Tumblr
  • Digg
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • RSS

9 Comments so far

  1. mohdismail on September 22nd, 2007

    bila bosan, aku tido…

    ha ah ha

  2. beckzaidan on September 22nd, 2007

    @mohdismail >> aku tau. ahahaha…

  3. Ikmal Ibrahim on September 23rd, 2007

    nampaknya beck ialah seorang yang suka mengemas…iya…beck juga seorang yang kemas…tidak musykil lagi…dia juga seorang gay…btol??

    beck memang seorang revolutionist…sebarkan propagandamu…lebarkan sayapmu…

  4. duez on September 23rd, 2007

    bila bosan…aku lepak baring baring sampai tertido.haha

  5. beckzaidan on September 23rd, 2007

    @ikmalibrahim >> ahaha. aku kemas sbb aku tak suka semak dan habuk. aku alergi kepada habuk. lagi satu, kotak mainan ku smlm, yg disusun tinggi, jatuh atas kepala aku ketika tidur. ahahhaa…

    @duez >> aku pun kadang-kadang begitu…

  6. jasmine on September 24th, 2007

    kalau perlu sound, sound saja. bila bosan aku suka sound orang. jadi aku pon kena la terima kena sound dengan orang lain. hahaha

  7. beckzaidan on September 24th, 2007

    @jasmine >> ko selalu kena sound ngan aku kan min? elok je membesarnya. menjadi manusia gak. kan?

  8. chot on September 24th, 2007

    HEBAT JUGAK SI BALI TU YE..TIDAK SIA2 GUNA FAIR & LOVELY…

  9. Ikmal Ibrahim on September 27th, 2007

    hahaha…aku tolong gelakkan untuk beck…

    hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha!!!!

Leave a Reply